Wednesday, April 29, 2009

Koleksi Lawak


mayat berpeluh

alkisah diceritakan seorang lelaki tua meninggal akibat sakit tua... . semasa hendak menuntut mayatnya, hanya isterinya dan seorang cucunya sahaja yang berada di dalam bilik mayat tersebut... ..

semasa kain penutup jenazah di singkap, c isteri merangkap nenek kepada budak tadi mula menangis teresak-esak... . biasala... sedih sal suami tersayang meninggal dunia... ..

tetiba, budak kecik ni nampak air mengalir keluar dari dahi atuknya, terkejut ngan kejadian aneh lagi misteri tersebut, dia menyampaikan khabar tersebut kepada neneknya... .

"nek, atuk keluar peluh la nek... .".

neneknya ngan spontan tesenyum lalu memberitahu cucunya yang konpius tadi.


"ala, biasa la tu cu. atuk kamu first time meninggal, memang la nervous ckit"... ..

cermin ajaib

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..


stainless steel

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan… Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.

“Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!” tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

“Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!”
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

“Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!”

Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu…

“STAINLESS STEEL!!cepat keluar…!!!”

bil telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!... .

skirt ketat

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"

Kuang kuang kuang... ... .

sumber: virtualfriends.net

Monday, April 27, 2009

Menangani kebimbangan

salah satu buku yg memberi impak yg agak bsr dlm hidup sy ialah buku tulisan Dale Carnegie bertajuk 'How to stop worrying and start living.' Ia buku yg praktikal dan diadaptasi dari kehidupan seharian dan permasalahan biasa kehidupan individu dlm msykt. walaupun begitu, peliknya, sy tidak menyimpan buku ini sbg koleksi. sy ada membelinya tapi sy hadiahkan kepada seseorang yg saya rasakan pada waktu itu - terlalu kerap memikirkan perkara2 tak sepatutnya hingga menjadikannya individu cepat tertekan.

buku tu antaranya membincangkan bagaimana kebanyakan manusia menderita memikirkan kemungkinan2 mslh. tak salah memikirkan mslh, yg menjadi pokok persoalannya ialah bila kita menjadi risau berpanjangan krn mslh tu tanpa kita ambil ikhtiar utk mengatasinya. yg kita lebih tekankan ialah - bagaimana mslh itu membuatkan kita risau berpanjangan.

stephanie dowrick dlm bukunya pernah berkata antara lain - org yg menganggap mslh sbg cabaran utk ditangani akan lebih mampu menghadapi mslhnya berbanding individu yg mengganggap mslh itu sbg - hal yg merungsingkan.

buku Dale Carnegie ini memberi impak kpd sy dari aspek cara sy melihat dan menangani mslh. ia membantu sy lebih memfokus kpd selesai mslh, bukan merisaukan mslh. ada satu tips di dalam buku itu yg saya amalkan sehingga skrg.

1. tuliskan masalah/cabaran yg anda hadapi
2. senaraikan apakah kemungkinan paling buruk blh berlaku rentetan dari mslh itu
3. bersedia menghadapi kemungkinan buruk tersebut
4. senaraikan strategi anda blh lakukan utk mengelak dari mengalami kemungkinan2 tersebut
5. laksanakan strategi2 yg disenaraikan itu.

list no 2 and 3 itu pd sy penting sbg persediaan psikologi. kita tidak mengharapkan yg terburuk itu, tetapi dgn melihat secara realistik kemungkinan yg blh terjadi, kita bersedia scr mental. jadi sekiranya ia benar2 berlaku, kita sudah menjangkakannya, takdelah terkejut sehingga kita sukar menerima. yg menjadi mslh pd segelintir individu ialah dia hanya memikirkan satu keadaan yg diharapkannya dan tidak memikirkan satu lagi keadaan yg tidak disukainya. kerana itu jika yg tidak diharapkannya itu berlaku, dia menghadapi kesukaran menerima dan memberi lebih byk kesan buruk kemudiannya.

dan menurut Carnegie, bila kita sedar kemungkinan buruk yg blh terjadi dan kita laksanakan langkah2 sepatutnya utk mengelak dari menghadapi keadaan itu, maka hasilnya selalu positif.

bersikap toleransi atau terbuka terhadap kemungkinan2 kegagalan bukan sesuatu yg negatif. ia bertindak sbg perisai benteng diri utk lebih bersifat 'survival' menghadapi ketidak tentuan dlm kehidupan. ia membuat kita lebih terbuka pada setiap kegagalan dan kejayaan kerana kecemerlangan hidup kita adalah kombinasi kedua2nya.

Saturday, April 25, 2009

Muhasabah 3

(20) Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. (21) Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). (22) Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar. (23) Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. (24) Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka. (25) Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. / (26)
- surah Al-Ghasiyah ayat 20-26

Thursday, April 23, 2009

Muhasabah 2


(15) (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
- surah Lukman: ayat 15

Wednesday, April 22, 2009

Obsesi baru


Sy mmg sgt sukakan game Sims dari dulu lagi. Semuanya bermula daripada anak saudara yg beria2 nak saya tgk rumah yg dibuatnya dan 'orang-orang' yg dijaganya. bila tgknyer, terus jatuh cinta pandang pertama. terasa kembali semula ke zaman kanak2 dulu. dulu ms kecik2, permainan byk berpandukan imaginasi seorang kanak2 yg tak kenal batasan. pernah aper dulu main kotak mancis and anggap its was like a car or something. mesin jahit mak yg lama, yg ada roda pusing2 tu jadi kereta. hahahaha. and main patung2, main masak2, seronok sgt.

sbb tu bila jumpa jer game sims terus suka. sbb dgnnya mcm2 blh create, blh bina rumah idaman, boleh create org yg nak duduk didalamnya, carikan pekerjaan utknya, even nak pilihkan jodoh utk dia. kita blh jadikan hidup dia bermakna, juga blh buat hidup dia spt 'dalam neraka'. pernah bbrp kali main sims watak yg saya hidupkan mati. kelakarnya malaikat maut dtg bawak handphone buat panggilan 'si polan bin si polan' dah mati. hahahaha. tapi ia tak berakhir disitu coz sims yg mati tu blh jadi hantu tau.
Last time beli sims cetak rompak ajer. kali nie upgrade pulak. kebetulan tgk brochure terbaru J B hi fi kat sini ada jual cd sims pd harga murah. tgk mahal gak, first tu dlm $84. tak puas hati gi satu lagi, kebetulan ada pulak sims 2 double deluxe pd harga $24 siap dgn expansion pack lagi. warh..aper lagi pucuk dicita ulam mendatang. rasa nak tergelak pun ada. dah tua2 nak pencen nie pun main lagi game macam nie? ai, insaf2lah diri ku..
sims 2 jauh lebih baik dari sblmnya sbb lebih banyak choice and mcm2 baju, peralatan rumah, mcm tu gak utk design rumah, janji duit utk watak sims tu ada. skrg nie tgh carik mcm ner nak menipu program nie supaya dpt duit $999999. blh design rumah lawa2. laju jer berkongsi dgn anak saudara pasal sims baru yg lbh lawa dan hebat dari yg pernah kitaorg sama2 main dulu. sempat tgk trailer sims 3 coming soon kat You tube. lagi lawa dan lebih hidup animasinya, mcm citer kartun barbie kat tv pulak. dgrnya ia akan berada di pasaran dlm bulan June 09. belikah aku? ohhh, mungkin beli kot blh bawak balik Msia and main ngan anak2 saudara.


Tuesday, April 21, 2009

Lebih dari sekadar kulit

Menonton berita di TV berkenaan seorang perempuan 'bakat terpendam' yg meng-awww-kan hadirin hadirat dan Simon Paul yg terkenal dengan 'mulut tak berinsuran' nyer tu. Sbb tak tunjuk detail, cariklah dkt You Tube. 'Susan Boyle' - Britain's got talent show program. Tak sampai seminggu di U tube, dah ada 27 viewers!

What so special about her anyway? Single lady at 47 year-old, comes from rural areas unemployed lagi. Very modest. When she climb up the stage and told audience that she wanted to be professional singer, semua buat muka 'iyerrrrr kerr', siap ada menjuihkan mulut. So skeptical. but she apparently created history on that day. habis jer nyanyi, audien bagi standing ovation lagi. sekejap jer, tersebar berita ttg keistimewaan suara tanpa rupernya tu. Simon Paul tu pun - tak tau nak kata aper, simply superb.

Dulu, pemenang 2007 - Paul Potts pun mcm tu jugak. Hanyalah penjual handphone. Self-esteem rendah, tak confident org akan hargai bakatnyer. Nah skrg, berpeluang membuat persembahan di hadapan Queen of England dan popular merata dunia. Dia jugak termasuk kategori yg biasa2. melihat dari luaran - dia pendek katanya - takder nilai komersil.

Moral of the story here - keistimewaan seseorang lebih dari sekadar kulitnya. org yg tidak menyedari akan hal ni akan menilai scr luaran semata2. tapi yg sedar akan 'kecantikan dalaman' itupun penting, akan mengambil lebih masa utk menilai seseorang sblm buat kesimpulan. dunia komersil terlalu mengagungkan kecantikan dimata hingga kebanyakan kita pun terikut2 sekali.

diri kita dan orang lain - lebih dari sekadar kulit.

Sunday, April 19, 2009

Nilai Kompromi

Ego yg terancam biasanya menghalang kita untuk berkompromi (bertolak ansur). Ego memberitahu kita untuk tidak memberi peluang kepada orang lain, untuk memahami perasaan atau pandangan orang lain, juga untuk bekerjasama mencapai 'win-win situation.' Ego memberitahu diri hanya ada dua cara - samada kita benar dan berhak benar atau kalah.

Self-respect sebaliknya memberitahu kita sesuatu yg berbeza. Ia mengingatkan kita bahawa kita tidak boleh selalunya 'benar dlm semua perkara' atau mengawal semua benda; yang kita blh mendapat faedah dari pengalaman org lain; yang keupayaan bertolak ansur dan memberi sedikit toleransi kepada org lain sebenarnya boleh mendatangkan lebih banyak manfaat.

(Terjemah dari: Choosing Happiness: Life & Soul essentials by Stephanie Dowrick, 2006)




Friday, April 17, 2009

kelas kecantikan blog III




Okay. Sy try explain lagi sekali pasal mengupload blog templates. utk keselamatan, buatlah satu blog latihan dulu sbg belasahan. utk blog templates percuma dan sesuai dgn blogspot, sila klik pd blog templates link yg ada di blog sy nie. cuba ambik dari blog templates ini dulu. kalu dah berjaya blhlah cuma explore blog templates dari website lain.

blog templates ini blh guna window explorer or firefox (rasanya..)

1. pilih layout pilihan.

Traveling

Download Template

Total downloads: 1,250

2. safe download document. anda akan mendapat zipped document. safe di dalam komputer (contohnya my document folder/desktop)
3. kemudian, right click zipped document tu. pilih extract all. anda akan mendapat folder baru. utk memastikan anda menerima kod yg betul, klik pada folder baru itu (unzipped doc). ada 2 doc didlmnya - read me txt and code xml. code xml inilah yg mengandungi kod yg diperlukan utk mengubah templates.
4. pergi ke dashboard blogspot>layout>edit html>browse (locate di mana anda menyimpan new folder tadi, click pada code xml>open
5. selepas itu, upload.

code xml akan terpapar pd box html. click utk melihat samada ia berfungsi dgn betul. sekiranya ya, click .

jgn copy paste zipped document atau copy paste code xml semata2 krn ia akan menyebabkan berlaku error. pastikan anda upload terus dari unzipped doc/new folder baru itu.

jika berlaku 'undefined' tarikh pada templates baru, pergi ke setting, cari timestamp format dan ubah mengikut kesesuaian.

ikut pengalaman, cara ini tidak mendatangkan mslh.

good luck, semoga mendapat templates diidamkan.





Thursday, April 16, 2009

Take a break..

I was stuck in data analysis. pening2. dah blh kalu buat thematic analysis, tapi sbb grounded theory, kena buat axial coding pulak. aih..tgk research2 lepas, semua buat thematic analysis. grounded theory 1 jer. kalu satu topik jer nak explore barangkali okay, tapi nie?? byykk...argh. camner lah. dari pagi tadi fikir, renung, mcm ner nak buat? ada idea tapi takut salah pulak? ni baru satu kategori. sigh..

barangkali perlu keluar dulu dari gua nie, pergi makan nandos jap, 'jauhkan diri' dari keje nie sekejap, bagi otak fresh balik sblm tgk balik. nandos and hot chocolate. should be nice..

Wednesday, April 15, 2009

Not enough love to get married? Oh com'on!

Sin Chew Daily reported that for the first time, Hong Kong singer-actor Andy Lau has come forward to deny that he would marry Malaysian Carol Chu at the end of this month.

“No such thing. There is still not enough love for me to get married,” he told reporters in Hong Kong on Monday.

Lau urged the reporters to check with those who spread the rumours about his impending marriage.

Reporters had camped outside Chu’s house in Bukit Jalil when the couple was said to be coming to Malaysia to make preparations for their wedding.

However, the couple did not turn up at the house.

___________________________________________________________

kalu tak silap couple nie dah lebih 20 thn bersama. couple since msg2 umur 20+ and now dah late 40+. hari tu dlm news paper ada rumours (note: no kesahihan about this fact so beware with this information) mengatakan yg Andy Lau tak jadi kawin sbb dia mendapati girlfriendnya tak pregnant spt disangkakan. kalu pregnant akan kawin, tak pregnant tak kawinlah. and now - not enough love to get married? just listen how ridiculous that may sound. i can't believe this guy...after 20+ years? oh com'on.

Not for sale

Canteen helper sells her body to support family

A WOMAN who works as a canteen helper in the morning works as a prostitute at night to support her family, China Press reported.

The lady, who wished to be known only as Fatimah, 22, said she had to support her husband, who is an odd-job worker, and their one-year-old son.

“Besides that, I will have to foot my old folks’ medical bills,” she said, adding that she had been prostituting herself for more than three years in Alor Setar.

Fatimah, from Pahang, said she was forced to be a prostitute by her former boyfriend, and charged her customers RM80 each time.

“However, I am getting older and also have given birth. Now, I can only charge RM50,” she said, adding that her customers were aged between 13 and 70.

The daily reported that Fatimah’s dream was to save enough money to start a new life in three years’ time.

source: thestar online

_____________________________________________________________

Aduh, tak tahu nak ckp aper. Siapa nak dimarah dlm hal nie? Empunya badan? Org sekeliling dia? Masyarakat kita keseluruhan? Suaminya? Kdg2 terfikir, byknya keje lain kat Msia naper yg satu nie jugak jadi pilihan? adakah sebab duit lebih cepat dapat dlm ms singkat? service 1-2 jam dah dpt RM50-100? berbanding kerja lain yg ada? Baru minggu lepas Menteri Sumber Manusia kt ada byk kekosongan pekerjaan di Msia tapi takder org nak applied sbb tak minat? mungkin cik Menteri blh check, mcm ner nak approach org2 yg bermsalah mcm nie spy mendpat kerja yg lebih baik selain menjual diri.

ntahlah, kdg2 kita rasa mcm 'tak bijak' jer buat pilihan mcm nie, tapi dari sudut yg lain, kita tak berada dlm situasi dia, kita tak tahu sebenarnya kerumitan isu dialami. kdg2 kerana terdesak, org blh buat apa saja..asal dpt langsungkan hidup.


Tuesday, April 14, 2009

Mengatasi perasaan kecewa

1. berkongsi dengan orang2 terhampir atau yang boleh dipercayai. jangan dipendam sendiri. berkongsilah dengan sahabat, kaum keluarga mahupun sesiapa saja yg kita fikirkan boleh memberikan motivasi, yg membantu kita utk melihat mslh dgn fikiran yg jernih, bukan menambah kalut.

2. selesaikan penyebab yg menjadi mslh dengan segera. tapi jangan mengambil keputusan di saat fikiran blum sepenuhnya waras dan rasional atau ketika emosi sedang 'menggelembung' tunggu masa nak meletup.

3. berfikirlah positif, apa pun yg terjadi, pastinya atas kehendakNya

4. berlapang dada, menerima dgn redha tanpa ada niat utk membalas dendam kpd org yg menyebabkan kekecewaan itu. ingat. barangkali dia bukan utk kita kerana Allah jadikan dia terbaik utk orang lain, tapi bukan dirimu. jgn membalas dendam kerana kita tak mungkin mengubah org yg tlh mengecewakan kita.

5. maafkan saja. biarlah apa yg terjadi itu berlalu dan melangkahlah ke hadapan. msh ada byk impian menanti utk digapai.

6. alihkan fokus. tiada ruginya jika kita alihkan tenaga dan fikiran utk membahagiakan org lain pula.

Namun yg paling penting, perlu bersyukur dan ingat Dia, insya Allah hati akan lapang. Allah yg menguasai hati manusia, dia yg berkuasa mengubahnya. dan dia mengatur kehidupan ini sebaik2nya. berbaik sangkalah. tlh tersurat yg berlaku. barangkali ada hikmah tersembunyi yg tak mampu dilihat oleh mata hati.

sebahagian sumber dipetik dari: afdhar.blogspot.

This life and that life

Anak saudara anta sms SOS. Rupernya frust bercinta. Carik mak su jer bbrp hari lepas tak dpt2, sms tak blh, email tak balas, YM tak online pulak. rupernyer aku diperlukan, buat mendengar citer 'kisah sedih' putus cinta. aper punyer mak saudara. rasa bersalah pun ya jugak. org perlukan kita, tak available. YM ada tak bukak, email tak check, tapi bab handphone, not my fault, i got the same report from 3 other person. line tak elok. kakak YM pun sy tak online. off message jer dpt.

maaf bagi yg mencari, ya saya bersalah. kdg2 sy terlalu khusyuk dlm dunia sendiri sehingga sy lupa pd yg lain. seolah2 skrg nie ada 2 jer benda dlm hidup nie - aku dan thesis. kdg2 lupa sy ada kehidupan lain, tanggungjawab lain. tanggungjawab sbg adik, anak, mak saudara etc. skrg nie tanggungjawab pelajar mendominasi segala2. aish, kena monitor diri sendiri nanti 'tak betul' disebabkan thesis. moga tetap waras hingga akhirnya. tolong ingatkan bila sy sptnya 'tak ingat dunia.'

maka berlangsunglah adegan luahan perasaan. dan bertanyalah itu ini mcm lah pakar sangat bab cinta. sy nie tau bab2 keganasan seksual, tp bukan kaunselor perkahwinan, tapi blhlah..teringat petikan satu buku - kita tak perlu menjadi pakar utk menjadi org pendengar yg baik. cukup kita mendengar dgn baik, memadai. pinjamkan telinga dan hati sebentar.

sy kata frust mmg frust, tapi kehidupan nie jauh lebih besar daripada tu. kena tgk dari perspektif lebih luas. msh muda, msh cantik, perjalanan hidup msh panjang lagi. jgn disebabkan putus cinta nie, putus segala2, kehidupan jadi tunggang terbalik. nie baru putus cinta. sedang, kehidupan nie ada byk lagi ujian2 yg seterusnya. kalu yg sedikit ini pun kita dah give up, mcm mana yg lainnyer? plan nak ke universiti, jadi targetlah di situ. dibahu tu ada tanggungjawab lain lagi. adalah hikmahnya semua tu. masa depan tu jauh lebih penting dan perlu diutamakan. Insya allah, dlm perjalanan itu nanti akan jumpa juga dgn jodohnya. keyakinan perlu ada. redhalah, sbb redha bawa ketenangan.

sy bukanlah pakar ttg mslh hidup. tak berani nak mengaku. dan takkan mengaku pun. sy sendiri msh dlm perjuangan hidup, masih menempuh liku2 kehidupan sendiri. msh lagi terkial2, kdg2 sy buat keputusan salah, kdg2 betul. kdg2 sy buat silap, kdg2 tepat. kdg2 sy mendatangkan mslh pd org lain dan sebagainya lagi. dan ada kalanya sy gagal, ada kalanya sy berjaya. tapi semua tu bukanlah keutamaan, proses perjalanan itu yg jauh lebih penting. setakat mana kita belajar darinya? sbb tu selalu lepas habis citer - org selalu tanya - moral of the story?

telefon mak dikampung. akhirnya dpt jugak stlh 2 hari mencari, tak jumpa2. sempat komplen ngan dia, nak jumpa najib lagi senang dari carik dia. najib hari2 nampak kat surat khabar, dia punyerlah susah. jap ada kat bwh tgk bunga, jap umah kakak..mak perlu handphone! senang nak trace. sempat bertukar2 citer, dia tanya busy ker? ckp mmg busy, busy ngan keje. nak kelakarnya bila dia kata - sy busy mcm polis nak pencen. hahahaha.

itulah sy, buat ms ini, sy ada dua kehidupan berbeza - kehidupan skrg di Melbourne, dan kehidupan yg saya tinggalkan di Malaysia. life is hard but i am not give up. not yet. cayok!


Muhasabah

(33) Dan dikatakan (kepada mereka): Pada hari ini Kami tidak hiraukan kamu (menderita di dalam azab seksa) sebagaimana kamu tidak hiraukan persediaan untuk menemui hari kamu ini dan tempat kamu ialah Neraka dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. (34) (Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan dan kerana kamu telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia. Maka pada hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari Neraka dan mereka tidak diberi peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya). - Al-Jathiya: 33-34

Sunday, April 12, 2009

My work


Just moved these files inside my room. Study-study hard. I know ppl always say 'study smart, not study hard'. But i find it not applicable for phd. Phd means study hard. No play2. Sigh..

Kasut terbang

Kita patut berterima kasih kpd Bush kerana dia pencetus revolusi baru dlm membentuk persepsi msyrkt dunia ttg 'erti kasut' sebenar. Sekiranya menghadiri sidang politik, pastikan anda memakai kasut yg bersesuaian, contohnya - yg mempunyai darjah keruncingan/ketajaman yg sesuai dan mempunyai ketepatan balingan lebih 50%.
Tapi lupakan niat itu kalu hanya -- 'kaki ayam' jer yg blh masuk.
Kasut yg diubah suai dgn teknologi bersayap dan darjah junaman yg padu serta blh mengeluarkan peluru -- satu kelebihan.
Kasut memberi harapan baru kepada orang-orang yg telah lama berputus ada utk mengharap pembelaan sesama manusia.
Menangguk di air keruh...kasut percuma, saper tak nak? Siap ada list kasut mana ptut dibaling. ish3..
jangan pelik kalu nampak ada ahli2 politik berucap dgn posture mcm nie. ketelengan ini tiada kaitan dgn termakan leher ayam sebaliknya adalah teknik/strategi menghadapi kemungkinan serangan 'kasut terbang'. hihihi

Friday, April 10, 2009

Tak tahan godaan..

Easter Day/Good Friday di Australia hari nie. Malaysia tak cuti, tapi Swk cuti. Housemate msh blum balik dari UK - Europe tour. Ingat nak focus data analysis, settlekan dua, tapi tgk tv mlm nie ada LODR the two towers! Aiya..terpaksalah tengok. hihihi. Dugaan betul. Ish malam nie tergoda. takper habis citer sambung keje (helah bela diri nie).

Seronok gak layan movie best kat umah sambil mkn keropok sorang2. Layan..

Wild rabbit n a bird


While doin my work, wild rabbit came n eat d food i gave. Lots of rabbits here. Can see them jumping n wandering around early morning. Took d pic from my room window.

Thursday, April 9, 2009

Istilah bercinta

"boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata namun mahu dimakan jua.." - shimawar

"depend on what kind. Love makes u strong, and love can kill u....."- alice in the wonderland

"manis, sedap tetapi berbau kuat macam buah durian.... sedap dimakan tapi kan kalau terlalu asyik samapi tak sedar diri.... akan memudaratkan diri. Itu opinion orang yang tak ada experience....." - anna and the king

"rasa kasih yang mendalam pada sesuatu" - mia

"pengorbanan.....cinta tak perlu di ucap, kita boleh merasainya.." - kak zana

"anugerah terindah. cinta itu ketawa dan air mata" - Lavender78

Apa yg plg sy suka berkenaan dgn TAG ialah jawapan yg diberikan org yg menjawabnya. sbb takder jawapan A-B-C or objektif mahupun yes or no, jadi kita bebas utk beri jawapan mengikut apa kita fikir dan fahami. i tertarik cara kawan2 yg tlh menjawab tag berkaitan CINTA, how they understand it. mcm2 jwpn diberi. ada kata sedap mcm belacan lah, ada kata mcm makan buah durian lah, ada yg lebih abstract dlm mendefinisikan cinta dan mcm2 lagi.

interestingly, gadis comel yg claimed herself for not having any experience in love nie - is the one who gave the longest answer. (hahaha, usik u Anna jgn marah ek).

Cinta is a subjective thing. Some people may see it in different perspective. and pengalaman is part of it. see, how ur experience giving u a meaning of what love is? saper ader pengalaman pahit, susah, sukar - dia akan kata - pahit mcm hempedu. saper happy - manis mcm madu (maybe). in conclusion, takde yg mendefinisikan cinta itu sebagai dengan satu ciri saja. contohnya leper, bulat or bujur. cinta itu terangkum didalamnya pelbagai rasa, pelbagai pengalaman, pelbagai peristiwa. ia positif, ia negatif. mcm alice kata, blh memberi u kekuatan, blh juga memusnahkan.

kini ku mengerti istilah sebenar
di dalam bercinta
tiada kepastian
tiada penentuan
akan kebahagiaan
(lirik lagu Istilah bercinta Ramli Sarip)

mcm tu jugalah kehidupan kita nie. setiap kita menempuh pengalaman yg berbeza2 dan pengalaman itulah yg mencorakkan kita - siapa kita hari nie dan apa yg kita fahami. takde jwpn yg salah atau betul pun. sbb kita dibentuk oleh pengalaman dan peristiwa berbeza2. itu yg menjadikan setiap kita unik. kita tak blh mengharap org itu fikir/faham spt kita kerana kita barangkali menempuh corak kehidupan berbeza. terima dgn hati terbuka. kita berbeza. tak semestinya berbeza itu satu masalah. yg jadi mslh bila kita tak blh menerima yg - kita berbeza.

cinta in the way i understand it is - a journey. and spt perjalanan hidup yg ada pasang surut ini, begitulah rasa kasih sayang kita, teruji, diuji. tapi satu cinta yg tak pernah mengecewakan. takkan mengecewakan. cinta kita pd Tuhan.

inilah kesimpulan yg dpt dibuat oleh seorang pelajar yg sedang dlm stage buat analisis data guna kaedah kualitatif. scr tak langsung semua perkara nak dianalisisnyer. hahaha. applied knowledge.

okay, nak pi mandi and smbung balik analisis sebentar lagi..

Tuesday, April 7, 2009

Tag kak Zana pulak..

Oh, mmg skrg tgh musim mengetag member2. ada bagus jugak sbb sedikit sbnyk blh kenal karekter, kisah2 silam (warh..) dan personaliti. kaylah i try my best, kak zana punyer tag pulak kali nie. sbb tgh tunggu results election, baik jawab tag nie dulu.


1. Bekas kekasih saya adalah:
Dijadikan Allah terbaik utk org lain, tapi bukan terbaik utk saya.

2. Saya sedang mendengar:
Bunyi kapal terbang lalu and suara pak guard dpn umah. haa, tu dia tgh check pintu umah dah kunci belum. "dah lah pak cik guard!"

3. Mungkin saya patut:
kurangkan ketawa (asyik kena komplen gelak memanjang jer) hahahaha..gelak lagi..

4. Saya suka:
membaca, mendengar musik, menonton filem2 menarik, berenang, ronda2, dan banyak lagi..

5. Sahabat-sahabat baik saya:
adalah mereka yg tlh lama saya kenali..fizikal mrk mungkin byk berubah, tapi tidak hati mereka :-)

6. Saya tak paham:
kenapa kena ada daylight saving - sekejap beza 3 jam, sekejap beza 2 jam dgn msia. 2 hari lepas beza 3 jam, hari nie beza 2 jam. tak paham tak paham.

7. Saya kehilangan:
bbrp org tersayang dlm hidup. pahit mcm mana pun, cuba juga teruskan hidup. life must go on.

8. Ramai yang berkata:
Saya kuat gelak..

9. Makna nama saya:
Hanya A Samad Said yg lebih mengetahui..

10. Cinta itu adalah :
Anugerah terindah. Cinta itu ketawa dan airmata.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Frust sbb BN kalah..

12. Saya akan cuba :
menghabiskan PhD ini secepat dan sebaik mungkin.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
kehidupan selepas kematian.

14. Telefon bimbit saya :
sony ericson k810i. termasuk 'harta' paling penting yg dibawa kemana2. kira mcm talian hayat, wajib dibawa kemana2.

15. Bila saya terjaga dari tidur
nak keluar rumah ker hari nie??

16. Saya paling meluat apabila:
Orang yg mengutuk orang lain seperti tak ingat dunia. Sempurnakah kita?

17. Pesta / Parti adalah:
I am not party animal. Menghadiri parti dan keraian adalah perkara yg saya tidak suka. Jika diberi pilihan, sya lbh suka menghabiskan masa sendiri di rumah dari menghadiri pesta.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Kucing kesayangan sy lah. Namanya Cat @ Siti Khadijah. Kucing paling baik/berdisiplin/berbudi bahasa pernah dipelihara. Tapi tak sempat jaga lama sbb ms tu kena fly Kl sambung blajar. Arwah ayah tolong jagakan.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Sekarang. Tidak terlalu tua juga tidak terlalu muda.

20. Hari ini :
Dah 2 hari tak keluar rumah. Skrg nie, nak keluar rumah pun kena paksa diri sendiri.

21. Malam ini saya akan:
Akan? bukan telah? Hmm..oleh kerana jam dah kul 12, maka saya 'AKAN' tidur..zzz.

22. Esok pula saya akan:
Sambung keje dan ke pasar membeli buah (nak makan buah banyak2)

23. Saya betul2 inginkan:
Pulang ke Malaysia dan habiskan study.. arghh!!

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Muka tension ngan PhD.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
tempat cuci mata dan beli barang. arked mainan - teringat anak saudara.

26. Makanan Barat atau Jepun:
Dua2 suka. Pernah makan sushi siput?

27. Bilik yang terang atau gelap:
Tak menjadi masalah nak tido. Dua2 okay. Sy makhluk dua alam, blh gelap dan terang. No hal.

28. Makanan segera adalah:
Bila tiada kesempatan nak masak.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"Okay". Baru jap tadi.

30. Siapa yang anda nak TAG?
the best part. okay calon2nya ialah..anna d king, alice, mia, husna, shimawar, cik huda, amalini

Children: stop abusing them


Membaca berita harian metro buat saya mengeluh panjang. Kalu tak silap, ada 3 headline pasal penderaan seksual kanak2. Itu blum lagi penderaan lainnya (fizikal, emosi etc). Dan barangkali ramai yg tidak mengetahui bahawa bulan April adalah bulan mempromosikan kesedaran penderaan kanak2. ramai antara kita yg memikirkan 'ini tidak penting' 'tak berlaku di kalangan keluarga saya' 'isu remeh'. fikirlah sekali lagi. anda mendengar anda melihat, dan anda pasti memperakui, anak2 kita tidak terkecuali. ia blh berlaku di mana2 saja.

saya kongsikan sedikit info berkaitan penderaan seksual:

1. mengikut statistik/kajian, penderaan seksual lebih banyak dilakukan oleh individu yg dikenali kanak2 berbanding individu tidak dikenali (eg bapa, bapa saudara, abang, datuk, jiran etc)
2. kanak2 lelaki juga blh menjadi mangsa penderaan seksual (spt dlm surat khabar metro hari nie)
3. kanak2 menderita kesan jangka panjang akibat penderaan seksual ini (mslh psikologi, emosi, sosial etc)
4. ia byk berlaku di tempat2 yg anda fikir selamat (eg rumah, sekolah, asrama etc)
5. tidak semua mangsa menceritakan apa yg berlaku kepada orang lain.



Lindungi kanak2. Hentikan penderaan. Hentikan membuang bayi2 tidak berdosa. Hentikan segala bentuk penganiayaan. hargai jiwa yg memerlukan perlindungan dan kasih sayang kita.

Lai chi kang


Nyum nyum. Yummi..i forgot d real name of tis food. But i like it anyway

Walking the talk


The best way to discover what your values are is to look closely at your behaviour. Your behaviour is the true measure of your values. Everything else is wishful thinking. - (Stephanie Dowrick, pg 96).

Sunday, April 5, 2009

Bersatu hati lagi..

kita dah pun mendapat Perdana Menteri baru Malaysia ke-6 dua hari lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar. Diharapkan selepas ini, teraju akan lebih cemerlang dan Malaysia akan melangkah lebih cemerlang. Di saat dunia dan negara menghadapi cabaran ekonomi yg mencabar, ada baiknya kita lupakan seketika fahaman politik yg berbeza dan duduk bermusyawarah bersama - demi rakyat. saat2 krisis sebegini, hati yg bersatu lebih penting dari warna bendera politik. Ini bukan masanya mengatakan saya betul atau awak salah, tapi 'apa kita boleh lakukan bersama untuk memastikan Malaysia dpt mengharungi cabaran yg ada skrg ini?'

marilah bersatu hati lagi..

Seein is believing


Nude swim everyone? Haha. Found tis adver at the bus stop. Jaw dropped. It was an open invitation. Tis is what they call, country of freedom.

Saturday, April 4, 2009

kelas kecantikan blog II

Okay, I know that the process of converting templates blog can be very unpleasant, especially bab2 nak upload file; converting zip file; extract file; copy code etc.

Okay, I accidently found this website where you can just copy paste the code (the code is ready to use, just copy the code and paste on ur layout>html). So, you can skip the silly part of downloading the code to ur computer). If during the process of copy paste u got the message to upgrade ur blog, just follow the instruction coz this would allow ur blog to accept xml code instead of html code.

simply choose ur favourite template by click download just under the templates and the code will appear, copy and paste. u will get ur new skin blog in just minutes.

http://lenatoewsdesigns.blogspot.com

Friday, April 3, 2009

Kelas kecantikan blog

Okay, memenuhi permintaan akak zana yg bertanya ttg tips utk mencantikkan kulit blog, bagi warna warni ceria dan org pun suka. i try to make it straight and forward.

Bbrp perkara yg perlu diketahui dulu ttg blog anda sblm nak pilih templates.
1. tentukan jenis blog anda guna skrg - blogspot or wordpress. ini penting krn templates yg ada tidak semuanya blh didownload walaupun kita suka krn ada yg direka specifik utk jenis2 blog tersebut. pastikan templates yg disukai mmg utk jenis blog anda -eg blogspot/wordpress or kedua2nya. biasanya ia akan bagi tau samada templates itu tuk wordpress or blogspot.

fakta menyakitkan hati: wordpress blog mempunyai templates jauh lebih menarik dari blogspot. ini tidak pelik krn blogspot utk amatur mcm kita2 nie krn ia tlh prearranged, kita cuma guna so pilihan kita terhad berbanding wordpress, ia biasanya diguna oleh mrk yg lebih advance krn ia blh diedit sendiri oleh penggunanya mengikut kreativiti dan of course - mrk yg tahu selok belok web design.

2. pastikan jenis layout blog - adakah gunakan format html or xml.

fakta - sy mendapati format jenis xml lbh byk dari html. oleh itu lebih baik tukar dulu format html ke xml. caranya, pergi dashboad>layout>edit html>upgrade. kalu upgrade tak ada, click pick new template. new template biasanya tlh diformatkan ke xml. save.

3. sblm melakukan praktikal, sy nasihatkan buat blog baru sbg latihan. ini kerana bagi mengelakkan sebrg kejadian tak diingini berlaku cth kalu anda buat kesilapan teknikal yg membuatkan templates blog lama tak blh di divert semula. walaupun ketika nak edit html anda blh click full template safe tapi lbh baik buat blog lain utk 'belasahan'.

4. shopping templates - elakkan memilih templates yg terlalu sophisticated kerana yg cantik2 itu biasanya mmg sophisticated cthnya coffee desk templates (cantik dan popular), tetapi ada byk fail di dalamnya dan anda akan pening mcm ner nak upload nanti. biasanya akan berlaku error. tuk tak memeningkan kepala, pilih templates yg ada satu file format kod saja.

5. download - biasanya fail yg anda download dlm bentuk template zip. download ke dlm komputer anda (eg desktop/folder file/my doc). selepas complete download, open file tadi dgn >righ click mouse anda>extract all. computer akan extract file spt diarahkan. sekiranya anda lakukan yg betul, anda akan mendapat satu doc file yg mengandungi kod xml.

6. copy xml ke dlm blog: dashboard>layout>browse (locate di mana anda simpan file kod xml yg tlh diextract itu. eg desktop/my doc)>open>upload. xml template baru akan terpapar pd kotak html. save>preview.

7. peringatan: jika template ini utk blog yg tlh sedia ada, maka widgets yg ada di dalamnya akan terhapus dgn sendirinya, maksudnya anda kena buat lagi sekali. widgets ini blh dikekalkan tetapi kena tahu kod2 di dalam format xml itu. kena carik tutorial kat internet, ada. tapi sy terlalu mala s hari tu nak blajar sbb dah berejam2 dah carik templates.

8. sekiranya okay, maka anda blhlah follow the same steps utk blog sebenar.

apa sy ajar nie utk templates yg simple sajer spt template sy yg ada sekarang. yg lebih rumit tak reti, blum blajar lagi..harap maaf.

Tag Answers..

Last phone call
The last called i made was at 10.04 am to my friend coz i tak jumpa building L room 112, i was late for the workshop! I lost my way..

Last text message
My love - to reply that i miss him too


Last time you cried
I can't remember...but I cry quite often


HAVE YOU EVER :

Been cheated
Yes and it was hurt. Be honest even though it was a hard thing to do. Menipu lagi mengecewakan..


Kissed someone and regretted it
No. I kissed someone who deserved it, termasuk kucing (is this also considered as 'someone?')


Lost someone special
For the past 3 years, I lost my father and I lost my brother in law, both I loved soo much.


IN THE PAST MONTH HAVE YOU :

Fallen out of love
Fallen out of love? Why not fallen in love??? I'm in love..


Laughed until you cried
Yes, dia suka buat lawak..


Met someone who changed your life
I am not sure..


Found out someone was talking about you
No.


How many people on your top friends do you know in real life?
I have to check first..give u the answer later blh?


How many kids do you want to have
Many. Satu team bola sepak blh?

Does u have any pets
I used to have one, but not at the moment. I love pets and I will have them in the future.


Do you want to change your name
I love my name. Sasterawan negara tergila2kan I, tak caya tanya A Samad Said..hehehe


What time did you wake up today
8.30 am, actually I tried to wake up earlier than that but I couldnt open my eyes. Nie gara2 tak tido sehari suntuk a day before..


What were you doing at midnight last night
I was sleeping..zzzzzz


Name something you cannot wait for
Finish my PhD (OF COURSE!)


Last time you saw your father
I simply couldn't answer this question. It broke my heart.


What's one thing you wish you could change
I wished my arwah ayah msh hidup tuk lihat sy menyempurnakan impiannya.


What's getting on your nerves right now
My PhD-lah..aper lagi..adush..


Elementary/Primary School
SRK Tabuan - I met my super duper senior di Australia hari nie, haha kecik dunia


Middle/Secondary School
SMK Pending - baca entry sy about message pending - failed!


Hair color
Hitam, I wish I could change my color to red for only a day. Red color reflects someone who daring and out spoken even without open his/her mouth. how it feels to be different?

Long or short
Long one. I haven't cut my hair for about 3 years

Want kids?
Of course I want.


Want to get married?
Well, in order to have kids I have to get married first lah...so??


HAVE YOU EVER :

Kissed a stranger
Not in a million years.


Lost glasses/contacts
No. Lost my glassess would be like lost half of my sight..


Ran away from home
Never, but I did run away from someone.


Broken someone's heart
Sometimes you simply couldn't avoid this. I am sorry..


Been arrested
No. Sy budak baik..


Cried when someone died
Yes. Losing someone is never been easy.


ANSWER TRUTHFULLY :
Is there one person you want to be with right now?
My family, my loves one.


Do you believe in God?
I belief in Allah 100%


Thursday, April 2, 2009

Keep going - never give up

Erk, tercekik!


Proses buat PhD adalah pengalaman yg unik. Ia satu proses pembelajaran yg panjang, sunyi (sbb buat research sendiri, org lain tak faham) dan memenatkan fikiran dan tubuh badan. yg gemuk blh kurus dan kurus blh semakin kurus. tapi kalu kurus jadi gemuk or gemuk bertambah gemuk, itu pun mungkin reverse syndromes. akan ada satu tahap di mana kita mempersoalkan keupayaan sendiri, mampu ke? besarnya impian kita, tapi kdg2 ada bisikan dlm hati yg kata 'boleh ker'.

Pada awal perjalanan nak mencari hala tuju kajian, rasa lost. Dihadapan mata penuh dgn journal2 tapi somehow, you feel lost. Masa tu lah fikir, layak ke aku nie jadi student PhD? walau pun dah lepas defense proposal, msh ada yg confuse. Dan bila lepas tahap tu, ada lagi cabaran lain, nak buat data collection, data analisis dan writing thesis. byknya 'pagar' nak dilompat. masa berlalu cepat, tgk timeline mcm tak on track jer. aduh! kelepet gue..

time nielah bagi supervisor yg concern, dia akan bagi advise - take care of yourself, take a rest a bit. sy lah antara orgnyer yang menerima nasihat mcm nie. mesti my supervisor nampak aku nie kelam kelibut mcm nak mengejar bas yg terlepas. and itu blum lagi termasuk dugaan2 sampingan yg mempengaruhi perancangan kita. kdg2 plan dah cantik, tapi..Allah punya plan kita lupa. hmm..

tulah, 3 thn yg penuh upside down. kalu blh tamatkan perjalanan ini, memang kepuasan tak terhingga. the only way tuk overcome perasaan down bila buat PhD ialah menjadi realistik dlm perancangan. exactly mcm lagu nie kata - halangan yg baru dilangkaui itu bukan yg terakhir, akan ada lagi seterusnya dan seterusnya..dan kalu progres kita lari dari timeline yg ada, just try ur best anyway tuk siapkan. PhD bukan pertandingan saper cepat habis, tapi kesudahan yg memuaskan. tak guna terkejar2 kalu hasilnya tak memuaskan.

yearh, inilah cabaran yg ditempuh, inilah risiko yg diambil, apa jua cabaran - no i'm not breaking. lagu nie tepat menggambarkan..

The Climb by Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Wednesday, April 1, 2009

Heiiiiiiiiii jebat turun kau!!



oh ada citer menarik berhubung 'hei jebat turun kau!. hehe. tadi ms on the way dlm bus, ada sekumpulan budak2 muda mat saleh dlm bus buat bising. duk kat dpn sekali, blkg pemandu. sbb yg lain senyap jer, diaorg pun mcm show off lah sikit. dlm rancak borak tu, diaorg kuarkan botol bir dlm beg msg2, 'cheers' and minumlah dlm bus. terfikir gak, blh ke minum arak dlm bus, rasanya tak leh. ingat driver bus relax jer, rupernya dia berhenti kat tepi jalan and kata 'if you guys still want to drink that on this bus, you better get out from here.' pergh, baru terdiam mulut yg mcm bertih jagung tu. haa, baru tau, 'sultan dah marah.' tulah menderhaka lagi, kan dah :

'heeei jebat, turun kau!'
kalu kau tak turun, aku naik..

rindu pulak citer p ramlee.

moral of the story: jagalah adab dimana saja berada. nanti kena zassssssssss!



Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...