Friday, August 5, 2016

Pelajar IPT dan masalah duit

Pelajar uni/kolej dan masalah duit berpisah tiada. Ini hakikat dan realiti kebanyakan pelajar, termasuk saya sendiri. Dah 3 peringkat pengajian saya lalui dan setiap peringkat ini mempunyai masalah kewangan yang pelbagai. Saya share sedikit pengalaman saya sendiri.


Babak 1: Undergrad
Dapat tajaan JPA. Lepaslah untuk bayar yuran pengajian, yuran kolej, dan transportation dan makan. Tapi, selalu jugak terpaksa buat 'talian hayat' terutama hujung-hujung semester kerana duit tak cukup untuk makan. Masa tu, arwah ayah masih bekerja. Masa ini, fokus betul-betul study and bekerja part time dalam kalangan pelajar masih lagi dianggap perkara luar biasa atau bukan amalan. Ada jugak kawan-kawan bekerja tapi tak ramai. Kebanyakan yang bekerja part time ni biasanya ada transportation sendiri, jadi mudah untuk mereka ulang alik. So, masalah duit saya berkisar tentang kos isu nak makan. Ader jugak masa ni beli komputer, tapi tu sekali dua sahaja sepanjang pengajian. I survived.



Babak 2: Master
Masa ni, arwah ayah dan bersara dan memang arwah masa tu berterus terang akan kesulitannya membiayai pengajian master saya. Saya takder pulak marah, sebab ketika membuat keputusan ini, saya dengan penuh kesedaran menerima akan realiti pada waktu itu. Langsung saya tidak menyalahkan arwah ayah, kerana ini keputusan saya sendiri. Dan saya tahu, saya kena memohon pinjaman atau biasiswa dari mana-mana agensi jika hendak menyambung master. Alhamdulillah dapat pinjaman/biasiswa daripada MARA sepanjang pengajian. Tipikalnya, masih ada masalah duit, actually, kebanyakan pinjaman pelajar pun cukup-cukup nafas jer untuk survival. Memang akan ada time bila duit tetap tidak cukup kerana perbelanjaan tidak terjangka. Macam saya, di hujung pengajian kena praktikum beberapa bulan. Dan praktikum ini pula di HKL. Bayangkan, dengan tiada pekerjaan, sepenuhnya duit ehsan MARA, yg cukup2 makan itu, kena menampung pula belanja perjalanan  Bangi ke HKL. Mula-mula naik bas, pastu, naik komuter, pastu naik LRT, monorel. Kalau rajin, jalanlah kaki dari LRT ke HKL. Ia bukan pengalaman yang mudah, sy struggle jugak untuk mencari side income. Ketika itu, saya buat part time, membuat terjemahan artikel BI-BM kepada pelajar-pelajar UKM. Lepaslah makan untuk sehari dua dan tambang ke HKL. 

....menanti kerja..

Habis master umur dah awal 20an. Masa ini, saya fikir amatlah malu sekiranya masih meminta2 duit daripada keluarga, tambahan ayah pun telah bersara. Cekalkan hati merantau di tempat orang dalam keadaan serba serbi kekurangan. Menumpang tidur di rumah kawan, menumpang haram. Atas belas ihsan. Ketika itu juga, kebetulan kami rakan2 serumah yang telah habis belajar, merancang jual goreng pisang, keropok lekor dan samosa untuk mencari duit poket. Dengan berniaga jual samosa dan upah jaga gerai kawan tulah, saya survive setiap hari. Sedih tak sedih? Saya tak sedih pun, saya sangat insaf bahawa itulah pengorbanan untuk berjaya. Ketika ini, rakan-rakan sepengajian sewaktu di undergrad telah semakin ramai mendapat pekerjaan, pegang duit sendiri, ada yang dah jadi cikgu dan sebagainya. Saya seronok tengok, cemburu pun ya (cemburu yang baik, bukan cemburu nak pedajal orang). Saya tidaklah gusar, sebab ntah, masa tu hati dah nekad kot, saya memang nampak jelas dengan perjalanan yang saya nak plan untuk diri sendiri. Jadi, saya takdelah rasa gusar lagi time ni. Saya tahu jalan saya pilih ini agak panjang, tapi saya yakin jika saya buat sungguh-sungguh, akhirnya saya akan mendapat juga kebaikan daripadanya. Alhamdulillah, saya hanya menganggur selama beberapa bulan sebelum akhirnya dilamar oleh UKM untuk menyertai mereka sebagai kakitangan akademik.


Babak 3: PhD
Alhamdulillah, PhD ini saya jalani ketika saya telah bekerja, dan pergi pula dengan biasiswa penuh kerajaan. Gaji pun jalan, elaun belajar pun jalan. Tapi takdelah nak boleh bermewah-mewah, tapi still manageable lagilah kewangan and better dari masa undergrad dan master dulu. Saya tak kacau pun duit gaji, just simpan dan perbelanjaan di Aussie sepenuhya menggunakan duit elaun sara hidup. Single lagi time tu dan duduk pula di student village, jadi saya tak menghadapi masalah besar untuk menangani hidup dan kos di sana. Duit gaji saya simpan untuk menampung tiket balik ke Malaysia, dan tabungan. Alasan tak nak kacau duit gaji ketika itu ialah, duit itu jadi 'tabungan selamat' sekiranya, PhD saya terlajak lebih masa dan elaun sara hidup tidak lagi ditanggung. Jadi, takdelah saya nak menyusahkan sesiapakan?? Itu juga alasan mengapa saya hold dulu niat hendak membeli rumah ketika itu. 


Dalam 10 orang pelajar yang kita kenal, mungkin 2 sahaja yang tidak menghadapi masalah kewangan. Kebanyakannya bermasalah. Rata-rata pelajar kita adalah terdiri darpada keluarga susah/sederhana, dengan tanggungan anak yang ramai dan ibu bapa yang bekerja biasa-biasa. Jadi saya fikir pelajar ipt kena proaktif untuk menangani hal ini. Gunakan kelebihan yang ada untuk menjana income sendiri, kurangkan kebergantungan terhadap keluarga dan lakukan perbelanjaan berhemah. Namun, ada juga segelintir pelajar yang bermasalah dengan duit bukan sebab keluarga tak mampu, tapi tak pandai mengurus kewangan dan mempunyai gaya hidup yang tidak sepadan dengan kemampuan. Ini memang tidak wajar. 

Memang ada pelajar yang bukan sahaja bergantung dengan duit ibu bapa, tetapi duit pinjaman/biasiswa sedia ada pun dia gunakan sekali untuk membeli belah barang-barang tidak perlu.Dapat jer biasiswa hari ini, 3 hari dah habis, sebab digunakan untuk membeli gajet mahal-mahal terutamanya telefon. Dengan duit tulah nak beli Iphone 6!! Dah tahu kan harga Iphone ni bukan murah?? RM3000 ke atas kalau Iphone 6. Handphone adalah keperluan, itu tidak dinafikan, tapi banyak lagi hp jenama lain yang okay kualitinya dan dijual pada harga lebih mampu milik, kenapa yang high end itu juga di-aimnyer??? Saya sendiri pun pakai iphone bila dah bekerja. Masa study dulu, cap ayam jer hp saya janji boleh pakai. Pakai baju nak yang branded, and selalu pulak nak involved dengan aktiviti luar yang memerlukan kos biaya tambahan seperti kereta sewa. Ini pada saya tidaklah wajar. Ukurlah baju dibadan sendiri. Bukan semuapun aktiviti luar itu wajib. Pelajar boleh menapis sendiri. 


Pada peringkat inilah pelajar kena mula belajar mengurus kewangan sendiri. Dengan wang yang ada, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh, apa yang harus diutamakan, apa yang harus ditangguhkan. kalau main bedal jer semua, semua nak, nak makan sedap hari-hari, nak keluar hari-hari, bapak sultan pun boleh bankrupt. Kerajaan malaysia pun bankrupt! Bila kita tak reti mengurus kewangan sendiri, kita menyusahkan ibu bapa dan diri sendiri. Kalau dah duit biasiswa yang sepatutnya dicatu untuk makan dll, digunakan sebahagian besar untuk beli gajet mahal-mahal, apa yang tinggal akhirnya? Itu yang ada kes hujung semester makan mee maggi. BIla diteroka isu sebenar, ada kaitan dengan cara pengurusan duit yang tidak cekap. 

Ibubapa, softskill seperti mengurus kewangan jarang didedahkan kepada pelajar di peringkat sekolah-universiti. Jadi ibubapa kena memainkan peranan ini, dari awal lagi, supaya apabila memegang duit sendiri ketika di ipt, mereka tidaklah seperti rusa masuk kampung sebab tak tahu mengurus duit dan pertama kali pegang duit sendiri dalam jumlah yang banyak. Kalau boleh awal-awal lagi dah didik anak dengan sistem pengurusan wang. Misalnya bagi duit RM50 seminggu, dan minta mereka membajet dalam tempoh itu. itulah limitnyer, jika belanja melebihi RM50 kena bagi justifikasi kenapa, kalau disebabkan kecuaian dan pembaziran, dendakan, bagi rasa bagaimana rasa takder duit belanja sebab dan belanja sakan tak hingat sampai berlaku pembaziran. bukanlah kejam, tapi mendidik untuk jadi individu berhemah. Ini pun sering saya amati, ramai pelajar tidak tahu mengurus wang kerana mereka tidak didedahkan dengan kemahiran itu oleh ibu bapa. Ibu bapa ini kadang-kadang terlalu sayang, main bagi jer, mintak pasti bagi. Jadi anak-anak terbiasa sentiasa ada dan tidak tahu nak buat apa bila sumber itu terhad dan tidak mencukupi. 

Namun ada juga pelajar yang menggunakan duit biasiswa menampung perbelanjaan keluarga. Ini sifat terpuji, walaupun dengan sumber terhad, masih ingat dan hendak membantu keluarga. Ini takapalah.


Bagi pelajar, jika hendak berbelanja barang mahal-mahal, ingatlah ibu bapa. Lihat wajah mereka, peluh dan keringat yang tumpah demi untuk mencari nafkah menampung kita sebagai anaknya. Gunakan setiap duit yang mereka hulurkan untuk perkara yang bermanfaat, biar berkat duit itu dapat ke kita dan juga ibu bapa kita. Jangan pula, kita gunakan duit mereka sewenang-wenangnya untuk berbelanja sakan, beli barang mahal-mahal dan tidak perlu. Menghabiskan duit orang ni memang sedap, lagi2 duit mak bapak, tapi ingatlah, anda akan tahu satu hari nanti bahawa bukan mudah mencari duit, mencari nafkah untuk keluarga. 


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...