Tempat utk berkongsi cerita-cerita kehidupan seharian juga tempat utk bertemu kawan-kawan. Namapun Bla-bla corner, mcm2 blh cakap, mcm warung kopi maya, corner tuk kita citer-citer :)
Tuesday, February 22, 2011
Email Hantu..
Assalamualaikum....
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.
Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk SAPHIRE WHITE STONE dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan.Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.
Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.
Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini? kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .
Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk SAPHIRE WHITE STONE dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.
Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:
Wassalam...
noraishasiti@yahoo.co.uk
_______________________________________________________________
geram betul sy dgn email2 mcm nie, dah byk kali kena, tapi mmg tak pernah balas. kaki kelentong jer keje. buatler keje berfaedah sikit, duit halal dan tak menipu orang. nama pun entahkan betul entahkan tidak.
Monday, February 21, 2011
Broga Hill Trip
Weekend baru2 nie memang padat dgn aktiviti yg byk memerah keringat dan kekuatan fizikal. Sabtu seawal pagi jam 4 dah bertolak utk trip ke Broga Hill. Sgt excited dan teruja. Sbbnyer mmg berangan2 nak ajak colleagues ke Broga Hill tapi member2 mcm busy jer. Tapi tanpa disangka2, kawan ckp pasal trip ke Broga dgn students nyer maka sy pun mengofferkan diri utk pergi.
Panjat tanpa persediaan..
Apa lagi, excited jer lebih persediaan langsung takder. Dah lah pagi tu tido setengah jam jer, kul 4 dah bangun, dlm keadaan mai2 dan rushing takut kena tinggal tu capai aper yg ader sajer.
baju tebal - kot2 sejuk atas bukit pagi2 buta kan
kamera Nikon D3000
torchlight..
tu sajer..teruk tul kan? dgn konfidennyer naik bukit mcm tu sajer. dlm fikiran nie bersangka baik ajerlah. dulu mmg ler selalu jungle tracking kat taman negara bako, berkali2 sy jungle tracking kat sana yg setiap kali perjalanan ambik masa 3 jam pergi dan 3 jam balik. tapi itu dulu..waktu time2 tingkatan 5, time kepala lutut blum lagi menunjukkan tanda2 menapause..la nie sekian lama tak naik turun bukit..takkan perasan masih mantap mcm dulu kan?? mental distortion betul. anyway sbb lain sy naik dgn begitu sempoi ialah sbb katenyer takderlah tinggi bebenor..track jer senang dan clear. so sy pun percayalah.
Parking dlm ladang kelapa sawit
Dlm kul 4 lebih tu dah ader kumpulan manusia kat kaki bukit Broga tu. Parking pulak dlm kelapa sawit..pergh..mmg unik betul. kul pat lebih pagi bayangkan. kalu sorang2 rasanya takkan jadi kenyataan. tapi sbb ramai2..lebih kurang 5 buah kete pergi dan ms sampai tu pun dah ader bbrp bijik kete dan kumpulan manusia menanti maka ketakutan dek kegelapan dan kesunyian tu tak dirasai. maka pendakian pun bermula...
Climb up using hand and feet, climb down with butt!
baiknyer, mmg track tu senang diikuti. tapi yg sy tak sangka ialah bukit ke Broga Hill tu walaupun hanya 1.7 km, tapi steep! nampak cam mudah tapi susah. ikut pengalaman naik bukit dulu2, naik susah turun senang, tapi rasanya yg nie sama susah. turun lagi susah kot sbb tak boleh nak berdiri tegak, coz curam ke bawah. so terpaksalah climb down with ****. Betul..kelakar pun ader. Berbahaya pun ia jugak, sbb slippery. salah turun atau naik akan tergelongsor ke bawah, dan sgt2 berbahaya pd sy. so kena turun pelahan2 dan merangkak mcm baby belajar mengensot.
tapi pemandangannyer worth the effort ler. kami sampai dlm kul 5 lebih. and pasti kalu u all perasan sabtu lalu langit sangat cerah dgn bulan yg cemerlang gemilang bersinar. time kami sampai bulan msh mencanak di kaki langit. mmg view dia outstanding! menjelang 6 pagi semakin ramai kumpulan manusia naik ke atas Broga Hill. Wah, tak sangka meriah tul tgh hutan nie dgn orang. mcm kat gambar bwh nieh..
sakit2 badan
balik umah sy mandi2, buat aper yg patut dlm sejam pastu terus tertido sampai ke malam. bangun sekejap2 sajer tuk pergi bilik air, makan, solat pastu tido balik. sgt2 tak larat. kepala lutut rasa nak tercabut rasanya. and even now masih sakit badan2 lagi. 2 hari nie dihabiskan dgn tido tido dan tido. naik nyer sekejap sajer, tapi nak cover balik rasa sakit badan tu berhari2. barangkali menambah rasa penat itu ialah tido tak ader and terus naik bukit..ha sendiri mau ingat la.
ada pun gambar2 ini adalah gambar dari blog or koleksi orang lain sy ceduk di internet. gambar sendiri akan menyusul nanti. tak sempat nak upload sbb asyik tido jer nak cover balik energy. aper pun seronok. kalu ader o ffer lagi sekali...hmm tgk ler dulu..
Friday, February 18, 2011
how to avoid road rage
sy percaya kat Malaysia kita ader ramai orang yg agresif dan berbahaya di jalanan. lihat sajerlah setiap hari, kiter mmg akan terserempak dgn individu yang memandu secara agresif, berbahaya dan yang tak takut bertindak agresif terhadap orang lain hingga membahayakan keselamatan pengguna lain.
pakar berkaitan road rage ini mengatakanjika bertembung dgn individu pembuli jalan ini, perkara utama yg harus dilakukan ialah:
jangan berikan jelingan tajam atau membuat kontak mata secara terus dengan mereka kerana pembuli jalan biasanya berada dlm mood 'agresif' dan renungan tajam akan ditafsir sebagai mencabar dirinya. ada baiknya elakkan diri dari bersemuka secara terus atau minta pertolongan orang lain jika perlu.
ingat, jangan beri jelingan yg tajam..
renungan menggoda mungkin boleh..
Have we lost our human touch???
Apa agaknya kita rasa apabila dlm saat kritikal kita memerlukan seseorang untuk memahami kesukaran dan kesulitan dialami tetapi mereka gagal untuk mengerti? Ia sesuatu yang melukakan. apatah lagi yang gagal mendengar itu ialah orang penting dlm kehidupan kita, yg scr signifikannya mempengaruhi keadaan yg kita hadapi spt majikan dan pasangan.
bayangkan, berhadapan kesulitan yg amat kritikal, dan kita memohon pengertian. kita dah tak boleh menahan tekanan demi tekanan dan kita perlukan orang itu mengerti; tetapi kita dibalas dgn jawapan:
'dahlah, jgn menangis kat sini. sini bukan tempat menangis..nie bukan masanya menangis...'
that the most painful words you could ever spoken to someone who in stressful situations.
memburukkan lagi keadaan ialah apabila wujud kecenderungan membuat keputusan berdasarkan prestasi yg direkodkan dlm sistem. sistem yg berasaskan nombor dan kuantiti semata2. mmglah nombor2 dan angka itu dpt menunjukkan prestasi/kualiti, tapi dapatkan nombor itu menerangkan knp seseorang itu gagal utk memenuhi tuntutan kerjanya? disinilah kita perlukan akal seorang manusia..yang masih blum boleh dikuasai oleh sebijik komputer!
malangnya, ada yang tak peduli. padanya apa yg dilaporkan itulah hitam putihnya. kenapa gagal memenuhi kehendak organisasi bukan masalah dia. kalu sistem kata failed, maka failedlah. inilah bahayanya bila segalanya berdasarkan angka. we've lost our human touch.
sy kira, bila dlm urusan kita perlu berinteraksi dgn manusia lain, kita perlu ada human touch. barulah kita mampu berfungsi lebih berkesan dan tidak membuat justikasi yg cetek. sbb itu kdg2 kena ringan mulut bertanya kenapa gagal? apa masalah??
sbb tu agaknya ramai betul manusia tertekan dlm dunia yg serba canggih nie, bila komputer peranannya semakin menggantikan peranan manusia, kita dah seperti robot dlm byk perkara. kita dah lupa menggunakan sensitiviti dan akal budi kita dlm menangani hal manusia lainnya.
pendek kata, kita gagal mendengar..kita rasa mendengar masalah orang lain tu bukan lagi tanggungjawab kita. sbb tu gamaknya manusia zmn moden perlukan org khusus diupah utk mendengar spt psikatris dan kaunselor sebb org lain dont bother to listen anymore...sbb tu ramai yg sakit jiwanya.
malah ada kenalan pernah berkata:
i dont trust human being anymore. they dont understand, they dont listen..sbb tu i lebih rapat dgn my pets, walaupun mrk tak boleh berckp, tapi mrk boleh tunjukkan mrk faham about my feeling inside.
that's for me like OUCH...!
harapan sy ialah kita lebih bertoleransi satu sama lain. dlm keadaan yg serba menekan ini, sbnrnya we need each other. we need someone to listen to. jadilah pendengar yg baik. walaupun tak byk boleh dibantu, dengarlah..pd orang yg dibebani masalah, itu jauh bernilai dari segalanya.
Time goes by so fast...
These pictures have nothing to do with my topic. i chose these photos because I like the expressions and the colors. refreshing.
Baru-baru ini sy diamanahkan menjaga rumah kawan yang pulang bercuti ke Iran selama 3 bulan. Sy memegang kunci rumahnyer dgn ingatan untuk menengok2 rumahnyer sepanjang dia kepergian. Sy tanpa byk soal pun mengiyakan saja, kerana sy berasa mampu melaksanakan tanggungjawab itu. Hanya melihat2 rumah, yg sy fikir hanya mengambil masa saya tidak lama.
dia kembali ke Iran dan saya menjalani kehidupan seperti biasa: pergi balik kerja, buat PhD corrections, buat kerja, balik kerja..rutin harian..
as time goes by...
'Hey, I have just arrived in KL.' Nie lebih kurang bunyi sms-nyer. Sy yg ketika itu sedang membuat keje di rumah (weekend pun buat keje kat rumah?? unfortunately yes..lecturers workloads skrg nie byk, homework is not uncommon these days) terkujat sekejap?? aik? so early?? she said to me last time for three months..
I replied. "Is it 3 months already??" and to my surprise she replied back 'Yes'. I was like OMG!
2 perkara disini:
1. How bad I am, orang amanahkan tgk rumah, I keep saying to myself..okay next week i will pay a visit. and the other next week..okay tomorrow..then tomorrow i got something else to do and i simply forgot.okay next week lah! now its 3 months already.
2. time goes by so fast. whether we realise it or not. 3 months now feel like nothing.
luckily nothing bad happened. cuma sy tak sangka dah 3 bulan berlalu. moral of the story, if you have urgent things to do, better not delay it, if possible, take the matter immediately. this is applicable in everything we do everyday. time is getting shorter and shorter, faster and faster (at least this is how i feel). so if you do unproductive things (dreaming all day, doing nothing at all, just being a coach potato), just imagine all the valuable time that you just wasted. not everyone is kind enough to remind you about how you spend your time. most of the time, it must come from your own self-conscious.
as for me, this story is not just talking about how neglectful i am can be sometimes, but also reflects how far I have progressed within the period. sob..sob..i feel nothing much.
some people say that you feel that time goes by so fast when you are having fun....but am I???
Wednesday, February 16, 2011
Kemurungan..dapatkan bantuan
Kemurungan yg kronik mmg boleh mencetuskan bunuh diri. kajian2 lepas memang mengatakan wujudnya perkaitan dgn kemurungan dan bunuh diri. kemurungan bukan msalah individu tetapi mslh bersama. pentingya individu yg hampir dgn penghidap utk menyedari risiko2 yg boleh berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya spt:
kerap bertanya khabar dgn penghidap
jadi orang yang boleh menjadi tempat mengadu masalah
mengawasi tingkah laku berisiko (enggan makan, bercakap mengenai keinginan bunuh diri, mencari/mengumpul benda2 berbahaya spt pisau, racun,etc)
dapatkan pertolongan dari orang lain (spt doktor yg merawat mangsa, kaunselor, kaum keluarga)
mengawasi dgn lebih ketat perlakuan mangsa ketika bersama anak2.
orang yg menghidap kemurungan ini biasanya:
sentiasa diharungi perasaan kesedihan
hilang keseronokan terhadap kehidupan sendiri
hidup merasa kosong
merasa gagal dalam hidup
merasa dirinya tidak berguna
rasa bersalah
tidak bermotivasi
masalah untuk tidur (kurang tidur atau tidur berlebihan)
resah dan gelisah
hilang selera makan
hilang fokus dan tumpuan terhadap aktiviti dilakukan
banyak berkhayal sendirian
pada peringkat kronik ia boleh mencetuskan perasaan:
ingin membunuh diri
tidak mahu makan dan minum
halusinasi dan delusi
kemurungan harus dirawati. orang yg menghidapinya mungkin terlalu 'tak bertenaga' utk mengambil inisiatif sendiri jadi orang disekeliling mrk memainkan peranan kritikal utk membantu mangsa keluar dari kemurungannya samada melalui bantuan perubatan, terapi dan sokongan sosial. bagi orang yg mempunyai tanda2 kemurungan dlm diri, nasihat sy, jgn biarkan perasaan 'living in blues' itu berterusan. carilah bantuan dan sokongan sebelum terlambat. carilah seseorang yang anda percayai untuk berkongsi masalah.
GET HELP BEFORE ITS TOO LATE
- Tele kaunseling DBKL:
- UNIT TELE KAUNSELING DBKL, TINGKAT 1, MENARA DBKL 1, JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
- talian bebas tol 1-800-88-2600 talian terus 03-26947657, 0326179905 faks 03-26947912 Unit Psikologi dan Kaunseling UKM Bangi 03-8921 3956 (encik Shamsul untuk membuat temujanji dengan kaunselor) Paling penting: ia PERCUMA!
Sunday, February 13, 2011
Valentine Day...perlukah?
Iyer, agak kontroversi jugak isu nie. setiap kali VD tiba, pasti ada suara menentang dan tak kurang pulak mempertahankannya. Sy bukanlah alim amat, tapi personally sbg seorang muslim sy rasa tak perlulah VD nie semua. Menunjukkan kasih sayang mmglah amat digalakkan tapi sblm kita terus mengikut trend dan culture nie ada baik kiter study dulu latar belakang sejarah VD itu sendiri. jika ia sebenarnya sbg hari mengingati seorang paderi kristian bernama Valentino, maka buat aperlah kita nak mengikut sama??? Kalu nak jugak sambut hari berkasih-kasihan, jadikan hari lahir atau hari ulang tahun perkahwinan itu extra special utk tunjukkan kasih sayang.
tapi jika kawan2 lain yg bukan muslim nak menyambut VD, itu hak mereka. barangkali dlm agama dan anutan kepercayaan mrk, VD tu tak salah. tapi dlm Islam benda nie dah terang2 dikatakan tidak patut dijadikan trend ikutan orang Islam maka lebih baik lupakan saja. nanti tak pasal2 tercalar akidah kiter tanpa sengaja.
lagipun thn nie VD nie sgt hampir dgn maulidur rasul. mana yg lebih kita utamakan??? adakah hari mengingati kekasih itu lebih penting dari mengingati pembimbing akhir zmn kita?? renung2kanlah. ada baiknya jadikan 15hb tu sbg agenda penting bulan nie. sy pasti byk surau dan masjid mengadakan ceramah dan aktiviti kemasyarakatan pd hari tersebut. baiklah itu kiter sertai. dapat jugak kita sebarkan kasih sayang pd komuniti dan mengenali jiran tetangga dgn lebih dekat lagi. itupun kasih sayang...
Sunday, February 6, 2011
Materialistic Girl - sexy chick
Sekarang nie semakin kerap kiter dengar pelajar2 IPT terutamanya perempuan menjadi teman sosial full time @ part time semata2 utk mendapatkan pendapatan bulanan yg lumayan. Semuanya untuk membiayai kehidupan kota dan keinginan material yg tidak dinafikan...semuanya perlukan wang wang wang wang! Inilah kesan buruk bila materialistik menjajah kehidupan kiter. segalanya perlu wang, dulu zmn2 dulu agaknyer orang kata giler kalu kiter charge orang nak buang air besar/kecik. sekarang nieh...ader sesetengah tandas moden ada harga berbeza utk jenis pembuangan yg nak dilakukan - kecik/besar. bayangkan...
berbalik pd hal di atas, mengikut metro hari nie punyer citer..gadis2 nie memberi alasan wang dan keperluan hidup yang tinggi sebagai alasan mrk terlibat dlm profesion yg tak diiktiraf nie. mrk kater sebulan keje boleh dpt RM10k. jadik, aper kelas keje biasa yg gaji ciput2..keje 10-20 thn baru nak cecah byk tu, klau pun bernasib baik. jadik lebih baik jadi teman sosial dari jadi eksekutif biasa yg perah otak semata2 nak dpt 3-5 ribu sebulan.
geleng-geleng...
satu lagi attitudes zmn moden yg bahaya ialah biler semuanya nak cepat , mudah dan segera. cepat segera tu mmg ler baik tapi tgk context jugak, contohnya bab menyiapkan tugasan penting or urgent ker. tapi takkan sampai nie pun nak cepat, mudah dan segera?? agaknya tu pasal ramai yg terlibat dlm aktiviti jenayah samun, edar dadah, jadi teman sosial/pelacur..sebab ini cara cepat dan mudah dpt duit banyak tanpa perlu keje lebih. aper punyer attitudes.
agaknya mrk lupa, mmg cepat dan segera tapi selalunya yg cepat dan segera yg mcm nie lah yg dtg jugak dgn risiko yg amat tinggi dan selalunya mmg akan menjahanamkan hidup..kalu tak sekarang kemudian hari. skrg nie tgh bergetah dan muda mmg ler enjoy sakan, tapi sampai biler?? ader yg kater, sementara sajer, bila dah cukup duit berhenti lah dan buat bisnes. aik...timbul isu lain pulak dah..halal haram..dan keberkatan.
satu benda yg perlu kiter ingat dlm hidup ini ialah setiap apa kiter lakukan, ia bukan satu2 segment yg terasing dan tidak memberi kesan pd aper2 yg lain dlm hidup kiter. tidak. A akan effects B, B effects C dan strusnya. apa yg sy nak ckp disini ialah pentingnya membetulkan cara kiter dari awal lagi. bagaimana yg bengkok itu boleh kita harapkan lurus penghujungnyer??
teori-teori
kalu nak ditundingkan jari, ada byk alasan kiter boleh bagi mengapa semua nie berlaku. agama, nilai budaya, cara dibesarkan, masyarakat..senarainya takkan habis..inilah yg dikatakan sbg domino effects. tumbang yg satu maka tumbanglah yg lain2nyer.
benci wang
kdg2 biler sy memandang wang, sy rasa geram dan sakit hati. saperlah yg invent nilai wang dan menjadikannya begitu penting spt yg ada sekarang sehingga ia menjadi raja dlm hidup semua orang dan dalam menentukan kehidupan kiter. orang lakukan aper2 sajer semata2 utk mendapatkan wang. suka atau tidak, kiter bekerja utk wang..kerana dgn wang itulah baru kiter dpt aper kiter nak.
dulu wang kepentingannya takderlah mcm sekarang. skrg nie, every single things they measure with money. dulu guna wang jugak tapi bukan diperlukan dlm semua perkara. ader 2-3 benda jer yg perlukan wang. skrg kencing pun nak wang. zmn dulu, bertani sendiri utk dptkan sayur, pelihara ayam sendiri utk mkn daging, buat sabun sendiri, buat rumah sendiri...buat kain sendiri. zmn dlu rasanya takderlah se-stress nie rasanyer. takder wang pun boleh relax lagi, boleh makan, boleh hidup dll.
kiter jadi mcm nie kerana tangan kiter sendiri. kiter mencipta satu sistem msykt yg menyusahkan diri sendiri akhirnya. tapi nak buat mcm ner??? teringat kata2 seorang teman, filem the matrix itu sbnrnya dpt menggambarkan kehidupan yg kiter lalui sekarang. dlm erti kata lain, ada manusia dlm dunia nie yg begitu powerful yg scr halus mengawal dan menentu cara hidup kiter. walaupun kiter tak suka tapi kite tiada pilihan melainkan ikut. namun siapa orangnyer/organisasinya..itu kena kiter fikir dimana punca mslhnyer...
Wednesday, February 2, 2011
Gong Xi Fa Cai
I would like to take this opportunity to wish all my chinese friends a happy chinese new year 2011 and gong xi fa cai. May this year bring more happiness and prosperity. rabbit is a symbol of productivity, so hopefully we can work hard together and all our efforts would be fruitful at the end.
GONG XI FA CAI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini
Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...
-
Salam hujung minggu, Okay, rasanya sudah sebulan sejak saya overhaul skincare product saya dari Clinique ke Kiehl's. Hari tu saya ju...
-
Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. ...
-
Salam 2019, Lamanyer tak menjenguk blog ini. Kesibukan kerja seharian dan juga menjaga si Muaz menjadikan segala waktu yang ada...