Sunday, September 23, 2012

budak MC 5 hari dan gangnam style

Salam all..
 
Waaaaah..bila bercakap tentang trending nih, saya terasa seperti ketinggalan keretapi. Serius! Kini pengaruh media dan teknologi memang tidak dinafikan semakin penting bagi generasi Y. Hmm..opps, saya rasa dah dapat jawapan kenapa saya ketinggalan keretapi, mungkin saya generasi X. Hahaha...
 
Menarik pada masa yang sama melihat bagaimana komunikasi dan sosial network manusia telah mengalami proses perubahan yang begitu ketara sekali (ceh, bahasa akademik la pulak. okay ini bukan blog kuliah  @ blog serius ye..murid2). Kami generasi X membesar dengan teknologi TV, telefon kabel dalam tempoh yang lama. Takder myspace, facebook, twitter, youtube dan bla-bla lagi tuh yang saya tak tahu wujud...
 
Kami bersosial di ruangan nyata pada kebanyakan masa, kami bergosip di telefon, kami mengetahui sesuatu perkara dari suratkhabar dan televisyen. tapi generasi Y memang berbeza caranya. Mereka bersosial di facebook, twitter, youtube dan bla-bla-bla...ntah apa-apa lagi. and tak lupa blog juga walaupun peranannya blog semakin terarah ke twitter dan facebook.
 
Banyak juga baca komen blogger/facebook/twitter hardcore ni kena marah ngan parents sebab spend masa lama sangat depan komputer/gadgets. Agaknya ada jurang generasi kat situ. ibubapa (generasi X) mengalami kesukaran utk memahami mengapa anak-anak sekarang begitu attach dengan komputer mereka. mungkin ibubapa risau anak-anak ini tidak bergaul secara sihat kerana asyik terperap dalam bilik or menghadap komputer. tapi bagi perspektif anak-anak pulak, mereka memang sedang 'bersosial'/berinteraksi dengan rakan-rakan di alam maya.
 
oooohhhhh..panjang pulak intro ni dan dah nak lari tajuk nih..apadaaaa...
 
sebenarnya nak cerita yang kalau bukan sebab orang kecoh kat tv saya tak tahu yang sekarang nie telah berlaku demam gangnam style seluruh dunia. saya pun tak faham jugak aper ke spesiesnye gangnam style tu hinggalah saya melihat satu video hari raya sebuah keluarga yang digubah parody mengikut penyanyi rap korea yang tengah meletup - Psy dengan lagu gangnam style. lagu memang catchy tapi bukan lagu tu jer yang catchy, ader yang lebih hebat lagi dari tu - tarian dier tu yang ala2 menunggeng kuda. sebenarnya ada unsur lucah pada tarian itu..tapi malas nak citer lebih2d..panjang pulak entri and anda2 yang membaca entri ini akan ketiduran atau menghantuk2 kepala kerana kebosanan...pi tanya pakcik google..ader citernyer.
 
 
 
satu lagi ialah budak MC5 hari..nih saya serius tak faham. kadang2 saya pelik bin ajaib bagaimana video yang ntah apa-apa/meaningless boleh jadi hit. dialog utk diriku : tua sangat kah aku untuk tidak memahami trend sekarang ini?? oooh jurang generasi and tanda2 ketuaan telah berlaku ke atasku.
 
bagi yang belum lagi tahu budak MC5 hari ni sila lihat dibawah ini. kalau anda faham mengapa jadi hit silalah bagi penerangan sikit kat saya nih...makcik tak mengerti...hua3.
 
 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...