Tuesday, April 7, 2009

Children: stop abusing them


Membaca berita harian metro buat saya mengeluh panjang. Kalu tak silap, ada 3 headline pasal penderaan seksual kanak2. Itu blum lagi penderaan lainnya (fizikal, emosi etc). Dan barangkali ramai yg tidak mengetahui bahawa bulan April adalah bulan mempromosikan kesedaran penderaan kanak2. ramai antara kita yg memikirkan 'ini tidak penting' 'tak berlaku di kalangan keluarga saya' 'isu remeh'. fikirlah sekali lagi. anda mendengar anda melihat, dan anda pasti memperakui, anak2 kita tidak terkecuali. ia blh berlaku di mana2 saja.

saya kongsikan sedikit info berkaitan penderaan seksual:

1. mengikut statistik/kajian, penderaan seksual lebih banyak dilakukan oleh individu yg dikenali kanak2 berbanding individu tidak dikenali (eg bapa, bapa saudara, abang, datuk, jiran etc)
2. kanak2 lelaki juga blh menjadi mangsa penderaan seksual (spt dlm surat khabar metro hari nie)
3. kanak2 menderita kesan jangka panjang akibat penderaan seksual ini (mslh psikologi, emosi, sosial etc)
4. ia byk berlaku di tempat2 yg anda fikir selamat (eg rumah, sekolah, asrama etc)
5. tidak semua mangsa menceritakan apa yg berlaku kepada orang lain.



Lindungi kanak2. Hentikan penderaan. Hentikan membuang bayi2 tidak berdosa. Hentikan segala bentuk penganiayaan. hargai jiwa yg memerlukan perlindungan dan kasih sayang kita.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...