Thursday, December 30, 2021

Hanafi Sikat Tepi: Kecurangan Terhangat Penutup 2021

Salam,



Cerita ini agak sejuk berbanding seminggu dua lalu, belum sempat hendak merespons dan mencoretkan pandangan ku mengenai isu ini. Aku lebih senang mengambil pendekatan melihat sahaja komen-komen netizen di social media yang rata-ratanya menghentam Hanafi di atas kecurangannya itu. Viral kes ini sehingga boleh trend 'SIKAT TEPI' ini sampaikan pemilik Mydin pun ada video pendek dia sikat rambut tepi sambil mengatakan: tidak semua lelaki rambut sikat tepi tak baik. Sempat lagi mengenyitkan mata. Aaha cute!

Jika ada yg mengharap di mana duduk kem saya samada menyebelahi Dr Hanafi atau Dr Najihah, harap jangan kecewa. Saya mengulas isu ini dari sudut pandang seorang kaunselor/ahli psikologi yang kerap jugak berdepan dengan kes-kes sebegini, malah buku saya yang bakal terbit ada satu bab khusus membincangkan isu kecurangan pasangan ini kerana ini antara punca ramai pasangan datang mendapatkan khidmat kaunseling atau bercerai di pejabat agama. Kiranya kes Dr Hanafi ini bukanlah tidak pernah berlaku. Yang luar biasanya cuma dia diviralkan, sama seperti beberapa kes sebelum ini yang viral. Saya kira ada banyak lagi kisah-kisah sama di luar sana namun ramai yang mengambil pendirian menyelesaikannya secara dalaman, tanpa perlu melondehkan hal ehwal rumahtangga untuk diadili oleh masyarakat umum. Lebih banyak buruk dari baiknya memviralkan kes rumahtangga. Ini pandangan sayalah. 

Apa yang saya hendak higlightkan di sini ialah bila berdepan dengan kecurangan, memang bagi yang dicurangi akan fikir macam-macam, mostly rasa marah yang teramat terhadap pasangan yang curang ini. Immediately rasa nak balas dendam, dan meluahkan kemarahan itu tanpa mahu menangguhkannya. tang-tang itu jugak kalau boleh disepak, diterajang, ditumbuk, dicekik nya si isteri/suami. Tidak sedikit kisah kecurangan berakhir dengan pembunuhan, apabila kemarahan meluap-luap hingga tidak terkawal. TAPI...

Tunggu dulu, pernah tak dengar ada orang pernah berkata: jangan buat keputusan/tindakan ketika terlalu marah/sedih/gembira?? Kerana dari segi sains pun, kognitif emosi sedang menguasai akal logik kita sehingga kita membuat keputusan tanpa pertimbangan rasional. Dalam erti kata lain, sangat mudah untuk kita membuat keputusan berdasarkan emosi ketika itu, sehingga keputusan itu mungkin memburukkan lagi keadaan. Alangkah baik, apabila kali pertama mendapat tahu kecurangan, janganlah terus memberi respons. Bertenang dulu. Kumpul kesabaran dan jangan memberi apa-apa reaksi. 

Pengalaman saya menunjukkan bahawa, kecurangan ini boleh berakhir dengan dua situasi:

1. berakhirnya perkahwinan

2. bertambah kuatnya perkahwinan

endingnya sangat dipengaruhi oleh tindakan dan fikiran kita dalam menghadapinya. 

pada saya, kecurangan adalah satu signal atau petanda amaran bahawa sesuatu yang tidak kena berlaku dalam perkahwinan. kita pastinya dengan mudah menyalahkan salah satu pihak, tapi, orang yang berfikir panjang, akan muhasabah dan merefleksi dirinya dengan pertanyaan: mengapa kecurangan boleh berlaku dalam perkahwinan aku? refleksi ini sangat kritikal kerana ia membuka jalan kepada mencari punca masalah dan jika takdir mengizinkan, untuk memperbaiki masalah tersebut dan menyelamatkan rumahtangga. 

ada jer pasangan yang menjadi lebih kukuh ikatan mereka selepas insiden kecurangan. ia membuka kepada komunikasi jujur antara dua pihak untuk mengenalpasti mengapa keadaan ini berlaku. tapi syaratnya ialah kedua-dua pihak sedar bahawa masing-masing menyumbang kepada keadaan yang berlaku sekarang dan masih sayangkan rumahtangga. jika masing-masing mengambil tanggungjawab, dan tidak menyalahkan satu pihak. 

kadang-kadang, berlaku keadaan di mana yang curang itu adalah mangsa dan yang dicurangi itu adalah pelaku. ha gitu! bagaimana boleh gitu, misalnya, suami kurang bagi perhatian, terlalu sibuk dengan kerja, tidak membantu menguruskan rumahtangga dan mengabaikan tanggungjawab, kasar dengan pasangan, mendera emosi pasangan, sehingga isteri kesunyian, menjadi tawar hati dan akhirnya hatinya terpaut kepada rakan sekerja yang lebih prihatin dan mengambil berat. curang itu memang salah! saya tidak membela mereka yang curang, tetapi kita tidak juga boleh melihat selapis dalam menilai sesuatu isu. kerana itu saya kata kena jujur untuk melihat masalah rumahtangga. kenapa boleh jadi curang tu? sebab tanggungjawab terabai ker, rasa keseorangan ke, sunyi dalam perkahwinan ke? atau sememangnya isteri/suami itu buaya jadian? kalau kita ada mindset menyalahkan, kita akan jadi ego dan enggan mengakui silap atau peranan kita dalam menyumbang kepada masalah rumahtangga yang dihadapi sekarang. dalam 10 kes, mungkin 2/3 disebabkan oleh kes buaya darat ni, but mostly kecurangan disebabkan oleh ketidakpuasan hati dalam perkahwinan yang tidak berjaya diselesaikan, samada keengganan untuk mengubah keadaan yang menimbulkan masalah atau tidak dibincangkan secara terbuka antara pasangan. masing-masing mendiamkan diri, memendam perasaan dan mengharapkan pasangan dapat baca fikiran masing-masing. dalam erti kata lain, sebenarnya masih ada ruang untuk mempertahankan perkahwinan jika kecurangan ini dilihat sebagai wake up call untuk kita post mortem apa yang tidak kena dalam perkahwinan. 

jika masih sayangkan rumahtangga, ada baiknya isu ini dibincangkan sebelum keputusan berpisah diambil. saya lihat ramai juga pasangan yang survived dari masalah kecurangan ini, dan mereka  mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik. ikatan perkahwinan menjadi lebih kuat setelah berjaya melepasi badai yang maha hebat. bonding itu akan up ke satu tahap yang lebih tinggi dan mendalam. 

jadi, kalau awal2 kita sudah mengamuk dan mengambil tindakan drastik, dikhuatiri, ruang dan peluang yang ada untuk kita pertahankan perkahwinan dan memperbaiki kelemahan masing-masing telah hilang begitu saja. bukan mudah untuk berbaik semula setelah terlalu banyak kerosakan yang dibuat pada awalnya. 

again, kedua-dua pihak kena sama-sama terbuka hati dan sanggup mengambil tindakan untuk berubah. isteri saja yang memaafkan tetapi suami enggan mengakhiri hubungan sulit hanya akan merumitkan keadaan dan menyukarkan perkahwinan untuk pulih. suami isteri perlu mempunyai hati yang besar untuk memaafkan dan memulihkan perkahwinan. kadang-kadang, mengungkit itu akan berlaku dari masa ke semasa. ia sepatutnya dielakkan, kerana boleh menjadi dendam, juga indikator belum sepenuhnya move on. 

memaafkan, mudah untuk dilafazkan tapi tak semudah itu untuk dilakukan. tapi dengan memaafkan kita memberi nafas baru kepada perkahwinan dan mungkin dengan memaafkan, kita lebih berlapang dada dan dapat menghadapi masa depan rumahtangga tanpa perlu menoleh dan merasa kesal berpanjangan terhadap apa yang pernah berlaku dulu. 


Tuesday, December 21, 2021

Pelan Bencana Keluarga @ Family Disaster Plan: Bersediakah kita?

 



Salam,

Disember 2021 bakal melabuhkan tirainya namun kita dikejutkan dengan bencana negara yang datangnya tidak disangka:
1. Bermula dengan kemalangan maut melibatkan 8 sekeluarga di Shah Alam
2. Banjir kilat di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak 
3. Kebakaran besar Flat di KL

Terus mod keje melayang ntah ke mana, kebtulan baru balik dari hospital minggu lepas, memang minda dalam set 'BERSANTAI' which is tidak begitu bagus. Tidak bagus kerana banyak lagi keje yang perlu dikejarkan, tapi minda ku bersantaian dan minta rest. Aiseh!

Berbalik kepada banjir kilat pada skala besar pada 18-19 Dis lalu, masa tu memang aku perasan cuaca mendung dan hujan lebat selama dua hari. Sampai hati terdetik bahawa ini bukan hujan biasa-biasa kerana non stop and aku dah fikir mungkin somewhere in Peninsular/KL akan banjir or tanah runtuh. Sadly it was true indeed. 

So mmg sekarang ni asyik tgk news kat tv or social media untuk dapatkan perkembangan terkini banjir di merata tempat. Melihat semua video dan gambar kawasan banjir sadly i would say, seperti mengulang peristiwa banjir besar di Kelantan pada 2014 or worst. Ramai penduduk di Shah Alam terperangkap akibat banjir, time orang keje pulak tuh. Ramai stuch either kat highway, kat pejabat, or somewhere else other than home. Bila tgk desperate call dari mangsa from different places, try to reach home or stuck at home, i felt so terrible inside. imagining myself in their place. 

which i questioned myself after that..sejauh mana i sendiri @ my family prepared untuk menghadapi bencana sebegini. Sadly i am not! this is a wake up call for me. I think setiap keluarga perlu PERSEDIAAN menghadapi bencana seperti banjir ini. Especially banjir kerana kita negara yang kerap menghadapi banjir. Bila banjir besar berlaku, kawasan tidak terlibat juga boleh terjejas, dari aspek bekalan air bersih, letrik, wifi dan sebagainya. 

So semalam i talked to my husband about buying several things that i thought essential for the family in time of crisis. Mula2 my husband agak cynical about the idea of 'buying a boat', but i reasoned him. 
"Abg, you never know. Yes, bunyi macam eh mustahil banjir kena kat kita, that what people in Shah Alam thought of before." There are blindsided. Sambungku lagi, " Jika berlaku disaster pada skala besar seperti sekarang, in reality, memang you cannot expect immediate assistance dari pasukan penyelamat. so you better prepare yourself/family at least you higher you chances to survive the ordeal, at least give you ample time while waiting for help." Lagi-lagi kami ni ada 2 anak kecil dan seorang pulak OKU. Bayangkan terperangkap kat rumah. Nak tunggu orang selamatkan kita, berapa lama nak tunggu? Kalau stuck dua hari? Kehabisan bateri hp, black out dsbnya?? So nampaknya suami pun terdiam dan termakan racun aku ahahah. 

Kalau ada boat angin, at least kalau terdesak kita boleh pakai, selamatkan diri and anak-anak dan sedikit barang-barang penting bersama. Tul tak? Memang, takdir tu Allah tentukan, tapi Allah suruh kita usaha kan? bukan berserah bulat-bulat. And kita tak berkira beli iphone ribu-ribu sekaligus tapi takkan nak berkira beli alat yang boleh selamatkan nyawa keluarga kita??? Kalau kira kos tu semua, mungkin kurang dari harga iphone pro max 13 awak okay!

So i listkan barang-barang yang i fikir penting untuk persediaan bencana keluarga:
1. Survival bag kit - DONE
2. Multipurpose knife/swiss knife - DONE
3. Outdoor utensils - DONE
4. Foldable water container - DONE
5. Torchlights (1 big, 2 small, led lamps (3)) - DONE
6. Power station - DONE
7. Emergency radio - DONE
8. Boat angin - dalam proses beli
9. Life jacket - belum
10. Emergency foods - belum 
11. Outdoor water purifier - belum 


Dalam survival bag kit itu ada banyak benda seperti medical kit, baju hujan, emergency stick light, rope, pisau, fire starter, wisel kecemasan etc. Power station jugak penting ya ada kat rumah, selain dari tujuan kecemasan, time black out juga kita boleh pakai. Selain itu, radio kecemasan juga penting pada saya. Kerana saya nampak, banyak orang shout out pasal bantuan itu ini kat socmed, tapi dalam keadaan tertentu, terputus hubungan, tiada bekalan letrik, hp habis bateri, line telefon rosak dan sebagainya, kita ibarat orang buta, tak tahu apa jadi kat kawasan kita, siapa akan datang tolong, bagaimana keadaan sekeliling kita, adakah keadaan bertambah baik atau buruk? Kelemahan kita saya tengok ialah kebergantungan tinggi kepada hp, mmg dlm keadaan biasa sangat lah mudah bergantung kepada hp, tapi dalam keadaan darurat kecemasan seperti banjir yg berlaku sekarang, ia boleh jadi useless and kita perlu back up lain untuk tahu keadaan semasa. Jadi radio kecemasan ini penting untuk kita tahu di mana kita boleh dapatkan bantuan, samada bantuan sudah digerakkan atau situasi terkini bagaimana. 

Life jacket/bot terlebih lagi penting - esp ramai tak tahu berenang, kalau pun tahu berenang, dengan ahli keluarga yang ramai and anak kecil, macam mana nak berenang?? Life jacket boleh jadi penyelamat nyawa yang kritikal. Ntahlah setiap orang ada pandangan masing-masing berkaitan hal ini. Tapi saya merasakan ia penting dan perlu menjadi perhatian sesebuah keluarga. Kita tak boleh berharap 'ala nanti adalah orang datang selamatkan kita." Ye memang akan ada orang datang selamatkan kita, tapi kita tak tahu BILA dia dapat datang selamatkan kita. Mungkin cepat, mungkin lambat. Kalau lambat, bolehkah kita bertahan tanpa bekalan tenaga, tanpa bekalan makanan, terputus hubungan, dan sebagainya? 

Lihat kat pejabat kita, ada jawatankuasa bencana kan, kita ada fire extinguisher in places, fire alarm jugak. Takde pulak kita harap bomba semata-mata datang utk padamkan kebakaran tempat kita jika berlaku kebakaran. Kita ada kontigency plan kita sendiri utk menghadapi bencana tersebut awal agar lebih terkawal dengan kemusnahan seminimum mungkin. point here is PERSEDIAAN. So kenapa perkara sama kita tak buat untuk keluarga kita?

Saya terbaca tentang bagaimana orang2 dulu selalu ada sampan ditambat di tiang rumah mereka. Nenek moyang kita dah bergenerasi hidup dan mereka telah melalui bencana seperti banjir beberapa kali. Jadi mereka faham keperluan sampan selain untuk menangkap ikan atau jadi tukun bawah rumah. 

So gais, adakah anda memikirkan pelan bencana keluarga? I am not talking about insuran, but persediaan material utk menghadapi situasi bencana tidak dijangka seperti banjir. Ramai tak lihat aspek ini, dan saya tak salahkan ramai fikir gitu pun sebab kita ni memang bertuah sungguh duduk di bumi Malaysia ini, kita negara yang tidak berlaku banyak bencana besar seperti gempa bumi, gunung berapi dan tsunami. Tapi kan, dah akhir zaman nih, makin kerap bencana berlaku kan. Jadi tiada ruginya kita memikirkan hal ini dalam list keutamaan keluarga kita. 

Dah tua ini, saya banyak fikir keselamatan anak-anak, bukan diri sangat, tapi nak selamatkan anak-anak bawah jagaan kita ini. Mungkin jugak sebab dah tua and jadi penakut kepada banyak perkara. Kalau dah jadi, jadi jugak kan. Tapi adakah kita nak jadi orang yang menadah ajer apa yg berlaku atau kita membuat persediaan menghadapinya? Ia boleh menjadi satu keputusan yang membawa kepada hidup dan mati kita. Allahualam. 






Wednesday, December 1, 2021

Toilet Training @ Potty Training

 



Salam Rabu,

Siapa yang ada anak pasti tau salah satu milestone penting perkembangan anak kita ialah berjaya untuk completed toilet training @ potty training anak kita. Yeay! kudos pada parents yang sudah berjaya mengajar anak bebas dari lampin. 

My own experience tells me that it is not easy as we imagined. Let me share my story...

Mula-mula cuba toilet train Muaz since last year masa dia masih umur 3 tahun lebih. Masa tu kita semua tengah berPKP so i thought it was the right time to do it. So first baca dulu pengalaman orang lain potty train anak masing-masing juga tips daripada internet. Bila baca pengalaman ini ada yang bagi tips eg 3 hari dah berjaya! Wow mmg superb sangat nih. Rata-rata anak mereka cepat ajer potty training. Seminggu dua dah okay. Kalau gitu cepat jerlah kan proses nyer..so i thought..

Rupanya it is not that easy. Mybe yg berkongsi itu memang anak mereka agaknya mudah dan ikut arahan. But lain ceritanya dengan Muaz. Dia sangat suka dengan lampinnyer and dia tak suka tak pakai lampin. So kalau awal-awal sudah ada persepsi gitu so boleh bayangkan bila kita tak bagi dia pakai lampin. 

Honestly, usaha saya untuk toilet train Muaz bermula since 2020. Pada masa itu saya cuba teknik membiasakan dia tanpa lampin, so for example, seminggu tu try 2/3 kali tak pakai lampin. First day of trying, kita start dengan tak pakai lampin 1 jam and slowly increase from 1 hour to 2/3 hours. Namun strategi tu nampak tak berkesan. Dia tetap akan kencing dalam seluarnya dan dia tidak mahu pulak ke tandas. Huhu. 

So strategi berikutnya saya tambah pula toilet untuk dia potty training, first tu saya beli potty yang jenis ada tangga and boleh attach dengan mangkuk tandas orang dewasa. Unfortunately, ukuran pulak problem! Adeh, my mistake sbb mungkin tak baca details. Tapi takde pulak seller cakap kena ada sekian2 ukuran untuk muat, macam boleh adjust tapi tak boleh. So gais, hati2 ye jangan jadi macam saya. Saya dah salah membeli, nak contact seller untuk return balik fund malas pulak eh. So saya simpan ajer, dgn harapan dapat bagi kat sesiapa yang mungkin berminat. 

So saya stop sekejap toilet train Muaz kerana penat jugak nak mengawasi dia kencing merata-rata di rumah. Nak cuci dan mop lantai kesan kencing menambah kepada kerja yg sedia ada. So stop kejap. Kemudian membawa kepada tahun 2021 pula bila PKP dan beransur-ansur lebih longgar dan tadika dan taska mula dibuka semula. Ini memberi ingatan kepada saya untuk terus sambung potty train Muaz. Lagipun dia dah nak masuk 5 tahun 2022 ni and takkan nak pakai lampin lagi ke tadika sedangkan kawan-kawan lain dah tak pakai. Nanti kena ejek kawan-kawan and cikgu pun mesti stres nak handle kencing berak dalam lampin dia. Ini tadika dah gais and bukan lagi taska. Kanak-kanak kena at least free lampin kan. So ini menguatkan azam untuk continue balik potty train Muaz. Lagi lambat lagi payah dah bukak tadika nanti susah. Sementelah ada di rumah lagi maka inilah ruangnya. 

So, saya ambil tindakan drastik kali ini. Tiada lagi istilah perlahan-lahan tak pakai lampin. Saya terus tak pakaikan dia lampin. Tapi saya bagi tahu Muaz awal-awal yang saya tak pakaikan dia lampin especially waktu siang. And buat kali kedua saya beli potty baharu untuk dia, kali ini potty itu sebijik macam adult punyer toilet tapi made in plastic, cute warna biru and boleh letak di mana-mana sesuai. So, strategi saya ialah letakkan dulu potty itu di kawasan Muaz selalu bermain namun masih tersorok and spotnya ialah kawasan dia selalu nak poo-poo. Muaz kalau poo-poo dalam lampin dia suka pergi satu corner kat sofa. Kalau dia duk situ diam-diam tu haa tengah berak lah tu. Haha. So saya letak di tempat sama. 

Memang tahap awal tu agak penat kerana kena selalu ingatkan Muaz untuk pee pee and poo poo dalam potty dia sendiri. Siap ada wet tissue dibekalkan utk lap tangan dan mungkin percikan kencing dan kekotoran. Mangkuk potty itu saya bungkus dengan plastik siap2 jadi senang kita nak buang dan bersihkan kemudian. So perlahan-lahan saya nampak ada kemajuan. kalau sebelum ini dia mmg tak nak pergi toilet, so kali ini saya datangkan toilet di tempat dia selalu bermain. Nampaknya idea ini menampakkan hasil. 

Yang kelakarnya, setiap kali membuang kat potty dia tu, dia nak saya tengok 'hasil'nyer. Hahaha..pinau jugak bijik mata and hidung ni nak jadi quality controller. Tapi perjalanan potty training itu tidaklah straight forward gais. Ada waktunya dia terkucil jugak dalam seluar, yang tak tahannya ada beberapa insiden dia poo poo diam-diam dia pergi sembunyikan poo poonyer tu kat bawah sofa. Tau-tau ada bau yang suspicious di situ. Ayahnya dah kena sekali. Fobia sudah ayahnya ahaha. Ingatkan itu play dough dia rupanya....[sila isi jawapan kosong sendiri]. 

So dalam minggu-minggu mencabar itu memang kena kerja keras sikit nak bersihkan rumah and bau kencing lagi. Nasiblah PKP ye, kalau tak PKP mmg saya haramkan orang datang time tu, oh sangat tidak sesuai. Ada hari dia okay, ada hari terbabas, gitulah kalau saya dapat gambarkan carta kemajuan Muaz. Tapi setiap kali dia terbabas tu kalau boleh elakkan dari memarahi anak. Cakap ajer its okay, we try again! Pesan apa dia sepatutnya buat. Pesan dan jangan berhenti berpesan. Memang kena banyak kali. Penat? Of course!

So, bila dah semakin cekap toilet skill Muaz, maka saya pun advanced kan sedikit level potty trainnyer. Kali ini, saya pindahkan potty Muaz ke dalam bilik air sebenar. Betul-betul sebelah toilet dewasa. Oleh kerana dia dah selesa sangat pakai potty dia tu kan, maka dia takde choice melainkan bila nak pee pee poo poo untuk ke toilet and gunakan potty dia tu. So, alhamdulillah now dia dah makin rajin nak ke toilet sendiri. Sesekali saja perlu pesan bila dia leka bermain takut terkucil. 

Dulu ada jugak dia mintak dipakaikan lampin, but now dia tak mintak dah. Lepas tu malam pun begitu jugak, awal-awal saya latih dia tak pakai lampin siang, saya pakaikan dia lampin waktu malam sebab dia mungkin perlu masa dan biasakan diri untuk kawal pundi kencingnya. But so far saya rasa waktu malam lagi mudah nak latih Muaz berbanding siang. Hanya sekali sahaja rasanya insiden dia terkencing dalam seluar masa tidur. Malam pun dia dah tak mintak lampin.  

Apa yang saya nak jelaskan di sini ialah, perjalanan potty training anak kita takkan sama. Setiap anak kita ada keperluan dan cara berbeza untuk melatih mereka. Ada yang cepat, ada yang lambat. kalau cepat, anda beruntung, kalau ambil masa macam saya itu pun okay. Jangan bandingkan keadaan kita ye. Jangan stres kenapa orang lain cepat kenapa kita lambat. Pengalaman potty training ini menyedarkan saya bahawa kita perlu berterusan memberi latihan, jangan give up and kena bersabar melalui transisi itu. And progres anak kita tidak linear, ia bukan plot graf yang menaik cantik, tapi ada hiccup here and there, ada hari okay, ada hari tak okay, but its OKAY! Eh, kalau kau sendiri pun diet kejap on kejap kelaut, takkan kau nak expect anak kau perfect?? Kena realistik dengan jangkaan and in sha Allah sooner or later, anak kita akan free from diapers!!!

Gud luck ibu ibu semua. Harap sharing saya ini memberikan perspektif lebih realistik terhadap potty training experience kita bersama. Tiada strategi spesifik berjaya, ia lebih kepada try and error and sampai kita jumpa jalan yang sesuai dengan keperluan anak kita. And patience is the key. 





Monday, November 8, 2021

2M dalam hidup ku

Salam,

Lamanya tak bersiaran di sini, jika blog ini adalah rumah, sudah lama bersawang. latest update saya ialah April. So ni dah bulan Nov gais!!!

Hope semua orang baik2 ajer dan semakin adapt dengan norma baharu hidup bersama covid yg entah bila akan berakhir. Kalau nak tunggu Covid ni over baru nak rasa lega rasanya boleh sakit jiwa kita. So hendak tak hendak, kita kena hadaplah hidup bersama covid, sama seperti kita hidup bersama denggi dan sebagainya. 



Muaz baru dapat masuk tadika balik hari ini. Lebih kurang 3 minggu juga dia di rumah kerana classmatesnya ada positif covid dan teacher kelas dia pun positif. Jadi sekolah di tutup dan dikuarantin. Pagi tadi, okaylah takde lah mencabar sangat nak siapkan dia, Muaz cuma taknak pakai baju uniform sekolah dia and instead pakai baju tidur walaupun dah dimandikan.

Luckily dalam kereta takdelah dia mengamuk tak nak school!! Nampak gaya dia okay ajer, nak turun kereta and masuk kelas. Mungkin dia pun ada perasaan rindu dengan kawan-kawan. Balik dari tadika, singgah McD and belikan diriku breakfast sesambil bawak Muqri pusing-pusing kereta. Now car seat dan ubah yang besar, abgnyer punyer. Nampak dia lebih suka yg ini, duduk lebih relax and pandang ke depan. Kalau sebelum ini, dia nampak tak selesa and asyik tertoleh2 ke belakang, mungkin sbb seatnya menghadap ke belakang and dia mencari-cari kelibat ku.  Dapatlah dengar lagu-lagu feberet sesambil drive kereta.

Gais, tak perlu kena grand untuk mencari sesuatu yang boleh mendatangkan emosi positif dalam diri kita. Macam pagi ni, lepas hantar Muaz, saya pasang lagu-lagu saya suka dalam kereta sambil drive and menikmati cahaya pagi yang indah dan cerah :-) Walaupun seketika sahaja, tapi it's a good start kan. mengawali pagi kita dengan something yang kita happy about. 

Balik rumah, log in BDR and siapkan Muqri mandi dan makan. Now Muqri dan tidur and i can focus on my work. But tangan ni gatal nak tulis something untuk blog yang lama ditinggalkan. Just to write down something, as a reflection. 

As of now, saya rasa lebih in control and stable kerana keadaan Muqri yg nampaknya banyak peningkatan. Dia masih pakai CPAP machine tapi nampak dia okay dan aktif. Banyak dah dia tahu buat contohnya peekaboo!! Dia suka main kain and peekabo dengan me and Muaz. Suka tarik rambut Muaz and suka main plastik! Kalau kita bagi dia mainan dia suka, dia ambik, kalau tak suka, dia campak and tak nak capai pun ;-) 

Alhamdulillah untuk semuanya. Kadang-kadang kita tak tahu pun apa akan berlaku masa akan datang, tapi itu bukan urusan kita, kita just hadapi hari-hari kita sbaik mungkin. Kalau fikir banyak sangat apa akan berlaku nanti, kita mencetuskan stres yang tidak perlu. Kalau rasa overwhelming sangat dengan banyak perkara dalam kehidupan, just focus dengan hari ini, take one step at the time. 

N kalau hari tersebut tak best, banyak benda kita tak suka berlaku, tak mengapa, just chill ajer and belajar untuk let go. Kerana tiada perkara dalam hidup kita yang permanent pun. Suka duka kita adalah perkara yang berubah-ubah, and tidak kekal sifatnya, begitu juga apa jua kita ada masa kini. Jadi jangan jadikan apa yg terjadi itu seperti perkara kekal dalam hidup kita. 

COVID ini mengajar kita erti mahalnya kehidupan. Jadi hargailah nyawa dan kehidupan yang kita ada ketika ini. hargai orang2 yg kita sayangi, jaga orang yg kita sayang dalam hidup kita, kerana kita pun tak pasti mungkin kita pula yang akan menyusul pergi. Pilihlah untuk bergembira walaupun dalam kesederhanaan. 





Sunday, April 4, 2021

Senyum Dalam Ujian

 Salam hujung minggu..


Kadang-kadang saya ditanya tentang bagaimana saya handle emosi dan situasi sekarang, sejak hadirnya Muqri dalam kehidupan saya dan keluarga. Bagaimana saya boleh handle situasi seperti sekarang. 

Kadang-kadang bilamana situasi adalah stressful, especially bila Muqri tidak stabil dan perlu warded, saya tidak fokus sangat kepada perasaan, simply I JUST DO IT, JUST DO WHATEVER I NEED/HAVE TO DO. 

Lebih fokuskan bagaimana saya boleh memastikan keadaan kesihatan Muqri stabil balik. Misalnya pastikan dia makan ubat mengikut jadual, menjalani pemeriksaan dan makan ikut masa ditetapkan. Memang mula-mula rasa agak kecoh, but sooner nanti akan dapat rthym itu. Kita akan adjust dengan situasi. Ini secara tidak langsung, akan membantu regulate emosi yang tidak menentu. Bila keadaan kesihatan stabil dan baik, maka emosi kita sebagai ibu pun akan stabil juga. Terlalu dibuai emosi tidak banyak membantu. Boleh bersedih, tapi berlamaan dengan emosi sedih itu tidak membawa saya ke mana-mana. 

Carilah sesuatu sebagai hiburan, sekecil-kecil perkara yang boleh menenangkan dalam situasi ribut perasaan dan keadaan. Misalnya, ketika menjaga Muqri, saya cuba enjoy beberapa perkara di sekeliling saya seperti:

- bercakap dan berkenalan dengan ibu-ibu dan anak-anak katil sebelah atau satu bilik dengan Muqri. banyak pengalaman yang boleh dikongsi, dan berkongsi kesusahan anak memberi kelegaan bahawa kita dalam bilik ini (wad) sedang berdepan dengan situasi yang hampir sama. kawan baru pun dapat.

- enjoy my coffee breakfast in the morning. saya bukan a coffee person, but saya enjoy minum kopi segera dalam paket yang saya dapat setiap pagi semasa breakfast. dapat menghirup minuman panas seperti kopi pekat sambil tengok luar tingkap, agak terapeutikal bagi saya walaupun hanya untuk beberapa minit. 

- enjoy the food. makanan hospital?? ramai yang rasa yak!! but foods hospital serdang pada saya not bad at all. Sedaplah. So looking forward bila tiba waktu makan, esp yang ada baby ni, akan dapat food baby eg puri. Oleh kerana Muqri tak makan puri nih, maka sayalah yang menghabiskannya. Puri epal, mangga, oren, tembikai, labu..sedap dan berkhasiat.

- belajar kenal pencipta kita dengan lebih dekat, kenal kenapa ujian ditimpa dan bagaimana menyantuni ujian dengan cara yang sebetulnya. kembali kepada Allah yang menjadi punca datangnya sesuatu. carilah DIA dalam kegawatan mu. In sha Allah hati lebih tenang.

- of course, kena percaya dengan aturan Allah swt. sebelum ujian diberi kepada kita sebagai  hambanya, Allah dah tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapinya. Allah berfirman:

 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

Jadi, sebenarnya, dari segi kemampuan, kita mampu. Percayalah. Hanya jika saat ujian itu first time datang kepada kita, mungkin kita rasa tak mampu dan sebagainya, tapi Allah dah cakap, dan menjamin, sesuai dengan kesanggupan dan kemampuan kita. Jadi, jika merasa lemah, maka gali dan koreklah dalam diri, in sha allah kita akan jumpa kemampuan itu. 



Tuesday, March 16, 2021

Tujuh Bulan Empat Kali

Salam sejahtera,

Hari-hari dia cabut Ryles tube. Kalau diam-diam tu adalah tu projek sulitnya. 


Dalam tempoh 7 bulan usia Muqri, sudah 4 kali dia masuk wad. Terkini ialah 22 Feb tempoh hari hingga 12hb. Hampir 3 minggu! Sebab yang sering menyebabkan Muqri warded ialah pneumonia dan bernafas laju. Walaupun telah menjalani pembedahan menutup PDA-nya, masalah tekanan paru-paru yang tinggi (pulmonary hypertension)  masih berterusan, dan agak tipikal bagi anak yang mempunyai sindrom down. Sebelum ini saya tak tahu pun perkaitan jantung dan paru-paru. Tapi apabila menjaga Muqri dan komplikasinya, barulah faham perkaitan rapat jantung dan paru-paru. 

Perkara utama yg merisaukan saya apabila Muqri warded ialah jangkitan paru-paru yang berpanjangan. Bila ini berlaku, pastinya dia perlukan bantuan oksigen tambahan. Kalau pakai nasal prong saja dengan tahap oksigen level rendah tu okay lagi. Yang paling merisaukan ialah jika perlu bantuan seperti mesin CPAP atau BIPAP. Ini indikator masalah pernafasan yang agak teruk hingga perlu dibantu dengan tahap oksigen yang agak tinggi. Setiap kali anak perlu menggunakan alat bantuan bernafas sebegini, ia bukanlah satu keadaan yang kita inginkan. Doktor ada mengatakan bahawa, jangkitan demi jangkitan pada paru-paru dan penggunaan bantuan pernafasan secara berterusan akan menyebabkan paru-paru menjadi lebih lemah dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan kronik. Kesan dari jangkitan dan penggantungan berterusan mesin oksigen juga meninggalkan parut pada paru-paru anak. Parut yang menyebabkan keadaan paru-paru yang lebih fragile. 

Ada banyak kes bayi yang terpaksa balik dengan mesin pernafasan. Ini satu cabaran besar pada pandangan saya. Untuk anak berjaya wean off oxigen, memang satu situasi kritikal. Saya cukup risau jika Muqri tidak berjaya wean off oksigennya. Doktor perlu memastikan tahap oksigen berada pada tahap 95% tanpa bantuan oksigen, barulah boleh wean off. Selagi tak capai situasi itu, berterusan pakai oksigen dan prolong stay di hospital. Jika terlalu lama, maka cara lain ialah ibu bapa perlu bersedia untuk anak balik dengan mesin oksigen. 

Kali ini, Muqri 2 kali cubaan untuk wean off tapi tak berjaya, the next day nafas jadi laju dan lekuk pada dadanya menjadi sangat ketara dan agak dalam. Terpaksa on balik nasal prong. Inilah yang menyebabkan tempoh rawatan di hospital kali ini lebih panjang. Kali ke-3 barulah okay dan stabil. Keadaan ini dibantu saya kira oleh ubatan jantung Muqri yang disambung semula setelah dihentikan selepas pembedahan. Ternyata, ubat jantung yang dapat stabilkan nafas laju/pulmonary hypertension nya. Ntah sampai bila ubat ini perlu diambil, yang pasti, lekuknya kurang dengan agak signifikan. 

Menjaga anak di hospital untuk tempoh yang agak lama juga satu tekanan lagi-lagi yang bekerja seperti saya. Maklumlah menjaga anak sakit, rehat dan tidur memang tidak mencukupi. Setiap kali balik dari hospital memang saya akan exhausted untuk beberapa hari. Keadaan covid-19 juga tidak banyak membantu, sebab nak bertukar penjaga anak di wad perlukan swab test covid-19. Hospital hanya bagi sweb test percuma untuk sekali masuk sahaja. Jika bertukar penjaga, misalnya suami menggantikan isteri, si suami perlu menjalani ujian swab test di luar dulu dan result itu perlulah dikemukakan kepada hospital. Jika nak tukar penjaga balik, maka proses yang sama perlu diulang. 

Perjalanan Muqri masih panjang, saya hanya berdoa dan berusaha moga kesihatannya bertambah baik, ubatan yang diambil akan lebih berkesan kali ini, berat badan akan naik dan dia akan dapat vaksin pneumacocal secepat mungkin. Saya tidak mengharapkan untuk dia warded balik walaupun ikut rekod dan perkongsian kawan-kawan yang mempunyai anak SD, hospital ini memang akan jadi rumah kedua sekurang-kurangnya untuk 5 tahun pertama. So mentally kena prepared jugak. 

Tapi kan, mengetahui kemungkinan yang berlaku dengan melalui situasi itu sendiri adalah perkara berbeza. Seperti kita selalu dengar orang berkongsi sakitnya bersalin. Semua wanita yang mengandung tahu dia akan melalui kesakitan bersalin itu, tapi, mengetahui dan mengalaminya adalah dua senario berbeza. 


Tuesday, March 9, 2021

The Change of Plan - My Journey of Having A Syndrome Down Child


Salam Sejahtera,

Lama saya tidak mencatat apa-apa di blog ini. Seringkali saya menulis isu-isu kecantikan khususnya tentang produk saya pakai. Actually, blog ini lebih kepada tempat saya untuk wind down diri sendiri. Is like tempat untuk bersantaian dan chill out. 

Tapi kali ini saya hendak berkongsi sesuatu yang saya tidak pernah shared di sini. Bagi yang mengenali saya di luar mungkin apa yang saya lalui ini telah mereka ketahui, tapi bagi yang pernah membaca blog saya atau mengikuti blog saya atau terserempak dengan blog saya, mungkin tidak ada idea langsung tentang apa yang saya sedang alami sekarang. Ye, saya bukan individu yang suka berkongsi diri saya secara terbuka. Tetapi, saya merasakan ada baiknya saya berkongsi pengalaman saya yang melahirkan anak Syndrome Down, untuk berkongsi rasa kepada individu di luar sana yang mengalami perkara serupa, untuk mencari insiprasi dan mengutip kekuatan dalam menempuh satu peristiwa hidup yang mungkin tidak pernah terfikir kita akan hadapi. 

Inilah perancangan Allah untuk saya. Biar saya mulakan dengan berkongsi apa yang berlaku dari awal lagi iaitu semasa mengandung.

Saya mengandung pada usia 42 tahun. Ini kandungan yang ke-4, setelah mengalami 2 kali keguguran. Anak pertama saya bernama Muaz, Alhamdulillah dilahirkan sempurna, sihat, cerdas dan cergas. Setelah itu saya dan suami merancang pula untuk anak ke dua. Kami memang merancang untuk mempunyai 2 anak sahaja. Pengalaman mengandung saya kira sama sahaja dengan ketika mengandungkan Muaz. Alahan 3 bulan pertama, alahan dengan bau dapur dan masakan bergoreng. Jiran masak sebatu saya dah boleh hidu. Punyer kuat deria bau masa alahan tu sampai suami baru balik kerja saya boleh bau makanan melekat di bajunya. Selain dari itu, tiada apa-apa yang pelik. Kandungan membesar seperti biasa, check up macam biasa di klinik kesihatan. Saya tidak begitu kisah samada anak kedua ini lelaki atau perempuan. Asalkan sihat, itu yang lebih penting. 

Menginjak minggu ke-22 kehamilan, saya menjalani detail scan di sebuah klinik swasta. Ketika ini kita telah mula mengalami pandemik Covid-19. Walaupun doktor menyarankan ke hospital kerajaan biasa, tapi saya mengambil keputusan untuk ke klinik swasta bagi mengelak crowd yang ramai. Yelah risau dengan keadaan kita yang mengandung. Kita pun tak tahu kesan virus covid-19 kepada kandungan sebab ia virus baharu. jadi saya tidak mahu mengambil risiko.

Yang melakukan detail scan saya ketika itu ialah seorang sonographer. Mula-mula segalanya seperti biasa. Cuma setelah beberapa minit saya perasan dia asyik mengulang scan di tempat yang sama. Beberapa kali beliau buat macam tu. Akhirnya selepas beberapa ketika dia bersuara, "Puan, saya lihat sini macam ada short nasal bridge. Saya rasa kena refer dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut." Kemudian saya baru maklum bahawa short nasal bridge ni sering dikaitkan dengan keadaan bayi yang menghidap sindrom down. Saya kemudian diberi surat rujukan ke hospital. Ketika ditanya hospital pilihan, saya lantas memilih hospital serdang, memandangkan saya merancang untuk bersalin di sana dan hospital serdang itu lebih dekat dan praktikal untuk saya dan suami atas pelbagai faktor.  

Bermulalah rutin saya setiap bulan menjalani detail scan di bawah pemantauan pakar OnG hospital masa itu. Kalau tak silap, Dr yang membuat detail scan setiap kali saya menjalani pemeriksaan di hospital ialah Dr Ramesh. Bersama dia selalunya ada seorang doktor lain dan seorang jururawat. Sebulan sekali saya menjalani detail scan. Apabila dah kerap kali ke hospital untuk bertemu pakar di klinik OnG, saya mula perasan bahawa ibu-ibu yang bertemu Dr Ramesh biasanya mempunyai isu/masalah yang perlu dipantau lanjut. Bukan semua ibu-ibu yang menjalani pemeriksaan di klinik ibu mengandung di hospital Serdang akan bertemua Dr Ramesh. Jadi, dalam debaran, saya mula merasakan bahawa anak yang dikandung ini sememangnya mempunyai isu. 

Hasil scan Dr mendapati saiz anak saya memang kecil sedikit, dan beberapa perkara dikenalpasti seperti telinganya yang agak ke bawah, ukuran tulang tangan/kaki yang sedikit pendek dari purata saiz biasa bayi dalam usia kandungan yang sama. Ketika itu, tanda-tanda ini semuanya dikategorikan sebagai soft markers. Maksudnya, ia mungkin petanda sindrom down atau pun tidak.

Doktor kemudiannya mencadangkan untuk saya mengambil ujian darah bagi mengenalpasti risiko bayi sindrom down. Setelah berbincang dengan suami, maka kami bersetuju untuk menjalani ujian fasa seterusnya. Kenapa? Kerana saya tidak mahu berteka teki pada sesuatu yang penting seperti ini. Saya tidak mahu hanya mengharapkan yang terbaik dan masa yang sama denial bahawa kandungan saya perlukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan keadaan bayi berada dalam keadaan sepatutnya. Mungkin ada orang merasakan, lebih baik jangan buat apa-apa tapi tunggu sahaja selepas lahir nanti. Setiap orang ada cara masing-masing. Rasional saya ketika itu ialah, saya lebih tenang untuk pasti keadaan anak dalam kandungan daripada meneka dalam kesamaran. Berita baik atau berita buruk, kita boleh tahu apa next move kita. Berbanding kalau masih dalam keadaan berteka-teki. Ia lebih stressful pada pendapat saya. 

Maka kami proceed dengan ujian darah. Dan penantian itu satu penyeksaan. 

Bohong kalau kita tenang-tenang ajer. Saya cuba menjalani hari-hari seperti biasa tetapi pada masa yang sama, berdebar-debar menunggu keputusan ujian darah. Sentiasa berdoa dengan Allah moga segalanya baik-baik ajer. Dalam tempoh menanti ini, setiap hari saya mencari maklumat tentang ujian darah bagi mengesan sindrom down. Pelbagai cerita saya dapat, ada yang didiagnosed sindrom down tapi ternyata anak lahir normal dan sebagainya. Jadi, kita sebagai ibu yang sentiasa mengharapkan anak kita sihat dan normal of course mengharapkan cerita kita juga serupa....

Tapi..

Keputusan ujian darah mendapati  risiko sindrom down adalah tinggi. Dr seterusnya mencadangkan untuk saya menjalani amniocentesis test. Amnio test ini ketepatannya adalah melebihi 90%. Kami bersetuju untuk menjalani amiocentesis test, once and for all. Sudah cukup rasanya menempuh fasa debaran, ketidakpastian, ini fasa untuk mengesahkan dan whats next bagi saya. 

Sementara menanti untuk menjalani amniocentesis test, saya merasai pelbagai emosi, kebanyakannya adalah sedih. Walaupun tidak ada pengesahan muktamad lagi, tapi hasil ujian darah ini menjadikan saya berfikir banyak perkara.

1. Kemampuan saya sendiri untuk menjaga anak yang menghidap sindrom down. Mampukah saya? Itulah soalan yang berlegar-legar di kepala saya. Saya tidak tahu dan tidak pasti samada saya memiliki keupayaan itu. Saya takut. Takut tak mampu. 

2. Sedih mengenangkan kami suami isteri selalu mengimpikan teman bermain untuk Muaz. Dia akan mempunyai adik yang menjadi teman di rumah, bermain bersama, membesar bersama, saling menyokong bersama. Kini, segalanya jadi tidak pasti. Bagaimanakah rupanya masa depan yang akan didepani? Saya tidak pasti...sedih kerana saya bukan memberikan teman bermain utk Muaz, sebaliknya beban? Beban tanggungjawab seorang abang menjaga adik yang tidak normal. Sepertinya sudah awal-awal lagi Muaz diberikan satu peranan yang maha besar yang akan dipikulnya untuk tempoh yang lama dan panjang. 

Dalam doa, sepertinya masih bertimbang tara dengan Tuhan, mengharapkan ini semua tidak akan menjadi kenyataan! Masih mengharapkan keajaiban. Suami banyak bertanya kepada saya tentang sindrom down. Kadang-kadang soalannya berulang-ulang seperti: sindrom down ni nanti boleh sembuh kan? Saya tidak menyalahkan dia. Ada ramai orang tidak tahu tentang kondisi sindrom down ini. Luckily saya dalam bidang psikologi dan memang ada belajar tentang penyakit berkaitan genetik dan kromosom. Sindrom down antara penyakit yang saya belajar ketika itu, jadi asas pengetahuan telah ada. Soalan berulang-ulang itu juga mungkin sebab dia masih mengharapkan keadaan anak kami nanti beransur baik, anak akan normal macam anak orang lain. Sampai satu hari dia bertanya lagi soalan sama. Dan saya menjawab: "bang, sindrom down tidak boleh disembuhkan. ia satu keadaan yang kekal sepanjang hayat." dan sesudah itu suami saya berhenti bertanya. Agaknya perasan saya sudah mula jengkel dengan soalan yang sama. Mungkin juga dia telah mendapat kepastian yang diinginkannya. Mungkin juga untuk menduga emosi saya samada telah bersedia atau sebaliknya.

Fasa penerimaan. Fasa penerimaan adalah journey yang kita kena lalui sendirian. Cepat atau lambat, ia tidak boleh dipaksa-paksa. Saya kira, suami sedikit lambat untuk menerima hakikat bahawa bayi kami akan menghadapi satu kondisi ketidakupayaan yang kekal. Saya tidak sesekali menyalahkan dia. Kerana saya tahu fasa penerimaan kita berbeza. Saya hanya dapat menjelaskan apa yang biasanya berlaku kepada bayi sindrom down dan bagaimana kita dapat membantu supaya anak ini nanti boleh menjalani hidup yang baik dan berkualiti. Saya kira beruntung kerana suami agak cepat menerima realiti keadaan anak kami. Saya tahu ada di luar sana ada suami isteri yang hubungannya menjadi tegang kerana hal seperti ini. Fasa penerimaan tidak sama, misalannya, isteri menerima dengan cepat tetapi suami masih denial, atau suami isteri masih denial. Ada yang mengambil masa bertahun sebelum dapat menerima kenyataan. Sesungguhnya tidak mudah untuk berdamai dengan takdir yang kita tidak jangka, jauh sekali dari yang kita inginkan. Tapi Allah maha halus perancangannya. Tiada jalan melainkan bersabar, dan mengharapkan satu hari setiap pasangan yang menempuh situasi begini akan akhirnya bergandingan menyelusuri takdir dengan fasa redha yang sama. Again, ini adalah perjalanan peribadi yang tidak boleh dipaksa. Jika situasi ini yang anda sedang alami, berdoalah semoga anda dan pasangan berada pada muka surat yang sama [on the same page].

Berbalik kepada ujian amniocentesis. Hari kejadian saya pergi ke klinik pakar seperti biasa. Apabila tiba giliran, saya diminta berbaring dan perut saya disapu dengan ubat sapu bius setempat. Jarum yang digunakan untuk mengambil air ketuban memang panjang dan agak besar. Sekali pandang memang kita rasa seram ajer. Sebelum menjalani ujian ini doktor dah menjelaskan risiko yang mungkin berlaku seperti keguguran dan kecederaan pada bayi. Tapi nisbah dan peratusannya adalah kecil. Saya tawakal sahaja. Tidak berubah pendirian. Saya fikir, kalau bersalin pun kita boleh lalui, apa lagi amniocentesis ini. Ia prosedur biasa, seperti mengambil darah juga. Sebelum jarum dicucuk menembusi perut, scan dilakukan bagi mengesan kedudukan bayi. Ini bagi memastikan jarum yang akan masuk nanti tidak terkena bayi. Alhamdulillah sekejap sahaja prosedur tersebut dan lubang kesan jarum tadi ditampal dengan plaster biasa. Saya kemudian diminta untuk berbaring dan berehat di satu katil selama lebih kurang 2 jam. Saya tak recall apa-apa yang pelik selepas ujian tersebut. Tiada rasa sakit yang membimbangkan dan sebagainya. Keputusan amniocentesis hanya akan diketahui pada temujanji akan datang iaitu lebih kurang sebulan. Saya pun balik ke rumah.

Dan perasaan bimbang dan mengharap yang baik-baik bercampur baur. Sungguh penantian itu satu penyeksaan. 

Takdir telah tersurat. Memang berdebar-debar ketika datang untuk pertemuan seterusnya. Dan apabila keputusan diserahkan ke tangan dan mendengar penjelasan lanjut doktor, maka saya berkata pada diri, takdir ini telah tersurat, walau keinginan sangat kuat agar semua ini mimpi dan keputusan ujian menjadi sebaliknya, tapi ternyata tidak berlaku. Kenyataan telah terhidang di depan mata. Menghadam fakta. Perit rasanya. Saya tidak menangis dikhalayak, tidak juga di hadapan suami, tapi saya menangis di hadapan tuhan. Masih cuba memahami...adakah ini tragedi? ujian? rahmat?

Dignosis awal mengatakan sindrom down anak saya adalah Trisomy 21 [ada 3 jenis sindrom down: trisomy 21, mosaic dan translocation. boleh rujuk google untuk lanjut], dan 3 pasang kromosom pada genetik ke-21 dalam bentuk gambar turut disertakan. Gambar hasil diagnosis genetik air ketuban tempoh hari. Punca dilaporkan ialah sporadic, dalam erti kata lain ia berlaku secara semulajadi, rawak, kebetulan. Berlaku kecelaruan ketika proses pembahagian kromosom. Unfortunate event? Maybe, tapi ia bukan kebetulan. Sesungguhnya Allah menentukan, sesuai dengan takdirnya. 

Selain check up berkala di klinik kesihatan, saya juga tetap menjalani pemeriksaan pakar setiap bulan di hospital serdang sehingga hari saya melahirkan anak pada 17hb Julai 2020. 

Ini adalah takdir yang saya tidak pernah duga dan jauh sekali untuk rancang. Kita ada bayangan yang baik-baik dalam impian dan harapan kita, dan semestinya dikurniakan anak dengan sindrom down bukanlah salah satunya. Tiada ibu bapa dengan fikiran waras akan berharap: "aku nak ada anak kurang upaya/sakit." Tapi siapa kita untuk menentukannya?

Kerana itu saya katakan inilah game changer kehidupan saya -- the change of plan. Lantas, teringat saya satu quote yang kita biasa terbaca di mana-mana iaitu: Kita merancang, namun Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik. Dulu saya sekadar baca sahaja, namun dengan kenyataan yang terbentang di hadapan mata sekarang, buat pertama kali saya belajar untuk bukan sahaja membacanya, tapi menjiwai maksudnya sedalam-dalamnya. 

Ternyata Allah ada perancangan lain untuk keluarga saya. 

--bersambung








Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...