Thursday, September 27, 2012

masak xpress



Bila bekerja nih..memasak utk diri n keluarga mmg mencabar. Pompuanlah biasanya..blik ke rumah singseng lengan baju kurung..bukak peti ais..chopping board..chop3! masak.
Sering xder masa..maka lauk 'main tunjuk' jawabnyer. Klu dpt pasangan yg memahami..x cerewet..alhamdulillah. Klu yg jenis nak proper meals..homemade cook al the time? Nauzubillah. Blum dgn ank2 lagi..iskh3...horror jgk jd pompuan dua alam ni ye..dua alam tu dual kerjaya...bukan orientasi seks yer..jgn salah fhm..
Sy suka masak sendiri dr beli d luar. Kdg2 jer bila angin malasku dtg melanda or simply mmg xder masa/bwk kje urgent bwk blik rumah then barulah beli. Sempoi pun xperlah..
Hari ni sempat masak sup siam segera..perencah brand adabi..sajer2 hari tu beli. Try lah hari ni..sedap jgk. Cuma sup siam tu sepatutnyer guna daging..tpi sbb xder daging..sy masukkan aper2 sajer yg ader dlm fridge..cendawan.sayur sawi..ayam..hmmmm..bedal sajerlah...i'm not cooking to impress...ini perut mau makan..
Salad pun gitu jgk. Warna warni.hihihi..aper yg ader dlm fridge tulah taruh..buah prun..carrot..timun.cheese wedges.dried tomato..jambu air pun masuk sekali..pkai french dressing..
Sejam jer rasanyer nk prepare semua nih. Max. Sejam tuh mybe blh less lg..tpi dh campur2 ngan berangan sekejap..tgk tv sekejap..check fb sekejap..hehe
Esok adalah hari yg agak penting n ditunggu2 jgk oleh ramai org..hari belanjawan! Sure bukak tv kt ofis. Hope ader good news utk semua. We will see. Doa byk2 tau..mana tau bonus lagi? Amin. Berkat aku masak masin hari nih. Kih3.
Published with Blogger-droid v2.0.8

skinfood ginseng mask

Salam all..

Sementara nk tunggu iron panas meh nak citer ckit pasal masker ginseng dr skinfood nih. Harga dlm rm60+ mcm tuh. Beli kat Alamanda. Sajer nak beli masker muka. Bila angin rajin bertandang tempek jer!

Sesuai utk yg nk cepat..on d go mcm sy nih. Nak rushing g office tpi still ader 5 minit sesi mencantikkan diri. Waaah...perempuan katakan.

Pakai 5 min jer..sambil2 tu iron baju..walaaaa! Siap! Boleh tenyeh2 muka pastu sambil menikmati shower pagi. Argh..badan ader sengal2 dek swimming session smlm. I had a great time anyway.

After effects: hmmm..bukan magic produk. Tapi rasanyer kalau rajin pakai then u can see the difference. Immediate effect of course kulut feeling more supple n fresh. A good mask to start a day. Good for normal n dry skin.

Okay..iklan ni percuma n tidak ditaja...heh!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 25, 2012

k-pop contact lens



Amaran: Sila jangan kecewa kerana ini bukan blog jual contact lenses k-pop. kalau anda tersesat ke sini dek title ini..harap maaf. hua3. 

tu dia, patutlah jadi trend. mata jadi bersinar2 *blink!*


Tiada orang boleh menafikan demam k-pop masih lagi hangat di Malaysia. Dulu suka lagu/movie/pelakon dia sajer, but now dah terjebak dalam lebih banyak perkara seperti make up, pakaian, dan macam2 lagi. Semalam menteri kesihatan (lupa nama dowh...!) kata sila berhati2 dengan pemakaian kontak lensa k-pop yang berleluasa dijual di pasaran/online. Katanya semakin ramai pengguna melaporkan masalah mata kerana memakai kontak lensa yang tak berkualiti sehingga menyebabkan mata bocor (mata bocor? tak boleh imagine..agaknyer macam belon ader air, pastu kena cucuk ngan jarum and jadi flattttt..kot). 



So, berhati2lah dalam mengikuti fesyen, jangan jadi mangsa fesyen. Lagi2 yang melibatkan kesihatan ni. Hilang duit dapat dicari, tapi kalau diri sakit..susah nak baik. 

Monday, September 24, 2012

koleksi botol perfume













Siapa tak suka wangi wangian angkat tangan? Haa..semua suka kan? Pendek citer jarang sangat orang tak suka bau wangi. Wangi lawannya busuk..achuuum!



Cakap pasal perfume ni sudah pasti kiter ader perfume favourite sendiri. Ader yang murah and mahal. Tapi of course yg mahal itu selalu yang terbaik n paling harum baunyer. Aper signature scent anda? Yelah bau yg anda konsisten pakai n paling suka@ menggambarkan personaliti anda..?



Jgn memain..bau ni ada pengaruh kuat dengan memori n emosi kiter. Ia cepat membuatkan kiter lantas teringat dgn memori atau individu yg dikaitkan dgn bau tersebut. Sy sendiri bila tercium sejenis perfume akan mengingatkan saya terus kpd seseorang..chewah..ehem. Kuatnyer penangan bau..




Sy sendiri blum ader signature scent sendiri..saya pakai byk jenis perfumes..murah n mahal. Kira mcm analoginyer klu dibandingkan dgn tahap2 perkembangan individu..sy masih dlm tahap remaja yg sedang mencari identiti...bau..haha. Perfume murah pakai kt umah..mahal pun kdg2 sy bedal pkai di rumah. Wei3...kat umahlah kiter melaram betul tak?  



Tpi ader jgk org yg bli perfume kerana botolnya. Tpi memang comel2 pun botol perfume ni betul tak. Meh kita layan beberapa jenis botol perfumes yg cantik di pasaran. Klu berminat godek sendiri maklumat lanjut yer..saya x buat marketing kat sini for freee. Heh.





Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, September 23, 2012

budak MC 5 hari dan gangnam style

Salam all..
 
Waaaaah..bila bercakap tentang trending nih, saya terasa seperti ketinggalan keretapi. Serius! Kini pengaruh media dan teknologi memang tidak dinafikan semakin penting bagi generasi Y. Hmm..opps, saya rasa dah dapat jawapan kenapa saya ketinggalan keretapi, mungkin saya generasi X. Hahaha...
 
Menarik pada masa yang sama melihat bagaimana komunikasi dan sosial network manusia telah mengalami proses perubahan yang begitu ketara sekali (ceh, bahasa akademik la pulak. okay ini bukan blog kuliah  @ blog serius ye..murid2). Kami generasi X membesar dengan teknologi TV, telefon kabel dalam tempoh yang lama. Takder myspace, facebook, twitter, youtube dan bla-bla lagi tuh yang saya tak tahu wujud...
 
Kami bersosial di ruangan nyata pada kebanyakan masa, kami bergosip di telefon, kami mengetahui sesuatu perkara dari suratkhabar dan televisyen. tapi generasi Y memang berbeza caranya. Mereka bersosial di facebook, twitter, youtube dan bla-bla-bla...ntah apa-apa lagi. and tak lupa blog juga walaupun peranannya blog semakin terarah ke twitter dan facebook.
 
Banyak juga baca komen blogger/facebook/twitter hardcore ni kena marah ngan parents sebab spend masa lama sangat depan komputer/gadgets. Agaknya ada jurang generasi kat situ. ibubapa (generasi X) mengalami kesukaran utk memahami mengapa anak-anak sekarang begitu attach dengan komputer mereka. mungkin ibubapa risau anak-anak ini tidak bergaul secara sihat kerana asyik terperap dalam bilik or menghadap komputer. tapi bagi perspektif anak-anak pulak, mereka memang sedang 'bersosial'/berinteraksi dengan rakan-rakan di alam maya.
 
oooohhhhh..panjang pulak intro ni dan dah nak lari tajuk nih..apadaaaa...
 
sebenarnya nak cerita yang kalau bukan sebab orang kecoh kat tv saya tak tahu yang sekarang nie telah berlaku demam gangnam style seluruh dunia. saya pun tak faham jugak aper ke spesiesnye gangnam style tu hinggalah saya melihat satu video hari raya sebuah keluarga yang digubah parody mengikut penyanyi rap korea yang tengah meletup - Psy dengan lagu gangnam style. lagu memang catchy tapi bukan lagu tu jer yang catchy, ader yang lebih hebat lagi dari tu - tarian dier tu yang ala2 menunggeng kuda. sebenarnya ada unsur lucah pada tarian itu..tapi malas nak citer lebih2d..panjang pulak entri and anda2 yang membaca entri ini akan ketiduran atau menghantuk2 kepala kerana kebosanan...pi tanya pakcik google..ader citernyer.
 
 
 
satu lagi ialah budak MC5 hari..nih saya serius tak faham. kadang2 saya pelik bin ajaib bagaimana video yang ntah apa-apa/meaningless boleh jadi hit. dialog utk diriku : tua sangat kah aku untuk tidak memahami trend sekarang ini?? oooh jurang generasi and tanda2 ketuaan telah berlaku ke atasku.
 
bagi yang belum lagi tahu budak MC5 hari ni sila lihat dibawah ini. kalau anda faham mengapa jadi hit silalah bagi penerangan sikit kat saya nih...makcik tak mengerti...hua3.
 
 

Saturday, September 22, 2012

mission accomplished

Hehehe...
Alhamdulillah. Misiku telah berjaya. Purse yg korak rabak kaler pink itu telah 'bersara' dari perkhidmatan dan diganti pula oleh si comel purse guess ini. Kiter tgk sejauhmana ia mampu bertahan dgn owner yg suka menyumbat apa sajer ke dlm purse dan suka menyimpan duit syiling berkoyan2 sampai purse jadi berat dan gemuk.

Purse ini bukanlah purse idaman...takder pun purse idaman hati. Beli aper yg ternampak n berkenan jer. Lagipun desperate nak tukar purse lama yg mmg dah uzur...asal blh pakai okaylahhhhh...

Nak carik coach lambatler pulak. Nk gi kl carik. Hah..tak kuasa nak drv ke kl tuh...stresssssssss nanti. Syukur seadanyer. Alhamdulillah.

Saper2 yg sakit mata dgn purse baru ku ini..pesananku..jgn sakit mata@kutuk jaaa..bagilah duit sekali utkku beli yg baru...wink! Wink! Ahaks.

Published with Blogger-droid v2.0.8

congkak di zaman android

Congkak...bukan org melayu@malaysia kalau tak pernah dengar tentang congkak. Congkak ni sejenis permainan tradisional org melayu. Biasanya dimainkan di bawah pokok petang2 sambil pekena goreng pisang panas n teh o beng..pergh..rasa nk carik goreng pisang pulak.

Dulu suka main ni. Setiap kali balik kpg..dengan ank2 saudaralah main congkak. Best main lawan2. Geramnyer biler rumah kena bom...lagi2 kalau ader buah byk didalam rumah tuh...mmglah hangeeeeeeeeeen.

Secara kebetulan..godek2 game dlm google play..ternampak mancala@congkak nih. Mancala tuh namer congkak dlm bhs afrika. Rupernyer org afrika pun reti main congkak. Patutler ramai awek2 melayu sangkut ngan abg2 dr afrika nih...rupernyer boleh diajak bermain congkak diwaktu senggang..patutler ngam!

Oop..back to our topic. Now..girang rasa dihati..dh blh main congkak dlm hphone..boleh lawan ngan telefon sendiri..klu ader geng blh main berdua.

Harap2 congkak yg nih tak berhantu...manerlah tau..mlm2 tepon main congkak sendiri2...amma!

Published with Blogger-droid v2.0.8

its weekend!!! yippie!

Ohh..weekend sudah kembali! Yes! Saper tak suka weekend??? Semua orang suka. Hmm, workaholic jer kot yg tak suka weekend. i bet everyone else does! Time weekend nielah boleh merancang aper2 yg takder kaitan dengan keje. Cukup-cukup lah menghambakan diri utk bekerja 40jam/5 hari seminggu. weekend adalah utk keluarga dan diri sendiri.
 
pagi ini saya telah berjaya menerjah ke danau ukm untuk berenang2. berenang mmg favourite saya. cuba jugak paksa diri utk ada exercise..tak kiralah joging ka, yoga ka or berenang ka..gaya hidup sihat adalah keperluan masa sekarang. mungkin ader orang skeptikal - bersenam - sakit jugak! yup, betul, tapi at least dgn gaya hidup sihat kita mampu menghindar penyakit lebih serius/meminimumkan potensi penyakit kronik. mana boleh main tadah jer doa 'aku nak sihat' pastu makan tak ingat dunia..faham kan? doa + usaha adalah cara yang betul..tanpa salah satunya pun tak boleh jugak.
 
tak bestnyer, rupa2nyer kolam renang utk wanita dan kanak2 ditutup hari ini utk kerja pembaikan. selalu ada 3 kolam renang dibuka, pagi ni ada satu jer iaitu kolam renang unisex - untuk semua. kolam renang ni mmg besar pun, soo tak kisah sangat sharing pun. tapi bahaya jugak sebab kolam ni dalam..makin ke hujung makin dalam. saya berjaya berenang sampai kehujungnya tapi tetap berjaga2 berenang disepanjang tepi kolam sahaja bukan ditengah2 sbb takut cramp ker tiba2 or kepenatan..boleh lemas tu..sbb kolam besar. first start aktif berenang hari tu sakit2 badan, now dah okay. and perasan ader improvement dalam pernafasan...tak cepat mengah bila buat aktiviti lasak.
 
agenda lain hari ni ialah utk membeli purse - yg ada nie heh....mmg dah tahap uzur kritikal. dah terkopek2 dah...kalau orang tengok gerenti dalam hati diorg cakap 'kesiannyer perempuan ni, takder duit nak beli purse baru.' huhuhu...bukan tak nak beli yg baru..takder masa nak membelek. nak carik pun bukan boleh sambar jer kan?? mesti nak tengok2 belek2 and berkenan dihati...hati ni pun bukan semua purse suka tul tak?
 
cuma dimana nak carik tu tak decide lagi. malas pulak nak gi jauh2. gi metro kajang ni dah fobia skit, maklumlah pernah tenggelam dek banjir, dahlah tempat selalu parking memang kawasan disaster..kalau gelap cuaca, memang tak mau nak pergi. mcam sekarang nie dah start gelap macam nak hujan.
 
sesiapa yang tak tau nak buat aper2 tu, saya suggestkan try tgk movie nih. best sgt kisahnya. saya ader bukunya dan dah tgk movienyer. full movie sejam lebih.
 
the boy in stripped pyjamas. happy weekend.
 
 
 
 

Friday, September 21, 2012

Time flies...

24 hours still feel not enough 

Weekend lepas masih terasa, dah nak weekend semula..mengapakah masa terasa begitu pantas berlari??? Melihat kepada kerja yang menimbun2 perlu dibereskan, dan sedikitnyer masa..rasa terkejar2 akan semuanya. 

contoh hari ini, Jumaat saya peruntukkan untuk membuat kerja2 berkaitan penyelidikan. tetapi disebabkan kena siapkan kertas kerja untuk sanggar kerja dan perlu siap segera untuk dibawa masuk meeting, maka tertangguh nak buat analisis data. nampak 2-3 helai sajer paper worknyer pun, tapi ambil masa jugak sebab nak memikir tentatif program dan sasaran sanggar kerja..pastu tang budget pun kepeningan, sbb anggaran budget kena tele dengan surat pekeliling bendahari. adik-adik...mana boleh hentam saje nak buat budget nih, gerenti masuk dalam tong sampah kalu main letak suka suki jer..contohnyer budget hotel..for gred 45-52 ialah RM180..takkan nak letak RM230 hinggit?? mau kena terkam ngan bendahari? awal2 kena reject. nak check harga penginapan/makan minum/seminar..tu semua memakan masa, tup3 dah petang!!! aiyooooo research akuuuu!!

last2 inilah jumaat aku...research tak tercapai dek tanganku ini...dah lah tak lama lagi kena bentang report. ammmma! sekarang macam fobia pulak bila dapat email 'pembentangan kemajuan penyelidikan'. dah dup dap dup dap...aish..nasib baik pembentangan kemajuan penyelidikan pelajar phd..fuh lega tuk sehari dua nih. ingatkan utk pensyarah. tajuk email boleh bikin sakit jantung...

jumaat ku tidak menepati matlamat yang sepatutnyer..marahlah aku..huhu..

lagu untuk diriku..


Monday, September 17, 2012

samseng naughty 2 vs ipong 5

JhhBagi penggemar telefon canggih..anda sudah pasti tahu tentang pertarungan epik antara samsung dan apple. Walaupun samsung kalah kepada apple di US tapi itu tidak menjamin bahawa samsung akan jadi bankrupt..

Dulu susah jugak smartphones lain nak challenge apple tapi sekarang ader persaingan sengit dari samsung sejak mereka mengeluarkan smartphone galaxy series.

Even now pun sy tgh menaip guna samsung note..heh

Tapi yg jelas sekarang ialah..perubahan minat berlaku dari skrin kecil kepada yg lbh besar. Even iphones 5 pun terpaksa membesarkan skrin iphones 5 nyer kpd 4.3 inc kalau tak silap.

Kelakarnyer dalam forum web ramai yg bertelagah ttg brand mana yg terbaik. Hardcore fans apple produk sudah pasti taksub pada iphone5 dan android pula dengan perisian mereka n samsung...

As for me..saya pakai apa saya perlukan. Kalau nak ikut teknologi...mmg tak terkejar..duit pun tak sempat duduk lama dalam poket. Perlu ader batasan dalam ketaksuban kerana teknologi terlalu pantas berubah. Eg. Samsung note kira baru jugak now dah ader note 2. Iphone4s pun belum berapa lama release dah ader iphone5. Now..ader rumors mengatakan samsung galaxy s4 pulak akan keluar tahun depan...

Hancuslah kalu bertukar2 handphone sokmo..

Moralnyer..beli apabila perlu..pilih yg memenuhi keperluan and pakai sebaiknyer. Pedulikan jika esoknyer ader siri terbaru keluar dipasaran. Beli yg baru hanya bila yg lama sudah terlalu antik dipakai atau jika uzur/ rosak.

Tukar2 hp nih bukan bertambah kayer pun...tolong mengkayakan company samsung n apple jer..

Dalam hal ini nasihat yg mengatakan beli mengikut keperluan bukan kehendak adalah benar. Jgn menjadi mangsa strategi pemasaran yg menyebabkan kiter merasa semua benda dijual diluar sana adalah "mesti dimiliki".

Published with Blogger-droid v2.0.8

bawang putih asap

Nak buat mihun goreng...tertengok bawang putih nih. Bawang putih asap. Dulu tak tau pun pasal bwg nih. Pernah lah nampak tapi ingat bawang putih buruk. Kweng2. Biler tgk org pilih2 tuh dlm hati berkata...aper hal nak berebut bwg yang dh tak elok. Oh rupernyer bawang asap.

Biler dah guna sendiri baru tau bawang putih asap ni sedap jugak. Sejak dh guna ni mmg mencari2 bwg putih asap nih..kadang2 ader kadang2 takder. Kalau jumpa memang akan beli.

Okay..nak masak!

Published with Blogger-droid v2.0.8

in progress

Blog dlm pengubahsuaian dan penambahbaikan

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 11, 2012

akhirnyer berenang jugak

Lama betul tak berenang. Last time hari tu berenang kt hotel masa buat research pastu takde dah. Saya bukanlah orang yang aktif bersukan tetapi mengakui dan amat menyedari keperluan gaya hidup sihat untuk kekal sihat. Sebab itu saya berusaha untuk bersenam paling malas pun seminggu sekali. Its better than nothing...kan¤

Aktiviti yg saya selalu pilih untuk bersenam:
Yoga
Joging
Berenang

Yoga saya selalu buat dirumah sahaja
Joging - port paling selalu ialah stadium ukm
Berenang - dulu port favourite ialah hotel impian morib. Suka berenang sini sebab boleh pakai aper sahaja..tak pakai aper2 jer tak boleh agaknyer.

But now..dah beli baju berenang muslimah maka bolehlah berenang sakan2 di ukm. Lebih dekat. Syioknyer!

Sbb dh ader baju renang proper maka barulah berani je danau ukm untuk berenang. Orang luar pun boleh ke sini dengan bayaran rm5. Tuala bawak sendiri yer. Tapi cap boleh pinjam. Saya tak pakai cap ukm sebab baju renang tu dah ader cap siap2.

Best rupernyer kolam renang ukm. Air bersih. Ader orang kata klorin kat kolam ukm kuat. Tapi saya rasa okay ajer. Morib lagi kuat klorinnyer. Boleh cium bau dan rambut ala2 berus sabut selepas tu. Ini tak berlaku masa mandi di ukm tadi so i assume dan yakin klorinnyer just okay.

Dulu biasa berenang untuk suka-suka. Kali ini cuba ulang alik ala2 nak masuk pertandingan berenang terpantas. Saya terlupa yang dah lama tak berenang..i should take it easy..ha..ambik! Lepas mandi tu nak angkat tangan teramatlah payah and peliknyer nausea sekali! Tak pernah kena macam ni. Pelik jugak. Try googling pasal "feeling dizzy/nausea after swimmimg". Katernyer ader bbrp sbb mengapa sy mengalami nausea tadi sebaik habis berenang:
Dehidrasi
Penggunaan otot perut yang intensif setelah lama tidak melakukan aktiviti serupa
Pusingan badan dalam air
Gelombang kecil terhasil dari perenang lain
Klorin dan chemical
Penggunaan oksigen dan pernafasan maksimum
Kombinasi faktor2 diatas

So nasihat saya..jika lama dh berhenti berenang dan nak sambung balik..take it easy. Ibarat nak berlumba lari..ader warm up sebelum pecut. Kalau terus memecut takut semput tengah jalan.

Ohh..malam ni rasanyer nyenyak aku ketiduran dek kepenatan..

Btw..i enjoy it..n happy to know now i can swim more frequent.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 8, 2012

hilang sudah...

so sadddddddd... T_T



Hilang sudah...aiya!
Tulah bahana kalau lama tak buat maintenance blog..sekali buat balik, tup2 hilang links blog kawan2..takker sedih..dah lah ingat nak aktifkan balik blog ni..ish2..
Not looking for fans..i write for my own personal satisfaction. Uih..penat sudah mau tulis ini blog sebab letih betulkan setting blog ini. Template background sudah ditukar, and tiadaku sedari pertukaran ini membuatkan list blog kawan2 hilang sudah...huhu..ader 2-3 jer ingat balik..harap2 boleh menjejaki semula mereka...


Thursday, September 6, 2012

hikmah musibah

Sejak blh berandroid blog nih barulah rajin ckit nk berblog. Kt ofis x menyempat.
Nak bg skor student ler
Nk isi sppu ler
Nk buat artikel 4 conference ler
Nak analisis research data ler
Nak siapkan ppt lectures notes ler..
Aish! Aish!
Ader lg list ni..malas nak taip..n blh bikin panic attack
Dhler sem nih kena ajar paper baru..
Susah tu ajar paper baru..bukan aper..kna study blik ilmu berkarat tu n pling time consuming ialah sediakan material...carik bhn. Harapnyer x selalulah gini setiap sem. Kacau. Yg pasti sem ni semua students sy postgrads belaka..

Pjgnyer mukadimah...

Ckp pasal hikmah nih..pasal banjir 2 hari lepas. X sangka teruk jgk. Peliknyer xder plak coverage baik punyer sedangkan slh satu area yg kena tu ialah country heights kajang...elit area tu...rumah juta2. Yg byk disiarkan dlm blog n mainstream media ialah serdang area..sg besi n sg ramal.

Drpada sumber yg sahih n benar (bercakap sendiri dgn slh seorg penghuni country heights)..org kaya2 nih x mo coverage nih sbb nk jg property value kt situ. Huik..yelah nanti org fikir 44 x nk beli umah area situkan. Make senselah..kita carik umh pun kita survey kwsn sekitar..kwsn jem ker..byk pencuri ker..banjir ker.

Kesian n simpati jgk dgn mangsa yg terkena..tpi klu fkirkan blik ader baiknyer jgk kerap banjir kilat kt area kjg n bangi nih sbbb...sebabnyer...sebabnyer harga umah bolehlah turun. Rumah kt bangi ni kan mahal2 dah..ha..hrp2 lps nih blh turun ckit..turun byk lg bagus...xderlah harga x mcm x hingat...

Setiap musibah ader hikmahnyer. Ingatlah..yg kita sangkakan baik utk kiter x semestinyer benar2 spt kita sangkakan n begitulah sebaliknyer..allah maha mengetahui..so think positive!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, September 5, 2012

edisi manja manja

Jangan salah tafsir. Ni bukan mengedik kepada individu tertentu. Ini hanya sesi memanjakan diri. Makan dah..solat pun sudah..nak tg keje jer malas. Sudah2lah 8-9 jam kt ofis buat kje..nilah msa yg sedikit ini utk diriku...diriku semata. Sblum nk tdo nk manjakan diri dgn masker acai berry by guardian.

Harga rm5.60

Tadi ader discount price. Beli second mask with the same brand u can get 88cent! Meletup tak???

Ntah biler terjatuh cinta ngan mask sheet x dpt dikenalpasti secara jelas. Tiba2 head over heel. Pernah pakai masker neotrogena..tpi tis one antara yg best rasanyer...btw..made in korea. Hmmm..ader org kter beauty product dr korea lbh bagus dr yg lain sbb pompuan2nyer mmg cantik2..putih mulus kudus kus kus..

Korang2 boleh cuba. Yg sy pnah pakai setakat ni ialah carviar..lavender..green tea n acai berry. My fav definitely acai berry n green tea. Klu muka tu tgh letih penat x bermaya try pakai green tea mask..mmg pastu kulit muka nampak segar n fresh. Acai berry ni pulak lbh kpd antioksida..sy suka baunyer...very the yummy yummy..rasa nak makan! Pakai tuk 15 - 20 minit jer pun.

Okylah...sblum tertido baik pkai nih dlu..moga bangun esoknyer aku cantik bagaikan puteri. Hekeleh...maaf ader edisi perasan sekali.

Published with Blogger-droid v2.0.8

hujan rahmat

Dh 2 3 hari ni cuaca sebek weeek...la ni pun ujan lebat. Serdang banjir smlm..silap2 reko pun banjir. Bila ujan byk hari ni mulalah terfikir rumah di cerun2 bukit nih. Hatu2lah klu rumah anda dikwsn bukit..rajin2lah tgk air yg melimpah dan keretakan.

Banjir pun satu hal...

Dah musim agaknyer...

Aircon bilik pulak dah sejuk amat! Dh la lapau ni..lum ptg dh fikir menu berbuka..pizza hut best gak..hihihi

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...