duk lepak atas sampan sampai petang bestnyer |
Salam Ramadhan kepada semua!!!
Tup tap tup tap dah 5 hari kiter berpuasa yer. Ader yang cakap "baru 5 hari ker? argh..!!" (dengan muka lapar sambil pegang perut keroncong). Tak kurang yang positif dan berkata "Loooh! dah 5 hari ker?? (dengan muka tak percaya). Heh!
Persepsi kita berbeza-beza. Ada yang melihatnya sebagai beban, ada yang melihatnya sebagai bulan yang penuh barakah. Mari kita sama2 berhajat dan berdoa membetulkan hati supaya kita tergolong ke dalam golongan yang ke 2 itu iaitu yang merindui segala keberkatan dan kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan, yang pastinya tiada dalam bulan2 yang lain. Memang special betul Ramadhan ni.
Saya cuba juga mengubah rutin untuk mengadaptasi bulan Ramadhan dengan lebih baik. Misalnya, sebulan dua ni, jarang dapur berasap malam2 sbb busy and balik pun lewat. Tapi sekarang ni saya akan balik kul 4.30 pm dan memasak di rumah. Saya cuba tak mau ke pasar ramadhan dan memilih untuk memasak. Takderlah sedap maner pun makanan sayer, selalu je pun kena complaint kater 'masin' tapi ku gagahi juga memasak. Selain menjimatkan kos (raya + pindah rumah hehe) boleh juga menahan nafsu bulan ramadhan bab2 makan ni. Tau jerlah bila dah ke pasar ramadhan, macam2 diborongnya, betul tak?? Perut perlu satu dua jer, tapi yang membeli time tu nafsu jer lebih, akhirnya membazir. Dua tiga lauk dah cukup bagi saya.
Okay sambung, perubahan tadi tu. Selain balik awal dan masak, saya cuba nak tarawih setiap hari. Tapi ini dugaan bsar bagi saya. Kawan2 dan keluarga sangat tahu saya ni jenis 'sleeping beauty' yang tidur seawal jam 8 malam. Bukanlah sengaja nak tidor awal melainkan memang tertidur. Tertidur depan tv sambil tunggu isyak itu perkara biasa sampai dulu kawan pernah cakap telekung itu adalah baju tidur saya. Tapi hikmahnya ialah saya tak bermasalah nak bangun awal pagi kul 3-4 pagi and terus tidak tidur sampai malam keesokan harinya.
First day ramadhan saya tarawih tapi saya tidur sambil berdiri siap mimpi lagi. Tersenguk2 sampai nak tergolek jatuh kat tikar sembahyang. Agaknya aperlah kakak sebelah saya fikir masa tu. Betapa cuainya saya ni sampai boleh tidur dalam sembahyang. Tidur semasa khutbah tu mungkin boleh dimaafkan, tapi tidur dalam sembahyang, apa kesssss??? Agaknya lah itu difikirkan (pepandaijer buat hipotesis sendiri). Last2 sehari dua ni saya duk buat tarawih jerlah kat rumah. bukan kul 9 malam yer, tapi tengah malam, selepas saya bangun awal pagi kerana tertinggal isyak. Memang menanti 8 lebih itu satu penyeksaan bagi saya.
Itulah dugaan saya di bulan Ramadhan ini. Hati begitu ingin tarawih tapi seksanya menahan ngantuk dan mata yang tertutup automatik itu. Huhuhu...!
Saya nak cuba tarawih di Putrajaya bulan puasa ini, moga ruang yang lebih besar dan pengaliran udara yang lebih baik membantu saya utk mengantuk. Saya ni pelik sikit, lagi ramai and sempit orang, lagi mudah saya tertidur/hibernasi. Itulah yang makin menjadikan saya mudah mengantuk. Sumpahan sleeping beauty agaknya. Kena tunggu prince charming kot tuk kiss saya. Kweng2..ooops bulan puasa nih..!!!
No comments:
Post a Comment