Friday, June 26, 2020

Memilih Sunscreen and Sunblock Untuk Wajah




Salam,

Phew, dua tiga hari ni penuh dengan meeting dan courses online. Malam ini pun ada International webinar jam 12 tgh malam. Huhu gigih! Namun, sebalik PKP ini, banyak jugak yang saya belajar. Seriously, ia membuka perspektif baharu dalam diri seperti:

1. Lebih terdedah dengan pembelajaran dan pengajaran secara online
2. Lebih terdedah dengan nature kerja dari rumah dan cara mengadaptasi keperluan dan tuntutan kerja bersifat online.

Dulu, konvensional mengambil peranan besar dalam corak kerja saya, perjumpaan kena face to face kekdahnya, walaupun memang tahu adanya skype, sidang video dan sebagainya namun 'seru' tu belum datang untuk mencuba. Lebih tepat tiada desakan. Tapi PKP menuntut perubahan yang tidak boleh dielakkan demi kelangsungan pekerjaan. Nah, ia ternyata tidaklah seteruk dibayangkan. memang ada cabarannya, tapi dari sisi lain banyak juga kemudahannya. Antara lain, now tiada alasan utk kata tiada masa/peluang untuk bersemuka (fizikal). JIka tiada kelapangan bertemu secara face to face, now ada online. So no excuses ladies..!!

Okay done merapu pasal kerja..

Just nak sharing with you ladies..sunscreen/sunblock yang saya beli semalam untuk muka..

Sebelum ini saya pakai Kiehls punyer bb cream yang ada perlindungan UV. Now dah kehabisan, saya pula malas nak ke IOI mahupun membuat pembelian online. Saya terfikir untuk meninjau sunscreen/sunblock di kaunter farmasi biasa yang murah tapi dapat review bagus. Ye, saya suka review products sebelum membeli. Cari punya cari, saya jumpa banyak reviews bagus tentang produk sunscreen/sunblock dari jenama Biore nih. Tambahan pula ada banyak jenis. Maka saya terjah kejap ke Watson semalam selepas menghantar Muaz ke taska. Oh, tak sangka sunscreen/sunblock Biore ni banyak jenis, lama jugak termenung sambil tengok jenis-jenis sunscreen/sunblock ni sampai tak sure mana satu yang sesuai. 

Qoo10 - 1+1☆NEW TYPE KAO Biore UV Perfect Face Milk sun care ...
Ha gitew banyak jenis kan? Pening sekejap semalam :-)

Ada orang mungkin tak kisah tentang sunscreen/sunblock ni. Tapi kalau tanya pakar kecantikan dan doktor kulit, penggunaan sunscreen dan sunblock dianggap satu kemestian. Kenapa? Sebab pendedahan kepada matahari khususnya UV inilah yang menjejaskan kulit manusia, menyebabkan jeragat, kanser, kedutan pra matang, sunburn dan cela pada wajah/badan. Dalam rejim kecantikan, UV protection ini dipakai paling last sekali selepas menggunakan toner, serum, pelembap, make up dan sebagainya. Jadi jangan pandang ringan kepentingan UV protection ini jika mahu wajah kekal jelita.

Makcik mungkin terlewat untuk menjaga kulit muka. Honestly dulu mana ada pakai UV protection nih. Kesedaran tu lewat datang, tambahan orang di sekeliling juga sama. Tiada yang bercakap tentang pentingnya UV protection ini. Kecuali bila nak pergi main tepi laut barulah terhegeh-hegeh carik sunblock konon taknak hitam main tepi laut. Padahal, main laut tu berapa kerap aja berbanding kita yang keluar hari-hari dari rumah tanpa memakai apa-apa perlindungan UV.

Beza sunscreen dan sunblock??

sunscreen - pertahanan UV bersifat chemical. Chemical yang kita pakai ini akan menyerap sinar UV sebelum ia menjejaskan lapisan derma kulit kita.

sunblock - manakala sunblock ialah pertahanan berbentuk fizikal, dalam bentuk lapisan yang berada di lapisan luar kulit yang disapu dengan sunblock dan bertindak sebagai pelindung (barrier). Sunblock biasanya lebih senang dilihat pada permukaan kulit yang telah disapu sunblock serta dianggap lebih berkesan berbanding sunscreen. Namun orang kurang menggemari sunblock untuk wajah kerana ia menyebabkan tompokan putih, berminyak serta teksturnya yang melekit. Senang cerita, not blended really well with make up lah. Pompuan mesti tak suka kan!

Luckily, kini banyak produk sunscreen/sunblock yang semakin mesra dengan make up, boleh dipakai sebagai make up base tanpa menjejaskan make up pada wajah. Inilah tujuan saya mencari suncreen/sunblock semalam, nak mencari yang tidak menyebabkan kulit muka bercapuk! Tu yang bila baca reviews, Biore ini antara yang dicadangkan serta mendapat rating yang baik dalam websites. 

Pilih punya pilih maka saya rembat yang ini!

Harga Watson - RM27.16 sen

Teksturnya bewarna putih cair - lebih kurang macam liquid paper. Ha gitulah. Tapi bestnyer, blend really well di kulit muka dan make up, tak bercapuk dan ringan, takder rasa heavy pada kulit wajah. Tengok tu, SPF50+ dengan PA++++!! Sunblock ini juga sesuai digunakan untuk badan. Bagi yang kulit muka kering, better pakai pelembap, serum siap-siap kerana ada yang mengatakan sunblock ini mempunyai kesan matte pada kulit wajah, jadi yang kulit kering tu nanti nampak lebih kering. Tapi kalau dah memakai pelembap dan serum, rasanya okaylah. Kalau rasa tak sesuai, ada banyak pilihan dari jenama yang sama yang pastinya sesuai dengan keperluan kulit anda.

Apa beza SPF15, 20, 30, 50 bagai nih?? Bahasa mudahnya cik kak, lagi tinggi SPF tu lagi tinggi tahap perlindungannya terhadap sunburn, UVA damage dan DNA damage berbanding SPF yang bernilai rendah. Faham kan? Penting nih: Pakar kanser kulit menyarankan kita supaya memakain sekurang-kurangnya SPF30 dan ke atas untuk perlindungan kulit.  

Okay makcik payung dengan gambar untuk lebih kefahaman ye:


Perbandingan perlindungan SPF 



















PA+ bermaksud sunscreen/sunblock yang dipakai mempunyai perlindungan dari sinar UVA. 

  • PA++  bermaksud perlindungan sederhana
  • PA+++ bermaksud perlindungan baik
  • PA++++ bermaksud perlindungan yang lebih baik
So, lepas ini, dah tahu nak pilih sunscreen/sunblock mana yang terbaik. Buatlah pilihan dengan bijak!

Sunday, June 21, 2020

Loccitane: Belian lagi sebelum bersalin

Salam berhujung minggu,

Diam tak diam saya dah 34 minggu. Ada tinggal 6 minggu jika kira 40 minggu kehamilan yang berbaki. Mahu tak seriau, ingat masa lahirkan Muaz, 17hb warded 19hb baru si Muaz ni dilahirkan. Lama tak lama menahan contraction!! Moga Allah permudahkan kali ini, waktu yang sesuai dan tak perlu lama-lama contraction. Letih sampai tak boleh meneran dah, sampai terpaksa si Muaz ni divacuumkan bagi membantu dia keluar sebab mamanya dah takde kudrat, tambah dengan gas yg buat ngantuk terawang-awang, berlawan contraction dengan mamai. Hadoi hazab bila ingat gas tu. Ingat boleh legakan sakit, sama jer, berganda pulak beban sebab berlawan dengan ngantuk dan mamai.

Okay, semalam pergi lagi IOI mall putrajaya. Kiranya membeli Loccitane lagi. Haha. Memang kerasukan diriku ini. Tapi rasanya mungkin lepas ni tak dah kot, tak larat dah nak berjalan. Salesgirl pun tegur kata nampak jalan pun tak larat. Memang rasa makin berat dan tak larat nak menapak jauh-jauh or laju-laju. Duk rehat diam-diam di rumah sambil menunggu waktu bersalin.


Okay semalam saya membeli krim muka Loccitane line Immortelle tu. Actually krim yang sama dari gift set yang saya beli dah kehabisan girls. Memang kecik benar saiz gift set mereka berbanding Clinique. Clinique is still the champion compared to Kiehls dan Loccitane. 

So alang-alang saya belilah terus, jadi dengan harapan dapat pakai lama sikit. Mudahan sampai berbulan-bulan or paling tidak pun sampai habis pantang nanti. Rega memang gulp!!! Pejam mata jer, to be honest, tak pernah spent semahal itu untuk sebekas krim muka. Kalau ku tak cantik jelita seperti dijanjikan nanti inilah kali pertama dan terakhir ku beli. Dah spent banyak ni hopefully kesannya seperti dijanjikan. Aku pegang kata-kata janji manismu Loccitane!!

Okay, minyak wangi tu bukan dalam list, tapi sebab salesgirl tu cakap diriku ini telah berjaya mengumpul points yg banyak (so boleh imagine tak meroyannyer diriku ini membeli Loccitane semenjak dua menjak ni), maka dapat ditebus points itu dengan jumlah RM200!! Banyak dah tu kan. Sementelah minggu sudah saya komen bau minyak wangi Loccitane Herbae yang sedap itu, maka saya tebus lah untuk guna beli perfume tersebut yg berharga RM265. Maka saya hanya perlu topup RM65 sahaja. So berbaloi.

Semalam saya pergi IOI tengok dah ramai orang di shopping mall. And ramai jugak yang saya nampak angkut paper bag Victoria Secret. Agaknya ada jualan or promosi hebat dari Victoria Secret. Saya tak minat sangat mist or perfume Victoria Secret. Pernah beli tapi suka gitu-gitu ajerlah. Belum tahap meroyan lagi. Ahaks!

Update sikit mengenai produk Loccitane saya pakai:

Body Oil - Almond -- berbaloi membelinya, tapi yang tak bestnyer, harga sebotol RM198. Agak mahal, tapi memang minyak badan paling best pakai setakat ini dengan baunya yang terapeutik. Oleh kerana saya gigih pakai setiap kali mandi, dah habis banyak jugak. So now, saya try pakai utk kawasan kulit yang kering sahaja sebab sayang nak habiskan laju-laju.

Body milk concentration almond - ni pun reganya mahal jugak RM230 satu botol. Saya rasa kesannya tak se-best body oil almond. Pandangan saya, jika perlu pilih body oil almond or body milk concentration - i opt for body oil. So utk body milk, boleh pakai brand lain seperti body butter Bodyshop or Palmer Cocoa Butter pada harga mampu milik tapi kesan yang sama. So maybe next time dah habis body milk ni saya tak beli lagi kot. Atas faktor harga. 

Reset serum/youth oil -- berbaloi untuk membelinya. So far memang nampak ketara kulit muka lebih sekata dan asas yg baik sebelum memakai make up. freckles/kesan jerawat mengurang dengan lebih ketara. Even my sis pun tegur kata kulit muka nampak lebih cantik dan sekata. Rasanya gabungan reset serum dan youth oil ni sangat berkesan, malah lebih berkesan dari Kiehls correction spot yang saya pakai sebelum ini. Harganya memang mahal, tapi side yg baiknya ialah kita tak perlu banyak guna serum. Kiehls sebelum ini saya ada 3 serum berbeza - untuk siang, serum vitamin c and correction lotion dan malam pun begitu jugak. But dengan Loccitane produk, saya tak perlu serum yang banyak-banyak. Memadai reset serum/youth oil/moisturiser untuk pagi dan malam. So plus minus lebih kurang ajer! Seriously guys, you should give a try reset serum/youth oil. Berbaloi!!

Lipbalm -- berbaloi beli. Harga pun berpatutan RM45 compared to Kiehls lip balm yang lagi mahal berpuluh ringgit. 

Shampoo body & Strength -- rambut memang kurang gugur banding sebelum ini. Tapi ini agak sukar dipastikan faktornya. Kehamilan boleh menyebabkan rambut jadi lebih cantik dan kuat. Jadi tunggulah lepas bersalin bagaimana. Tapi sedap pakai shampoo ini. Rambut lembut, senang sikat dan baunyer terapeutik. Yelah sebab ada essential oil. 


Monday, June 15, 2020

Loccitane Lagi - Versi Mengidam Teruk

Okay,

Hari ini dalam sejarah, boleh buat 2 thread pulak tuh. 

Terus ke topik! Hari ini sasaran saya untuk membeli syampu dan minyak terapi rambut yang diidamkan telah berjaya...

...sekali dengan Loccitane youth oil yang takde pun dalam list hendak beli hari ni.

Memang tahap mengidam teruk nih.

Rentetan cerita..

Bila beli barang Loccitane tempoh hari dapatlah banyak samples best untuk dicuba. Antaranya syampu Body & Strength yang saya rasa best jer jadi rambut. Maka saya memasang visi untuk membelinya. HARI INI. Mula-mula digoda oleh salesperson beli saiz besar terus 500ml sebab boleh jimat RM50+ katanya. Tapi saya berkeras kata, nak beli 2 benda, jadi dengan bajet yang ada maka saya prefer yang 300ml tuh. Sementelah dah ke Loccitane nie, maka saya pun sambar lah youth oil 15ml (RM250). Maka dengan pembelian 3 barang ini saya mendapatlah beg percuma dengan beberapa saiz kecil barang Loccitane lainnyer. Salesperson yang layan saya pun bagus jugak, dia bagi saya 3 samples krim Immortele Divine. So, bolehlah pakai samples banyak-banyak. Immortelle Divine Cream ni saya suka pakai, lembap tanpa mengilatkan muka secara keterlaluan and kombinasi reset serum, youth oil dan krim mukanya menghasilkan kesan yang lebih efektif dan ketara. Tapi krim muka tu takde saiz kecil ye. Harganya RM500. Sila terbeliak. Kena saving 2 kali baru dapat beli nih, jadi saya kena buat catuan krim muka Imortelle Divine sedia ada sehinga saya mampu membeli full saiz. Gigih tak??


Godaan lagi,

Dapat beg travel percuma juga seperti gambar di atas. Yang 'merisaukan' ialah dia sembur bunga kuning tu dengan perfume Loccitane terbaharu. Alahai sedap pulak baunya. Janganlah daku digoda untuk beli perfumenyer pulak.

Memang mengidam tahap teruk ni..bukan biashe-biashe. 

Estee Lauder - Cantikkan Dirimu

Salam,

Tak tahulah nak namakan apa..lain benar mengidam kali ini...
Bukan mengidam nak makan itu ini..
Mengidam nak beli produk kecantikan!!! Ahaks! Itu kira mengidam ke?? 

Lately..suka benar nak beli macam-macam produk penjagaan/kecantikan diri..
Suka pulak tu brands have-have yang sebelum ini memang saya tak kisah sangat pun!
Bukan nak menunjuk, tapi pelik dengan tingkah sendiri..pelik benar keinginannya tu..

Nasibler pakai duit sendiri, rasanya kalau pakai duit husband bising jugak si dia..
Belinya tak kira hujung bulan..
Tengah bulan pun membeli..
Itu yang saya rasa mengidam tahap dewa raya! Bukan hantu raya!


Mulanya tak terfikir pun secara serius nak beli barang make up. Apatah lagi Estee Lauder, memandangkan saya pun bakal bercuti panjang 3 bulan, jadi takde maknanya nak beli barang make up beria-ia sangat. Boleh beli kemudian. Tapi apakan daya [hasutan syaiton]. Hmmm.

Terbeli jugak Lipstik dan Bedak Kompak dari Estee Lauder. Lipstik nih, saya kira banyak yang saya beli try and error. Selalunya tak begitu menjadi. Belum jumpa warna lipstik yang benar-benar ngam dengan saya. Bab lipstik saya tak kisah apa brands pun. Asal tak buat bibir saya gatal-gatal macam kebanyakan lipstik yang ada di kaunter seperti Maybeline atau Avon. Tak semua lipstik sesuai dengan saya. Jadi memang agak cerewet di situ. So far lipstik Clinique dan Leinege dan satu lagi lipstik namanya saya tak ingat tapi beli di Watson yang saya takde alahan. 

Baca reviews di internet, ramai yang mengatakan kalau nak lipstik colors yang natural dan lembut-lembut cariklah brands seperti Chanel, Estee Lauder or Dior. Chanel dan Dior tu uhuk-uhuk masih terasa jauh dari jangkauan. Belum terfikir ke situ walaupun butiknya ada jer di IOI. Belum sampai seru. Haha. 

Lipstik Estee Lauder dan bedak kompaknya saya baca dapat reviews yang bagus-bagus, jadi sementelah nak ke Loccitane, kena lalu Estee Lauder dulu maka saya jengahlah. Last-last dari nak tengok-tengok terbeli pulak. 


Ha Boleh nampak kat situ warna gincu yang saya beli. Harga dalam RM125 warna pink coklat. More ke arah coklat. Sebelum ini asyik beli gincu warna ke arah pink ajer, now pilih shade lain sikit. Yang penting saya tak suka gincu matte yang kering tu, saya suka yang lembap dan tak mengeringkan bibir. 


Reviews pasal bedak ni sangat bagus. Ni first time saya pakai. nanti dan banyak bulan pakai saya update pandangan saya tentang bedak kompak ni. Usah mengharapkan review yang hebat dan komprehensif sebab saya bab make up ni memang dari dulu masih level zero and beginner. Forever and ever. Bedak ni dah sedia ada foundation jadi tak perlu ada foundation liquid tu. Saya kategori mak-mak yang sempoi dan perlukan asas make up sahaja asal tak nampak pucat sangat.
1. Bedak kompak
2. Blusher ala kadar
3. Gincu
Ha ni lah saja alat make up saya. 
Atas saranan salesgirl, saya pilih tona warna yang satu tona lebih cerah dari kulit muka sebab katanya, biasanya orang buat macam tu. Kalau beli yang sama tona, nanti muka tak nampak seri bermake up. Saya yang knowledge zero pasal alat make up ini mengiyakan saja. Harganya RM185.00. 

On top of that, dapatlah saya samples yang best-best untuk dicuba, kebanyakannya produk yang best seller seperti ada essense, night repair serum and moisturiser. Bila nak try, ni tengok moodlah. Sebab banyak jenis samples dah dapat nih. Tak best pulak campur-campur nanti tak tahu kesan macam mana. 

Harapnya saya akan cantik jelita apabila memakai bedak muka dan gincu mahal nih. Kalau takde beza maka apalah maknanya beli mahal-mahal kan. Hmm..




Friday, June 12, 2020

Loccitane Gift Set - Divine Goddess



Loccitane Gift Set


Salam sejahtera semua,

Saya telah mengubah layout blog saya ini kepada wajah dan paparan yang baharu. Saja untuk suka-suka. Bukan orang lain baca pun :-) sekadar terapi diri berkongsi dan meluahkan...

Okay, actually gift set Loccitane yang saya order ni dah sampai minggu lepas lagi. Sehari selepas order losyen badan Loccitane tu sampai, keesokannya dapat pula yang ini. Kira memang cepat! I bet Loccitane ni bukan pakai currier biashe-biashe. Sesuailah dengan brand syarikat yang mempunyai reputasi baik. 

Okay, gift set ini berharga RM225. Dapat juga beberapa sampel, seperti mandian badam yang popular itu, syampu, lagi sampel serum untuk mata. Tidak lupa, kotak kuning keras tu, so saya dah ada 2 kotak!! Saya pun tak tahu nak buat aper dengan kotak2  nih. Satu mungkin okay, banyak sangat pulak buntu nak fikirkan buat aper dengannya. 

My first impression dapat gift set itu ialah - ahaha keciknyer!!! Gift set ni pun bukanlah murah sangat, pada saya boleh tahan harganya. Saya beli sebab nak try krim muka and serum youth oilnyer tu. Saya nak cuba kalau benar-benar berkesan baru beli saiz sebenar. Sebab sampel dalam sachet ni tidak mencukupi untuk kita nak pakai sampai seminggu dua. 

Honestly, i term of samples, i tell you guys, tak boleh challenge Clinique produk. Jarang benar sampel mereka dalam bentuk sachets, melainkan dia bagi kita miniature kecil seperti Loccitane Gift Set ini. Itulah saiz sample mereka. What i miss about Clinique ialah mereka sangat generous about giving free samples dalam botol-botol kecil nih. Memang boleh pakai bawak pergi travel. So Clinique menang di situ. 

Bercakap tentang Clinique, masih ada banyak produk Clinique yang bagus-bagus and masih guna sampai sekarang seperti pencuci muka, toner, 72 hours moisturiser, 7 day face scrub, dan beberapa lagi produk mereka. 

Macam tu jugak dengan Kiehls. Harus diakui ialah bukan semua range produk sesuatu jenama itu bagus dan efektif. Jadi pada saya lebih baik mix and match mana yang paling sesuai dengan kita tanpa perlu menjadi begitu fanatik dengan satu-satu jenama. Macam Loccitane ni, saya kira serum dia antara yang terbaik, juga produk penjagaan badan dan syampoo. Saya ingat bulan depan nak sambar syampoo Loccitane satu. Baru-baru ini saya mencuba sampel yang diberikan - Aromachologie Body & Strength. Baunyer fresh and rambut rasa segar dan lembut saja. Memang rasa best pakai syampoo tu. Bolehlah nanti masa berpantang berwangi-wangi untuk terapi diri. Awal-awal minggu bersalin tu memang dah sah bau minyak urut kan, tapi lepas 3-4 minggu dah boleh berwangi-wangian dengan set penjagaan badan yang wangi, terapeutik dan menenangkan gitu. 

Update reset serum, youth oil and cream muka Loccitane yang saya baru cuba:

Saya rasa kesan penggunaan serum, youth oil dan cream muka Loccitane yang saya cuba sekarang memang efektif. Kesannya lebih cepat dari serum Kiehls yang saya guna. PLUS, tekstur serum, minyak dan cream Loccitane ni lebih ringan pada muka dan tidak sesekali menyebabkan muka saya nampak berminyak. Kiehls sebaliknya, serum dia agak berminyak especially cream muka. Saya beranggapan krim muka Kiehls ni memang sesuai untuk negara 4 musim yang sejuk dan kering. Thats why tekstur krim kebanyakannya macam tu. 

And walaupun baru pakai kurang sebulan, boleh nampak kesan pada wajah, lebih sekata dan nampak lembap just nice. Let see, kalau berpuas hati bolehlah terus pakai serum Loccitane. 

Wednesday, June 3, 2020

Loccitane - Milk Concentrate With Almond From Provence

Salam,

Kegilaan terhadap Loccitane sedang melanda diri ku :-)

Oleh kerana tak tahu bila akan dapat menjengah ke IOI Mall Putrajaya setelah pergi tempoh hari makanya saya ambil keputusan order online saja losyen badan Loccitane kegemaran ramai iaitu Milk Concentrate with Almond.

Saya order online pada 28hb Mei dan selamat sampai ke tangan barang yang saya order pada hari ini iaitu 3hb Jun 2020. Saya kira ini koleksi barang untuk berpantang sekali, melengkapi almond oil yang saya beli baru-baru ini. Saya nak berpantang dengan bau-bauan yang menenangkan dan sebagai terapi diri. Hopefully segalanya berjalan lancar nanti. In sha Allah.

Review losyen badan ini memang terbaik. Saya ada losyen tangan yang sama tapi tube kecil yang saya sempat beli bersama dengan almond oil tempoh hari. Rasa macam tak puas nak sapu kat seluruh badan. Saiz kecil seperti saiz tube tu lebih sesuai untuk bawak travel, letak dalam handbag, untuk tangan sahaja atau sesetengah body part kita. Jadi tak puas nak pakai bila lepas mandi dan sapu seluruh badan. 

Lets check this out!


Ini rupa saiz kotak yang sampai. Agak besar bagi saiz losyen yang saya order. Tangan yang mulus gebus itu tangan Muaz ya. Bukan tangan makcik 40an nih. 


Ini rupa kotak apabila dibuka. Ada tangan si Muaz lagi. Haha. Kotak ini nampak biasa di luar tapi eksklusif di dalam, berlatarkan warna kuning dan tertera jenama Loccitane di dalammnya. 


Kotak bersaiz segiempat tepat, berwarna kuning. Saya boleh katakan kotaknya berkualiti dan tebal. Siap ada reben kuning lagi. Boleh buat koleksi untuk simpan produk-produk Loccitane yang anda ada. Untuk kegunaan lain pun boleh. 


Dapatlah 6 sampel produkk Loccitane yang lainnya seperti serum muka, krim muka dan serum untuk mata. Saya serum untuk mata ini nak beria-ia sangat. Saya pakai pelembap mata Kiehls yang diperbuat dari avocado. Yang tu pun belum luak lagi. Tapi bolehlah nak try habiskan sampel nanti. Excited sebab ada sampel krim wajah Immortelle Divine. Saya try sampel yang diberikan tempoh hari dan suka kesannya. Saya rasa kalau serum muka immortelle divine digabung bersama dengan imortelle divine oil face and krim wajah memang menghasilkan kesan yang menakjubkan. Walaupun kurang sebulan saya pakai serum wajah siri immortelle divine ni, saya dapat melihat kesannya dengan cepat jugak. Kulit muka nampak lebih cerah, sekata dan paling suka ia tidak berminyak atau menyebabkan kilauan pada wajah. Saya boleh katakan serum immortelle menampakkan kesan lebih cepat berbanding serum wajah Kiehls yang saya guna sekarang. 


Rupa balang losyen Almond yang tidak perlu dicanangkan lagi. So, akhirnya order saya selamat sampai dalam tempoh yang agak singkat jugak. Saya sedang menunggu order online Loccitane seterusnya. Saya telah pun order online gift set Immortelle Divine sebagai percubaan. Jika ternyata ia memberikan kesan yang saya inginkan, mungkin saya akan menjadikan set Immortelle Divine sebagai serum dan krim wajah pilihan selepas ini. Namun, saya masih tetap menggunakan produk Kiehls terutamanya pencuci muka Calendula, toner Calendula mereka yang memang terbaik. Kiehls juga adalah jenama yang memiliki rangkaian masker muka yang best, berkesan dan harus dicuba. [Ulangkaji], saya ada masker Avocado Nourishing Hydrating Mask, Rare Earth Deep Pore Cleansing Masques dan Turmeric & Cranberry Seed Energizing Radiance Masque semuanya dari Kiehls. 

Saya harap demam produk Loccitane ni akan berakhir bulan depan. Kopak jugak dibuatnyer. 


Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...