Selamat pagi yang indah,
Pejam celik pejam celik dah nak habis pun cuti bersalin saya 3 bulan. Honestly, memang tak terasa sungguh cepatnya waktu berlalu. Baby saya pun dah semakin membesar, sihat dan dah mula membina skills2nya sesuai umur seperti tersenyum dan gelak bila diagah-agah. Dua tiga hari ini pula dia dah mula mengiring sendiri tanpa bantuan. Jadi, saya kena lebih berjaga-jaga. Sekarang ini saya suka letakkan dia atas sofa sahaja kat bawah ruang tamu kami. Tapi now kena ubah strategi, baby dah tahu mengiring dan alihkan kepala. Semalam, tengok bantal entah ke mana, badan pun dah kat tepi bucu sofa, nanti tergolek pulak jatuh. Huhu seriau. Tapi grateful akan pembesarannya. Dah berat baby saya ini. Pada usia 2 bulan nih, dah cecah 5 kg. Sengal jugak nak mengendong!!
Now, baru habis settle satu bab tesis student untuk disemak. Ye, pensyarah mana pernah 'berehat'?? Cuti pun keje seperti penyeliaan tetap berjalan. Huhu. Take one step at the time. Waktu pagi, sementara baby tidur, saya gunakan masa sedikit ini bukak desktop and semak tesis pelajar. Now, jadual saya mengikut keadaan baby. Haha. Meaning that, bila dia tidur, time tu lah baru saya boleh nak buat benda-benda lain seperti kerja rumah, dan sebagainya. Baby saya pula tidur siang dalam 2 jam pastu bangun, pastu tidur balik. So, setiap 2 jam tuh, saya kena pandai manfaatkan untuk bermasak, mandi, laundry, lipat baju dll kerja. Kira macam berlumba dengan waktu.
Tapi ada baiknya, iaitu saya jadi lebih alert masa dan lebih efisien menggunakan masa. Haha. Kira setiap detik itu berharga. Kalau baby dah bangun, ha kena fokus dia nak mandilah, nak nyusulah, nak kena main2 kejap, nak kena kendong bila merengek. Agaknya itulah yang rakan-rakan saya lalui. Memang saya sangat kagum dengan kawan-kawan yang beranak pinak ni, dalam sibuk uruskan anak, boleh usaikan kerja. Maybe mereka juga menggunakan konsep sama. Masa yang ada sikit itulah kena dimanfaatkan betul-betul. kalau buat benda yang lagha, alamatnya banyak kerja terbengkalai.
Now, nama baby kami pun dah secara rasminya didaftarkan. Ayahnya memang ambik masa betul nak pilih nama. Kira hampir 2 hari nak cecah 60 hari baru kami finalised nama anak kami. So, dalam kad pengenalan, nama anak kami ialah Ahmad Muaz. Sebelum ini nak bagi nama Ahmad Danish, tapi anak saudara yang kerja JPN bagi tahu, Danish tu ramai yang guna. So, tak jadi walaupun saya suka. Lepas tu, nak letak nama Ahmad Ukail, mula-mula rasa okay, lama-lama rasa tak okay, walaupun maksudnya cantik, sebab husband kata, nanti orang kata mata kail?? Ahaha, pulaks!!! Carik punya carik, husband cadangkan why not Muaz? Muaz ni kalau carik macam takde makna khusus tapi adalah seorang tokoh tersohor di zaman Rasulullah, iaitu sahabat dan perawi hadis. Bila baca sejarah Muaz bin Jabal, saya jadi tertarik dengan nama tersebut. Danish, Ukail, maknanya bijak, pintar. Tapi Muaz, lebih besar maknanya kalau kita menghayati sejarah hidup tokoh ini. Beliau terkenal dengan kesetiaan, kepimpinan, seorang sahabat baik, ilmuan, bijaksana, dan ahli agama disegani. Jadi, sifat itu mencakupi segala yang saya inginkan untuk anak saya. In sha Allah, mudah-mudahan Ahmad Muaz akan meneladani sifat-sifat itu nanti.
Nama Muaz pun singkat dan simple. Saya memang dah bagi tahu husband awal-awal saya nak nama yang ringkas dan penuh makna. Tak mau nama yang panjang berjela tapi panggilnya ntah apa-apa. Panggilan tu yang penting. Tak guna kalau nama cantik dalam IC tapi kita panggil anak kita hari-hari 'Black!! misalannya. Nama dah comey, tapi kita bahasakan nama anak kita seharian yang mungkin berlainan atau membawa maksud lain kemudiannya. Saya mementingkan panggilan hari-hari kerana itulah yang kita doakan untuk anak kitakan. But it just my 2 cents. Setiap orang ada preferable masing-masing.
Cadang nak ikut ayahnya out station, in sha allah sebelum sambung kerja nanti, nak pergi bercuti pendek seketika sambil bawa Ahmad Muaz jejalan.
p/s: sekadar coretan seorang wanita yang sedang cuba memahami dan menghayati pengalaman baru menjadi seorang ibu...
No comments:
Post a Comment