Monday, July 25, 2016

Kekal Positif Dalam Dunia Yang Serba Negatif



Jadi manusia zaman sekarang sangat mencabar, betul tak?? Apabila dunia manusia semakin rumit, cabaran pun pelbagai dan tambah-tambah lagi zaman dunia akhir zaman seperti sekarang, ada banyak reasons untuk rasa kecewa dari rasa bahagia. Sebab tu ramai masyarakat dunia sekarang sakit jiwa. Jadi, manusia zaman sekarang kena lebih kuat mental dan psikologi dalam mendepani pelbagai kemungkinan tidak terjangka. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar masalah dunia. 

Satu perkara yang powerful yang patut kita sedar dan syukuri ialah - minda kita atau dengan bahasa mudahnya otak yang Allah kurniakan pada kita. Otak ini, yang banyak mempengaruhi perspektif, emosi dan tingkah laku kita secara langsung dan tidak langsung. Minda berkuasa melihat kebaikan sebalik keburukan, melihat hikmah dari ujian dan musibah dan sebagainya. Minda ini berkuasa memilih untuk kita melihat sisi positif atau negatif hidup kita. 

Tak semua orang menggunakan mindanya secara optimum. Sebab, saya rasa kebanyakan kita bersifat reaktif terhadap peristiwa kehidupan yang kita alami tapi terlupa bahawa kita berupaya mengawal cara kita melihat sesuatu itu. Peristiwa tinggal peristiwa, ia fakta, tapi yang memberi makna dan interpretasi kepada peristiwa itu ialah fikiran/minda kita. Jika kita fokus kepada perkara yang baik, maka baiklah yang kita nampak dan begitu sebaliknya. Bunyinya cliche, tapi ada kebenaran bila pepatah menyebut "orang lain tidak berkuasa menguasai perasaan anda tetapi diri anda sendiri". Malangnya, kita seringkali memberi kuasa itu kepada orang lain, sehingga kita rasa orang itulah yang buat kita marah, orang itulah ini, orang itulah begitu. Tapi kita lupa, sebahagian respons itu kita yang memilihnya. Jika kita lebih suka bersifat reaktif, kita memberi kuasa kepada orang lain untuk menguasai emosi kita. Jadi, own our feelings, memang first reactions kita pada elemen negatif mungkin negatif juga, tapi kita berupaya mengawalnya bukan? Kita boleh memilih cara yang bagaimana untuk bereaksi. Semakin kita bereaktif terhadap tindakan orang lain, semakin kita memberi kuasa kepada orang lain memanipulasi emosi dan kesejahteraan diri kita. 




Minda yang positif adalah proses. Ia berterusan, ada ups dan down. Kita perlu berusaha memastikan enjin minda positif kita sentiasa berfungsi dengan baik. Bagaimana? Antara yg boleh kita buat:

1. Jadikan quran sahabat terbaik. Ia buku motivasi terbaik. Dalamnya terkandung hikmah. Bacalah, fahamkan terjemahannya, begitu banyak pengajaran dan panduan melayari kehidupan di dalam quran tersebut. Quran juga, ada kuasa menjadi terapi jiwa. Dan orang yang membaca quran dengan istiqamah, jiwa dan mindanya lebih teratur, tenang, dan aura positif lebih mudah terserap dalam dirinya. Ia juga mampu  mengubah tingkah laku pembaca dalam kita tidak sedar. Tidak percaya? Cubalah. 
2. Positifkan minda dengan membaca buku-buku motivasi terbaik. Skarang pilihan lebih pelbagai, lebih banyak, lebih baik. Jadi, pilihlah untuk membaca sesuatu yang positif untuk santapan jiwa. 
3. Kurangkan drama jam 7, dan banyakkan dengar/baca program yang lebih bermanfaat. 

Saya membayangkan minda juga seperti perut kita, kita adalah apa yang kita makan. Macam tu jugak dengan minda, kita adalah apa yg kita fikirkan. Kita berkuasa mengawal apa yang kita masukkan dalam fikiran kita ni. Apakah santapan jiwa rohani kita? Kita yang memilihnya. Masuk yang baik-baik, insya allah yg ada dalam fikiran kita pun baik-baik belaka. 



Yang saya jelaskan ini, cuma sebahagian dari faktor intrinsic sahaja. Of course, utk kekal positif ada banyak cara dan sumber, ia boleh datang dari diri kita dan persekitaran kita. Tapi personally, saya beranggapan, dalaman kita itulah yang paling utama sekali - salah satunya minda yang positif. Kerana minda itu umpama cermin mata yang memandu kita dalam melihat satu-satu pandangan. Jika elok cermin mata yang kita pilih, maka cantiklah imej yang kita nampak. Begitu sebaliknya, jika cermin hitam yang kita pakai untuk melihat bunga-bunga di taman, maka hitam dan putih sahaja yang kita lihat dan kita sukar untuk melihat warna-warni dan keindahan sebenar bunga-bunga tersebut. 

Minda kita adalah senjata yang ampuh, yang dapat membantu kita mengharungi hari-hari mencabar. Kita perlu latih minda kita untuk melihat sisi-sisi positif dalam kehidupan. Memang bukan mudah, tapi tidak juga mustahil. Jadi, latihlah minda kita hari ini untuk banyak melihat kebaikan dan pilihlah untuk memiliki minda yang berkualiti.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...