Friday, August 30, 2013

The devotion of suspect x




Lama sudah tak baca buku citer. Buku lain aderlah baca, buku teks nak ajar students, journal articles, prosiding konferen, tapi itu tak kiralah. I mean, baca buku yang takder kaitan dengan kerja kita. Sejak bekerja ni dan habis PhD memang dah agak jarang jugak saya membaca buku. Takde kesempatan, uhh sangatlah cliche nyer statement itu tapi, hakikat kot. 

Tapi tak bererti minat saya untuk membaca buku semakin berkurang pulak. Saya rasa masih berada ditahap yang dulu jugak, cuma kesempatan tu semakin berkurangan. Cuma balik raya baru2 ni saya berjaya menghabiskan membaca satu buku yang saya beli sewaktu menanti flight ke Kuching untuk beraya. Iyelah, dah cuti sepuluh hari, malam2 terbongkang sebelum tido dapatlah saya menghadap buku cerita untuk dibaca. Masa tu fuh memang cuti sakan sungguh, email keje saya tak jenguk langsung. Saya nak menikmati cuti saya dengan sakannya. Eh ayat tu betul ke. Tapi hehe, balik tu huuu terkejar2 jugaklah baru tau kena siap itu ini dengan dateline yang memang DEAD tu. Sampai kete pun lupa nak bayar!!! Aish. Itulah cuti yang haru biru. Tapi i catch up jugaklah akhirnya. 


Baru-baru ni beli sebuah lagi buku cerita - the devotion of suspect x. Macam best kan, iyelah katernya best seller and dah buat movie pun. Saya jer ketinggalan ketapi. Tapi takper, bukan itu motifnyer, yang penting enjoy baca buku yang best2 ni. Saya tak tahu orang lain, tapi saya dapat menikmati buku cerita yang best sama seperti menonton sebuah filem yang menarik. Ada nikmat tersendiri baca buku ni. Tak mahal pun modalnya, duit berapa hinggit + imaginasi yang unggul..hehehe. 

Tak habis baca lagi tapi setakat ni tak membosankan. Memang enjoy baca. Pagi2 kalau sempat bacalah 2-3 helai, sebelum tido ker baca sikit. Buku ni pasal psiko thriller jugakler. Tentang seorang janda dan anak perempuannya yang secara tak sengaja membunuh bekas suaminya yang selalu menyusahkan hidupnya dengan memeras ugut dan mintak duit dia. Tengah blurr sebab terbunuh bekas suami di rumah mereka sendiri, tiba2 jiran mereka, seorang cikgu matematik mengetuk pintu seolah2 tahu sesuatu yang buruk telah berlaku. Memang dia tahupun sebab dia dengar pergelutan sebelum kematian itu. 

Dipendekkan cerita, rupernya cikgu math tu menaruh hati kat janda ni tapi dia terlalu malu nak cakap. So peristiwa itu memberinya peluang utk mendampingi perempuan tersebut dengan - membantu perempuan tersebut menutup bukti kematian/pembunuhan yang berlaku itu. cikgu math ini seorang yang genius dan tahu setiap strategi dan taktik polis untuk mendapatkan bukti dan dia counter back balik setiap bukti tersebut sebelum ia berlaku. Cewah, part dia pandai mengelirukan bukti itu yang best.

Tambah menarik, cikgu math ini bertemu buku dengan ruas, tidak lain tidak bukan, rakan seuniversiti dulu yang sama2 genius. So ini lebih kepada permainan strategi cari dan sembunyi di antara dua individu ini. rakan seuniversiti ini tidak tahu penglibatan cikgu math ini dalam menyembunyikan kematian lelaki tersebut. bagaimana rakan universiti cikgu math itu boleh terlibat dalam kes ini? Apakah perempuan itu terhutang budi untuk membalas jasa yang dilakukan oleh cikgu math itu, terperangkap di antara ketakutan rahsia terbongkar atau perasaan cinta yang sebenarnya? pergh, macam buat iklan jual buku pulak dah..

haaaa...dah nak maghrib ni, penat jer nak citer sampai habis, lagi pun blum habis lagi, kalu rasa siok ngan review sekerat saya, cepat carik kat kedai buku. or kalu malas nak belanja beli buku, try google pdf version yer. DIY. heh!!

Berkibarlah Jalur Gemilang


Salam kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada!!!

Iye malam ini malam Merdeka. Tahu tak yang ke berapa?? Sila ketuk kepala sendiri sekiranya anda sedang membuat congakan angka dengan muka seposen. Too bad. Lima puluh enam yer..ingat ke 56 tahun. Kali ni sambutan peringkat kebangsaan katanya diadakan di Putrajaya.

Sambutan kemerdekaan raya saya sangat sederhana. Biasanya berakhir di depan tv, tengok cerita2 best (especially tomorrow is weekend) and kalu mata ni tak tido awal seperti selalu, dapatlah dengar bunga api sekitar kawasan. Aderlah 2-3 kali ikut acara sambutan merdeka di UKM dulu, best jugak. Tapi setakat itu sajerlah. Untuk gi jauh ke KL, padang merdeka, etc malam-malam idaklah sayer. Saya tahu kebanyakan kita menyambut merdeka dengan begitu superficial sahaja, tanpa penghayatan yang mendalam terhadap sambutan itu sendiri. Termasuk sayerlah tu. Kita biasanya sambut hari merdeka macam kita celebrate hari2 public holiday yang lainnya, just enjoy the day. Tapi moga kali ini kita lebih menghayati erti kebebasan dari penjajahan dan juga melihat negara dengan perasaan sayang, muhasabah diri tentang keamanan yang kita kecapi, mensyukuri nikmat yang masih kita miliki dan mempertahankannya bersama. 

Makna kemerdekaan yang lebih besar sudah pasti adalah diri kita sendiri, memerdekakan diri dari segala bentuk unsur-unsur negatif yang menghalang diri kita dari berkembang menjadi insan yang berguna bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk orang lain jugak. Berguna dunia akhirat. 

Ingin saya mengingatkan diri dan yang lain, isilah malam ini dengan majlis-majlis ilmu, mengimbau kembali sejarah dan belajar dari sejarah. Janganlah hanya membayangkan malam ini sekadar bunga api dan hiburan sehingga awal pagi. Awas, kalau ikut rekod polis, masalah sosial seperti seks bebas banyak berlaku dalam perayaan-perayaan seperti ini. Tunggulah 9 bulan lepas tu, banyaklah keluar anak-anak tidak berdosa. Jadi, peliharalah diri. Jangan pulak terbelenggu, terjerat dan terjajah oleh tingkah laku buruk sendiri. Jadi awasilah diri sendiri, awasi adik-adik kita, awasi anak-anak kita. Moga kemerdekaan ini tidak mengundang mudarat yang tidak terjangka. 

Merdeka!!! 

Friday, August 16, 2013

Sayang anak timang-timangkan, sayang bini tendang-tendangkan??


Selama cuti sakan 10 hari lepas saya jarang tengok TV. Pertama sebab busy dengan pelbagai aktiviti rumahtangga di rumah mak saya dan kedua, saya tidur awal hampir setiap malam. Jadi berita jam 7 atau 8 malam yang saya jarang miss kat rumah lepas balik kerja pun terlepas tengok. Jadi saya banyak jugak ketinggalan keretapi termasuk kes terbaru suami bantai isteri dalam lif siap dengan flying kick, memang flying depan lif. Cuma malas nak attach video tu kat sini, saya benci cerita ganas/seram maka video 18 G (Ganas) itu tidak saya lampirkan bersama di sini. Saya tidak perasaan ia telah menjadi hangat di internet dan cuma tahu apabila membeli surat khabar dan tertengok buletin utama. Hmm, apa pendapat tuan-tuan puan puan??

Wajarkah seorang lelaki memukul dan melakukan kekerasaan fizikal ke atas isterinya? Pasti jawapannya TIDAK. Memang dalam Islam ader menyebut memukul isteri itu jika dia derhaka dan tidak mendengar kata. Tapi takder pulak dalam ayat tersebut menyebut boleh DITENDANG, DITARIK RAMBUT, DIHANTUK ke dinding, DITUMBUK mukanya dan sebagainya. TAKDE. Ia secara jelas menyebut memukul dengan tujuan memberi pengajaran. Ada beza memberi pengajaran dan kebinasaan. 

Ayat 34 dari surah an-Nisaa Ayat ini telah diterjemahkan begini, “Lelaki adalah pelindung kepada wanita (qawamuna sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka memberi belanja dari hartanya). Wanita yang baik (qanitat) menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan dari tempat tidur dan pukullah (daraba). Kemudan jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.” (sumber SINI)

Kalau mengikut perbincangan dalam blog laman seri itu, perkataan pukul itu tidak semestinya berbentuk fizikal, malah dilarang sekerasnya para suami memukul isteri menggunakan tangan dan anggota badannya untuk menyakiti badan isteri. Malah, ader suami hilang kelayakan pun untuk memberi pengajaran kepada isterinya jika dia sendiri culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Dalam erti kata lain, bagaimana suami hendak membetulkan isteri jika suami itu sendiri pun ibaratnya seperti ketam mengajar anak berjalan? 

Dalam rumahtangga, ada adap dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam secara jelas bagaimana suami perlu mendidik isteri yang gagal menjalankan tanggungjawab atau ketika berkonflik. Ia juga banyak terlahir dari sikap Rasulullah SAW sendiri yang banyak kita baca kisah2nya dalam mendepani isteri-isteri yang pelbagai ragam. Takder pulak kita baca Rasulullah mengasari isteri-isteri baginda. Baginda seorang yang terkenal dengan sikap lemah lembut terhadap wanita. 

Saya jauh dari memahami apa kemelut yang dihadapi oleh pasangan ini. Tetapi. walau apa masalahnya sekalipun, janganlah kita menggunakan kekerasaan untuk mendapatkan kepatuhan pasangan. Pasangan mungkin patuh kepada kita kerana takut dikasari, namun SAYANG, HORMAT dan KASIH itu anda takkan dapat lagi selama-lamanya. Sedang perasaan kasih sayang itulah yang paling penting perlu ada dalam sesebuah rumahtangga. Kalau perasaan ini sudah tiada dalam hati isteri, maka kosong dan tidak berertilah rumahtangga tersebut. Begitu juga, isteri mungkin tidak mengasari suami, tetapi sering kali isteri menggunakan emosi dalam menyakiti hati suami. Bila masing-masing mempertahankan sikap dan pendirian, tidak mengawal emosi, maka berlakulah seperti yang kita lihat dewasa ini. 

Isu terkini keganasan rumahtangga bulan ini yang sempat saya baca sepintas lalu: 
  • suami mencurah air rebusan ketupat ke arah isteri 
  • suami menyimbah asid ke muka dan badan isteri

Bila saya dengar kisah-kisah rumahtangga yang macam-macam ini, saya bertambah yakin bahawa semakin rapuhnya kesedaran pasangan (suami dan isteri) tentang tanggungjawab dan amanah dalam rumahtangga. Tanggungjawab dan amanah ini pula sangat bersangkut paut dengan iman dan iman itu sendiri sangat bersangkut paut dengan takwa dan kepatuhan kita kepada Allah SWT. Apa juga masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita hari ini bertitik tolak daripada kurangnya keimanan dalam diri masing-masing. Saya sering menghadiri pelbagai seminar membincangkan masalah sosial yang dialami oleh masyarakat kita, betapa kroniknya generasi muda kita dan tidak kurang juga orang dewasa dan pasangan berkahwin. Apabila duduk menghadap presenter dengan pelbagai cadangan dan intervensi masing-masing, semakin kuat hati saya mengatakan, kita kena berbalik kepada Islam untuk membetulkan masalah ini. Islam lengkap segalanya, menjaga segalanya. Dari hidup berumahtangga, dengan ibu bapa, dengan anak-anak, jiran tetangga dan masyarakat, segalanya dijelaskan dengan terang. Saya amat yakin jika kita berbalik semula kepada Islam, secara tidak langsung segala masalah dalam masyarakat kita ini akan berkurangan. 

Apabila hati tidak terisi dengan ilmu iman dan kesedaran, maka inilah yang menjadi penyakit sosial dalam masyarakat. Memang dunia akhir zaman akan penuh dengan pelbagai perkara kemungkaran dan kekejaman, namun ini tidak bererti kita perlu menyerahkan diri menunggu kiamat berlaku lantas tidak berbuat apa untuk menanganinya. 


Thursday, August 15, 2013

Selamat tinggal HP Pavilion DV5

Selamat tinggal laptop kesayanganku T_T

Salam syawal kepada semua, macam ne raya memasing? Saya memang cuti sakan, keje tak tengok, email tak check and raya dengan sepuas hati :-) Penat tapi memang happy, keje lepas ni membalun, saya pasti ader banyak sedang menanti..sila kembali stres..

Hari raya ni selain bertemu ada jugak berpisah, saya akan berpisah dengan laptop paling gabak saya iaitu HP Pavilion DV5 T_T..sedih pulak rasa. Mulai hari ini dia akan berpindah milik kepada kakak saya yang tak sabar bebenor nak memilikinya. Bukanlah dengan maksud menunjuk, tapi laptop saya yang UKM bagi + beli sendiri + research dah ada 4 buah. Badan nak pakainya satu jer, so saya rasa amatlah tak patut saya memakai laptop dengan begitu tamak haloba. Satu laptop kecik saya dah 'pinjamkan' kan, now HP saya bawak balik kampung untuk didermakan pulak kepada kakak untuk digunakan. Kat rumah di Bangi, satu jer laptop nak pakai, yang lain kalau tak digunakan, memang satu pembaziran. Mudah2an owner baru akan menjaganya sebaik saya seperti sebelum ini. Satu lagi HP laptop untuk kuliah dan satu lagi terbaru untuk research. So now ader 2 sajer yang ader. 

Mengapakah aku sentimental pulak ngan laptop ni?? Sebab laptop ni aku beli tahun 2008 masa studi kat Melbourne, menggantikan laptop lama dulu. Memang sajer beli skrin besar sebab boleh menghadap lama tanpa rasa kepenatan sangat berbanding menghadap laptop skrin kecik. Actually laptop ini untuk games + entertainment tapi beli jugak sbb dulu kalu boring2 boleh tengok movie guna laptop, surfing internet pun best and of course dengar lagu. Semua lagu2 koleksi semasa di Melbourne ader lagi dalam tu, bila dengar balik, alahai, teringat pulak Melbourne. Laptop inilah penggubat kesunyian, buat keje dan macam-macam lagi. Dialah yang bersamaku susah senang di Melbourne dulu. Oh HP, berpisahlah kita hari ni. Harap2 usia kau akan panjang dan sihat selalu. Sayang kat ko laptop ku..

Sebab tu entri ini dibuat khusus, sebagai rekod bertulis tentang kewujudan mu yang pernah menjadi sebahagian dari diriku di Melbourne yang penuh pancaroba tu. Moga2, dengan mendermakan mu, engkau akan kekal aktif sehingga ke akhir hayat. itu lebih baik dari 'nyanyuk' dan berkulapok di dalam gerobok almariku kerana tak dipakai. 

Kalaulah kat sekolah rendah dulu, sudah pasti panjang karangan bahasa melayu ku tentang 'aku sebuah komputer'. I lap you forever. 


Thursday, August 8, 2013

Tentang rumah lagi...



Salam 1 Syawal kepada semua!!! Yeppie..hari ni hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah saya dapat menyertai ibu dan ahli keluarga yang lain bersolat sunat aidilfitri di surau kampung. Tahun ni cuti 2 minggu yang lazimnya saya ambil setiap kali cuti raya telah dipendekkan kepada 10 hari sajer sebab staff batch 2009 dan ke atas kini hanya diberikan cuti 25 hari instead of 30 days. Oleh itu sebagai langkah berjimat cermat maka cuti dipendekkan bagi tujuan-tujuan lain- cuti kahwin ke. Huahahahaha! Tapi sadiskan cuti dipendekkan ke 25 hari dan kekal sampai ke pencen.  Sila nangis T_T

Oops, sebenar nak cakap pasal rumah, maklumlah tengah obses ngan rumah nie. Terbaca kat UTUSAN MALAYSIA online pagi ni tentang bbrp artikel pasal rumah yang dikatakan amat mahal dan diluar kemampuan orang kebanyakan utk membelinya. Hmm, naik muaklah isu yang sama, ntah sampai bila satu penyelesaian yang sebenar2nya dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Golongan muda dah terdesak, takut jer perasaan geram dan tertekan dengan kos hidup/rumah ni menyebabkan kerajaan yang menjadi mangsa kemarahan. Itu yang jadi KITA UBAH lah..KITA TUKAR lah..

Saya juga rasa pengenalan skim rumah pertama ku dan juga ada yang satu lagi tu saya lupa namanya, tidak begitu berkesan dalam mengatasi masalah rumah harga hangit tak hingat nih. Apa yang paling penting saya rasakan ialah mengawal harga rumah menjadi mampu milik dan bukan harga ridiculous macam sekarang ni. Memang benar, RM6000 sebulan pun kesemputan nak beli rumah. Alhamdulillah saya sempat menyambar rumah 2 tahun lalu pada harga yang okay. Now rasanya meroyan jugak kalu baru nak carik rumah especially Bandar Baru Bangi. 

Untuk lanjut sila klin SINI, SINI dan SINI 

Selamat beraya kawan2. Hati-hati dijalan raya dan di mana jua anda berada :-)

Sunday, August 4, 2013

Dilema harga rumah yang hangit




Baru-baru ni temankan sahabat meninjau-ninjau rumah yang hendak dibeli. Double storey house pun tengok, kondominium pun tengok, townhouse pun tengok. Nak memilih rumah nie memang macam pilih pasangan hidup. Perasaan suka kena ada. Kena menepati ciri-ciri idaman kita. Heh, tapi nak puas hati 100% agak sukar jugak, sebab setiap pilihan itu pula bukan serba sempurna. Jadi terpulang kepada kita hendak memilih atau mengutamakan yang mana satu. Macam pilih pasangan jugaklah. Kita tak kan jumpa yang 100% kita puas hati, ada kekurangan kelebihannya. Terpulang pada kita apa yang kita utamakan dalam diri pasangan kita. 

Ada yang murah, jauh ke Semenyih nun haaa..kena menempuh jem di Semenyih dan Kajang. Ada yang dekat tapi mahal bukan main. Yang murah kawasan jauh pulak tu, kena kira kos dan masa perjalanan pulak. Jadinya, menggaru-garu kepala jugaklah, pening mana satu nak diutamakan. Yang dekat tapi mahal atau yang murah tapi jauh. Itulah dilema seorang pembeli rumah. 

Kondominium sedang rancak dibina di Kajang dan Bangi ni. Harga, memang boleh cecah harga sebijik rumah teres yang boleh dapat di kawasan Bangi. RM300 ke atas sudah menjadi kebiasaan harga kondominium. Itu kira tahap pertengahan, ada yang lagi mahal dari tu, harga sebijik rumah semi D pun ada. Rumah sekarang...(needless to say). Ada satu kondominium baru di Kajang telah dibuka untuk jualan dan swa. Bila tengok keluasan, hampir samer je besar dengan apartment saya duduk sekarang. Malah kesemua bilik apartment saya agak besar dan selesa berbanding dengan kondominum RM350K itu. Yang buat rasa feel kondo tu cuma sebab ada kolam renang dan gimnasium serta fasiliti asas sebuah kondominium. Tu dah pasti maintenance fee ratus-ratus selain sewa/bayaran bulanan. 

Kondo dah siap, dari jauh nampak dah ader orang duduk, tapi kebanyakan masih kosong dengan banyaknyer iklan UNTUK DIJUAL. Di bawah kondominium itu ramai agen jualan rumah sedang menanti orang berminat untuk membeli. Ni pun satu hal jugak. Sangat selalu terjadi bilamana masa mula launching, rumah2 yang kita rasa strategik atau nombor yang best, memang dah SOLD OUT awal-awal. Katernyer dah ader buyer bla-bla-bla laaah. Tapi kadang-kadang rasa tak percaya pun ada, sebab dah banyak kali saya melihat dan mengetahui bahawa biasanya rumah-rumah ini sudah pun di reserved oleh developer siap2 atau dibeli oleh agen jual rumah.Yelah, harga launching kan biasanya murah. Maka frustlah buyer yang memang nak beli rumah. Ambiklah rumah yang masih ada kosong dsbnya. Tidak berakhir di situ saja. Tunggulah bila rumah tu dah siap, tengok lah kat website jualan rumah seperti mudah.my, bersepah-sepah agen kuarkan iklan rumah tu. Yang bestnyer, harga pastinya dah mencanak2 naik. Pendek kata, memang untung atas anginlah. Seorang kawan saya membeli rumah di Hillpark 2 pada harga RM365K, bila rumah tu siap, terus jadi RM450 jual di mudah.com. Mahu tak hangit macam tu??? Kesian mereka yang memang memerlukan rumah. Orang macam ni lah yang menjadi mangsa keadaan. Dan agen rumah semestinya untung atas angin dengan begitu mudah sajer dapat beribu2 komisyen jual beli rumah. 

Satu lagi isunya ialah golongan berpendapatan sederhana/pertengahan seperti saya sendiri selalu tersepit kerana harga rumah. Nak beli flat tak layak pulak. Ada hari tu register nama nak beli rumah PKNS, katernya gaji saya tak melayakkan saya untuk membeli rumah itu. Keutamaan adalah bagi golongan pendapatan RM3000 sebulan. Skim rumah pertamaku pun tak layak sebab gaji yang berapa hinggit jer lebih dari tahap maksimum pendapatan dibenarkan. Nak beli rumah mahal RM450K> pulak tak layak sebab gaji tak cukup. Kena kongsi laki bini baru boleh dapat. Akhirnya tersepitlah golongan pertengahan ni kat tengah2. Beli mahal2 nanti makan maggi jerlah jawapnyer. Bukanlah ertinya takder jalan kuar. Memang ada, kalu bijak mencari. Misalnya carik umah lelong atau second hand yang murah-murah. Cuma secara amnya itulah dia, harga rumah yang hangit.

Best jugak kalau rumah kat Malaysia nie mengalami 'bubble bust', orang dah speculate sejak 2010 lagi, tapi laaa ni tak jadik apa, harga rumah tetap naik. So, kalu tak cepat membeli, gamaknya tak tahulah mampu ke tidak lagi nak membeli rumah idaman sederhana. 

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...