Monday, March 21, 2011

Bila gelaran adalah segala-gala


KOTA BHARU 20 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini.Sukri berkata, pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.Katanya, ada di antara penerima terbabit sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada NGO tersebut bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' kurniaan darjah kebesaran."Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima yang sanggup membayar RM150,000. Terbaru pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lalu.

sumber: utusan malaysia online. 
_______________________________________________________________________________

Sahabat baik sy pelajar Iran pernah berkata begini kpd saya ttg sikap orang Malaysia terhadap beberapa perkara. Katanya: 'Orang Malaysia sgt mementingkan 2 perkara..' 

1. Kereta - lagi besar dan mewah lagi bagus..and mereka akan jaga dgn betul2. kasik kilat all the time.
2. Pakaian - selalu bertukar2 pakaian dan orang Malaysia sgt menjaga pakaiannya supaya selalu berkeadaan baik.

hmmmm..sy nak tambah satu lagi..

3. Ramai jugak orang Malaysia yg gilakan GELARAN!

Gelaran Datuk dan seangkatannya itu dilihat sgt penting. Ia mencerminkan status, prestij dan kedudukan di mata masyarakat. ia membezakan mereka dgn rakyat marhain. Ramai berebut2 nak bermenantukan anak datuk dan kawin datuk! bila nak address gelaran mereka kena PENUH! kerana itu kehormatan tertinggi. pernah seorang pelajar sebuah kolej di IPTA terlupa address gelaran Datuk pd seorang tetamu jemputan kena marah gara2 tak sebut perkataan DATUK tu. bila dpt kawan dgn anak DATUK..itu adalah something special..its boost your self confident. anak datuk katakan...

kerana tanggapan msykt yg keterlaluan kepada setiap gelaran2 dlm Malaysia inilah kenapa ramai orang sanggup berhabisan duit dan harta untuk dapat gelaran datuk. sy salahkan masyarakat sendiri yg sebabkan ramai orang jadi berlumba2 nak jadi datuk, menantu datuk, kawin datuk dan bf anak datuk, orang gaji datuk dll. pendek kata, apa2 ader kaitan dgn datuk waima orang gaji datuk pun akan nampak standard di mata masyarakat. kiter terlalu menekankan perkara ini spt begitu penting sehingga cita2 artis pun kebanyakannya jadi - nak kawin datuk..bukannyer nak menaikkan martabat musik malaysia ke peringkat antarabangsa. 

sy bukanlah anti DATUK. tak pasal2 kena saman ngan DATUK2 seMALAYSIA. dahler pekerja cabuk ajer nieh, takde pitih nak bayar kes saman. pd sy memang ada orang yg benar2 layak digelar DATUK/TAN SRI kerana sumbangannya yg signifikan dlm msykt. itu sy tak membantah. yg jadi mslhnyer bila sumbangan tu tak seberapa nak ada tapi nak jugak DATUK tuk up the status. dahlah sumbangan tak seberapa nak ader, pastu buat perangai..ha dapatlah gelaran DATUK miang, DATUK penipu, DATUK kasanova dll. apa yg sy cuba jelaskan kat sini ialah tanpa gelaran DATUK pun anda tetap boleh jadi insan yg dipandang mulia dan dihormati dan disegani oleh masyarakat. bukanlah DATUK itu yg perlu kita tekankan, tapi jati diri dan sumbangannya kpd orang persekitaran. Mother Theresa tu tak delah pun DATUK or TAN SRI..tapi orang ingat jasa2nya dan dikenang sepanjang zmn. dan ader byk lagi orang2 terkenal dunia yg tidak pun di beri gelaran SIR atau sebagainya tapi diorg TAK KISAH PUN..sbb pd mrk apa yg mrk dpt sumbangkan utk manusia sejagat itu jauh lebih penting dari gelaran dan pengiktirafan itu sendiri. orang yg tahu kepentingan 'isi hati' dan 'sanubari' takkan pernah peduli samada dia akan dapat datuk atau sebagainya kerana harga dirinya bukan terletak pada title semata2.

lagipun buat aperlah nak berhabis2an nak beli gelaran DATUK tu. datuk2 kita kat kampung tu..bila cukup haul-nyer dapat jugak digelar datuk oleh cucu2nya. toksah nak rebut2 or jadi DATUK cepat 2 sgt. masanya akan tiba...jugak. cuma perlu sabar jerk.

meh lah kita jgn terlalu obses dgn gelaran ini. jangan bila tgk datuk duk sebelah kiter, terus kita mcm nak buat sujud syukur dihadapannya. bila mati nanti, nama mak juga kita dibintikan, bukan nyer 

'wahai DATUK/TAN SRI/DATUK SRI si polan binti si polan..'

agaknyer kiter perlu mengubah peribahasa yg tlh menyebabkan orang Malaysia nie salah faham ttg kepentingan title besar2 nie. contoh peribahasa yg boleh buat orang salah faham ialah:


'harimau  mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan NAMA/TITLE'. agaknyer kita perlu ubah..
'harimau  mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan JASA'. mana tau pasni semua orang berebut2 nak berbakti pd nusa dan bangsa.

peace...



2 comments:

mia said...

Salam my dear Lina..

Sibuk menabur jasa ya... jaga diri ya, jangan lupa jaga kesihatan diri dalam kesibukan mengejar 'date-line' yang banyak itu.. :)

Em, betul tu, memang ramai 'orang gila' dalam dunia ni. Antaranya gila gelaran.

Kita berdua pun gila juga.. gila apa ya? hihi..

Cengkih78 said...

salam mia,

giler dot dot dot! ahahaha..

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...