Friday, February 18, 2011

Have we lost our human touch???

Apa agaknya kita rasa apabila dlm saat kritikal kita memerlukan seseorang untuk memahami kesukaran dan kesulitan dialami tetapi mereka gagal untuk mengerti? Ia sesuatu yang melukakan. apatah lagi yang gagal mendengar itu ialah orang penting dlm kehidupan kita, yg scr signifikannya mempengaruhi keadaan yg kita hadapi spt majikan dan pasangan. 

bayangkan, berhadapan kesulitan yg amat kritikal, dan kita memohon pengertian. kita dah tak boleh menahan tekanan demi tekanan dan kita perlukan orang itu mengerti; tetapi kita dibalas dgn jawapan:

'dahlah, jgn menangis kat sini. sini bukan tempat menangis..nie bukan masanya menangis...' 

that the most painful words you could ever spoken to someone who in stressful situations.

kadang2 bila perlu menangani isu2 sensitif spt ini kita perlu lebih toleran terhadap orang lain. apatah lagi jika kita mempunyai kedudukan dlm menentukan baik buruk nasib seseorang ditangan kita. jikalau pun keputusan dah dimuktamadkan, apakah susah benar untuk memberi kata2 yg lebih melegakan perasaan dan sekurang2nya tidak menguris hati orang lain?

memburukkan lagi keadaan ialah apabila wujud kecenderungan membuat keputusan berdasarkan prestasi yg direkodkan dlm sistem. sistem yg berasaskan nombor dan kuantiti semata2. mmglah nombor2 dan angka itu dpt menunjukkan prestasi/kualiti, tapi dapatkan nombor itu menerangkan knp seseorang itu gagal utk memenuhi tuntutan kerjanya? disinilah kita perlukan akal seorang manusia..yang masih blum boleh dikuasai oleh sebijik komputer! 

malangnya, ada yang tak peduli. padanya apa yg dilaporkan itulah hitam putihnya. kenapa gagal  memenuhi kehendak organisasi bukan masalah dia. kalu sistem kata failed, maka failedlah. inilah bahayanya bila segalanya berdasarkan angka. we've lost our human touch. 

sy kira, bila dlm urusan kita perlu berinteraksi dgn manusia lain, kita perlu ada human touch. barulah kita mampu berfungsi lebih berkesan dan tidak membuat justikasi yg cetek. sbb itu kdg2 kena ringan mulut bertanya kenapa gagal? apa masalah?? 

sbb tu agaknya ramai betul manusia tertekan dlm dunia yg serba canggih nie, bila komputer peranannya semakin menggantikan peranan manusia, kita dah seperti robot dlm byk perkara. kita dah lupa menggunakan sensitiviti dan akal budi kita dlm menangani hal manusia lainnya. 

pendek kata, kita gagal mendengar..kita rasa mendengar masalah orang lain tu bukan lagi tanggungjawab kita. sbb tu gamaknya manusia zmn moden perlukan org khusus diupah utk mendengar spt psikatris dan kaunselor sebb org lain dont bother to listen anymore...sbb tu ramai yg sakit jiwanya.

malah ada kenalan pernah berkata:

i dont trust human being anymore. they dont understand, they dont listen..sbb tu i lebih rapat dgn my pets, walaupun mrk tak boleh berckp, tapi mrk boleh tunjukkan mrk faham about my feeling inside. 

that's for me like OUCH...!

harapan sy ialah kita lebih bertoleransi satu sama lain. dlm keadaan yg serba menekan ini, sbnrnya we need each other. we need someone to listen to. jadilah pendengar yg baik. walaupun tak byk boleh dibantu, dengarlah..pd orang yg dibebani masalah, itu jauh bernilai dari segalanya.



No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...