Friday, April 29, 2011

Pagi Jumaat Yang Panas...


Pagi yang indah. Awal pagi tadi lagi sebelum subuh dan lebih kurang jam 7 lebih hujan turun dengan lebatnya. Tapi belum cukup untuk menyejukkan pagi nie..suhu mmg sejuk tapi DALAMAN tu panas membara. Takder saper2 yg sakitkan hati sy pun, cuma pagi nie dikejutkan dgn citer PANAS-PANAS. Saper yg ikut perkembangan politik tanah air sudah semestinya faham apa yg sy maksudkan. Biasanya sy cepat menangkap apa terjadi, tapi hari nie terlambat sedikit sbbnyer menghabiskan keje sehingga tengah malam dan terus tidur. Jadi bangun pun jam 6 lebih. Tau2..haaaa...

tapi takper, sy tak kuasa nak tulis apa dia kat dlm blog nie. pd yg curious boleh carik sendiri...


apa nak jadik ek??

Tuesday, April 26, 2011

Si gedabak dah datang..

nama komersil si gedabak ini ialah Aspire z3751

Ehehehehehe (senyum selebar-lebarnya)..
Yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hai senangnya dalam hati..(baca ayat ini dengan melodi lagu P Ramlee).
Minggu lepas lagi si gedabak nie dah sampai, tapi ms tu tak sepenuhnya function lagi coz internet connection blum ader and program yg dipakai utk buat keje2 seorang pensyarah cabuk  iaitu microsoft office tak sepenuh version. dapat microsoft office starter version jer - words and excel. itu pun starter version..so very limited functions. contohnyer, tak boleh nak buat track changes kat documents sedangkan inilah yg sy selalu gunakan utk editing my students punyer draft assignments.

talking about track changes. i really loves this new microsoft words features. kalu nak tau aper benda sy ngomel nie, try bukak your microsoft document, then go to review>track changes. tada...! sy kenal nie pun and seriously use this features when i did my PhD di Australia. Tu pun my supervisor yg perkenalkan. mmg memudahkan kerja, lagi2 bagi kita yg sentiasa menulis dan editing kiter punyer keje. antara yg special ialah:

track changes ni memudahkan anda meng'track' kan apa2 perubahan (add/delete/change/replace/copy/paste/dll). bagi dokumen yg panjang spt PhD, sgtlah berguna sbb kita boleh tahu part mana yg kita ubah itu. setiap perubahan itu ditandai dgn warna merah fontnyer (automatically) so kita boleh kenalpasti dgn mudah.



and, sebarang komen dari supervisor boleh dilihat di sudut tepi dokumen kita. jadi kita boleh lakukan keje2 menghantar draft tanpa perlu print out kerje dan menghantar kat supervisor pastu tunggu 2-3 hari baru collect balik ur draft tu and tgk tulisan supervisor you yang spt cacing kelaparan di tanah yg gersang. cukup baik kalu boleh faham tulisan tangan doktor-doktor nie kan. 



so i used my knowledge nie and applied ngan my students. i taught them (very simple really) how to use this feature. so instead of sent me a hard copy draft, they can simply email me their draft, i safe in folder, open it, do the editing using track changes and send straight away back to them. so i save my time and also my students precious time. recently, my students told me that, i am the only supervisor (as far as she knows) who did not waste students A4 papers and also the one who can response quite fast. i didnt say that i was really effective but my work certainly improved by this new technology. 



okay, i dah off topic! i am supposed to talk about my new computer...

so si gedabak ini agak besar gak...actually the biggest computer i ever have in my entire life. dgn skrin 22.5 inci sememangnnya mata menjadi begitu segar bugar dan terasa luas dunia bila membuat keje. hmm, sy patut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana merealisasikan impian sy memiliki komputer gedabak ini. sbbnyer dgn geran penyelidikan inilah sy mampu memiliki komputer nie utk melakukan keje2 penyelidikan. harap2 sy tak menyalahgunakan kemudahan sy dpt dan dapat giving back to kerajaan dlm bentuk - research yg siap dan bermanfaat utk bangsa agama dan negara. hehe. 

tapi mak ai, boleh tahan berat makcik nieh.

yg agak frustrated ialah, sy tak blh install my xerox printer. technician kata, sy punyer computer nie berkapasiti tinggi dgn 64 bit (sy pun tak tau benda nie) sedang komputer standard ialah 32 bit. komputer nie layak buat keje2 graphic. dah sbb itu xerox printer tak blh nak install melainkan sy ubah 64 bit ke 32 bit. so i put on hold dulu lah. i am thinking about buying a new one. but what a waste kan? jgn membazir. takper, stakat nie ader laptop utk connect dgn my xerox printer. cuma a bit inconvenience ler.

harap2 pasni lebih semangat buat keje and stay lebih lama kat ofis..hehehe cayok!

Monday, April 25, 2011

Mutiara Pagi




Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (14) 
 
 Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (15) 
 
 (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka. (16) 
 
 (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (17)

Surah Al-Imran ayat 14-17

Sunday, April 24, 2011

Public transport : after a few years...

semalam adalah hari panas dan meletup sedunia..

Pertama kali guna balik komuter setelah sekian lama tak pakai. guna nak ke KL central utk catch up ETS. sy ingatkan adalah improvement dalam services sbb my past experiences dgn komuter not so very goodlah. selalu rasa 'dikecewakan' oleh servis yg tak reliable. contohnya: time selalu tak tepat, rosak, lewat. rupernyer, smlm ternyata tak byk improvement yg boleh sy nak puji. bukanlah nak condemn tapi sgt2 frust dan marah dgn service yg diterima.

my ETS train jam 6.48 pm. i dah start kuar rumah 4.30. expected 1 hour to reach KL central. okaylah, sblm kul 5 komuter sampai. sedang elok berjalan, tiba2 komuter berhenti tengah2 jalan antara serdang dan tasik selatan. dgn orang ramai bersesak2 dlm gerabak. dahlah rosak, aircon pulak tak jalan, so blh imagine camner dlm komuter tu, lencun dan rasa berwap2. tambah haru biru, bukan tingkap boleh bukak pun...mcm2 bau ader..

menambah ketensionan..bukan setengah jam mcm tu, tapi 2 jam! takder explanation whatsoever, we didnt know what to expect. ada koc lain dtg to replace our gerabak ker or what. no explanation at all. sy yg dah hangin satu badan dan desperate to catch up my train akhirnya call nombor aduan khidmat pelanggan yg tertera kat tepi dinding. bila call tu baru sy tahu komuter tu satu enjinya rosak and tgh nak tgk mcm ner. tgh nak tgk macam ner??? halooo??? kalu 3 jam tu tak gerak..kena 3 jam jugak ker dlm tu???

so pd yg pernah guna komuter dan merasa komuter rosak must know lah how bad the situation can be. akhirnya gerabak dpt reach tasik selatan dgn manusia dah bersesak2 kat situ. tunggu komuter seterusnya, tapi masya allah...penuh mcm aper bersesak2 dgn orang ramai. pulak tu, ader yg so selfish dan tak consider orang lain. contohnya bila tak nak tunggu org kuar dulu sblm masuk dan bila dah masuk dan berdiri tu tak nak plak msk kat dlm lagi (hujung) utk bagi orang seterusnya ruang masuk. mmg lah boleh pencak silat and kuar keris time tu. hiiiii!!

sy time tu dah pasrah dah..mmg i am gonna miss my train.

sampai kat KL central i went straight to ETS and explained my situation and asked whether they can allow me to get the next ETS. its not my fault after all. I said to one girl on duty what happened and u know what she told me?? 'Ohh, we dont know about it and nothing we can do. if you want to catch up the next ETS you have to buy another one.' OOohhhh..i couldnt imagine my feeling at the time. after 'wars' i encountered along the way, this is the kind of service i got after all??

i tak kisah byr lebih kalu services i got bagus. nie dahlah komuter rosak, bersesak2 berpeluh2 dan sampai ke KL central - i have to pay extra after all headache i experienced??? i pay extra for all the headache okay??? sy membayar lebih utk mendapatkan services sedemikian rupa! come on lah.

i ask nothing lah but improve the service of public transport especially inter city yg gunakan komuter mcm Bangi. tak gunalah kita ader all kind of public transport in this country but our services langsung tak reflects our advanced facilities. no wonder people willing to suffer all the jammed and drive their own car rather than rely on public transport to move from one place to another. terlalu byk yg perlu diperbaiki. fasiliti tu ader, but SERVICES.. msh byk mslh dan perlu diperbaiki. tak guna ada sisterm tercanggih manggih tapi tak on time. pastu please lah ada courtesy when dealing with unexpected system breakdown. at least make an announcement kalu komuter rosak so people know what to expect. bukan susah..with simple apologize dah boleh cool down people. nie kalu tak call sendiri, sampai ke sudah tak tau aper kebenda berlaku sebenarnya? and please jgn tunggu berejam2 sebelum bertindak! kalu komuter tu dah pasti problem tak leh jalan after let say 30 minutes, prepare lah contigency plan to move people so they can continue their journey. org guna for mcm2 purposes, yg gi shopping or jalan2 mungkin tak tension sgt, tapi mcm ner org yg perlu catch up another train/airplane/important meeting? i even missed my ETS train!

sorrylah mengomel byk, but semalam really buat i hot sgt. benda nie mslhnyer berlaku bertahun2 lamanya, tahap service mcm tu gak. nak kater first time system breakdown tak pulak. why dont learn from past experiences to handle crisis situations? people dont travel for free okay, we pay and we deserve to have good services and some respects.

gambar diciluk dari blog2 yang juga berkongsi rasa menyampah akan kesiput sedutan komuter di tanah air tercinta nie.  marah sgt smlm sampai takder mood nak pick up the phone/shoot pictures.

Saturday, April 16, 2011

Lagu DEPRESS di awal pagi



muzik dan lagu memang mempunyai kesan ke atas emosi kita. ada lagu yg buat kita mahu menari, rasa happy dan enjoy. ada lagu simply very depressing! like this one. dgr sinar fm this morning sambil kemas2 umah. then lagi nie main kat radio. tiba2 dgr alunan muzik, i suddenly feeling depressed. hmmm..interesting.

saperlah cipta lagu yg buat org sedih dan depress nieh..

Selembut sutera
Sebening pelangi
Dirimu kurangkai
Di dalam kalbu

Oh terbawa senyummu
Terbawa tangismu
Rindumu rinduku
Setiap waktu

( korus )
Kudengar bisik
Angin senja di telinga
Suaramu
Seolah wajahmu terlihat
Di rembulan
Oho...

Aduhai pujaan
Daku pun tak tahan
Rindumu rinduku
Sampai nanti

oh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkk..!!!

Friday, April 15, 2011

Selamat Mengundi Orang Sarawak

kuching waterfront
Esok dah start pilihanraya Sarawak. Tak pernah2 seumur hidup nie sy ingat pilihanraya yang paling meriah di Sarawak. Tahun ini benar2 SURE HEBOH pilihanraya. Masa balik hari tu untuk mengajar budak PJJ pun sy dah nampak ramai orang Semenanjung (orang Swk dulu2 kata orang Malaya) datang membuat liputan, ini termasuklah wartawan tv, journalists, bloggers, ahli politik dan ramai lagi. Ader aper2 ker??? Hmm mungkin ader.

Tapi malangnya sy bukan termasuk yg membuang undi thn nie, baru jer register ms balik ke msia baru nie. tarikh register tu blum matang lagi, katanya siapa2 register dlm disember dan sblm layak, tapi sy awal tahun so kena ler tunggu. dulu dah register okay, tapi akak yg key in namaku dlm sistem kat post office tu dah buat salah jadik tak layak ler aku mengundi, pastu gi pulak ke ober the see, lagi lah tak mengundi. harap2nyer lepas ni tercapailah hajat sy untuk melaksanakan tanggungjwab mengundi. satu undi pun sgt bermakna.

okay orang2 sarawak, slamat kitak mengundi, jgnlah terpengaruh oleh kata2 dan janji2 manis. pilihlah yg kitak rasa boleh nulung ngembak pembangunan, peluang pekerjaan dan kehidpuan sosial yang lebih bait. masa depan kita di tangan kitakorang dan salah pilih orang akan merana dirik.

okay adik kakak..

Friday, April 8, 2011

Telur ayam pun nak cetak rompak ker?



Kecoh sehari dua nie pasal telur ayam PALSU. Terkini kes telur ayam tiruan nie dikesan di Penang. Tak taulah entah2 telur ayam sy makan semalam tu PALSU/PLASTIK  atau original. Ish2, makin canggih manusia nie bagi 'bodoh' benda dia buat. Skrg nie dah ader fobia utk makan telur ayam, takut terkena yg bukan original. kesian ayam2 seluruh dunia, skrg nie orang dok pertikai telur2 ayam mereka. ayam2 sekelian, jika anda membaca blog ini, silalah mogok. manusia nie dari hari ke hari makin tak terfikir tindakan dibuat. makin melampaui batas. kasi ajar sikit. 

tak pasal2 kena buat DNA tuk check sohih ke tok sohih telur2 ayam kat market. satu keje lak nak check ori ke tak. even tadi ms makan, masih sy sempat berseloroh dgn kawan2 ms tgh bfast..

A: tu (roti canai sy makan ) kau pasti ker original? ntah2 tiruan..
B: eh melampau ni. tu (sambil menunjuk mibun dlam pinggannya)..ntah2 plastik jer tau.

ahahahaha

Monday, April 4, 2011

From caterpillar to butterfly


Hihihi..a very good morning to everyone! Harap semua ceria selalu..
I am so relief that finally I successfully submitted my thesis corrections to my supervisor last weekend. I promised her beforehand that i would submit my thesis end of march. it was 2 days late..but..i'm quite satisfied.

my feelings? difficult to describe..honestly. rasa lega sbb beban berat PhD kian usai, but at the same time, you feel empty. why?sbbnyer..hampir 4 thn hidup nie bergelumang dgn PhD. Yang menguasai minda dan kehidupan. Tidur dan bangun, dgn PhD di kepala. penat memikir tanggungjawab utk tamatkan PhD. sedar tak sedar, dah jadi sebahagian hidup..bila dah habis tu rasa mcm..what's next to do?? 

selalunya pagi2 bangun kul 3-4 pagi akan buat my thesis sampailah ke pagi sblm gi keje. tapi peliknyer pagi tadi, still bangun awal..and ckp dgn diri sendiri..'buat aper bangun awal sgt?? thesis corrections dah hantar..' tapi anyway, bangun jugak dan buat laundry dan kemas2 rumah, iron baju tuk gi keje,solat, mandi etc-etc. even my body dah get used tuk bangun awal. automatik bangun and i feel like doing something..hmmm..

macam anti klimaks pulak. tapi msh ada lagi proses tak habis, now supervisor tgk my corrections, maybe ader comments after this, just prepare aper2 jer..sblm dibwk ke comittee utk pengesahan, pengiktirafan, konvo..bla-bla-bla..tapi tugas besar dah settle, itu yg pasti. now lega tul kepala, kalu tak rasa selalu ader unfinished business. now i can concentrate on my students punyer theses and my research, my work...now i feel i can fully function as a worker. hua hua hua..


buat PhD nie mcm satu proses ulat beluncas nak jadi rama2. kena struggle to fly. sblm jadik rama2 yg cantik, kena melalui proses yg sukar. harap2 my experience buat phd yg dikongsi di dalam blog ini tidak menakutkan sesiapa. sy tak menokok tambah kesusahan ataupun meminimakan kesusahannyer. sy cuba tampilkan kehidupan seorang PhD student menyiapkan tesisnyer se-real yang mungkin. ia jauh dari senang, tapi ia juga tidak mustahil. ada up n downnyer. ada masa rasa bersemangat..cepat..aktif..ada masa rasa down..emosi..demotivated..rasa -eeeiii..! mencik! mencik! mencik (benci)!!! dah tahap muak nak muntah tgk tesis sendiri.

tapi aperpun, sy sgt2 menghargai setiap apa yg saya lalui. PhD pd sy agak berbeza sedikit dgn MA or BA. proses itu jauh lebih penting dari hasilnya. kerana proses itu yg menghasilkan dan mengelokkan kemahiran kita, bukan sgt pd grade yg kita dpt. kejayaan mengharungi setiap proses itulah kejayaan sebenar bagi seorang graduan PhD.

my next target:

while anxiously waiting for my supervisor feedback, my to do list:

check thesis final year students (3 orang under my supervision)
check thesis final year students (7 orang under my supervision)
2 research grants yg dah started since early March and i still do nothing about it!
coming conferences - Indonesia, South Africa
journals..
endless meetings to attend
final exam students
workshops and trainings
and many more to come...!

Friday, April 1, 2011

perempuan-perempuan tolong baca berita!

ada lagi citer perempuan kena tipu lelaki kat laman sembang. bukan seposen dua posen tapi puluh2 ribu. aish! hampir setiap bulan baca berita yg sama..peliknyer..naper masih lagi mcm tak pernah dgr berita/baca surat khabar? modus operandi kalau di lihat dari berita2 yang lepas semua hampir sama...TAPI mengapa??? masih ada yg TERJERAT..?? sy musykil betul2...

apakah tak pernah baca berita? tak ambil tau apa yg terjadi disekeliling kita? hingga tak boleh ambil iktibar?

kalu itulah puncanya..jgnler dok bukak facebook seharian lamanya..tolong, perempuan2 yang mungkin 'terlena' dan 'terleka' dari mengambil tahu hal2 masyarakat sekeliling..bacalah berita dan updatekan diri anda dgn persekitaran dan isu2 semasa....


di laman sembang..siapa2 boleh 'claimed' diri dia macam2..justeru itu kena waspada..apatah lagi kalau tak kenal. sedang yg dah kenal pun boleh menipu?

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...