Monday, November 24, 2008

Rahmat disebalik dugaan

Justify FullSebenarnya, I dah berura2 nak turn off my computer sbb jam dah pukul 11 lbh malam. Nie dah melangkaui waktu tidur sepatutnya. Ralat dgn proposal one of my friend, tolong semakkan utk dia, as she needs my comments/suggestions. Tapi sbb blum lagi blogging, gatal jer tangan nak cari blog utk dilihat..accidently, i tertengok satu blog kassim selamat. lagunya terus menangkap telinga..lagu P Ramlee, dimana ku cari ganti..and as i read his blog, I terus terimbau kenangan lama ms praktikum di HKL bbrp tahun dulu.

kassim selamat, as he written on the blog, termasuk golongan OKU, lumpuh separuh badan, pakai wheelchair. dia lumpuh sesudah 40 thn usianya, disebabkan deman denggi. i will not talking much about him, so much u can learn urself by surfing his blog if you have time. apa yg i nak sampaikan ialah, dugaan Allah bagi pada kita nie mcm2; pada harta, kesihatan, jiwa raga, keluarga etc. to be honest, first time i jumpa kes mcm nie, i tak tau nak deal mcm mana. i dont know how to give hope to them, in other word, i sendiri hopeless..helpless. in one incident, ada satu patient nie lumpuh terus dari paras leher ke bawah and he was only 20 years-old at the time. dia hanya blh gerakkan kepala saja. hanya dgn melihat, i blh rasa payahnya melalui apa yg ditempuhinya. apatah lagi doktor time tu kata, mmg 99% will not recover. 1% for miracle?? dan bila dia menangis dpn i, my heart was broken, torn apart..i tahankan diri dari menangis, but menangis di dalam hati. pada usia begitu muda, saat dimana kawan2 sebaya sedang asyik melakar kehidupan dan masa depan, and yet, u are here..lying on the bed. tangisan tu, as like satu ucapan selamat tinggal pada harapan-harapan dan impian yg dia pernah ada. dia berada dlm satu landasan baru yg tak terikir barangkali. menangis kerana takut? menangis kerana kehilangan? sesiapapun, saat sebegitu i pasti akan break down jugak..

i msh ingat lagi mcm ner on d way back ke kajang, dlm komuter, i termenung pjg. try tuk faham kenapa, mengapa, mcm mana. time tu as a student, i pun hidup dlm kepayahan, time tu blajar tak cukup duit. i struggle alot. i rasa hidup dah cukup payah time tu. tapi, pengalaman2 nielah buat i terfikir balik erti syukur dan redha. diberi sedikit ujian pun dah rasa mcm aper. ada org, lebih berat ujian ditanggungnya, tapi msh mampu senyum, fikir positif. i bagi tau diri sendiri 'selagi allah bagi kesihatan mental yg baik, tubuh badan yg sihat, bersyukurlah. itu bererti peluang u tuk mengubah sesuatu dan mencapai sesuatu masih wujud.' kalau allah kurniakan u kedua2nya selalulah bersyukur, jgn mudah mengeluh akan sedikit ujian pada kehilangan harta (contohnya). harta blh dicari, tapi diri sendiri, hanya bila kita kehilangannya baru kita tahu betapa tinggi nilainya.

bagi yg diuji dgn ujian lebh berat spt kehilangan keupayaan dll, itu tandanya anda insan terpilih. tertusuk duri pun hamba allah mendapat pahala dan ampunan dosa, apatah lagi ujian yg sebegitu. dan betapa kehilangan itu, akan selalu seiring dgn penemuan baru dlm kehidupan. itulah barangkali rahmat sebalik dugaan. spt blogger yg i rujuk di awal tadi, dia jadi akrab dgn penanya. fizikal mungkin terbatas, tapi fikirannya jauh lebih tajam dan peka sebelumnya. penanya bisa saja menyentuh hati kerana dia menulis dgn hati dan perasaan.

i teringat kata-kata; jika nak belajar erti syukur, jgn pandang ke atas, pdglah kebawah, sbb pandangan atas itu akan selalu membuat kita rasa ketak cukupan, sedang pandangan ke bawah itu mengajar kita erti kesyukuran dan keredhaan. dan..

bila ditutupkan satu pintu utkmu, akan dibukakan pintu2 yg lain. pentingnya ada fikiran positif.

sekeras mana pun dicuba utk memahami, hanya yg melaluinya benar2 mengerti...

'tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan tlh tertulis dalam kitab luh mahfuzh sebelum kami menciptakannya. sesungguhnya demikian itu adalah mudah bagi allah.'

'kami jelaskan sedemikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yg luput dari kamu, dan supaya kamu jgn terlalu gembira terhadap apa yg diberinya kepadamu. dan allah tidak menyukai setiap orang yg sombong lagi membangga diri.' surah al hadid (besi) ayat 22-23.

'dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya kehidupan akhirat itu sebenar2nya kehidupan, kalau mereka mengetahui.'- an-kabut ayat 64.




No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...