Sunday, May 29, 2016

Mati dan berharganya masa yang ada


Kematian jarang menggembirakan, sebaliknya menghadiahkan luka dan kekosongan berpanjangan, tempat yang tidak akan dapat diganti balik, memori yang akan kekal abadi, yang setiap kali mengenangnya sebak itu pasti ada, dalam kemanisan memori itu, terselit kesedihan bahawa yang kita kongsi memori bahagia itu telah tiada buat selamanya...



Itu yang saya rasa bila menerima berita kepergian adik Irwan Ahmad, felo di pusat saya semalam. Arwah yang saya kenal sebagai bekas pelajar psikologi dan kini menjadi sebahagian warga PPPPM sebagai kakitangan akademik. Perginya arwah dalam keadaan mengejut, tanpa kami tahu sakitnya, tahu-tahu dapat berita arwah meninggal jam 2 petang. Dari maklumat rakan-rakan arwah, memang dia menghidap sakit leukimia beberapa tahun sebelum ini namun kami rakan sekerja beliau tidak mengetahui akan hal tersebut. Arwah pandai simpan rahsia, tidak ditunjukkannya sakit itu sehingga ke akhir. 

Tapi kebanyakan kami rasa sebak dan ralat, kerana tidak berkesempatan menziarah apatah lagi memberi kata-kata semangat semasa arwah memerlukan sokongan kawan-kawan. Tidak sempat mengucap selamat tinggal, tidak sempat memohon maaf mungkin ada kesilapan dan kekasaran bahasa sepanjang berkawan. Kejutan yang tidak terjangka. 



Kematian..(sigh), bila fikir fragilenya hidup manusia. Muda tidak bererti panjang lagi perjalanan hidup, ntah esok lusa giliran kita. Begitu juga, sihat bukan bererti banyak lagi masa, mati tidak kira semua itu. Bila ajal tiba, maka pergilah kita tidak kira berapa usia kita, sihat sakitnya kita dan amal kita adakah telah cukup bersedia....

Kematian juga menyedarkan kita hidup ini terlalu singkat untuk kita habiskan begitu sahaja dengan pelbagai perkara lagha. Setiap momen itu penting, setiap masa itu berharga. Kerana kita tidak pernah tahu bila masa Allah menjemput kita. Janganlah kita pergi dalam keadaan terlalu banyak unfinished business, dalam keadaan Allah tidak redha, dalam keadaan orang lain tidak redha, dalam keadaan kita sendiri belum bersedia. Kematian juga peringatan, yang hidup ini bagaimana perjalanannya. Betul sudahkah jalan yang kita pilih, masihkah kita mengelamun mengejar dunia yang tidak pernah puas? atau kita cuba terbaik menjadikan hari ini menjadi hari terbaik dalam segala hal?? 


Semalam yang sudah jadi sejarah..
Esok yang belum pasti ada untuk kita...
Cuma hari ini..
Tapi manusia selalu fikir, kita sentiasa ada masa....

Hargailah setiap detik dan nafas yang ada ini. Berikanlah yang terbaik untuk diri dan orang lain. Moga perginya kita dalam keadaan kita redha dengan diri sendiri dan orang lain mengenang kebaikan kita..dan Allah redha.

Sesungguhnya mati itu pasti..
Kita semua akan merasai mati..
Cuma bila..itu yang masih menjadi rahsia...


Thursday, May 26, 2016

Tips temuduga kemasukan universiti

Agak busy dengan urusan dunia, bertebaran di muka bumi Allah ke sana sini, atas urusan kerja dan menemani suami. Jadi agak tiada masa untuk bermonolong di ruangan ini. Hari ini nak sentuh sikit pasal tips temuduga kemasukan universiti. Kini, berlaku trend temuduga kemasukan ke beberapa program di universiti seluruh Malaysia. Kalau dulu mungkin ada kursus yang permohonannya tidak perlu melalui temuduga, tapi sekarang kena melalui proses temuduga. Saya nak bagi pandangan dan tips sedikit kepada ibu bapa dan pelajar lepasan matrikulasi, spm dan stpm yang masa kini mungkin sedang melalui proses permohonan temuduga untuk kemasukan program pilhan mereka. 



Contoh paling dekat ialah program psikologi di fakulti saya sendiri yang telah memulakan proses tapisan kemasukan program melalui temuduga. Alasan yang diberi ialah kerana jumlah permohonan yang tinggi untuk kursus psikologi di pusat kami, and kebanyakan calon yang memohon adalah layak dari aspek akademik. Jadi, kami perlu temuduga bagi memastikan calon yang benar-benar layak, all rounded yang kami boleh pilih. Selain itu faktor bilangan tempat yang terhad sedang permohonan menjangkau ribuan. Jika anda terpilih untuk temuduga, bererti anda 50% sudah berjaya. 

Perlukah takut? Jangan takut, yang menemuduga itu juga manusia. Namun saya ingin highlightkan di sini beberapa aspek yang saya ingin perturunkan bagi memastikan adik-adik ini boleh meninggikan peluang terpilih melalui proses temuduga. Kita usaha terbaik, tapi kalau dah cuba semua tips ini masih tak berjaya, jangan saman saya pulak, ini juga bergantung kepada rezeki Allah taala. 


  1. persediaan dokumen. pastikan dokumen yang diperlukan untuk temuduga disediakan lebih awal. ada pelajar yang datang dengan dokumen bertaburan, time masuk bilik interview itu lah baru nak susun dan keluarkan dari fail untuk diserahkan. serabut. first impression?? so elakkan ini dengan buat persediaan awal. tunjukkan kepada penemuduga anda bersedia. jika tidak pasti dokumen apa yang perlu dibawa, jangan malu segan call nombor tertera dalam surat temuduga itu and tanya apa dokumen yang perlu disediakan, salinan dan original. 
  2. pastikan anda tahu jam dan tarikh temuduga. buat calculation time and jarak perjalanan anda ke tempat temuduga. jika dah tahu rumah tu kat KL, memang sentiasa jem, maka uruskan perjalanan anda dengan lebih awal. lebih baik sampai awal dari sampai lambat. jangan sampai bilik temuduga 10 minit lewat, termengah-mengah dan berpeluh-peluh. ada penemuduga bertimbang rasa, ada yang akan mempersoalkan kelewatan anda. melainkan ada alasan munasabah seperti kereta pancit tengah jalan, jangan bagi alasan jem. setiap orang tahu jem adalah perkara yang perlu dijangkakan. okay, jika terlewat jugak??? call pengurusan bertanggungjawab dan cuba nego, jelaskan situasi anda dan mintak pertimbangan, sekiranya ada temuduga lagi pada tarikh lain misalnya keesokan hari, bolehkah anda masuk pada slot time tersebut? Nego!! Dunia belum berakhir.
  3. penampilan. tidak perlu pakai baju ala datuk vida qu puteh. first impression memang penting, tapi jangan over do it!! Pakai sederhana, tapi kemas itu penting. kami tak kisah pun jenama baju anda, asalkan ia proper untuk di bawa ke temuduga. jangan pakai selipar jepun, pakai jeans, skirt pendek, baju seksi. warna tak kisah sangat, apa pun boleh, kita rakyat malaysia suka warna warni. mak bapak, tolong ringankan mulut tanya anak2 yg nak temuduga tu, pakai baju apa, check dulu baju yang diaorang nak pakai. ada pelajar tak kisah or simply ignorance pasal etika berpakaian ni. bagi dia indie itu versatile. belasah mana-mana pun pakai. and jangan simply fikir anak kita tahu semua cara nak interview. ada yang masih tak tahu!! so please ambil berat sikit. 
  4. konfiden. konfiden itu penting. bila diminta bercakap atau melakukan sesuatu, jangan segan dan malu. jangan segan jika salah!! sebenarnya kami tak kisah sangat pun anda betul or salah, yang penting level konfiden tu kena tinggi. kami nak tengok keberanian anda jer sebenarnya. especially jika diminta speaking dalam interview. takper, kelaut pun speaking anda tu. kami pun bukan perfect bebenor nak perlekehkan grammatical errors anda. yg kami nak tengok ialah kesanggupan anda mencuba. di situ kami tertarik. 
  5. menyerlahkan diri. biasanya interview dilakukan secara berkumpulan dalam 5 orang. jadi kami ada banyak muka yang nak diperhatikan. jadi anda kena kreatif untuk memastikan kami 'nampak' anda. jangan takut volunteer untuk jadi yang pertama menjawab soalan. jika takder soalan, awak tanya panel tu balik. hehe. tapi jangan macam nak perlekeh panel pulak. tanya in a sense of nak nampak awak benar-benar berminat kepada kursus yang dipohon.

  1. study background kursus. kata minat psikologi sejak dalam rahim ibu, tapi bila tanya apa bidang psikologi anda minat? ke laut jawapannya!! ha sila jangan menjerat diri. logiknya, orang yang minat sesuatu bidang, kurang-kurangnya tahu benda-benda asas dalam bidang tersebut, seperti teori dan tokoh terkenal dalam bidang tersebut. jadi study dulu yer. tapi kalau dah minat, info tu dah tersedia dalam kepala kan??
  2. x factor. macam saya cakap sebelum ini, academically, yg terpilih temuduga tu dah memang layak pun. anda setara dengan calon-calon lain. cuma anda kena ada trick utk menonjolkan keunikan x factor anda yang membuatkan anda berbeza, bersinar dan bernilai untuk dilepaskan begitu saja. so, bila panel tanya, apa special talent yang anda ada?? jangan jawab soalan skima yer. saya bagi tahu ikut pengalaman bidang saya, bila tanya apa x factor awak, jawapan tipikal ialah saya pendengar yang baik, saya tempat meluah perasaan, saya tahap kesabaran tertinggi dll. percayalah, dalam 5 orang tu, semua akan mempunyai jawapan yang sama. apa yang kami nak bila kami tanya x factor anda, ia mungkin tidak nampak dalam resume and cv anda. kami dah tahu anda ni semua cemerlang koku dan akademik, tapi apa lagi? yang takde dalam tu? yg kami perlu tahu? so jangan takut nak cerita kelebihan dan keunikan anda walaupun bunyinya mengarut. contoh, anda boleh menyanyi karaoke tanpa henti dari pagi ke malam, anda boleh 'moon walk', anda boleh mengait baju dan tudung saji, anda pandai masak and ada signature dish, chef wan pun kalah, anda boleh berbahasa jepun, anda pandai main gitar, anda pandai berpantun, anda pandai berlakon, bersajak, boleh panjat pokok kelapa dalam masa 3 saat. apa saja. konfiden dengan keunikan anda, be proud of it. kenapa? kami nampak spesial talent itu berguna nanti dalam pengajian anda. oh, boleh wakil pusat ini, oh ada bakat keusahawanan, oh boleh bawak ke rumah orang tua yang suka karaoke, you know benda2 gitu. nampak simple tapi signifikan!
  3. persediaan jangka panjang. kalau benar anda berminat dalam bidang tertentu, anda perlu dapat membuktikannya dalam aktiviti yang anda buat. contoh bidang psikologi berkait rapat dengan helping profession. mulakan strategi awal untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bidang tersebut. jadi sukarelawan, bantu gelandangan, orang tua, kanak-kanak, menyertai badan ngos, organising charity etc. dari situ kami nampak kesungguhan tuh. barulah terbukti kan. jangan pulak cakap, 'oh saya berminat dengan manusia, saya memang suka tolong orang, saya suka membantu orang dalam kesusahan. tapi bila tanya, kalau dah benar minat sangat tolong orang, ada tak terlibat dgn aktiviti kesukarelawan? terlibat dalam aktiviti komuniti?? jangan bagi muka kerang busuk pulak. tak kongruen namanya!!

Itulah serba sedikit tips untuk temuduga. Serlahkan diri anda yg sebenar. Jika tidak ditanya so alan yang boleh highlightkan kelebihan anda,jangan takut bagi tahu. ANd jika diminta untuk tunjukkan kelebihan anda tu kepada ahli panel, just do it!!!

Good luck. 

Monday, May 9, 2016

Perfume signature the series...is this the one?

Lagi-lagi cerita minyak wangi,

 Alhamdulillah koleksi minyak wangi bertambah secara mendadak kebelakangan ini. Rezeki kot syukur alhamdulillah. Sebelum ini saya ada cerita saya tengah mencari perfume signature, yang dah bertahun2 saya mencari tidak jugak ku ketemu. Haha. Hari ini dapat hadiah dari husband perfume baru - Burberry - Touch. And hari tu masa pergi Kedah saya beli miniature Chloe rose set. Bertambah koleksi ku.



Chloe tu beli lepas terbaca review dalam in flight magazine Air Asia seorang stewardess tu kata favourite perfume dalam kalangan stewardess ialah Chloe. So, terpengaruh punya pasal, cariklah jugak. Baunya memang sedap. Ada tiga-tiga sekali iaitu Chloe rose, L'Eau de Chloe dan Chloe EDP. Bau Chloe ni sweet, elegant, powdery and innocence gitu. Tak overpowering buat subtle and sweet. Mula-mula terfikir adakah ini perfume signature ku? Baru berangan-angan datang Burberry Touch yang mengubah segalanya. Dramatik...!


First time try Burberry Touch and sebelum ini brand ini memang bukan pilihan saya, tak tahu kenapa, saya bila ke kaunter perfume saya carik yang unik dan lain. Tapi tulah, asyik tak ngam or jarang perasaan cinta pada wangian tu akan bertahan lama. Tapi first time saya cium Burberry Touch terus saya rasa macam bestnya. Baunya elegant, and top notes nya agak unik berbanding perfume biasa. After a while kita perasan perfume yang generic ni biasanya baunya hampir sama pada akhirnya. Tapi tope notes perfume burberry touch ini memang elegan dan berbeza dari yang pernah saya pilih. Ada orang kata, kalau nak pilih perfume, kena experience journey of the perfume, ertinya pakai untuk merasai baunya hingga ke akhirnya: top notes> middle notes> base notes. Top notes ialah yang kita cium first time kita sembur, after a while, top notes itu akan beransur-ansur hilang dan diganti dengan middle notes. Akhir sekali ialah base notes. Jika kita suka dengan kesemua tahap notes itu, jadi ia mungkin pilihan perfume terbaik. So far, saya suka dengan bau burberry touch yang subtle and tak overpowering, elegant, warm and long lasting. Saya boleh kata, i love the all notes. Could it be the one?? My husband cakap, hopefully yang dia pilih akan jadi my signature. Burberry kahwin dengan Dunhill katanya. Wah!! Kalau Burberry touch kahwin Dunhill desire agaknya yang terhasil ialah minyak angin. Bhahahaha.

And cara terbaik menguji perfume ialah dengan menyemburkan pada kulit and tengok respons bau kemudiannya. Chemistry antara bau badan dengan perfume tidak sama, justeru tidak dinasihatkan untuk membeli perfume hanya kerana perfume tersebut bau best bila kawan kita pakai. Best pada bau badan dia tak semestinya best pada bau badan kita. 

Selain tu saya dah beli jugak Victoria Secret punya perfume - Boombshell. Saya baca banyak review Boombshell ni, saya beli botol besar. Baunya very fruity, sexy and fun. Itulah impression bila saya cium baunya buat pertama kali. Saya berpendapat perfume ini sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas, sebab baunya refreshing. Tapi tak bestnya, baunya tak tahan lama walaupun yang saya beli tu ialah eu de perfume. 

Kita boleh jer pakai banyak jenis perfume, ada orang pakai sampai 7 jenis perfume ikut occasion, tapi ada orang suka pakai satu jenis saja yang sesuai semua occasion. So, nampaknya saya kena berhenti kejap beli perfume baru and just try perfume yg ada and hopefully i can make up my mind untuk pilih yang terbaik sebagai my signature. 

  1. Victoria bombshell - nak pakai time mood rasa nak berjimba-jimba. and pakai di rumah jugak. tapi bukan jenis perfume yg saya nak orang kenal saya, sebab saya nampak perfume ni saya bayangkan perempuan yang bombshell. Ahaha, itu bukan impression yang saya nak. 
  2. Chloe series - mostly saya akan pakai time nak pergi kerje, nak alternate dengan perfume burberry. tetiba sayang pulak dengan burberry, takut cepat habis. heh. chloe ni menyebarkan bau yang memberi impresi yang saya suka - sweet, elegant and subtle but yet attractive. not overpowering atau orang tak notice immediately, tapi if you close enough, then you can smell it. how nice! very feminine. 
  3. Burberry  touch - untuk special occasion and ke pejabat. sama macam chloe, sweet, elegant, unique and subtle, attractive and a bit mysterious.
  4. Elie Saab - ha ni pening nak fikir bila nak pakai. Bau jasmine kuat and perfume yang intense jugak. Mula-mula boleh rasa lemas bila cium bau, tapi lama-lama baunya jadi mellow and sweet. Sesuai untuk pergi kat crowded kot. so bau kita outstanding. bila lah masa nak pergi kat crowded?
And ada beberapa lagi, yang saya akan tukar-tukar pakai untuk ke tempat kerja. 



Sunday, May 8, 2016

Jumaat, Sabtu, Ahad yang macam-macam

Melukis dah, now sesi meneroka lukisan

Khusyuk melayan lukisan masing-masaing

Tempoh hari sudah (Jumaat), mengadakan bengkel terapi seni (melukis) untuk pelajar master kaunseling. Ada request pada awalnya untuk menambah kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada. Yelah, kena pelbagaikan kaedah/mode dalam terapi/sesi kaunseling. Klien kita ni pelbagai ragam dan keperluan. Ada yang cakap mak ai tak berenti macam keretapi laju Jepun, ada yang cakap sejemput-sejemput, ada yang mungkin tak berbunyi kalau tak ditanya. Jadi, melukis salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai ekspresi perasaan/isu/masalah gitewww. Biasanya saya buat ni tak ramai, dalam 10 orang sebab mengajar kaedah experiental approach, kena rasa sendiri proses itu untuk lebih faham, kira mereka sendiri kena go through process ekspresi seni dalam kelompok kecik 5-5 orang. 





 Hari yang sama, pagi tu, on d way ke ofis, dapat perkhabaran, pelajar penyeliaan saya xin mi meninggal dunia kerana SLE. Memang terkejut dan sedih. Saya tak ajar students undergrad, tapi saya menyelia tesis mereka. Dia ni rajin budaknyer, baik tingkah laku. Last time jumpa dia, tak nampak pulak sakitnya, tapi kawan dia bagi tahu dia memang dah mula sakit sejak semester lepas. Ingat conversation terakhir kami 24 April lalu dia bagi tahu dia nak defer study sebab nak operate kepala, ada blood clot. Kena operate. Saya respons menyokong keputusan mendiang waktu itu. Saya kata, kesihatan lebih penting dari pendidikan. Kita boleh tangguh pengajian, dan sambung lagi, tiada had untuk itu, tapi kesihatan tak boleh tunggu. I wish her the best. Tup-tup...Dalam msg terakhir tu dia macam menaruh harapan untuk kembali menyambung pengajian, and berharap saya masih menjadi supervisor dia bila dia dah sembuh nanti. Tapi itulah, takdir ajal maut ditangan tuhan. Sekuat mana pun keinginan kita untuk hidup selamanya, satu hari nanti kita akan dijemput yang Esa. 










Habis jer bengkel terapi seni, saya shoot ke Kuala Selangor, untuk menziarah keluarga mendiang bersama pengerusi pusat. Mula-mula tak jadik pergi sebab rombongon pusat yang first dah bergerak awal, sedang saya masih terkial-kial dalam bengkel terapi. Ingat dah tak sempat. Tapi Allah punya kuasa, boss call tanya free tak petang sebab baru dapat info van yang diminta telah diluluskan, bergerak selepas solat jumaat. Okaylah. Dalam kelam kabut itu sempat jugaklah pergi ke sana. Kuala Selangor ni jaraknya agak jauh jugak dari Bangi, ada dalam roughly 1 jam lebih ke 2 jam untuk ke sana. Bertolak jam 3.30 petang, kami sampai ke ukm jam 9 lebih malam. Haa tu dia. Penat yang amat! Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Oh, sebelum tu, habis jer bengkel, saya sempat ke usrah sekejap baru bertolak ke Kuala Selangor. Agaknya itulah rasanya jadi YB/ADUN kawasan kot, memenuhi setiap permintaan, keperluan masyarakat. Sekali dua pun dah terasa hazab, apatah lagi kalau setiap hari gitu. Eeei, tidaklah saya. Syukur saya bukan YB. Ahaha. Tuhan lebih tau kemampuan saya. 


Semalam, aktiviti lepak di rumah and berzuma di fitness studio di bangi gateway. Balik jam 7 time hujan yang lebat amat. Jalan reko jem teruk kerana banjir kilat sana sini. Saya hanya dapat sampai ke rumah jam 9 lebih. Ya Allah, bayangkan, biasanya kalau jalan busy, agak2 dalam 30 minit saya boleh sampai ke rumah. Kalau jalan tak busy, 15 minit boleh sampai. Sempat singgah makan dulu, dan sambung balik perjalanan, itu pun jem tak habis lagi. Tawakal jerlah meredah banjir kilat. Harus berterima kasih dengan kereta alzaku ini, kerana ketinggiannya, aku dapat meredah banjir dalam keadaan selamat. Semalam ada beberapa kereta mati tak dapat start terperangkap dalam air dan moto pun banyak yang sangkut. Balik tu, lepas mandi apa semua, ketiduran tahap dewa. Dengan penat zumba, penat banjir kilat...tak ingat dunia. 

Oleh kerana semalam agak mencabar, so hari ni duduk rumah rehat-rehat, lepak2 and masak best2 cikit. Gitulah rutin harian hidup saya. Minggu depan ni banyak outing, ke kedah dan ke pahang pulak. 


Semalam jugak, pilihanraya negeri sarawak. Hehe, kawan-kawan tanya tak balik mengundi ker? Saya konfiden jawab, tak payah balik pun, saya yakin team Adenan menang. Wah, masin mulut ku, kui-kui-kui. Menang 72 kerusi daripada 82 kerusi keseluruhan!!! Menang besar!! Ada jugak yang tak puas hati BN menang di Sarawak. Chill-lah wei. Sarawak tak sama politiknya dengan semenanjung. Bila anda ada masalah dengan UMNO di sini, tak bererti kami ada masalah dengan parti komponen BN di sarawak. Biasanya kami takde sentimen marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 

bunyi nak masak best macam hebat sangat kan, tapi syukurlah. ni rezeki Allah janjikan hari ni

Air kelapa, slurrp!! Sedap nih!! 
Okaylah, panjang bebel. Sekadar nak melepas gian menulis dan berekspresi. Selamat hujung minggu dan selamat bekerja esoknya. 




Monday, May 2, 2016

Laporan Seminggu

Salam hari buruh kepada semua. Hari ini hari Isnin, tapi sebab cuti umum, terasa pulak hari ini hari Ahad. Dapat extra cuti sehari. Syukur alhamdulillah...

Banyak sebenarnya perkara yang berlaku sepanjang seminggu dua ini, tapi sebab agak busy dengan kerja jadi tak menyempat-nyempat nak update blog. Takder orang baca takper :-) Saya buat untuk diri sendiri, untuk catat apa saja perkara yang saya fikir nak catatkan. Satu hari nanti mungkin, bila saya dah takder, orang boleh baca dan jadi legasi kenangan kepada yang mengenali. Kot2 dah tua nanti anak2 boleh baca balik cerita mamanya nih. Album gambar saja tak cukup, kena ada huraian sekali kan, so senang tengok gambar sekali dengan cerita dalam blog. Huhu. Sentimental lah pulak...

Sebab dah tak berapa nak rajin buat thread satu-satu, jadi lum sum kan semua peristiwa-peristiwa yang sesuai untuk dikongsi di sini. 

Bulan lepas sahaja dua kali saya kembara ke Kedah. Hari tu ikut husband, now pergi jadi penceramah untuk slot bengkel AADK Kedah. Dua hari satu malam saja di sana. Yelah, nak duduk lama-lama pun buat apa? Lainlah bawak husband boleh jejalan, ni pergi atas tiket kerja, time kerja, so bertolak hari Isnin balik hari Selasa tengah hari. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan Allah. Sesiapa yang kenal saya tahulah penakutnyer saya ni nak naik kapal terbang. I hate flying!!

Gambar first pergi Kedah dengan husband
Pergi tempat orang tak sah kalau tak pergi tempat-tempat popular kat satu-satu tempat tu kan. Syukur berkesempatan pergi ke beberapa tempat popular untuk makan di Alor Setar, antaranya kedai char kuew tiaw amin (kalau tak silap), abc salji (makan tengah panas terik, salji turun dalam mangkuk jer), mangga durian kat tengah-tengah pekan, lupa pulak nama tempat tuh. Malam ada pergi makan kat kedai nasik kandar best kat alor setar, yasmin ker apa namanya, sesat-sesata ngan hubsand walaupun pakai waze. Keh-keh. Kami kalau tak sesat bukan berjalan namanya. Kali kedua pergi sendiri baru-baru ini saya tak ke mana-mana pun. Sebab naik flight and takder transport and jangka masa pendek sahaja. 


Ini gambar rumah tamu tempat saya stay kat kedah second time datang untuk AADK. Mak ai, saya sorang jer kat rumah besar nih. Ngeri dan seram seh!! Bilik ada banyak, pastu rumah besar. Nama pun rumah tamukan, so jarang orang duduk, jadi perasaan takut tu terasa jugak. Walaupun lokasi betul-betul dalam pusat latihan AADK, tapi malam-malam huhuhu..mulalah fikir macam-macam. Tapi beranikan diri sahaja, tak mahu layan fikiran 'ala filem munafik' dalam kepalaku ini. Nasib baik ada bawak laptop, jadi malam tu tidur bertemankan surah ruqyah and lampu rumah terang benderang, semua saya onkan. Haa, tulah, bagi lagi saya duduk sorang-sorang rumah besar nih.  TV pun saya biar terbukak kat ruang tamu. Tidur malam tak nyenyak sekejap2 terbangun, dengar bunyi kat atas siling bilik tapi fikir - tikus!! Jangan fikir lain! Itu tikus! Tikus! Tikus!!!


Keadaan rumah tamu ini selesa, bersih dan lengkap kemudahannya. Ada towel, telekung dan sejadah untuk bersolat, ada toiletries tersedia and biskut and air 3 in 1 kot2 nak minum. Saya angkut cerek elektrik masuk bilik. Tak syoknya bathroom kat luar bilik, so perjuanganlah jugak nak keluar bilik malam-malam nak terkucil. 





Nampak kecik jer, tapi besar rumah ini kat dalam

Selesa dan nyaman, macam homestay pun ye jugak


Gambar maggi kari kambing kat atas tuh bukan kat Kedah yer, tapi kat Bangi Gateway seksyen 15. Tempat kat foodcourt level 1 dekat dengan Hemst. Memang marbeles mee maggi kari kambing ni. Tak rugi cuba. Ada sekali tu 3 kali jugak saya makan mee maggi ni. Adoi sangat tidak sihat yer. Sesekali okaylah nak rasa, kalau banyak kali dalam seminggu adoi tidak digalakkan. Semalam pergi lagi kali ni dengan husband. Dia tengok gambar yang saya send, terus teringin. Beberapa kali jugak dia sebut nak makan. So bila dia mention lagi, bawaklah lagi and makan lagi mee maggi kari kambing nih. Tapi makan separuh jer sebab dah asyik makan mee maggi kambing ni rasa muak pulak. Terbayang-bayang maggi nie nak digest dalam perut ku dengan susah payahnya. Ada orang kata mee segera ni ambik masa nak digest dalam perut kita. Husband pun kata sedap. So, sesiapa yang gi Bangi gateway trylah yer.


Ini aktiviti semalam, jejalan gi carik barang travel bersama husband. Takdelah besar sangat pun, and ramai jugaklah yang pergi. Untuk carik barang okay kot, utk sajer-sajer jalan, rasanya shopping mall IOI putrajaya tu dah lebih dari mencukupi. Sebab selain barang, dan tempat makan, takder tempat untuk entertainments. Namapun factory outlet kan. Misi kami mencari backpack dan kasut travel telah tercapai maka kami pun balik ke bangi cari lampu utk rumah yang dah terbakar bulbnyer tu tapi sebab semalam cuti buruh, maka banyak kedai tutup. 


Ha, semalam gi mydin beli buah banyak-banyak sebab nak get rid off maggi segera cepat-cepat dalam sistem penghadamanku. ;-) Kebetulan jumpa jar kaca ni kat mydin, colorful, harga dalam rm6, cepat-cepat sambar. Mula-mula ambik dua color jer, hijau dan purple tapi husband tegur "aik pink tak nak?" Yelah, minat pink tak semestinya semua benda nak pink. Tapi sebab dia dah tegur, maka ciluk jugaklah satu pink. 

lemon + orange + blueberries + strawberries + ais ketul + mineral water = detox water!! 

Mudah jer. Berkhasiat walaupun rasa tawar. Adalah rasa buah tu dalam air bila kita minum tapi jangan imagine macam beli jus kat kedai pulak, yang penuh rasa kemanisannya. Detox water ini baik untuk kesihatan dan paling best bila diminum selepas exercise dan awal pagi.

Okay selamat hari buruh!!!





Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...