Tuesday, March 16, 2021

Tujuh Bulan Empat Kali

Salam sejahtera,

Hari-hari dia cabut Ryles tube. Kalau diam-diam tu adalah tu projek sulitnya. 


Dalam tempoh 7 bulan usia Muqri, sudah 4 kali dia masuk wad. Terkini ialah 22 Feb tempoh hari hingga 12hb. Hampir 3 minggu! Sebab yang sering menyebabkan Muqri warded ialah pneumonia dan bernafas laju. Walaupun telah menjalani pembedahan menutup PDA-nya, masalah tekanan paru-paru yang tinggi (pulmonary hypertension)  masih berterusan, dan agak tipikal bagi anak yang mempunyai sindrom down. Sebelum ini saya tak tahu pun perkaitan jantung dan paru-paru. Tapi apabila menjaga Muqri dan komplikasinya, barulah faham perkaitan rapat jantung dan paru-paru. 

Perkara utama yg merisaukan saya apabila Muqri warded ialah jangkitan paru-paru yang berpanjangan. Bila ini berlaku, pastinya dia perlukan bantuan oksigen tambahan. Kalau pakai nasal prong saja dengan tahap oksigen level rendah tu okay lagi. Yang paling merisaukan ialah jika perlu bantuan seperti mesin CPAP atau BIPAP. Ini indikator masalah pernafasan yang agak teruk hingga perlu dibantu dengan tahap oksigen yang agak tinggi. Setiap kali anak perlu menggunakan alat bantuan bernafas sebegini, ia bukanlah satu keadaan yang kita inginkan. Doktor ada mengatakan bahawa, jangkitan demi jangkitan pada paru-paru dan penggunaan bantuan pernafasan secara berterusan akan menyebabkan paru-paru menjadi lebih lemah dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan kronik. Kesan dari jangkitan dan penggantungan berterusan mesin oksigen juga meninggalkan parut pada paru-paru anak. Parut yang menyebabkan keadaan paru-paru yang lebih fragile. 

Ada banyak kes bayi yang terpaksa balik dengan mesin pernafasan. Ini satu cabaran besar pada pandangan saya. Untuk anak berjaya wean off oxigen, memang satu situasi kritikal. Saya cukup risau jika Muqri tidak berjaya wean off oksigennya. Doktor perlu memastikan tahap oksigen berada pada tahap 95% tanpa bantuan oksigen, barulah boleh wean off. Selagi tak capai situasi itu, berterusan pakai oksigen dan prolong stay di hospital. Jika terlalu lama, maka cara lain ialah ibu bapa perlu bersedia untuk anak balik dengan mesin oksigen. 

Kali ini, Muqri 2 kali cubaan untuk wean off tapi tak berjaya, the next day nafas jadi laju dan lekuk pada dadanya menjadi sangat ketara dan agak dalam. Terpaksa on balik nasal prong. Inilah yang menyebabkan tempoh rawatan di hospital kali ini lebih panjang. Kali ke-3 barulah okay dan stabil. Keadaan ini dibantu saya kira oleh ubatan jantung Muqri yang disambung semula setelah dihentikan selepas pembedahan. Ternyata, ubat jantung yang dapat stabilkan nafas laju/pulmonary hypertension nya. Ntah sampai bila ubat ini perlu diambil, yang pasti, lekuknya kurang dengan agak signifikan. 

Menjaga anak di hospital untuk tempoh yang agak lama juga satu tekanan lagi-lagi yang bekerja seperti saya. Maklumlah menjaga anak sakit, rehat dan tidur memang tidak mencukupi. Setiap kali balik dari hospital memang saya akan exhausted untuk beberapa hari. Keadaan covid-19 juga tidak banyak membantu, sebab nak bertukar penjaga anak di wad perlukan swab test covid-19. Hospital hanya bagi sweb test percuma untuk sekali masuk sahaja. Jika bertukar penjaga, misalnya suami menggantikan isteri, si suami perlu menjalani ujian swab test di luar dulu dan result itu perlulah dikemukakan kepada hospital. Jika nak tukar penjaga balik, maka proses yang sama perlu diulang. 

Perjalanan Muqri masih panjang, saya hanya berdoa dan berusaha moga kesihatannya bertambah baik, ubatan yang diambil akan lebih berkesan kali ini, berat badan akan naik dan dia akan dapat vaksin pneumacocal secepat mungkin. Saya tidak mengharapkan untuk dia warded balik walaupun ikut rekod dan perkongsian kawan-kawan yang mempunyai anak SD, hospital ini memang akan jadi rumah kedua sekurang-kurangnya untuk 5 tahun pertama. So mentally kena prepared jugak. 

Tapi kan, mengetahui kemungkinan yang berlaku dengan melalui situasi itu sendiri adalah perkara berbeza. Seperti kita selalu dengar orang berkongsi sakitnya bersalin. Semua wanita yang mengandung tahu dia akan melalui kesakitan bersalin itu, tapi, mengetahui dan mengalaminya adalah dua senario berbeza. 


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...