Pasti dah gundah gulana ibu-ibu dan bapak2 sekalian mendengar khabar terbaru tentang maids kat Malaysia nie. Indonesia blum memberi kata putus jelas tentang penghantaran maids di Malaysia kerana masih tak berpuas hati dengan syarat2 yg Malaysia tawarkan. Terbaru, Cambodia pun dah melarang rakyatnya dari menjadi maid di Malaysia gara2 laporan ader rakyatnya yang menjadi mangsa penderaan fizikal, emosi, seksual dan mendapat layanan buruk dari majikan Malaysia. So Malaysia menyertai negara Arab dalam senarai hitam mereka. Rosak nila setitik rosak susu sebelanga!
Mesti pening-pening-pening fikir anak2 tanpa maid macam ner kan kan kan? Live in maid nie tidak dinafikan menjimatkan kewangan ibubapa yg mempunyai anak lebih dari seorang utk dijaga. Imagine kalu di hantar ke nursery, satu kepala dah RM300, kalu 5 kepala??? (RM300X5= RM1500)..mahu pecah kocek seluar nak bayar??? Berbanding live in maid - RM400 tuk jaga semua.
Tapi sy melihat keadaan semasa nie dengan satu persoalan dikepala..kita perlu memikirkan strategi untuk mengurangkan penggunaan live in maid di Malaysia. Sudah tiba masanya kita memikirkan cara untuk menggunakan sumber kita sendiri dan kurangkan pergantungan dari sumber luar kerana ia akan mendatangkan masalah spt yg kita alami sekarang.
Masa duduk di Australia dulu, memang tak jumpa lagi mana2 umah pakai live in maid nieh. bukan takder anak2 kecik kat umah tu, berderet pun ader gak anak2 diaorang, tapi they can manage their life. and ini yg buat saya tertanya2..mengapa kita tak mampu berbuat yg sama? apa kurangnya kita? apa kurangnya sistem kita sehingga kita menjadi terlalu bergantung kepada maid luar nih? maid lari bukan isu baru. cubalah tgk jiran2 or kawan2 yg pernah hilang maid/maid lari jadi aper?? huru hara beb! tu belum maid tangan panjang dan bawak lelaki kat umah masa majikan takder? blum masuk lagi yg mendera anak2 majikan dan melayan mereka dengan teruk.
Tapi apakah ini blessing in disguise???
Saya kira untuk menangani isu ini perlukan kerjasama semua pihak, dari penggubal dasar, majikan dan keluarga itu sendiri. anjakan paradigma harus dilakukan. Idea yg boleh saya kemukakan:
1. Ibu dibenarkan cuti maksimum setahun. 3 bulan pertama cuti bergaji penuh. tapi 9 bulan seterusnya atas pilihan sendiri. cuti tanpa gaji. tapi cuti ini tidak menjejaskan perkembangan karier ibu yg mengambil keputusan membesarkan anak. anak aset negara jugak anyway, bukanker itu pun pengorbanan wanita???
2. Waktu kerja flexible. Ibu yg mempunyai anak kecil dibenarkan datang keje jam 9 utk uruskan anak tetapi balik keje pun kena lewat sedikit berbanding kakitangan yg masuk keje awal.
3. Nursery satu kewajipan majikan untuk pekerja mereka. Disediakan nursery di tempat keje so ibu2 nie tak perlulah risau nak berkejar ke sana ke mari utk jenguk anak/menyusukan anak kecil mereka. bila ada nursery di tempat kerja yg sama, fikiran pun lebih tenang dan boleh fokus keje..tak gitu??
4. Bagi yang menghantar anak ke nursery lebih dari seorang, ada diskaun nursery..lagi byk hantar, lagi byk diskaun.
5. Wujudkan servis baby sitter separuh masa. Maksudnyer mcm yg selalu dipraktiskan di negara barat. boleh bayar baby sitter/maid utk 3-4 jam, bayaran bergantung kepada jumlah jam servis mereka.
6. Gunakan live in maid ketika anak2 kecil sahaja. bila dah besar, masuk sekolah rendah dah boleh berdikari, maid dihentikan dan anak2 diberi tanggungjawab berdikari mengurus kehidupan sendiri. berikan tugas2 rumahtangga yang mudah kepada mereka seperti - mencuci pinggan, sidai baju, kemas bilik sendiri, buang sampah, merumput. sya tak nampak knp maid kena buat semua ini bilamana ada anak2 besar di dalam rumah itu sendiri. anak2 perlu diajar berdikari supaya mereka mampu menguruskan diri, dan belajar erti tanggungjawab. takderlah kekok menguruskan diri sendiri bila keadaan memerlukan. basuh pinggan pun tak reti kalu everthing maid kena buat! mengajar anak berdikari pun baik dari aspek pembinaan karakter anak. sebab kalu sy, sy mahukan anak yg berdikari dan tahu memikul tanggungjawab, bukan tahu memberi arahan sahaja!
7. Bapak2 pun kena rajin membantu keluarga di rumah. Contoh terbaik adalah melalui teladan. Bila semua orang dalam rumah ader tanggungjawab dan peranan masing2..maka lebih cerah peluang utk anak2 ikut serta dan tak berkira.
8. Baiknyer buat aktiviti bersama keluarga ialah merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. bila buat keje sama2 maka ikatan kekeluargaan itu lebih terserlah. bila kebergantungan maid dapat dikurangkan, takderlah anak2 penasaran bila maid takder. kadang2 maid lebih disayangi oleh anak2 berbanding ibu sendiri. ini sepatutnya menjadi wake up call kepada ibubapa bagaimana keluarga itu sudah terlalu bergantung kepada maid pd tahap yg ekstrim. sesuatu harus dilakukan. pengorbanan perlu dibuat oleh ibubapa. pengorbanan dalam erti sanggup mengambil tanggungjawab domestik lebih dan bukan hanya fikir keje ofis saja. bukankah tugas hakiki ibubapa ialah pada anak2 mereka, sebelum jatuh kepada keje?? bukan sebaliknya.
bila kita ada mentaliti hanya dgn ader maid baru kehidupan terurus, selama2nya kita bergantung kepada maid. sebenarnya, kita mempunyai kapasiti utk berdikari dan kurang bergantung kepada maid.