Sunday, November 17, 2013

Jalan-jalan carik pasal di Bandung



sampai awal pagi jam 7 gitu. pemandangan bandung dari udara


Baru-baru ini ke Bandung untuk menghadiri seminar di UNPAD. Pergi tak lama cuma 3 hari 2 malam. Walaupun singkat, pengalaman ke Bandung memang menarik, bab makannya, cuacanya, orangnya, dan juga tempat beli belahnyer. Semua boleh melelehkan airliur dan airmata. Quick review:

Cuaca
Agak dingin berbanding cuaca di Malaysia, barangkali disebabkan oleh faktor geografikal Bandung yang dikatakan berada di tanah tinggi. Memang dingin dan nyaman sajer, tapi takderlah sampai sejuk cam Melbourne. Just nice.

sepanjang perjalanan ke hotel penginapan 

unik!

Makan
Jangan ingat Malaysia jer yang penuh dengan fusion foods, macam2 ader. Bandung jugak aper kurangnyer, Makanan Sunda, Padang, Jawa, ha aper lagi, semua ader. Sedap2 plak tu. Cuma kalau boleh elakkan makan di warung2 kaki lima yang terdedah, kerana banyak kes keracunan makanan. Minuman pun gitu jugak, kalau boleh beli dalam botol jer and air mineral is better. Sempat menjamu makan di Pasar Bandung tingkat 6, masakan Sunda dah last day ke Restoran Belacan. Memang marvelos! Jangan lupa, try minuman alpokat dan juga sweetsour (durian belanda), terasa makan sebijik buah bukannya meneguk air. Kat Malaysia, susah nak jumpa sweetsour yang pure gituw melainkan restoran mahal harge segelas 14 hinggit.

punyer marvelos sampai tak sabar nak terkam tu...mmg sedap nyum nyum

macam tak pernah jumpa ikan..ngeh2


Orangnyer
Mula2 seram jugak nak datang, yelah dengar macam2 yang tak elok. Takut dah. ibaratnyer first impression tu ialah negatif. Tapi bila dah sampai, alhamdulillah perjalanan kami okay dan saya rasa orang2 Bandung pun okay dan baik2 ajer. Cakap pun lemah lembut. Apa yang saya suka ialah mereka sangat tekun dan rajin mencari rezeki. Muda2 dah berniaga, and sangat kreatif mencarik duit. Bila keluar dari shopping mall ke kereta sewa, ader jer yang nak payungkan kita (bila hujan) or tolong mudahkan kereta keluar dari parking ke laluan utama. tapi of course, that's not for free. memberi tips itu adalah perkara biasa. ader jugak tengok pengemis tapi tak ramai. 



Plg saya kagum ialah betapa tinggi tahap toleransi orang Bandung di jalan2 raya. Walaupun sibuk dan jem jalannya, tapi mereka sangat bertimbang rasa dan saling kerjasama utk memastikan perjalanan masing2 selamat dan sejahtera. Ini sangat berbeza dengan cara segelintir orang Malaysia bawak kereta yang penuh kesombongan, berlagak dan pentingkan diri. Hon sangat penting di jalan2 raya di bandung, ia cara untuk komunikasi dan bunyi honnya pun tak ganazz macam Malaysia. Kalau kat Malaysia biasa kiter dengar bunyi hon kereta yang penuh kemarahan dan sangat annoying itu kan..ini patut kita contohi insya allah kadar kemalangan jalan raya di Malaysia boleh dikurangkan. Ia sepertinya memberi satu andaian/hipotesis baru bahawa, kerajaan perlu lebih menekankan kepada pembentukan karakter pemandu yang lebih bagus, melebihi jalan2 raya yang world class. advanced camner pun jalan raya itu tapi kalu orang yang menggunakannya perangai macam yang saya cakapkan tadi, memang takder harapan statistik akan turun. 

motosikal pengangkutan utama


Shopping malls 
Ohhh ini sangat heaven.  Lagi2 duit kita agak besar berbanding matawang Indonesia, memanglah syiok bershopping sakan. Wajib untuk pergi ialah - Pasar Baru Bandung and Toko Tiga. Juga, factory outlet dia yang bersepah2. pastikan duduk di kawasan yang strategik seperti holiday inn. Kalau nak lebih mudah, hire supir dan sewa kereta, murahjer. Pasar Bandung tu pun tak habis2 shopping punyer mcam2 boleh beli kat situ. Ohh jangan berangan shopping mall itu seperti midvalley atau one utama, memang tak secanggih itu, tapi barangnya bisa saja memenangi hati kiter melebihi shopping mall yang ada di Malaysia. Sinilah tempat best beli telekung murah, baju murah, paling best kain lace murah. Lace yang beratus2 hinggit semeter kat Malaysia tu (Gulates, Jakel etc) cuma RM30 semeter. Mau tak meroyan?? Ha saper2 nak nikah tu boleh kata bye2 kat Gulates/Jakel dan say hi hi to Pasar Bandung. 



boleh rambang bijik mata huuuu


sesi memilih kain 



kalu kat Gulatis/Jakel berapa agaknyer. serius cantik kain lace ini, berat pulak tuh


suker ni, very sweet gitu
RM30 jer semeter, lace beaded yer. Mau tak meroyan kain lace.




Toko Tiga, pusat jualan jeans yang ori dengan harga meletupzzzz!!
muka bahagia kerana dapat memborong

Tempat Solat

Ini kekurangan yang perlu dibaiki. Bilik solatnyer unisex dan sangat kecik. Ader FO kami pergi boleh tampung 2 orang jemaah saje satu2 masa, and perlu berkongsi dan ikut giliran. Tempat wuduk pulak, adalah toilet yang tak berapa bersih. Takder tempat khas wuduk. Keadaan ini kami temui di beberapa tempat kami singgah sembahyang. Tertanya2 jugak aper peranan alim ulama di sini dalam meyakinkan pengusaha perniagaan dan developer utk memberikan fasiliti lebih bagus untuk bersolat. Bisnes2 gak, pahala mau ingat. Baru balance kan.

Jutawan 3 hari
Saya pergi ke Bandung dengan hati yang berbunga2. Yelah pertama kali dalam hidup saya boleh dengan konfidennya kata saya "JUTAWAN", bawak duit poket 5 juga rupiah tu. Kayo tak kayo?? Sampai sana pun lagak ala2 kayerlah, maklum duit terasa banyak. Tapi kaya 3 hari jer, menjelang hari terakhir, kembali seperti asal. Huhu...

Cuma Tanguban Perahu tak sempat pergi. Waktu yang singkat dan penuh dengan aktiviti/seminar menghadkan perjalanan. Tapi insya allah kalu pergi lagi sekali, memang Tanguban Perahu itulah yang aku nak pergi. Balik dari Bandung terus demam dan batuk. Adoi, penat sangat kot. 

Layan gambar untuk lebih bantuan visual. Insya allah akan ku jejaki lagi Bandung. Heh..






No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...