Thursday, March 31, 2011

kuliah terakhir..


Arrrrrrrggggh...! Leganya..! Habis sudah kuliah terakhir baru sekejap tadi. meninggalkan tips2 exam tuk students dan juga amanat terakhir (kihkihkih). Sy mengajar students tahun akhir, so masing2 excited dan nervous nak keluar dari universiti dan memulakan kehidupan yg sebenarnya di luar sana...

luar sana...mcm2 blh berlaku, yg terbaik di kelas tak semestinya terus melakar kejayaan. dari pengamatan dan pengalaman sendiri, disinilah kita akan melihat kuasa sebuah TAKDIR saling mempengaruhi siapa kita sesudahnya. tapi tak bererti kita hanya duduk menunggu, usaha itu perlu. yg sederhana mungkin jauh lebih berjaya berbanding yg cemerlang. ada byk faktor memainkan peranan. tapi dlm mengharungi cabaran hidup baru yg lebih realistik di luar sana...sikap optimistik itu perlu ada dan tak gentar pada cabaran dan kesukaran.

pelajar2 tadi pun mcm sedih msg2 kerana akan meninggalkan dunia yg begitu sebati dlm diri mereka. yelah, dari kecik sampai laaaa ni duk belajaq. pastinya meninggalkan universiti adalah satu big step bagi mereka dan satu turning point baru dlm hidup. pastinya sentimental value itu akan kekal tersemat.

dan kuliah itu bukan yang terakhir..kerana hidup ini adalah pelajaran dan pengajaran. mungkin kelasnya bukan lagi dgn kerusi meja dan LCD dan laptop juga pensyarah comel (ehem..) tapi dunia di luar sana itu..masyarakat..adalah kuliah dan kelasnya. jauh lebih rumit, jauh lebih mencabar. mungkin tiada assignments, mid term mahupun final exam, tapi ujian boleh saja datang bila2 dan siapa2 boleh jadi examinersnyer. 

jauh di lubuk hati, sy mahukan yg terbaik utk anak didik. sy mahu mereka berjaya dan menjalani kehidupan dgn sejahtera. sy mahu mereka berjaya. melayu, cina, india..siapa pun jua..

selamat bergraduan, dan menempuh kehidupan yg sebenar2nya..

welcome to the real world..

Jangan mengidam bukan-bukan...


harian metro pagi nie..SINI Suami belasah isteri sebab mengidam buah kelur (buah per tuh??) atau munggai serta lempuk durian. ayoyoyoyoyo...aper punyer 'gentleman' lah suami mcm nih. tu baru mengidam buah kelur..

blum lagi dia mintak:

hati nyamuk sedulang
airmata 7 tempayan
jambatan emas
darah anak raja...

mengandung pd sy proses yg indah buat kedua2 suami isteri. kalu first time pregnant tu, dua2 tu bwk2 ler byk bersabar. mmgler perangai isteri mcm2..tapi suami pun kena ingat..part isteri mengandungkan..susah tu keje tu..part suami tolong support ler. mintak sikit dah nak kena lepuk..agaknya kalu isteri dia mintak mcm puteri gunung ledang tu, bukan setakat lepuk dia dapat..rentung terus agaknya.

aish..sabar2lah. isteri pun, kalu nampak susah sgt nak diidamkan tu, bagilah masas suami mencarik..jadi takder ler suami darah naik atas kepala, and otak turun ke lutut bila dgr demand bukan2..

Monday, March 21, 2011

Bila gelaran adalah segala-gala


KOTA BHARU 20 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini.Sukri berkata, pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.Katanya, ada di antara penerima terbabit sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada NGO tersebut bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' kurniaan darjah kebesaran."Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima yang sanggup membayar RM150,000. Terbaru pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lalu.

sumber: utusan malaysia online. 
_______________________________________________________________________________

Sahabat baik sy pelajar Iran pernah berkata begini kpd saya ttg sikap orang Malaysia terhadap beberapa perkara. Katanya: 'Orang Malaysia sgt mementingkan 2 perkara..' 

1. Kereta - lagi besar dan mewah lagi bagus..and mereka akan jaga dgn betul2. kasik kilat all the time.
2. Pakaian - selalu bertukar2 pakaian dan orang Malaysia sgt menjaga pakaiannya supaya selalu berkeadaan baik.

hmmmm..sy nak tambah satu lagi..

3. Ramai jugak orang Malaysia yg gilakan GELARAN!

Gelaran Datuk dan seangkatannya itu dilihat sgt penting. Ia mencerminkan status, prestij dan kedudukan di mata masyarakat. ia membezakan mereka dgn rakyat marhain. Ramai berebut2 nak bermenantukan anak datuk dan kawin datuk! bila nak address gelaran mereka kena PENUH! kerana itu kehormatan tertinggi. pernah seorang pelajar sebuah kolej di IPTA terlupa address gelaran Datuk pd seorang tetamu jemputan kena marah gara2 tak sebut perkataan DATUK tu. bila dpt kawan dgn anak DATUK..itu adalah something special..its boost your self confident. anak datuk katakan...

kerana tanggapan msykt yg keterlaluan kepada setiap gelaran2 dlm Malaysia inilah kenapa ramai orang sanggup berhabisan duit dan harta untuk dapat gelaran datuk. sy salahkan masyarakat sendiri yg sebabkan ramai orang jadi berlumba2 nak jadi datuk, menantu datuk, kawin datuk dan bf anak datuk, orang gaji datuk dll. pendek kata, apa2 ader kaitan dgn datuk waima orang gaji datuk pun akan nampak standard di mata masyarakat. kiter terlalu menekankan perkara ini spt begitu penting sehingga cita2 artis pun kebanyakannya jadi - nak kawin datuk..bukannyer nak menaikkan martabat musik malaysia ke peringkat antarabangsa. 

sy bukanlah anti DATUK. tak pasal2 kena saman ngan DATUK2 seMALAYSIA. dahler pekerja cabuk ajer nieh, takde pitih nak bayar kes saman. pd sy memang ada orang yg benar2 layak digelar DATUK/TAN SRI kerana sumbangannya yg signifikan dlm msykt. itu sy tak membantah. yg jadi mslhnyer bila sumbangan tu tak seberapa nak ada tapi nak jugak DATUK tuk up the status. dahlah sumbangan tak seberapa nak ader, pastu buat perangai..ha dapatlah gelaran DATUK miang, DATUK penipu, DATUK kasanova dll. apa yg sy cuba jelaskan kat sini ialah tanpa gelaran DATUK pun anda tetap boleh jadi insan yg dipandang mulia dan dihormati dan disegani oleh masyarakat. bukanlah DATUK itu yg perlu kita tekankan, tapi jati diri dan sumbangannya kpd orang persekitaran. Mother Theresa tu tak delah pun DATUK or TAN SRI..tapi orang ingat jasa2nya dan dikenang sepanjang zmn. dan ader byk lagi orang2 terkenal dunia yg tidak pun di beri gelaran SIR atau sebagainya tapi diorg TAK KISAH PUN..sbb pd mrk apa yg mrk dpt sumbangkan utk manusia sejagat itu jauh lebih penting dari gelaran dan pengiktirafan itu sendiri. orang yg tahu kepentingan 'isi hati' dan 'sanubari' takkan pernah peduli samada dia akan dapat datuk atau sebagainya kerana harga dirinya bukan terletak pada title semata2.

lagipun buat aperlah nak berhabis2an nak beli gelaran DATUK tu. datuk2 kita kat kampung tu..bila cukup haul-nyer dapat jugak digelar datuk oleh cucu2nya. toksah nak rebut2 or jadi DATUK cepat 2 sgt. masanya akan tiba...jugak. cuma perlu sabar jerk.

meh lah kita jgn terlalu obses dgn gelaran ini. jangan bila tgk datuk duk sebelah kiter, terus kita mcm nak buat sujud syukur dihadapannya. bila mati nanti, nama mak juga kita dibintikan, bukan nyer 

'wahai DATUK/TAN SRI/DATUK SRI si polan binti si polan..'

agaknyer kiter perlu mengubah peribahasa yg tlh menyebabkan orang Malaysia nie salah faham ttg kepentingan title besar2 nie. contoh peribahasa yg boleh buat orang salah faham ialah:


'harimau  mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan NAMA/TITLE'. agaknyer kita perlu ubah..
'harimau  mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan JASA'. mana tau pasni semua orang berebut2 nak berbakti pd nusa dan bangsa.

peace...



Thursday, March 17, 2011

Time out..

Buat corrections nie mmg ler satu cabaran bsar, lagi2 kalu examiners tu very particular and soalan dia tanya tu mmg killer punyer soalan yg buat kiter terpaksa mendrill kepala sedalam yg mungkin just to answer his/her ciput question. nak justify why, how, what, etc maybe cuma satu paragraph jer tapi sakitnyer dari pagi sampai malam dok memikir.

aha..itulah the nature of PhD. jgn ingat dah submit tu dah boleh goyang kaki, itu baru permulaan utk viva/examiners luar tgk keje kiter. biler corrections report datang, bersedialah utk tidor, bangun, jalan, baring dgn your thesis sekali lagi. tambah mencabar bila time tu dah start keje, like me. terpaksa ambik cuti just to concentrate on this, otherwise dgn keje di ofis, brp kerat jer ms yg ada utk melihat corrections. kalu corrections just typing error bolehlah gak cepat siap, kalu yg tanya bukan2? nak tambah lagi sikit maklumat lain?? haaa..mahu demam!

sy mmg tekad ambik cuti seminggu nie nak settlekan corrections nieh. sy dah tak larat dgn unfinished business dgn PhD things nie. sy nak settle cepat2. kalu tak dlm kepala mikir jer keje yg blh usai nie sedang keje2 hakiki semakin banyak.

lagi satu, emotional struggle pun cabaran gak, lepas dah submit tu your motivation tu cenderung down, sbb u dah all out sblm submit, then bila hantar u fikir nak release kepala dari fikir isu PhD yg berat nie. tapi bila dah dpt corrections, haaa kena start balik enjin and gear ke maksimum..nak upkan balik motivasi tu satu keje..dah emotional exhausted if i can say that.

but what to do?? i love doing PhD, but cukuplah sekali.

time out jap sblm sambung keje..dibawah nie gambar2 dari my laptop..nie gambar2 orang lain sy kidnap. gambar2 nie for me unique dan ada meaning and sentimental pun ya gak..kiter blh tangkap gambar, tapi tak semua gambar kiter ade perasaan..hmmm faham ker? gambar bwh nie kira sy rasa ader perasaan ler..







alamak! gambar last tu tak termasuk..tu perut sy yg pilihkan...laparlah pulak..dulu ms kat Aussie nielah favourite salad syer, slalu gak buat sendiri..tapi kat sini salad jenis lain lah..tukar ikut lidah org Malaysia, dressing sambal belacan.

byk lagi gambar..malas lah nak upload semua..

sambung keje..

Tuesday, March 15, 2011

sudah jatuh ditimpa tangga





sudah jatuh ditimpa tangga..
tiada yg lebih teruk dari: gempa bumi...tsunami...krisis nuklear..
dan Jepun sedang menghadapinya.

simpati kepada semua penduduk Jepun yg terpaksa mengharungi bencana alam dan kemanusiaan semuanya pd waktu yg sama.

terbaru, berlaku letupan pd rektor nuklear yg ketiga sejak bencana tsunami. kali ini didapati, kadar radiasi yg dicatat atau dikesan ternyata berada pd tahap yg tinggi dan menjejaskan kesihatan manusia:


In a nationally televised statement, Prime Minister Naoto Kan said radiation has spread from four reactors of the Fukushima Dai-ichi nuclear plant in Fukushima province that was one of the hardest-hit in Friday's 9.0-magnitude earthquake and the ensuing tsunami.
"The level seems very high, and there is still a very high risk of more radiation coming out," Kan said.


sumber: thestar online 

kesian jugak dgn Jepun nieh..dialah negara yg menderita kerana bom atom masa perang dunia ke 2 dulu. skrg nie dia mengalami bencana hampir sama kali kedua pulak...

tenaga nuklear adalah tenaga gantian alternatif bagi menggantikan petrol/gas asli. tapi sy kira manusia sejagat masih tak mampu menolak bahawa betapa petrol/gas asli masih mendahului keberkesanan dan faedah sumber tenaga didunia. ini kerana, sumber alternatif sedia ada msh berada dlm thp ujian, dan blum luas penggunaannya. msh byk lagi kajian perlu diwujudkan bg mengembangkan penggunaan sumber alternatif spt angin, hidrogen, air, dll. nuklear pulak walaupun sumber alternatif baik, ternyata dlm kes terbaru ini menunjukkan kesan yg patut dibimbangi sekaligus menjadikan negara2 yg membangunkan teknologi nuklear serupa menilai kembali keberkesanan dan kesan kepada manusia sekiranya kejadian letupan nuklear spt di Jepun berlaku. 





Friday, March 11, 2011

Warning! Warning!


Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan.

 __________________________________________________________________________

sekadar renungan. dipetik dari blog http://nasbunnuraini.wordpress.com

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:
  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)


earthquake after earthquake, deep in my heart i am afraid that..dunia semakin hampir kepada kiamat. matikan aku dlm iman dan kesempatan bertaubat. amin.

Tuesday, March 8, 2011

Syukri di mana dikau??


Saya dengan confidentnyer yakin takder saman. Sbbnyer dah check guna sms, mmg 0 summons. tuk dua2 kete yg guna my ic no.mcm tuler lebih kurang reply dpt kat sms. Tup-tup! Dapat tahu hari nie ader saman RM300 kat kete kancil. terkejut jugakler..sbb baru balik Msia bbrp bulan, takder ler sy membawak laju..sy bukan org yg suka speed kat jln raya..mcm ner lak boleh dpt saman??? menambah sedap citer..no plate kete itu di bawah nama insan bernama SYUKRI..
Saper budak bertuah nama SYUKRI nieh?? Sepanjang hayat sy memegang kete kancil tu takder sy kenal or meminjam kete tu kat budak SYUKRI nieh. harus ku selidiki betul2 mcm ner plate kete aku boleh ader namer orang lain yg aku langsung tak kenal. ikut rekod kete tu tak di pinjam kepada sesiapa. so ada spekulasi mengatakan no plate kete telah di ROMPAK oleh penyangak supaya yg kena saman ialah orang lain (dlm kes nie aku ler).

Tapi serius pelik..Syukri?? Kalu plate number tu sy punyer apasal nama tertera tu SYUKRI plak? mestiler nama tu sy punyer?? apasal boleh timbul no plate sama..tapi owner berbeza???

saper2 boleh jelaskan??

Monday, March 7, 2011

Burn baby burn!







Okay, nie bukanlah nak show off my new car or my dream car..tapi nak ulas pasal news dlm harian metro ini hari  tentang 2 kereta musnah dibakar (BUKAN TERBAKAR YER) oleh pencuri yang tak berpuas hati tak dapat mencuri kereta tersebut. kereta itu ialah honda city dan toyota vios.

aper ker hal??? apalah nak jadik...ish-ish-ish..dah la naya orang nak merompak harta orang lain, tak dapat nak rompak pi bakar pulak??? sakit jiwa namanyer. agaknyer bila nak rompak umah orang tu tak dapat, rumah orang pulak nak dibakarnyer...

cariklah keje yang halal. hiduplah sederhana ikut kemampuan. janganlah keje tak mahu, tapi nak kaya, nak mewah, itulah jadi pencetus hati nak buat jahat utk kaya cepat. orang lain yg kita nampak ader kete2 tu tak memperolehi semua tu dgn duk tido jadi pemalas tak buat aper2. sy pasti setiapnyer berusaha utk memperolehi apa yg mereka dapat hari ini. jadi, dari nak dengki orang sampai macam tu sekali, baik keje tul2 dan dapatkan rezeki yg halal, hati pun lapang dan senang, takder lah nak risau polis tangkap dan kena tembak ngan polis.


jadilah manusia sebenar2 manusia. seganas2 binatang, takderlah nak pi rompak umah orang lain or culik kete orang lain. benarlah, bila manusia tak menggunakan akalnya, dia akan jadi lebih teruk dari binatang. tapi bila akal allah kurniakan pdnya dimanfaat betul2, kebaikannya seisi alam.

Friday, March 4, 2011

Iran pun apa kurangnya..























Ini gambar yang dikirimkan oleh pelajar saya dari Iran. Heheheh, pelik jer rasanyer..pelajar PhD lebih tua dari gurunyer..hmm mmg terasa janggal tapi nak buek camno? Nasibler dpt guru kepala pusing mcm I nieh. Terkejut jugak sy tgk gambar2 nieh, terkejut sbb walaupun sy tahu Iran itu negara 4 musim, tapi tak sangka cantiknya tak kurang hebatnya dgn negara2 popular yg orang Malaysia dok berlumba2 nak gi setiap kali bercuti di luar negara. cuti luar negara - mcm gah jer bunyinyer kan kan...tapi skrg nie biasa jer kot sbb now - EVERYONE CAN FLY. hahahaha..

so saper2 cadang nak gi melancong over the sea tu bolehlah consider Iran as one of the destination. kurang2 kita membantu ekonomi negara islam yg lain. asyik2 dok gi LUNDUN, AUSSIE, NZEALAND etc. tukar2 ler angin tu gi tempat lain lak. Lain padang lain belalang, lain tempat lain pengalaman..sy pun menyimpan hasrat boleh ker Iran satu hari nanti.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...