Hari ini genap 3 tahun ulang tahun perkahwinan saya. Alhamdulillah. Kalau ikut tahap perkembangan manusia, 3 tahun tu comel sangat..kecik lagi dan masih bergelar 'toddler'/baby. Baru reti nak cakap sikit-sikit dan masih pakai lampin and berak kencing kena orang lain cebokkan. Haha. Tapi apapun, saya ucapkan syukur. Perjalanan kehidupan perkahwinan yang saya cuba jalani seadanya, sesyukurnya dan dengan niat utk sama-sama menjadikan perkahwinan ini berterusan dalam rahmatNya, di dalamnya ada sakinah, mawaddah, dan warrrahmah. Aamiin. Tepat jam 12 malam, kami potong kek selepas suami membacakan doa kesyukuran atas milestone 3 tahun kami. Alhamdulillah, sambut dengan baby dalam perut. In sha Allah, tahun hadapan, sambut bertiga. Simple sajer, kek jer pun. Dah dinner depan tv sambil tengok2 movie. Dah kenyang and pastu baru potong kek bila jam 12 tgh malam menjengah. Sedap jugak kek ini, as usual cottage bakery. Saya dah terlalu biasa dgn secret recipe, and pengalaman lalu, kek tak habis dan berlaku pembaziran. Jadi tahun ini, sementelah menyahut seruan GST, harga minyak masak, harga minyak petrol, dan subsidi dan tol yang naik, maka saiz kek telah dikecikkan. Aahaha. tapi, tak habis jugak pun kek tuh. See? Nasib baik keknyer comel lote.
Kami luangkan masa santai makan malam sambil menonton tayangan semula cerita "Syurga Yang Tidak Dirindukan" filem dari Indonesia. Jujurnya, saya merindui cerita Malaysia membuat cerita-cerita seperti ini, yang penuh pengajaran dan moral yang membuat kita berfikir-fikir dan mengambil iktibar darinya. Bahasanya puitis, konfliknya kita dapat menjiwai, plotnya menarik dan penuh pesanan-pesanan hikmah. Sapa yang belum tengok, silalah tengok. Saya malas nak menyipnosiskan filem itu disini, tapi beberapa moral yg dipelajari darinya:
- Setiap perkahwinan pasti akan diduga oleh Allah dalam pelbagai bentuk. Perkahwinan kita tidak terkecuali.
- Pentingnya Allah dalam hati kita. Kerana ketika kita berada dalam emosi yang amat rendah serendah2nya, hanya Allah dan iman yg bisa membimbing jiwa kita kembali kepada jalan yg benar dalam membuat keputusan. JIka Allah pun tiada dalam hati kita saat kita dalam kekecewaan, bayangkan tindakan-tindakan kita yang akan dilakukan, pastinya mendatangkan mudarat dan penyelesalan tak berkesudahan.
- Jodoh adalah takdir Allah. Sekuat mana kita menghendaki pernikahan kita seperti ini atau itu, tapi Allah punya perancangan lain. Dan betapa ia menuntut apa itu erti sabar dan ikhlas pada ketentuan Allah. Menerima bukan semudah menuturkannya.
- Pada akhirnya, Allah itu lebih penting dari pasangan kita. Jika kita letakkan kebahagiaan kita pada seorang manusia (suami/isteri) dikhuatiri Allah menguji hati kita utk menyedarkan kita kembali akan siapa yg seharusnya kita meletakkan keutamaan. Menyintai manusia keterlaluan, pasti mengecewakan. Tapi mengasihi Allah, akan mengatasi apa jua takdir dalam kehidupan kita, biarpun kita dikecewakan oleh manusia.
- Kita tidak boleh memilih takdir hidup, tapi kita bisa saja memilih bagaimana kita menghadapi takdir hidup itu samada secara positif atau negatif.
- Pentingnya memiliki orang tua yang dapat memandu jiwa yang penasaran dengan memberikan bimbingan benar, bukan ikut beremosi hingga memusnahkan rumahtangga yg sebetulnya boeh diselamatkan.
Ada banyak lagi, moral cerita ini. Tapi, itulah yg saya dapat fikirkan setakat ini.
Semoga perkahwinan kita semua dalam rahmat Allah. Kebahagiaan itu kita harus ciptakan, ia tidak akan datang bergolek. Dan ia adalah satu usaha bersama suami/isteri.
No comments:
Post a Comment