Monday, January 17, 2022

Sebelum Berkahwin

Salam Petang Isnin,


Esok cuti umum sempena Thaipusam, so happy Thaipusam to all yang sambut. 

Hari ini cuma nak share sedikit tentang topik perkahwinan. Kebetulan ada my student nak kahwin minggu ni, buat saya terfikir tentang persediaan kahwin.

Cukupkah cinta?

Bagi 'makcik' yang sudah empat siri ini, cinta sahaja tidak cukup dek! Kahwin bukan main kahwin-kahwin, bosan boleh lari balik rumah, makan tengah hari emak masak lepas tu keluar balik main kahwin-kahwin dengan orang lain pulak. Bukan-bukan...kahwin dalam fasa seorang manusia, adalah satu step yang serius, dan memang perlukan keseriusan untuk melangkah ke alamnya.

Jangan hanya bercakap tentang berapa anak kita hendak atau berapa besar majlis kahwin kita nanti? tema apa? berapa persalinan dan sebagainya...tapi tanyalah soalan-soalan yang lebih penting dari itu iaitu:

1. bila dah kahwin, bagaimana perancangan kewangan keluarga? siapa bayar apa? jika masing-masing bekerja, maka ini soalan penting untuk dibincangkan bersama. tak nak nanti lepas kahwin, timbul isu tak puas hati, sebab hanya satu pihak pecah kepala nak bayar bil,pihak satu lagi guna duit untuk shopping online atau modify kereta. 

2. parenting style. masalah akan hanya disedari bila dah ada anak. bila cara didikan seperti langit dan bumi, bersedialah untuk selalu bergaduh dan tak sependapat. dari isu kecil pun boleh jad perang dunia dibuatnya. sorang kata A, sorang kata B. bukan suami isteri saja yang bermasam muka dan bertelingkah, anak-anak paling utama, menjadi confused dengan pelbagai arahan yang tidak konsisten. dengan ayah boleh, dengan mak tak boleh. so apa yang boleh??? bila tengah dating tu tanyalah soalan-soalan yang boleh membantu awak faham cara didikan dia dalam keluarga. dari situ dapat gambaran macam mana dia dibesarkan dan barangkali cara dia membesarkan anak. lebih baik, tanya soalan direct, bagaimana dia membayangkan cara dia nak membesarkan anak-anak sendiri nanti??? dari situ bolehlah buat penilaian samada serasi ke tak pendekatan masing-masing, ngam tak kalau jadi suami isteri and ibu bapa untuk bakal anak-anak. 

3. hubungan seksual. bagi yang muslim, bolehlah dibincangkan selepas kahwin nanti. baiknya seawal berkahwin dah boleh tanya. hubungan seksual ibarat api dalam rumahtangga, yang menghidupkan rumahtangga dan keintiman suami isteri. bincanglah dengan jujur harapan masing-masing, dan jangan sesekali berfikir 'ah, dia mesti faham kan tanggungjawab dia??' eh dek, selalunya mmg takkan faham kalau tak diberitahu. 

4. sejarah kesihatan - samada sihat atau mempunyai penyakit. jangan sembunyikan kesakitan anda semata-mata to look good! itu menipu namanya. lagi-lagi jika menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung ke, kanser ke, darah tinggi atau apa sahaja. berterus teranglah. kerana yang akan kahwin dengan kita inilah yang kena jaga kita jika kita sakit, yang kemungkinan besar menanggung beban jaga anak dan keluarga jika kita mati dahulu. jika awal-awal dia dah angkat kaki, carilah yang lain. jika dia benar-benar cintakan awak, dia akan tunggu dan terima seadanya, dia akan support journey anda. begitu juga jika ada sakit berkaitan mental, berkongsilah dan jujurlah. saya ada pengalaman kawan bercerai kerana tidak tahu suaminya menghidap skizofrenia. keluarga mertua merahsiakan sakit suaminya dari pengetahuan kawan saya. bila dah timbul masalah barulah berterus terang. kawan rasa tertipu dan tak teraniaya. akhirnya bercerai. 

5. impian. apa impian hidup bakal pasangan? apa bucket list dia nak capai dalam hidup dia? mana tahu dia nak buat phd kan, bolehkah awak support dia? jadi tulang belakang dia? kekuatan dia? atau awak tak mahu dia belajar tinggi2? lebih senang dia jadi surirumah biasa dan tak sanggup berkorban jaga anak jika dia perlu fokus belajar. impian sesudah berkahwin perlu sokongan berdua, dan akan sukar dicapai jika hanya satu pihak hendak mencapainya sedang satu pihak yang lain tak beria-ia nak menyokong pun. situasi impian berbeza ini hanya akan mencetuskan konflik dan merenggangkan hubungan. jika awak punya bakal pasangan yang bercita-cita besar dalam hidup dan masih mahu mengejarkan walaupun selepas berumahtangga, buatlah refleksi --bolehkah aku menjadi kekuatannya dan menyokongnya dari belakang? bolehkah aku berkorban dan memberi ruang kepadanya untuk berjaya? 

6. nilai - nilai dan prinsip hidup walaupun bersifat dalaman, ia biasanya diterjemah dalam kehidupan seharian. jika nilai yang awak punyai sangat berbeza antara satu sama lain, ia akan menimbulkan cabaran dan menuntut penyesuaian. bolehkan bertolak ansur? bolehkah beralah? misalnya bakal isteri awak meletak nilai yang tinggi kepada status dan penampilan, adakah awak selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan nilai tersebut? kalau sama, tahniah, tapi kalau bertentangan, adakah titik tengah dalam situasi ini?

jangan hanya fokus kepada perkara remeh temeh sebelum nak berkahwin, tapi lihatlah isu-isu lebih besar seperti yang saya higlight kan. senarainya mungkin lebih panjang, bergantung kepada apa yang anda fikir penting diketahui sebelum berkahwin. 


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...