Sunday, July 28, 2013

Taman Zenia Semenyih 5-10 tahun akan datang


Semalam, godek2 internet and carik maklumat pasal Tropicana Kajang. Sebab sejak kebelakangan ini, saya tengok rancak betul pembangunan di kawasan yang dulunya tempat Kajang Golf Club tu. Situ kan jalan short cut untuk ke Taman Zenia. Daripada internet lah saya dapat tau Golf Club tu dah dibeli oleh Dijaya, salah satu company besar dan kukuh dalam pembangunan kawasan tempat tinggal/perniagaan ini. Nampaknya cakap2 yang padang Golf itu telah dibeli rupanya satu kenyataan. Memang dah mulapun kerja2 meratakan tanah2 dan dah berdiripun apa yang saya percaya rumah contoh. Tengok forum di internet katanya rumah itu nanti jauh lebih mahal daripada Nadayu92 dan Kajang 2. Teguk air liur jerlah. Tapi takper, janji ada rumah selesa berteduh, itu semua dunia jer (ayat penyedap hati). 

Selain kerje meratakan tanah di Kajang Golf Club itu, saya juga perasan ada beberapa kawasan sepanjang jalan short cut itu juga telah diratakan jalannya, iaitu sebelum Nadayu 92, kawasan kondo tinggal tu. Opps, daripada internet juga saya dapat tahu now projek kondo yang terbelangkalai tahun 2002 tu dah ader developer baru dan kerje2 mengecat dan membaiki bangunan itu pun saya nampak tempoh hari. Alhamdulillah dan syukur kepada mereka yang menanti rumah itu siap sekian lamanya. Moga kali ini benar2 siap dan anda semua dapat tinggal disitu. Tapi kena halau dulu semua 'makhluk2' yang dah lama menghuni kat situ. Hehe..sajer nak ngusik seram sikit. 

Daripada internet jugak (internet lagi), saya tertengok satu gambar forumner tentang development plan bagi kawasan jalan reko dan kawasan2 sebelah semenyih Nadayu 92 dan ke atas itu termasuk Tropicana Kajang. Ada orang komplen kata, kawasan sebelah Nadayu 92, Kajang dan Tropicana Kajang dan Zenia itu nanti akan mengalami bottleneck sebab jalan yang sedia ada sangatlah 'daif' keadaannya dan tidak cukup lebar menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Sebab tu ader sorang forumner kata, sebenarnya memang ada plan utk meningkatkan infrastruktur kawasan tersebut memandangkan semakin banyak projek perumahan baru bakal dan sedang dibina disitu. Tropicana Kajang tu, bakal menjadi penempatan high end, so aper kelas jalan sempit. Saya berpandangan, tidak mungkin bagi developer yang gah dan rumahnya yang juga mahal mendirikan projeknya tanpa memikirkan aspek ini. Sememangnya orang tahu jalan Reko itu memangnyerlah jemm selalu during pick hours. Saya yang bekerja di UKM mungkin tak kisah jem sekejap tapi yang kerja jauh dari itu mungkin kisah. 

Berbalik pada gambar tu tadi, ia konsisten dengan beberapa cerita yang saya dengar dari penduduk setempat dan juga developer. Memanglah cakap2 developer tak boleh dengar 100% tapi will see how it goes. Misalnya, saya dah pernah gi MKH developer and tengok plan pembangunan mereka. Memang ada flyover dan pembangunan yang lebih besar di sebelah kawasan semenyih itu nanti, ada sekolah antarabangsa dan sekolah cina. Even Kajang 2 tu, masa saya gi tengok rumah contoh, ada satu roundabout besar yang tak tahu mana penghujungnya, sebab selain Kajang 2 tu takder pembangunan lain sekitarnya..now it makes sense bila tengok gambar di atas  yang menunjukkan roundabout and flyover tu. Maybe itu mungkin akan benar2 berlaku sedikit masa lagi. So bagi yang duduk sekitar Taman Harmoni, Kajang 2, Nadayu 92 dan Tropicana Kajang nanti ader jalan alternatif selain tunnel itu. Sekarang pun jalan Reko sedang melalui proses pembesaran jalan terutamanya dari arah Bangi lama dan hadapan UKM. 

Taman Zenia ini memang mukim Semenyih tapi apa yang menjadikannya lokasi strategik ialah dia benar2 dekat dengan Bangi iaitu sebelah sahaja jadi dapat menghindari jem di Semenyih yang sememangnya semua orang tahu dan bandar Kajang. Ia dihubungkan terus ke Jalan Reko menjadikannya sangat dekat. Saya menjangkakan (jangkaan sahaja yer), kawasan Taman Harmoni dan Nadayu 92, Kajang 2 dan Tropicana Kajang akan membangun dengan pesat sedikit masa lagi dan ini menjadikan rumah2 sekitar kawasan ini menjadi lebih mahal. Dikhabarkan juga MRT hentian terakhir dirancang di hadapan Hentian Kajang. Ini pun saya tengok semasa melawat ofis MKH. Sekiranya berlaku seperti dirancang, maka ia memang kawasan yang sibuk nanti (dont know if i like this or not). 

Juga, sbb selalu gi Alamanda, saya perasan ada pembinaan bangunan besar2 sedang rancak di kawasan IOI resort de palma tu. Masa godek2 maklumat, rupernya itu nanti jadi shopping mall yang sama besarnya dengan Midvalley Megamall. Wow, berita baik untuk saya. Now tak perlulah nak gi jauh2 kat KL tu. Harga kondo and rumah kat Putrajaya dan radius sekitarnya sudah pasti akan mahal mencanak2 lagi selepas ini. Megamall itu nanti mensasarkan penduduk Putrajaya, Bangi, Kajang malah sehingga Seremban. Dijangka siap 2014. 

Dulu dengar2 saja khabar angin, but now, saya tengok sememangnya projek2 baru yang dikatakan dulu telahpun berlaku. Taman Zenia pastinya tidak sama sekarang dengan 5-10 tahun akan datang. 

Beban hutang..dan materialisme

Beban hutang isi rumah rakyat Malaysia meningkat

KUALA LUMPUR 27 Julai - Malaysia antara negara yang berhadapan dengan masalah hutang isi rumah yang meningkat berikutan sikap berbelanja rakyat negara ini yang tidak terkawal, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
"Hutang isi rumah negara kita adalah tinggi berbanding negara jiran yang berhampiran. Ini kerana ramai pengguna yang berhutang dengan membuat pelbagai pinjaman antaranya pinjaman kad kredit, hutang peribadi dan sebagainya.
"Sebagai contoh hutang peribadi yang tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang menjadi boros dalam berbelanja serta berbelanja melebihi batasan kemampuan pendapatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Tamu Yok Sahur Ramadan dan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim kali keenam di perkarangan Jalan Masjid India, di sini, awal hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pengguna yang berbelanja berlebihan di bulan Ramadan sehingga menyebabkan pembaziran dan masalah hutang.
Ahmad berkata berbelanja itu baik untuk ekonomi peniaga dan negara, tetapi perbelanjaan yang berlebihan tidak elok untuk semua pihak terutama kepada pengguna itu sendiri.
Katanya cara untuk mengelakkannya adalah berbelanja mengikut kemampuan pendapatan dan berjimat-cermat.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan duit raya dan makanan kepada 80 orang anak yatim sekitar Lembah Klang.
Majlis anjuran Astro dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu murai.com.my diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi Malaysia).
Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Srikandi Malaysia, Norashikin Abdul Ghani disertai beberapa artis antaranya pelakon Sazzy Falak dan penyanyi Awi Rafael. - BERNAMA




© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saya pernah ulas pasal ramai golongan muda muflis dalam blog ini. Agak lama gak dah, now dan 'bising' balik pasal beban hutang isi rumah yang semakin meningkat dan berada pada tahap kritikal. Susah nak komen lebih2 sbb bergantung kepada kenyataan dalam akhbar yang mungkin tak laporkan secara lebih terperinci. Nak jugak tahu, agaknya tang mananyer isi rumah nie banyak berbelanja?? Kemana duit setiap bulan pendapatan yang dapat tu digunakan dalam berbelanja???

Tapi kalu ikut laporan akhbar, banyaknyer utk tujuan peribadi. Misalnya kad kredit, dan peribadi (maybe hutang belanja kawin (ramai ya berhutang utk majlis kahwin - this is a fact), renovate rumah, deposit kereta mahal barangkali? baju mahal?? ehehe). Iyer, memang tidak dinafikan memang mungkin kelemahan dalam pengurusan kewangan juga menyebabkan beban isi rumah bertambah, sbb berbelanja perkara yang tidak perlu, lebih kepada kehendak daripada keperluan. TETAPI, kita juga tidak boleh menafikan bahawa kos hidup yang semakin tinggi ini juga mendorong orang utk lebih berhutang. Iyerlah, misalnya harga rumah yang melambung2 tak hingat dunia, takyah tengok jauh, pi cuci mata tengok rumah baru kat bangi ni, nak nangis tergolek2 tengok harga rumah. tergolek2 sebab tak mampu nak beli..kalu dah starting price pun dah RM600-700k, setakat gomen staff ni alahai..alahai sajerlah...T_T Tu belum lagi harga kereta, dengan hutang sampai 7-9 tahun. And barang keperluan dapur yang semakin mahal, kos jagaan anak yang semakin tinggi, upah maid semakin naik..mahu taknyer beban hutang TINGGI! Memang logiklah.

Tapi selain nak kerajaan berusaha mengengkang kenaikan barang dan segala benda ni semua, diri sendiri juga perlu berjuang untuk mengawal kewangan diri. Mungkin telah tiba waktunya menstrukturkan semula perbelanjaan rumahtangga. Sebenarnya kalau dilistkan, ada banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan belanja rumahtangga. Tinggal soal anda mahu berubah atau tidak. 

Cakap pasal beban hutang ni kita tak dapat lari dari persoalan materialisme. Dalam dunia penuh dengan kapitalis dan kemodenan ni, kita disogok dengan pelbagai pengaruh dari media massa, selebriti malah didikan ibubapa sendiri akan nilai materialistik itu sendiri. Betul tak? Contohnya: ibu bapa sering kali mengucapkan begini:

'nak-nak, belajar rajin-rajin, pandai-pandai, tinggi-tinggi..nanti bila cemerlang boleh dapat kerja bagus'. familiar kan? Jarang dah yang menekankan belajar rajin2 utk menjadi insan yang kamil dan lebih berilmu. Itu semua ada unsur2 materialistik yang mungkin kita sendiri tak menyedari. masyarakat kita disogokkan dengan nilai bahawa lagi banyak harta ko kumpul, lagi mewah kete ko pakai, lagi masyuk keje ko, itulah kejayaan. Itulah yang dijulang sebagai insan berjaya. Jadi, tak boleh nak salahkan generasi sekarang jika melihat materilistik itu sebagai matlamat kehidupan mereka. Akibatnya, ada yang mencapainya dengan cara baik tak kurang jugak, cara jahat seperti menjual diri sendiri, makan rasuah, dan tak kurang berhutang. 

Saya kira besar cabaran hidup zaman sekarang. Kita hidup dalam ekspektasi orang. Orang dah ader pandangan stereotaip pada identiti kita. Sebab tu juga orang kita ni taksub dengan gelaran dan kuasa, sebab semuanya ada perkaitan langsung dengan dunia materialistik masa kini. Kahwin anak Dato lebih gah dari kahwin anak imam/ulama. Rasa lebih prestij dan elit. Satu kebanggaan pulak. Saya tak cakap Dato atau gelaran2 itu tak baik, cuma kadang2 orang mempunyai interpretasi kurang tepat sehingga ia mencetuskan masalah lain. Berapa ramai yang sanggup mendepani cabaran dan menjalani kehidupan zuhud? Yang mampu melihat kehidupan lebih sekadar berapa banyak harta benda yang kita kumpul? Yang mampu menilai ilmu dan iman itu jauh lebih penting dari material dunia? Nak mengamalkan hidup sederhana pun cabaran apatah lagi kehidupan zuhud. Orang nampak kita pelik, lain, dan bermasalah. 

Untuk mengharungi dunia serba memandang material ini, iman kena kuat. Kuat kat sini termasuk mampu menepis jangkaan orang terhadap kita dan yakin dengan pilihan kita buat biarpun orang tak setuju dan tak suka pilihan dan gaya hidup kita. Tanpanya saya rasa mudah sangat utk kita terikut2. itu yang menyebabkan hati kita jadi sakit. Jiwa kita sakit. Hidup bersederhana sesungguhnya di zaman ini satu cabaran. Tapi kesederhanaan itu sebaik2 kehidupan. Pakai makan apa yang perlu. Setakat yang mampu. Siapa mampu? 

Thursday, July 18, 2013

electrolux vacuum cleaner and lily

Saya lately asyik achuuum!!! Achuuuum!! Jer kat umah. Hingus meleleh di pagi hari sampailah ke ofis. Ni sebijik mcm kena hayfever masa spring kat melbourbe. Berkotak2 tisu habis. Batuk2 pulak tu. Abg sy dh risau. Dier punya hipotesis mudah ajer..ni semua gara2 bulu lily. Katernyer saya tak boleh dah ader lily. Dier risau saya alergik dan sbbkan asma.

Uik..cuma tgk lily..dengan comel gebuzz dier dan wajah merayu..manerlah sampai hati nk bg dier kat org. Byk klebihan lily ni. Lily ni kucing solehah. Suka kejutkan saya tanpa gagal kul 2-3 pagi sbb nk mkn. Saya sering tertidu awal sebelum waktu isyak pun. Lilylah yg tolong kejutkan. Walau dier dh mkn pg tu. Klu saya sambung lelap lg dier akan bunyi miaw3 sampai saya bangun..sepertinya berkata..

"haiyya alassolaaaah! Haiyaa alassolaah!" (versi kucing).

Dah sy bangun solat tu pandai pulak dier sambung tido. Haaa..maner nak carik kucing solehah macam lily nih?? Dahlah senyap x byk bunyi.

Oleh sbb tuler sy membeli vacuum cleaner yg sekian lama tak terbeli. Saya let go vacuum cleaner hoover saya kat melbourne dulu sbb ingat bersepah vacuum cleaner kt malaysia. Last2 dh nk 3 tahun blik sini tak beli2 lagi. Tapi sejak ader cadangan nk let go lily kecut jgk perut aku. So tgh buat bbrp perkara utk kurangkan sneezing dan simptom2 elergi. Tak molah terus tuduh lily. Ader byk sbb jugak. Saya tutp tingkap dan jrg bukak. Carpet umh jenis berbulu yg serap debu..dgn xder vacuumnyer dll. Jadi ini jg mungkin penyumbang simptom2 ala hayfever saya. Tiga thun beb tak pernah vacuum..dinasor pun ader kat dalam tu. Saya sblm ni mner ader alergi kucing. Sejak kecil sy dh biasa ader kucing sbg pet. So ckp ngan abg..let me do other things first n see how things going.

Strategi:

¤ tukar udara setiap hari. Pasang kipas angin max ke 5..buka sliding door n tingkap luas2 setiap hari.
¤ beli vacuum cleaner to minimise debu..bulu..dll
¤ sikat bulu lily hari2 to make sure bulu x sepah
¤ tak boleh tdo sekatil ngan lily to minimise body contact T_T (i love cuddling my lily)

baru jer buat 2-3 hari..too early to see any significant improvements.

First time vacuum rumah..haa nak pengsan tengok betapa tebal debu2 halus n bulu lily. Harusku mengvacuum sekerap mungkin.

Saya pkai electrolux lite 2. Kecik jer tpi sucking power dier boleh tahan kuat. Masa beli ni ader akak yg kbetulan beli brg kt kdai samer ckp dierpun guna. Dah 2 thun dan n so far puas hati. Wah..terasa mbuat pilihan bijak. Pling bgus paperbagless (betuika pktaan guna).

Pada harga bajet rm300 ke bwh..ini mungkin pilihan berbaloi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, July 15, 2013

catfish VS cat-fishing

ikan keli


cat-fishing??

Semua orang tahu ikan keli atau nama glamer mat salehnya ialah catfish, tapi tak ramai tahu 'cat-fishing'. Tapi kalau diceritakan ciri-ciri cat-fishingnya ada ramai yang sangat familiar dengannya, malah mungkin pernah mengalaminya tanpa mengetahui istilah atau label kepada situasi tersebut. 

Kamus urban mendefinisikan cat-fishing/cat fish sebagai:

"someone who pretends to be someone they are not online to create false identities, particularly to pursue deceptive online romances."

sounds familiar??

Dr.Phil dalam website beliau ada menjelaskan ciri-ciri amaran anda mungkin terlibat dengan cat-fish ialah (copy paste terus jelah, penat nak translate):


The Modeling Profession
If anyone says they are a model, watch out. It means that they are recognized as a very attractive person. If the person you are talking to says they are a model, but also has another amazing career, he or she may be too good to be true. Models are generally very busy and travel a lot. Also, it's easy enough for a scam artist to access model photos online and post as their own.

Facebook Profiles
If a person’s profile has fewer than 100 friends, and more specifically, if there are photos of the person with other people but the other people aren’t tagged, be cautious. These may be pictures taken off an unsuspecting person’s profile. 

Traumatic Injuries and/or Illness
We see car accidents, deaths in the family and cancer a lot in catfish scams. This is very common because the best way to avoid meeting up is by having a traumatic experience. It will make the other person say, “Oh, my God, don’t worry about meeting with me now. I will just wait until you are better.” This is a way of tugging at your heartstrings and making you feel guilty. "Sympathy is an incredibly strong emotion," Nev says.

No Pictures
If a person can’t immediately send you pictures of themselves in this day and age, then you should proceed with caution. "You've got to expect and require them to show you to some degree that this is who they are," he says.

No Webcam
If a person cannot get to a webcam after repeated requests and attempts, then this is an early potential warning sign that they are trying to avoid you seeing who they really are. 


Satu lagi website menggariskan ciri-ciri amaran berikut:


Warning Signs 

While many couples credit online dating for the success of their relationship, an even larger number of victims are unfortunately reporting being tricked by ‘catfishing’ scams. With little certainty involved, what should you look out for the next time you chat romantically with someone online? The Better Business Bureau has a few tips for wary consumers with an ‘online sweetheart’ who: 

• Wants to leave the online dating site immediately and switch to personal email or instant messaging accounts 

• Proclaims instant feelings of love 

• Is from the U.S. but currently overseas 

• Is continually cancelling face to face visits because of tragic or unexpected events 

As always, the Better Business Bureau strongly cautions consumers against wiring any money, especially to those they have met and interacted with online only. The most common requests for money with ‘catfishing’ scams are funds for travel, medical emergencies, bills and unexpected financial costs; once this cash is wired, it cannot be recuperated. 

Unfortunately, while there’s not too much that can be done after engaging in a relationship with a “catfish,” there are plenty of actions you can take when you begin to get suspicious of their actions. 

• Check out their number of friends on their social media page and if it seems like an unusually small amount, be wary 

• Look at the time they joined the social media site and if it was fairly recently, this may be another cause for concern 

• To dig a little deeper, you can also Google search their name to see what else they are associated with 

• To take it one step further, you can search their picture on Google Images and if their picture pops up on multiple sites under a variety of names, act cautiously 

So, jika baru berkenalan di alam maya (telefon, facebook, twitter, dan sebagainya) dan terus jatuh cinta on the spot seperti mee maggi 2 minit, maka perlulah berhati. Too good to be true!! Kadang-kadang caranya  menjerat dan ceritanya sangatlah romantik. Peliknya, tak tengok empunya badan lagi dah tangkap cintan, kita yang masih single mingle ni apa lagi layan sajalah, mana nak carik lelaki/wanita yang terpersona tanpa melihat diri kita sebenar, mesti instinct dia kuat mengatakan kita ni bagus (hehe). Ingat, fikiran2 romantik semacam itu mungkin tidak tepat sepenuhnya. Janganlah terbawak2 dibuai oleh kata-kata berbunga2. Ada yang bercinta bertahun2 lamanya tapi tak pernah bersua muka, or bila nak jumpa macam2 alasan diberi utk tidak bertemu, eksiden lah, masuk hospital lah. jadi perasaan marah tu bertukar jadi simpati pulak. Nak marah kang dilabel tak berhati perut pulakkan. So orang 'ikan keli' ini sangat pandai memanipulasi perasaan dan emosi seseorang. 


Tapi secara realitinya, jika benar serius terhadap hubungan, mesti ada usaha utk bertemu dan bersemuka, betul tak? Alasan seperti tak boleh jumpa berdua2an dan bukan muhrim pada saya sangatlah tidak munasabah. Dah kalu dah cakap pasal kahwin dan sebagainya, ada cara dibenarkan islam untuk bertemu bukan? Bawaklah adik beradik atau ibu bapa untuk bersemuka dan berkenalan. Dalam Islam sendiri kita dianjurkan mengenali dan melihat pasangan sebelum memutuskan untuk berkahwin dan sebagainya. Ada yang bagi alasan jauh tak boleh jumpa, tapi kerjanya di KL, pasangannya di Bangi, bunyi macam sorang kat kutub utara dan sorang kat kutub selatan. Kesian orang yang dipermainkan. 

Ada satu artikel saya baca (sorry lupa nak copy linknya) tentang cat-fishing ini. Ada beberapa kategori orang yang suka menipu identiti bagi menjerat cinta di online ini seperti fizikal yang tidak menarik dan perasaan kesunyian. Lalu mudah sahaja dia mencari peluang utk menjerat orang lain bagi memenuhi kepuasan diri. Di dapati individu yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal tidak semestinya menipu 100%, ada maklumat yg genuine diberikan kepada pasangan romantiknya tetapi dia menipu tentang fizikalnya. Barangkali tidak mempunyai keyakinan dan takutkan penolakan. Yang sunyi itu pulak, dia lebih banyak menipu maklumat dan tidak mempunyai kehendak utk serius, sebaliknya hanya untuk mengisi kesunyian tersebut semata2. Kerana itu dia akan mengelak untuk bertemu dan sebagainya. Jangan terkejut, anda ingat anda bercinta dengan lelaki, tetapi di sebaliknya itu, dia adalah seorang wanita, mungkin telah berkahwin tetapi tidak mendapat kepuasan dalam perkahwinan. 

Memang ramai yang berjaya dengan cinta alam maya mereka, tapi satu perkara yang pasti, ia sebagai medium awal perkenalan, ia akan disusuli oleh pertemuan secara nyata untuk mengenali pasangan dan kemudian hubungan itu berkembang sehinggalah mereka berkahwin. Tetapi, jika anda sedang bercinta di alam maya dan tidak menunjukkan tanda-tanda ia boleh dilangsungkan di alam realiti dan pasangan online anda lebih senang selamanya menjalinkan hubungan online, maka anda sedang membazir waktu, tenaga dan kasih sayang anda sahaja. Berhati2lah. Jangan dibutakan oleh perasaan dan emosi cinta, bertindaklah untuk mengesahkan identitinya sebelum berkata I DO.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI...




Sunday, July 14, 2013

Puasa Ramadhan dan dugaan-dugaannya

duk lepak atas sampan sampai petang bestnyer
Salam Ramadhan kepada semua!!!

Tup tap tup tap dah 5 hari kiter berpuasa yer. Ader yang cakap "baru 5 hari ker? argh..!!" (dengan muka lapar sambil pegang perut keroncong). Tak kurang yang positif dan berkata "Loooh! dah 5 hari ker?? (dengan muka tak percaya). Heh!

Persepsi kita berbeza-beza. Ada yang melihatnya sebagai beban, ada yang melihatnya sebagai bulan yang penuh barakah. Mari kita sama2 berhajat dan berdoa membetulkan hati supaya kita tergolong ke dalam golongan yang ke 2 itu iaitu yang merindui segala keberkatan dan kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan, yang pastinya tiada dalam bulan2 yang lain. Memang special betul Ramadhan ni. 

Saya cuba juga mengubah rutin untuk mengadaptasi bulan Ramadhan dengan lebih baik. Misalnya, sebulan dua ni, jarang dapur berasap malam2 sbb busy and balik pun lewat. Tapi sekarang ni saya akan balik kul 4.30 pm dan memasak di rumah. Saya cuba tak mau ke pasar ramadhan dan memilih untuk memasak. Takderlah sedap maner pun makanan sayer, selalu je pun kena complaint kater 'masin' tapi ku gagahi juga memasak. Selain menjimatkan kos (raya + pindah rumah hehe) boleh juga menahan nafsu bulan ramadhan bab2 makan ni. Tau jerlah bila dah ke pasar ramadhan, macam2 diborongnya, betul tak?? Perut perlu satu dua jer, tapi yang membeli time tu nafsu jer lebih, akhirnya membazir. Dua tiga lauk dah cukup bagi saya. 

Okay sambung, perubahan tadi tu. Selain balik awal dan masak, saya cuba nak tarawih setiap hari. Tapi ini dugaan bsar bagi saya. Kawan2 dan keluarga sangat tahu saya ni jenis 'sleeping beauty' yang tidur seawal jam 8 malam. Bukanlah sengaja nak tidor awal melainkan memang tertidur. Tertidur depan tv sambil tunggu isyak itu perkara biasa sampai dulu kawan pernah cakap telekung itu adalah baju tidur saya. Tapi hikmahnya ialah saya tak bermasalah nak bangun awal pagi kul 3-4 pagi and terus tidak tidur sampai malam keesokan harinya. 

First day ramadhan saya tarawih tapi saya tidur sambil berdiri siap mimpi lagi. Tersenguk2 sampai nak tergolek jatuh kat tikar sembahyang. Agaknya aperlah kakak sebelah saya fikir masa tu. Betapa cuainya saya ni sampai boleh tidur dalam sembahyang. Tidur semasa khutbah tu mungkin boleh dimaafkan, tapi tidur dalam sembahyang, apa kesssss??? Agaknya lah itu difikirkan (pepandaijer buat hipotesis sendiri). Last2 sehari dua ni saya duk buat tarawih jerlah kat rumah. bukan kul 9 malam yer, tapi tengah malam, selepas saya bangun awal pagi kerana tertinggal isyak. Memang menanti 8 lebih itu satu penyeksaan bagi saya. 

Itulah dugaan saya di bulan Ramadhan ini. Hati begitu ingin tarawih tapi seksanya menahan ngantuk dan mata yang tertutup automatik itu. Huhuhu...! 

Saya nak cuba tarawih di Putrajaya bulan puasa ini, moga ruang yang lebih besar dan pengaliran udara yang lebih baik membantu saya utk mengantuk. Saya ni pelik sikit, lagi ramai and sempit orang, lagi mudah saya tertidur/hibernasi. Itulah yang makin menjadikan saya mudah mengantuk. Sumpahan sleeping beauty agaknya. Kena tunggu prince charming kot tuk kiss saya. Kweng2..ooops bulan puasa nih..!!!

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...