Monday, January 17, 2022

Sebelum Berkahwin

Salam Petang Isnin,


Esok cuti umum sempena Thaipusam, so happy Thaipusam to all yang sambut. 

Hari ini cuma nak share sedikit tentang topik perkahwinan. Kebetulan ada my student nak kahwin minggu ni, buat saya terfikir tentang persediaan kahwin.

Cukupkah cinta?

Bagi 'makcik' yang sudah empat siri ini, cinta sahaja tidak cukup dek! Kahwin bukan main kahwin-kahwin, bosan boleh lari balik rumah, makan tengah hari emak masak lepas tu keluar balik main kahwin-kahwin dengan orang lain pulak. Bukan-bukan...kahwin dalam fasa seorang manusia, adalah satu step yang serius, dan memang perlukan keseriusan untuk melangkah ke alamnya.

Jangan hanya bercakap tentang berapa anak kita hendak atau berapa besar majlis kahwin kita nanti? tema apa? berapa persalinan dan sebagainya...tapi tanyalah soalan-soalan yang lebih penting dari itu iaitu:

1. bila dah kahwin, bagaimana perancangan kewangan keluarga? siapa bayar apa? jika masing-masing bekerja, maka ini soalan penting untuk dibincangkan bersama. tak nak nanti lepas kahwin, timbul isu tak puas hati, sebab hanya satu pihak pecah kepala nak bayar bil,pihak satu lagi guna duit untuk shopping online atau modify kereta. 

2. parenting style. masalah akan hanya disedari bila dah ada anak. bila cara didikan seperti langit dan bumi, bersedialah untuk selalu bergaduh dan tak sependapat. dari isu kecil pun boleh jad perang dunia dibuatnya. sorang kata A, sorang kata B. bukan suami isteri saja yang bermasam muka dan bertelingkah, anak-anak paling utama, menjadi confused dengan pelbagai arahan yang tidak konsisten. dengan ayah boleh, dengan mak tak boleh. so apa yang boleh??? bila tengah dating tu tanyalah soalan-soalan yang boleh membantu awak faham cara didikan dia dalam keluarga. dari situ dapat gambaran macam mana dia dibesarkan dan barangkali cara dia membesarkan anak. lebih baik, tanya soalan direct, bagaimana dia membayangkan cara dia nak membesarkan anak-anak sendiri nanti??? dari situ bolehlah buat penilaian samada serasi ke tak pendekatan masing-masing, ngam tak kalau jadi suami isteri and ibu bapa untuk bakal anak-anak. 

3. hubungan seksual. bagi yang muslim, bolehlah dibincangkan selepas kahwin nanti. baiknya seawal berkahwin dah boleh tanya. hubungan seksual ibarat api dalam rumahtangga, yang menghidupkan rumahtangga dan keintiman suami isteri. bincanglah dengan jujur harapan masing-masing, dan jangan sesekali berfikir 'ah, dia mesti faham kan tanggungjawab dia??' eh dek, selalunya mmg takkan faham kalau tak diberitahu. 

4. sejarah kesihatan - samada sihat atau mempunyai penyakit. jangan sembunyikan kesakitan anda semata-mata to look good! itu menipu namanya. lagi-lagi jika menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung ke, kanser ke, darah tinggi atau apa sahaja. berterus teranglah. kerana yang akan kahwin dengan kita inilah yang kena jaga kita jika kita sakit, yang kemungkinan besar menanggung beban jaga anak dan keluarga jika kita mati dahulu. jika awal-awal dia dah angkat kaki, carilah yang lain. jika dia benar-benar cintakan awak, dia akan tunggu dan terima seadanya, dia akan support journey anda. begitu juga jika ada sakit berkaitan mental, berkongsilah dan jujurlah. saya ada pengalaman kawan bercerai kerana tidak tahu suaminya menghidap skizofrenia. keluarga mertua merahsiakan sakit suaminya dari pengetahuan kawan saya. bila dah timbul masalah barulah berterus terang. kawan rasa tertipu dan tak teraniaya. akhirnya bercerai. 

5. impian. apa impian hidup bakal pasangan? apa bucket list dia nak capai dalam hidup dia? mana tahu dia nak buat phd kan, bolehkah awak support dia? jadi tulang belakang dia? kekuatan dia? atau awak tak mahu dia belajar tinggi2? lebih senang dia jadi surirumah biasa dan tak sanggup berkorban jaga anak jika dia perlu fokus belajar. impian sesudah berkahwin perlu sokongan berdua, dan akan sukar dicapai jika hanya satu pihak hendak mencapainya sedang satu pihak yang lain tak beria-ia nak menyokong pun. situasi impian berbeza ini hanya akan mencetuskan konflik dan merenggangkan hubungan. jika awak punya bakal pasangan yang bercita-cita besar dalam hidup dan masih mahu mengejarkan walaupun selepas berumahtangga, buatlah refleksi --bolehkah aku menjadi kekuatannya dan menyokongnya dari belakang? bolehkah aku berkorban dan memberi ruang kepadanya untuk berjaya? 

6. nilai - nilai dan prinsip hidup walaupun bersifat dalaman, ia biasanya diterjemah dalam kehidupan seharian. jika nilai yang awak punyai sangat berbeza antara satu sama lain, ia akan menimbulkan cabaran dan menuntut penyesuaian. bolehkan bertolak ansur? bolehkah beralah? misalnya bakal isteri awak meletak nilai yang tinggi kepada status dan penampilan, adakah awak selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan nilai tersebut? kalau sama, tahniah, tapi kalau bertentangan, adakah titik tengah dalam situasi ini?

jangan hanya fokus kepada perkara remeh temeh sebelum nak berkahwin, tapi lihatlah isu-isu lebih besar seperti yang saya higlight kan. senarainya mungkin lebih panjang, bergantung kepada apa yang anda fikir penting diketahui sebelum berkahwin. 


Saturday, January 8, 2022

Berapa buah buku anda baca tahun lepas?


Salam hujung minggu, 

Soalan saya ialah --- berapa buah buku yang anda baca tahun lepas 2021??

Buku ini tidak termasuk:

- buku teks 

- artikel journal

- artikel websites

- blog orang termasuk blog saya :-)

I mean an actual book, yang anda baca because you simply want to read it, for the sake of reading it. 

Last year, selepas ditolak-tolak buku teks, buku mengajar, artikel journal, draft tesis pelajar PhD, undergrad, master, and many more --- i managed to finish only ONE book. This is sad. 

Bila saya tgk IG omputeh share buku-buku yang diaorang berjaya habiskan untuk tahun lepas saya rasa macam satu tamparan hebat di muka saya ni. Betapa kurangnya saya membaca. Boleh dikatakan saya ini kategori suka membaca, namun i got carried away ... oleh banyak perkara. Actually i have read few books, tapi tak habis baca pun. 

Bangsa kurang membaca adalah bangsa yang akan ketinggalan. Saya sendiri, misalnya lebih banyak meluangkan masa lapang dengan menonton, scroll social media..hmm entertainment thingy. Not good. 

So that is why tahun ini saya punya resolusi ialah untuk membaca 4 buah buku. Saya letak 4 buah kerana saya cuba bersifat realistik. Saya nak outperform pencapaian tahun lepas dengan sebuah buku. At the same time tidaklah meletakkan jangkaan yang keterlaluan bimbang resolusi tinggal resolusi. 

In doing so, saya kena ada what we call -- productivity system to support. Goal itu bagus, but goal without a plan and without action are nothing. So consistency is the key here i gues.

Now, to make sure i have a good reading habit, i allocate 5 min minimum perday to read book. this is minimum time ye, usually masa membaca saya akan exceed 5 min. kalau busy pun, at least i still membaca that day walaupun for only 5 min! I think this kind of strategy is working for me, kenapa? instead of saya letak 1 hour for reading everyday, end up i tak boleh pun 1 hour due to many distractions at home, last2 tak capai apa2 utk hari tu. But, dgn 5 min rules ini, walaupun progres slow, i capai target. 

good news is - this month i managed to finished 2 books! These books i continue reading since Dis last year. Not bad for this year achievement, meaning that i have 2 more books to read to achieve my target. 

saya kira membaca bukan sahaja terapi untuk diri saya, tapi ada banyak buku yang bagus2 yg mencambahkan pemikiran dan self development kita di luar sana. dari membuang masa melayari internet, tengok orang menarik berjoget di tik tok apa saya dapat? ye saya dapat hiburkan diri, but long term, saya rugi masa kerana saya menghabiskan masa melihat sesuatu yang tidak mendapatkan faedah kepada saya. 

kita ada 24 jam sehari kan? jadi apa yg kita buat sepanjang tempoh itu? adakah semua masa kita terisi dengan baik atau kita tanpa sedar banyak menghabiskan masa kita kepada perkara-perkara yang tidak menyumbang kepada perkembangan diri kita. 

its all about focus. 


Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...