Tempat utk berkongsi cerita-cerita kehidupan seharian juga tempat utk bertemu kawan-kawan. Namapun Bla-bla corner, mcm2 blh cakap, mcm warung kopi maya, corner tuk kita citer-citer :)
Saturday, January 30, 2010
Syukur alhamdulillah
Friday, January 29, 2010
Petang bersejarah
note: confirm Federer VS Murray ahad nie. blh tertido tgk Fed vs Tsonga. sms bunyi pun tak sedar. penat agaknya tolong angkat peti ais. and tgk tv3 buletin utama semalam punya kat website dia, buat aku rindu msia..aduh.rindunya msia. hanya pengembara spt sy yg memahami apa yg sy rasakan skrg nie.
15 hari pun boleh hidup??
Thursday, January 28, 2010
Kisah Perasaan
to all..
Tuesday, January 26, 2010
Australia Day
Monday, January 25, 2010
How to make your cat gets high
sedikit info mengenai catnip:
bwh nie pulak video dewey readmore book. he's soooo adorable. tapi dah mati thn 2006 pd usia 16 thn.
Sunday, January 24, 2010
be honest when breaking off a relationship
mengapa sukar benar berterus terang utk memutuskan hubungan??
kerana barangkali kita tak suka konfrantasi dan kerana itu selalu memilih jalan mudah.
Saturday, January 23, 2010
Selamatkah password anda?
Satu kajian ke atas berjuta2 akaun internet oleh satu laman web baru2 ini mendedahkan 10 senarai password paling byk diguna pakai di dalam online. Kajian dilakukan setelah berlaku pencerobohan hackers ke atas laman web berjaya diselongkar. dianggarkan hacker mengirim sehingga 32 milion password ke dalam internet sbg percubaan utk menceroboh akaun pengguna.
1. 123456
2. 12345
3. 123456789
4. Password
5. iloveyou
6. princess
7. rockyou *
8. 1234567
9. 12345678
10. abc123
seorang pakar IT dari Imperva menasihatkan pengguna meningkatkan keselamatan akaun dengan menggunakan 'ayat'. dgn kata lain, cipta ayat anda sendiri. beliau juga menasihatkan pengguna menggunakan password berbeza bagi setiap laman web. cadangan lain ialah masukkan minimum 8 huruf, tambahkan dgn "upper case" (_), "lower case" (-), special characters (@#%^&) dan nombor (123). pakar mengatakan kombinasi password yg mudah dan serangan automatik bererti hanya dgn 110 percubaan, hackers blh menceroboh sekurang2nya 1 akaun pd setiap saat.
Note: bagi yg menggunakan bbrp akaun di internet mungkin mudah, tapi kalu banyak mcm mana? bila byk sgt passwords nak ingat, kdg2 sendiri pun dah lupa. tapi cdgn buat ayat tu menarik.
mungkin sy blh buat password mcm nie "nyieat nyensong mata kaji sema nyi seng" - penyamun...masuk!
Friday, January 22, 2010
Raja dan Empat Isterinya
Pada satu masa dulu...ada seorang raja yg sangat kaya dan mempunyai 4 isteri. baginda paling sayangkan isteri ke4 dan dia selalu mendapat layanan terbaik dan diberikan barang yang indah-indah belaka. dia juga sayangkan isteri ke3 dan selalu menunjuk-nunjuk isteri ke3 kpd raja2 yg lain utk bermegah-megah. tapi baginda selalu khuatir isteri ke3 ini suatu hari nanti akan pergi meninggalkannya. Dia juga kasih pada isteri ke2 kerana isteri ke2 selalu menjadi teman berbual, bertimbang rasa dan sabar terhadap baginda. bilamana ada masalah, baginda selalu mengadu kepada isteri ke2. isteri pertama baginda seorang yg sangat setia dan memberi sumbangan besar utk memakmurkan negara dan kekayaannya. akan tetapi, baginda tidak menyintai isteri pertamanya dan walaupun baginda sedar betapa sayangnya isteri pertama baginda itu, tapi dia jarang sekali menyedarinya.
baginda lalu berkata kepada isteri ke3 nya, 'kekanda mencintai adinda seumur hidup ini. skrg kekanda akan mati, apakah adinda sudi menemani kekanda?' 'Tidak!' jawab si isteri. 'Kehidupan ini terlalu bagus utk dilupakan begitu saja. jika kekanda mati, saya akan berkahwin semula.' Hati baginda sayu mendengar kata-kata itu.
baginda lalu bertanya kepada isteri ke2, 'Adinda tempat kekanda selalu mengadu, tempat mendapatkan pertolongan, adinda selalu disisi bila diperlukan. bila kekanda mati, sudikah adinda ikut serta menemani?' 'maafkan adinda kekanda,' jwb si isteri. 'adinda tak dapat membantu kekanda pd saat ini. 'paling tidakpun, adinda akan menyusuri mayat kekanda ke kuburan.' baginda merasa sangat kecewa.
tiba-tiba satu suara berkata, 'saya akan menemani kekanda dan akan ikut kemana saja kekanda pergi.' baginda pun menoleh utk mencari suara itu. di situ, baginda melihat isteri pertamanya, yg kurus kering kerana kurang makan. dgn nada yg kesal, baginda berkata, ' kekanda menyia2kan waktu yg ada utk isteri2 yg lain. kekanda seharusnya menjaga adinda dgn lebih baik.'
setiap kita mempunyai '4 teman' kehidupan, yg ke4 itu tubuh badan. walau betapa byk pun yg dilaburkan utk tubuh badan, ia akan meninggalkan kita bila kematian tiba. ke3 itu adalah harta benda yg kita miliki, yg kita suka pamerkan, banggakan, dan tunjukkan kpd orang lain. bila kita mati, maka harta benda itu semua akan menjadi milik orang lain.
yg ke2 itu adalah keluarga dan kawan2. tidak kira betapa mrk menghargai anda, mrk pasti juga tak mampu menemani bila tiba saat kematian. yg pertama itu adalah 'jiwa'/roh. jiwa selalu diabaikan demi mengejar keseronokan, kekayaan dan kemegahan. jiwa dan roh lah yg kekal bersama ke akhirnya. kuatkan ia dgn amalan kebaikan, moga roh dan bekalannya cukup kuat utk mendepani kehidupan akhirat.
Saturday, January 16, 2010
muhasabah cintaku
betapa lemah diriku ini
berat ujian darimu
ku pasrahkan semua padamu
tuhan
baru ku sedar
indah nikmat sihat itu
tak pernah aku bersyukur
kini ku harapkan cintamu
kata-kata cinta
terucap indah
mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang ku rasa
biar jadi penawar dosaku
butir-butir cinta
air mataku
teringat semua yang kau beri untukku
ampunilah aku
selama ini ya Ilahi
muhasabah cintaku
tuhan
kuatkan aku
lindungi aku dari putus asa
jika ku harus mati
pertemukan aku dengan mu
muhasabah cintaku
T-shirt dan kain batik
sy bukanlah pakar perkahwinan tuk bercakap pandai dlm hal ni, tapi sy fikir based on common sense. dlm kes di atas, hanya mrk yg lebih mengetahui apa sbnrnya berlaku. hari yg sepatutnya menjadi hari kegembiraan bertukar sebaliknya. barangkali, sy kata barangkali, terlalu byk yg disembunyikan, yg tidak dizahirkan dgn kejujuran sehingga berlaku penipuan spt ini. betullah, bila sekali menipu, kena menipu utk seterusnya..barangkali puncanya sekadar menyembunyikan status isteri orang tapi akhirnya terpaksa menipu yg lain2 dan seterusnya sehingga out of control.
cinta dan kasih sayang tak perlukan dusta, cukup dengan kejujuran.
Thursday, January 14, 2010
Funny signboards
adakah betul aper sy faham? jangan kencing disini atau akan hilang #$$#@..hehehe
signboard nie, aduh, habis tu nak gi mana? mana2 pun tak blh..
suka signboard nie, patut ada kat msia, amaran bersopan santun dijalan raya dah tak jalan, ckp terus terang jer..tok sah selindung2..slow down or die! die! die!
nie mmg patut ada kt msia, letak kat tpt selalu org buang bayi..
Wednesday, January 13, 2010
Susahnya mencari pasangan...
seorang genius matematik dari UK telah membuat tesis PhD nya berhubung isu, mengapa ada orang terus single dan belum berpunya? nie penjelasan diberi:
Lelaki yg bernama Backus nie telah membuat analisis matematik bagi mencari jawapan. dia tlh membuat rumusan mgp dlm kes spt dirinya blum berpunya ialah kerana peluang tuk bertemu yg sesuai hanya 1 dlm 285,000 kali saja. dia menggunakan kaedah the Drake Equation yg asalnya digunakan utk menganggar kebarangkalian wujud makhluk asing sbg formula utk mendapatkan jwpn mengapa dia kekal single.
kaedah ini mengambil kira faktor spt jumlah wanita di negara tersebut, wanita lingkungan usia 24-34 thn, yg tinggal di bandar yg sama, yg single, yg memiliki ijazah dan mempunyai daya tarikan fizikal yg sama.
Dgn bilangan 30 milion wanita di UK, hanya 26 orang wanita saja yg benar2 sesuai tuk dirinya. sbg contoh, jika dia keluar ke pub, peluang hanya 0.0000034 percent saja utk bertemu 'the one'. iaitu 1 dlm 285, 000 peluang saja.
moral: ia mungkin fakta menyedihkan kepada sesiapa yg mencari cinta, tapi bagi yg single, anda barangkali blh berkta - its probably not your fault.
ramai jugak yg bagi komen. nie antara komen2 mrk yg buat sy tergelak sorang. ngeh-ngeh-ngeh.
I'm sending an SOS to space for an alien woman no hope here on planet earth. (cepatnyer putus asa)
i guess if you appear before a vast number of people (that you may find attractive) then you increase the odds. eg a musician with a lot of fans that are young and sexy (or whatever you like) and doing lots of gigs then too easy. but if your a maths Phd student then no chance. (susah jgk bila terlalu pandai nieh..against all odd)
Thanks for making my search for love more depressing. (uhhh..it just PhD tesis, u'll find flaws)
means more gay men just like china issue HOORAY FOR THE GAYS, hmmm me like! (iyerk!)
Saturday, January 9, 2010
Hello-hello cuaca ada baik ka?
salam, akak nak tanya, hari tu website yg lina bagi tau tu yg mana ek?
oh, yang tu..http://www.bom.gov.au
(tanpa ditanya, sy pun voluntereed) hari nie max 34c, esok 33c lusa paling panas 40c. selasa cuaca ting tong jadi 22c.
hehe, nie bukan sesuatu yg pelik, sy selalu mendapat panggilan telefon hanya utk kwn2 bertanya website meteorologi dan juga cuaca ada baik ka hari nieh? satu perkara yg sy tak nampak begitu ketara di msia yg berlaku di sini ialah obsesi terhadap cuaca. weather forecast dinanti2kan. tapi mcm sy, i just go direct to meteorologi website, coz dia ada forecast for the whole week and also current temperature, updated every 15 minutes.
sy fikir, salah satu punca kenapa how's weather question nie begitu popular ialah sbb cuaca di melbourne sendiri yg unpredictable. sekejap panas sekejap sejuk, so you have to choose what to wear, so in order to do so, u must know, weather forecast. mcm isnin, 40c..that's hot! selasa blh drop jadi 20 over saja..mild and maybe ada cool breeze, so u need to wear baju agak tebal berbanding hari isnin. di msia, cuaca kita lebih konsisten, ada ujan, ada panas, temperature range pun predictable, 28-33c, almost everyday mcm tu, so why so worry about what to wear?
semalam pun panas, rumah nie dah berbahang, and even my chocolate bar i simpan dlm bilik pun dah melted, aiya, really hot. hari isnin, just too much, maybe larikan diri ke ofis and spend my day there as long as i could (aircond okay).
kami dijangka akan mengalami heatwave dlm tempoh terdekat nie, be ready to hear about bushfire all over australia. tak blh nak explain how hot it feels. panas lain mcm, bukan mcm msia. u have to be here to feel it for urself than u would understand..and wouldnt stand it.
Friday, January 8, 2010
Mimpi yang bengong
just like tadi, (nie dah kul 6.30 pg), sy elok bermimpi di kpg halaman, sdg bersiap siaga nak msk uni kat msia, kat my state lah, all my family members and i busy packing barang, maklumlah nak berangkat blajar tpt lain kan. dlm mimpi tu arwah ayah pun ada, dia yg nak antar sekali, kami bangun awal coz jarak umah ngan tpt tu at least 5 hours drive..so kami bangun and tolak seawal 4 pagi.
dijadikan citer, tgh packing i terfikir, how come ah? sy blh terima tawaran tu at the first place, sedangkan, i tgh study final year kat melbourne? blajar sini pun tak habis lagi, tup2 nak register jadi student kat tpt lain pulak? how come? pelik..and sy pelik, mcm ne sy blh applied? bila ms sy applied and motif sy applied? i have no answer for that.
family members lain pun mengucapkan slamat tinggal, tapi sy rasa tak seintense sy nak gi melbourne, maklumlah kali nie kat msia jer, tak usahlah beria2 sgt, dlm negara jer. sedang busy nak uploading barang dlm kete, tetiba BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMMMMMMMM...
my alarm tones berbunyi, dah kul 5 pagi time melbourne. arrh, selalu mimpi sy ada penghujungnya, tapi sbb alarm clock kacau, maka plot tak dpt disambungkan.
hehehehe..tq korang sudi bc jugak. nielah mimpi sy yg pelbagai2 itu. kdg2 ada adegan mcm the matrix pun ada. heheheheh.
tapi mimpi sy nie kdg2 ada kaitan dgn kejadian yg sy dgr dan alami utk hari tu. mcm skrg nie, busy bukak sekolah, msk universiti, pindah sekolah..jadilah mcm nie..kot..
mimpi anda mcm mana?
more about dreams (some facts) click here
Thursday, January 7, 2010
Diari hari nie
pagi tadi jam 9.30-11.30am - gi shopping kat little saigon, coles, membeli barang dpr yg dah habis spt
gula,
susu,
buah nectarine (summer fruits, sedap nieh)
daging steak (nak buat steak kononya)
ayam
juice apple + mangga
etc.
hari nie special sikit - misinya nak buat kek pisang, tapi baking soda takder. sy carik kat coles - takde yg dlm kotak kecik, sekali terus 1 kilo baking soda! mak ai..nie nak pakai berapa ratus tahun nie. lagi confused, bila sy yg agak2 jarang membuat kuih muih yg guna bhn2 mcm nie, keliru dgn words tertera kat kotak baking soda tu. antara lain katanya - for home, for body, for kitchen. takder pun kata - for food! tapi beli jugak.
balik umah, sy on internet and surf information.. baking soda uses..fuh lega, tul lahh..boleh guna tuk masak. sy dah nak terbeli baking power dah tadi. tapi baking power dan baking soda tu kan ada beza? dlm resepi kata baking soda, tak kata baking powder. interframe tgh surf internet, adalah hamba allah nie suruh sy check lagi berkali2, sy kata confirm mmg blh msk punyer..baking soda tu..lagi2 bila sy kata - blh guna utk cuci toilet, bersihkan carpet, cuci baju. ngeri jugak bunyinya, tapi sy kata, insya allah sy konfiden blh pakai tuk mskn tu. mmg lah boleh guna tuk menyental bagai2nyer, tapi sy bukan guna fabulloso or ajax..baking soda jer.
maka bermulalah mission membuat kek pisang dgn baking soda, nasib baiklah my housemate tak gi campus hari nie. dia kata, ah-ahh betul lah tu baking soda. mmg blh pakai mcm2. fuh lega. so baru jap tadi kek pisang sy siap, cantik tinggi, tapi tak sempat lagi tangkap gambar..tgh panas lagi tu baru kuar dari oven, tapi sedap baunya.
tapi sy tak berapa pasti pisang aper sy guna..belasah ajer, janji pisang..ehehehehe..sungguh sempoi.
sehingga jam 5.30 pm nieh..writing tak buat lagi, habis utk main masak2 jer (ayam goreng cili kering spring onions with roasted almonds & kailan with oyster source - heheh, mcm grand bunyi nyer..tapi saperlah sy kalu dibandingkan chef wan).
dan sempat lagi upload blog...
Tuesday, January 5, 2010
show less skin is better
ini ada satu kajian di barat yg menarik perhatian sy. pengkaji ini menunjukkan gambar wanita2 dgn pelbagai tahap keseksian pakaian mrk (dari yg tutup seluruh badan hingga yg tak berpakaian) kepada sekumpulan lelaki. kajian menunjukkan bahawa, semakin tinggi darjah pendedahan keseksian wanita di dalam gambar itu, semakin tinggi peluang wanita2 tersebut dimasukkan oleh subjek lelaki ke dalam kategori - a potential casual sexual partner. menariknya, semakin wanita itu menjaga penampilannya (show less skin) semakin tinggi wanita2 ini di nilai sbg kategori - a long partner.
sbgmana diketahui umum, lelaki adalah makhluk visual, segalanya ttg wanita bermula dari pandangan mereka. jadi gadis2 sekalian, peliharalah pakaian anda agar maruah dan pandangan lelaki terhadap anda pun terpelihara seadanya. jgnlah nanti, disalahkan lelaki 100% kerana mempersendakan kita atau mempermainkan perasaan dan body saja sedangkan, jika diperhalusi, diri juga mungkin ada salah silapnya - mengiklankan diri sehingga menghantar signal yg tak sepatutnya (murahan).
kajian ini juga menunjukkan bahawa lelaki sukar memberikan tumpuan terhadap komunikasi dgn wanita seksi kerana fokus mrk terganggu oleh visual tubuh badan mrk (yg sexy of course). lagi moralnya disini, jika anda mahu lelaki mengenali diri anda dgn lebih baik, jgn dedahkan yg tak sepatutnya kerana dikhuatiri menganggu konsentrasi mrk utk mengenali anda dgn cara yg lebih baik - berkomunikasi. so jgn salahkan lelaki 100% kerana memandang pd tempat tak sepatutnya (ditempat2 tertentu pd badan anda of course) serta tidak fokus kerana - anda mungkin penyebabnya.
note: fikirlah, kerana sygkan makhluk bernama wanita maka allah perintahkan kita menutup aurat. kerana tidak mahu wanita dipandang atas nafsu semata2. jadi, jika ada yg memandang seksi itu satu kebebasan, fikirlah semula. kebebasan apa namanya kalu dgn keseksian itu lelaki memandang anda lebih kerana nafsu dan bukan dalaman dan diri anda sebnr.
Sunday, January 3, 2010
Pan's Labyrinth
note: i watched this movie last nite on sbs channel. what a great movie. the ending for me is inconclusive. it depends on ur interpretation of things and your perspective about what the girl had gone through. for me both can be truth. she's alone, creative, love fairy tale stories and simply wanted to get out from real world that not really impressive (lots of war, cruel stepfather and a very ill mother). she despised her new life. so it might be that, all her imagination, she sought ways to escape. when she unable to escape physically, she tries to escape mentally - by having this imagination. but tragic ending - she died.
this film won 3 academy awards - best cinematography, best of direction and best make up. this film was released in 2006. spain movie.
kdg2 beralih filem negara lain best jugak. love the soundtrack.
sinopsis citer? sini
Saturday, January 2, 2010
marriage is..
what i have learned this year is that married love is never complete or finite. it has to be elastic, adjustable. if you become too attached to a way of loving, the beautiful buzz, the thrill, you'll have no way of replacing it when it's gone. marriages are custom made; you jiggle them around until you find a way to make them fit (page 291).
how true it is. walaupun kita ada basic undang2 utk dijadikan panduan dlm perkahwinan, tapi ada juga resepi lain harus ditambah kerana setiap hubungan (marriage particularly) unik pd setiap psgn dan ini harus diteliti. sbb itu, bahaya bila kita cenderung membandingkan hubungan yg kita ada dgn org lain sehingga selalu di terbit dlm diri kita, 'kalau lah...kalaulah mcm nie...mungkin..' atau ' kami pun harus...' dll. sbb keadaan kita mungkin tidak sama dgn org yg kita bandingkan. jadi bagaimana mungkin semudah itu kita 'mengklonkan' hubungan org lain tuk disamakan atau dijadikan spt yg kita punya.
byk jugak dah buku ttg relationship sy baca, byk jugak kisah2 org sy perhati dan nilai. sampai satu tahap, sy fikir...you cannot simply follow everything they say or buta tuli coz every relationship unik dan apa yg dilaluinya juga berbeza. bagaimana kita mengendalikan hubungan, itu bergantung kpd sejauh mana anda mengerti setiap kelebihan dan kekurangan yg wujud dlm hubungan serta fasa2 yg dilaluinya. berhati2 bila bertanya or meminta pdgn kerana yg lebih memahami segala permasalahan adalah anda - yg berada didalamnya.
ciptakan formula anda sendiri, asalkan ia berhasil sptmana anda dan psgn inginkan. setiap ikatan itu adalah perjuangan. perjuangan utk menjayakannya. its like running a business..to fail or to success. never takes lightly, never takes for granted. it requires hard work. bila dah berkahwin, itu bukan 'the end' of the story, it just started. it means work harder. and be realistic with ur expectation sbb ramai yg tidak bahagia dgn hubungannya kerana terlalu mencari kesempurnaan hingga kebahagiaan didepan mata pun tak mampu dihargai. ada kajian menunjukkan bahawa mrk yg suka sgt membaca buku romantik nie lebh cenderung merasa tidak bahagia dlm hubungan mrk walaupun kehidupan dan psgn mrk lebih baik dari yg lain. hollywood + bollywood - meracuni fikiran anda utk mempercayai dongeng2 romance yg tak realistik.
makanya berpada2lah..agaknya mmg benar pepatah melayu ada menyebut - ukur baju badan sendiri..bukan badan org lain.
Friday, January 1, 2010
time goes by so fast
ms mmg tak menunggu kita, kalu u tak mencuri masa tuk lakukan yg terbaik dalam hidup, masa akan mencuri segala peluang yg ada dari u kerana u tak pergunakannya dgn sebaik mungkin.
time for me to cook - resepi hari nie, nasik lemak...
Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini
Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...
-
Salam hujung minggu, Okay, rasanya sudah sebulan sejak saya overhaul skincare product saya dari Clinique ke Kiehl's. Hari tu saya ju...
-
Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. ...
-
Salam 2019, Lamanyer tak menjenguk blog ini. Kesibukan kerja seharian dan juga menjaga si Muaz menjadikan segala waktu yang ada...