Friday, December 23, 2011

bahaya minda bersubsidi

kasut yang berbunga



Rasanya sudah agak terlalu lama menyepikan diri dari blogspot ini. Dulu inilah 'corner' tempat release tension buat PhD, now zmn itu dah berlalu. And kesibukan kerja dan komitmen lainnya menjadi segalanya terhalang begitu saja, kepenatan dan segala macam..mungkin jugak MALAS!

takder aper menarik nak dikongsi, cuma teringin berkongsi beberapa perkara yg saya perhatikan sepanjang tempoh berpantang blog ini dan ketika membuat fieldwork dalam beberapa research project berbeza.

kdg2 pertolongan itu boleh merugikan...kerana ia berpotensi melahirkan minda bersubsidi. itu yang saya nampak dalam beberapa situasi dalam masyarakat. segalanya kena disponsored kerajaan, FREE OF CHARGE. bila disuruh independent mulalah banyak excuses diberi dan mulalah mengkritik ini tak cukup, itu tak cukup, sbb kerajaan tak bagi peruntukan. tak diberi pun salah, beri pun salah.

itulah yang Dr M kata sbg Melayu bertongkat. saya kira kerajaan kena lakukan sesuatu utk mengikis minda ini kerana survival orang Melayu akan tumpul jika ada minda subsidi. dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak dapat dijangka, tidak stabil dan segala macam isu dunia, Melayu tidak boleh selamanya berfikiran akan dibantu jika kesusahan. bantuan one off itu okay, tapi selamanya?? bila naik lemak dan minyak, penyakit malas akan timbul.

contoh paling mudah - pelajar IPT yg selalu komplen duit PTPTN tak cukup, rasanya mana ader duit yg cukup? tambah byk mana pun, bila duit dipandu nafsu, semua nak beli, rasanya sy sendiri pun yg dah bekerja rasa duit gaji tak pernah nak cukup, kalu boleh sentiasa nak lebih. tapi bagaimana menampung kekurangan itu? tak ramai pelajar melayu yg bekerja utk menampung perbelanjaan kampus mereka, ini berbeza dgn pelajar bangsa lain/asing yg rajin bekerja utk duit poket dan perbelanjaan. masih jugak boleh skor exam dan lulus cemerlang. ini semua terpulang pada time management, attitude dan komitmen masing2.

melayu mesti berfikir utk independent, dan jangan terlalu bergantung sangat kepada bantuan. utk jangka masa pendek, ia kelebihan, tapi jangka masa panjang - PENYAKIT!

Saturday, October 22, 2011

Misteri Tua..bukan Misteri Rumah Tua

Left: usia 21 tahun; Right: usia 26 tahun

A 26-year-old Vietnamese woman has left doctors baffled as she lost her once youthful appearance.

Nguyen Thi Phuong believes that an allergic reaction to seafood she ate in 2008, caused the skin over her face and body to sag and wrinkle. It has come to light now, as she has shown her face in public for the first time since it happened.

Her story has led health experts to question what could have triggered her rapid aging as pictures show Phuong looking like two different people.

Lebih lanjut klik NGUYEN 

Seram tul baca kisah perempuan nie. Dalam masa beberapa tahun, dia mengalami ketuaan ekspress yang berlaku pada kadar yang sangat cepat!!! SKII product company pun boleh angkat bendera putih nih for sure. Doktor masih misteri dengan perubahan fisiologi badan dia nie. Semuanya bermula dengan alergi makanan laut yg menyebabkan gatal2 seluruh badan. Lepas tu dia pergilah berubat, bermacam2 ubat digunakan tapi tak jugak sembuh sehinggalah dia menggunakan satu perubatan cina nie mmg gatal tu hilang tetapi timbul pulak masalah lain - berlaku kerepotan kulit walaupun tak mengalami esteoporosis, gigi rapuh, beruban, nyanyuk atau seangkatan dengannya yg selalu orang2 tua menghidapi.

Garu kepala - mungkin ini berpunca daripada alergi dan diterukkan lagi oleh segala macam ubat yg digunakannya utk menghilangkan gatal2 alergi dialaminya. tapi takder pulak dia jumpa doktor pakar kerana tak mahu dibebankan oleh kos kewangan perubatan. wui, menakutkan pengalaman perempuan ini. adalah mustahil untuk menegangkan kembali kulit seperti wanita muda sedia kala. mungkin penyakitnya dapat dikenalpasti dan diminimakan tetapi utk mengubah semua kendur2an itu adalah mission impossible. jika dapat dihilangkan kendur2an itu, nescaya akan mendapat nobel price doktor yg mengubatinya dan nenek2 dan datuk2 kita semuanya akan kembali muda sedia kala walaupun berusia. kweng3.

Ghadafi - Jatuhnya seorang diktator


Berakhirnya sudah pemerintahan diktator pemimpin Libya - Mohamad Ghadafi dengan kematiannya dilaporkan secara global semalam. Saya bukanlah penggemar Ghadafi dan bukan pula mengikuti perkembangan Libya secara dekat dan terperinci, tapi saya tahu apa berlaku. Saya menulis entri ini kerana terpanggil untuk meluahkan rasa tidak senang di atas cara jasadnya dan dirinya dilayan oleh mereka yang berjaya menangkapnya di saat2 akhir kematiannya. Saya bukanlah menyanjung Ghadafi tetapi saya kira kita perlu ada sifat belas ikhsan dan kemanusiaan sesama manusia. Apakah berguna sepak terajang pada jasad yg tidak bermaya?

Tapi dari satu sisi yang lain, mungkin ini luahan perasaan kebencian yg berakar umbi sejak sekian lama. Juga mungkin rasa balas dendam di atas kekejaman yg pernah Ghadafi lakukan ke atas rakyatnya sendiri. Mungkin ada saudara mara pemberontak ini pernah mendapat nasib serupa Ghadafi. Tapi sekali lagi, wajarkah kita membalasnya dengan perbuatan serupa? Mungkin agaknya sukar utk kekal simpati jika memikirkan kekejaman yg dilakukannya. Tapi disitu juga kekuatan diri teruji, untuk tidak bersifat kejam terhadap orang yg pernah menganiayai kita.

Saya melihat wujud kecenderungan masyarakt Timur Tengah (mungkin tidak semua), untuk bersifat kejam ke atas jasad2 musuh mereka. Saya pun tak pasti ini budaya atau pun aper. Mungkin pernah juga berlaku di Eropah. Tapi yang pasti saya tidak menyukainya. Janganlah kita di Malaysia jadi macam ni. Please have mercy!

Saya juga pelajari sesuatu dari kejatuhan demi kejatuhan pemimpin2 dunia ini - bahawa kita tak selamanya kekal memerintah dan berkuasa. Jadi sementelah berkuasa, perintahlah dengan adil, saksama dan dengan niat utk kesejahteraan rakyat2 jelata. Berbuat baiklah tanpa mengira status/darjat kerana satu hari nanti bila sudah tidak berkuasa, maka di situ kita melihat harga diri kita sebenar dan perasaan yang orang punyai terhadap kita. Pemimpin yg baik akan terus disayangi tidak kira saatnya berkuasa mahupun sebaliknya.

Moga rakyat Libya akan bersatu membina ketamadunan bangsa mereka. Lebih aman sejahtera dan bukan keluar mulut rimau masuk mulut buaya. Moga Libya tidak akan menerima nasib seperti rakya Iraq yg sengsara tidak berkesudahan.

Sunday, October 16, 2011

Baru ader weekend!

sementara menanti geng utk kuar berambu ramba :-)
Alhamdulillah, ader jugak weekend aku bulan nie. Kalu idak, memang ler pecah rekod. Itu baru pensyarah cabuk, blum lagi jadi Perdana Menteri Malaysia, hari2 saya tengok ader jer majlis nak attend. Tak tau ler mcam maner Datuk Seri Najib nie berehat. Saya nie pun tercungap2 bila aktiviti tak henti2 sepanjang weekdays/weekends. Lepas balik research fieldwork hari Jumaat lepas sampai semalam, membuta jer kat umah. Okaylah, saya nie manusia, bukan robot. Robot pun perlu di recharge aper, niekan pulak manusia. Aku perlukan rehat. Tengah memikir utk memohon cuti..I think I need a break.

Note: Takperlah PM, saya tak pernah pun jeles dengan PM punyer jawatan. Betapa besarnya tanggungjawab. La nie pun tak larat. Takperlah, jadi rakyat biasa jerlah. Kweng3.

Bolehkah hidup tanpa maid???

Pasti dah gundah gulana ibu-ibu dan bapak2 sekalian mendengar khabar terbaru tentang maids kat Malaysia nie. Indonesia blum memberi kata putus jelas tentang penghantaran maids di Malaysia kerana masih tak berpuas hati dengan syarat2 yg Malaysia tawarkan. Terbaru, Cambodia pun dah melarang rakyatnya dari menjadi maid di Malaysia gara2 laporan ader rakyatnya yang menjadi mangsa penderaan fizikal, emosi, seksual dan mendapat layanan buruk dari majikan Malaysia. So Malaysia menyertai negara Arab dalam senarai hitam mereka. Rosak nila setitik rosak susu sebelanga!

Mesti pening-pening-pening fikir anak2 tanpa maid macam ner kan kan kan? Live in maid nie tidak dinafikan menjimatkan kewangan ibubapa yg mempunyai anak lebih dari seorang utk dijaga. Imagine kalu di hantar ke nursery, satu kepala dah RM300, kalu 5 kepala??? (RM300X5= RM1500)..mahu pecah kocek seluar nak bayar??? Berbanding live in maid - RM400 tuk jaga semua.

Tapi sy melihat keadaan semasa nie dengan satu persoalan dikepala..kita perlu memikirkan strategi untuk mengurangkan penggunaan live in maid di Malaysia. Sudah tiba masanya kita memikirkan cara untuk menggunakan sumber kita sendiri dan kurangkan pergantungan dari sumber luar kerana ia akan mendatangkan masalah spt yg kita alami sekarang.

Masa duduk di Australia dulu, memang tak jumpa lagi mana2 umah pakai live in maid nieh. bukan takder anak2 kecik kat umah tu, berderet pun ader gak anak2 diaorang, tapi they can manage their life. and ini yg buat saya tertanya2..mengapa kita tak mampu berbuat yg sama? apa kurangnya kita? apa kurangnya sistem kita sehingga kita menjadi terlalu bergantung kepada maid luar nih? maid lari bukan isu baru. cubalah tgk jiran2 or kawan2 yg pernah hilang maid/maid lari jadi aper?? huru hara beb! tu belum maid tangan panjang dan bawak lelaki kat umah masa majikan takder? blum masuk lagi yg mendera anak2 majikan dan melayan mereka dengan teruk.

Tapi apakah ini blessing in disguise???

Saya kira untuk menangani isu ini perlukan kerjasama semua pihak, dari penggubal dasar, majikan dan keluarga itu sendiri. anjakan paradigma harus dilakukan. Idea yg boleh saya kemukakan:

1. Ibu dibenarkan cuti maksimum setahun. 3 bulan pertama cuti bergaji penuh. tapi 9 bulan seterusnya atas pilihan sendiri. cuti tanpa gaji. tapi cuti ini tidak menjejaskan perkembangan karier ibu yg mengambil keputusan membesarkan anak. anak aset negara jugak anyway, bukanker itu pun pengorbanan wanita???

2. Waktu kerja flexible. Ibu yg mempunyai anak kecil dibenarkan datang keje jam 9 utk uruskan anak tetapi balik keje pun kena lewat sedikit berbanding kakitangan yg masuk keje awal.

3. Nursery satu kewajipan majikan untuk pekerja mereka. Disediakan nursery di tempat keje so ibu2 nie tak perlulah risau nak berkejar ke sana ke mari utk jenguk anak/menyusukan anak kecil mereka. bila ada nursery di tempat kerja yg sama, fikiran pun lebih tenang dan boleh fokus keje..tak gitu??

4. Bagi yang menghantar anak ke nursery lebih dari seorang, ada diskaun nursery..lagi byk hantar, lagi byk diskaun.

5. Wujudkan servis baby sitter separuh masa. Maksudnyer mcm yg selalu dipraktiskan di negara barat. boleh bayar baby sitter/maid utk 3-4 jam, bayaran bergantung kepada jumlah jam servis mereka.

6. Gunakan live in maid ketika anak2 kecil sahaja. bila dah besar, masuk sekolah rendah dah boleh berdikari, maid dihentikan dan anak2 diberi tanggungjawab berdikari mengurus kehidupan sendiri. berikan tugas2 rumahtangga yang mudah kepada mereka seperti - mencuci pinggan, sidai baju, kemas bilik sendiri, buang sampah, merumput. sya tak nampak knp maid kena buat semua ini bilamana ada anak2 besar di dalam rumah itu sendiri. anak2 perlu diajar berdikari supaya mereka mampu menguruskan diri, dan belajar erti tanggungjawab. takderlah kekok menguruskan diri sendiri bila keadaan memerlukan. basuh pinggan pun tak reti kalu everthing maid kena buat! mengajar anak berdikari pun baik dari aspek pembinaan karakter anak. sebab kalu sy, sy mahukan anak yg berdikari dan tahu memikul tanggungjawab, bukan tahu memberi arahan sahaja!

7. Bapak2 pun kena rajin membantu keluarga di rumah. Contoh terbaik adalah melalui teladan. Bila semua orang dalam rumah ader tanggungjawab dan peranan masing2..maka lebih cerah peluang utk anak2 ikut serta dan tak berkira.

8. Baiknyer buat aktiviti bersama keluarga ialah merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. bila buat keje sama2 maka ikatan kekeluargaan itu lebih terserlah. bila kebergantungan maid dapat dikurangkan, takderlah anak2 penasaran bila maid takder. kadang2 maid lebih disayangi oleh anak2 berbanding ibu sendiri. ini sepatutnya menjadi wake up call kepada ibubapa bagaimana keluarga itu sudah terlalu bergantung kepada maid pd tahap yg ekstrim. sesuatu harus dilakukan. pengorbanan perlu dibuat oleh ibubapa. pengorbanan dalam erti sanggup mengambil tanggungjawab domestik lebih dan bukan hanya fikir keje ofis saja. bukankah tugas hakiki ibubapa ialah pada anak2 mereka, sebelum jatuh kepada keje?? bukan sebaliknya.


bila kita ada mentaliti hanya dgn ader maid baru kehidupan terurus, selama2nya kita bergantung kepada maid. sebenarnya, kita mempunyai kapasiti utk berdikari dan kurang bergantung kepada maid.

Monday, October 10, 2011

Kalau dah jodoh....






Paul McCartney - ahli kumpulan Beatles terkenal 60-70an dulu kini berkahwin semula kali ke tiga. Aish, senang betul dioarg ni dapat pengganti. Kadang2 kagum pun ya gak, even artis Malaysia pun, dalam tempoh bbrp tahun dah bberapa kali berkahwin. Sungguh mudah jodoh mereka!

Ada orang trauma bila dah bercerai and ambik masa untuk menjalinkan hbungan baru, tapi ada orang begitu mudah melupakan sejarah pahit mereka dan move on dengan life. mungkin juga berkahwin baru ASAP nie sebagai cara untuk melupakan kenangan pahit tu kot.

Kagumnyer, McCartney nie bukan muda lagi wei, dah almost 70 year old!!! Cinta tak mengenal usia and cinta muda sentiasa. Suka atilah McCartney asal kau bahagia. hehe. BTW, quite surprised to know that his couple - Nancy umur 51 tahun. Waaa makcik nie tak macam 51 tahun kan? muda cantik solid ramping dan macam  30an jer aku tengok. apakah rahsianya???

Sunday, October 9, 2011

Ada apa dengan Soffiya???






Ada banyak komen negatif pasal cerita Soffiya TV3 yg ditayangkan jam 7 setiap minggu. Saya tak melihat filem itu sebagai tak sesuai. malah dari satu aspek sy melihat filem itu realistik dalam menggambarkan masalah sosial semasa yang berlaku dalam masyarakat kita. ada yang mengatakan drama itu terlalu berat, sedangkan khalayak perlukan sesuatu yang santai untuk dijadikan hiburan. tapi jangan kita lupa filem tidak semestinya wadah menghiburkan saja, ia juga medium berkesan utk mendidik masyarakat.

kdg2 sy melihat ini sebagai ketidaksediaan segelintir msyrkt utk mendepani masalah yang sekian lama ada dlm msykt kita - sumbang mahram. kalu boleh, tak nak ambik tau, tak mau tau, biarkan ia mcm tu dan kita rasa benda tu bukan berlaku pada kita pun. sedangkan drama soffiya itu sy lihat byk adegan awal watak utama dgn ayahnya menggambarkan situasi yg sering berlaku dan dihadapi oleh mangsa dera seksual. inilah yg perlu kita ketahui dan ambil tahu.

sy kira sy belajar banyak benda dari cerita soffiya berbanding drama melayu zmn sekarang yg sptnya kembali ke alam mistik dan penuh dgn kepercayaan karut.

Friday, October 7, 2011

RIP Steve Jobs





Rest in peace to Steve Jobs. Walaupun saya bukanlah pengguna gadgets keluaran Apple Co. tetapi saya amat mengetahui kecanggihan produk keluaran Apple ini. Ipods, Iphone, Ipads adalah antara keluaran syarikat mendiang yg mendapat sambutan penduduk seluruh dunia. Masa di Aussie, susah benar nak tgk orang tak pakai produk Apple nie. Sanggup orang beratur kat kedai Apple hanya untuk mendapatkan produk terbaru Apple di pasaran. MCm nak beli goreng pisang panas pun ya gak. Punyerlah taksub dgn produk Jobs nie.

Anyway, orangnya telah meninggalkan dunia ini 2 hari lalu. Masa muda hensem jugak mamat nie. Tapi penyakit kanser yg dideritainya mengambil nyawanya pada saat syarikatnya sedang menikmati kemasyhuran yang luar biasa hasil inovasi yang dilakukannya. latest picture dia mmg kurus kering sajer, tapi kagum akan semangatnya itu. takder pulak dia terbaring tak buat aper2 just tunggu malaikat maut menjemput. dia tetap tampil dihadapan khalayak dan memperkenalkan produknya walaupun tengah kritikal. semangat inilah yang patut kita contohi.

I salute you sir. RIP.

Monday, October 3, 2011

Pesanan buat anak murid...

First time in my life, masuk bicara tatatertib pelajar. Walaupun sekadar saksi bisu di meja 'mahkamah' tetapi cukup mendebarkan jugak. Iyerlah, nak sabitkan tuduhan kepada pelajar bukan perkara remeh temeh yg boleh ditertawakan. Ia melibatkan MASA DEPAN insan yang dibicarakan.

Bukan niat nak bercerita kisah pelajar ni secara details, cukup saya nak jelaskan disini ialah moral of the story. Janganlah terlalu taksub untuk lulus periksa sehingga sanggup buat perkara yang menyalahi etika kita sebagai manusia. Luluslah sebagai pelajar yg berusaha atas daya usaha sendiri, bukannya guna 'kaedah alternatif' termasuklah meniru dalam exam/mengorat pensyarah. Anda mungkin boleh lepas malah berjaya pun dengan kaedah itu, tapi anda akan lahir sebagai graduan yang tidak berkualiti karakter dan peribadinya.
Nasihat saya, jangan meniru dalam periksa. Banyak implikasinya.

Misalnya kes yg saya hadiri itu - digagalkan subjek tersebut, kena mengulang subjek dan didenda RM200. Nampak macam, eceleh..celah giginyer, tapi bagi graduan tahun akhir yg menunggu konvokesyen misalnya, ini bukan perkara mudah. Nyesal kemudian tak guna. Haaa..leleh airliur dan airmata tengok kawan2 lain dgn jubah dan skrol ijazah mereka.


And jangan bagi alasan macam, budak lain ramai lagi yang meniru saya tengok, boleh jer lepas atas budi bicara, tapi mengapa saya yang kena??? Haa, mcam langgar peraturan jalan jugakler, kalu polis tak tangkap, mana nak tertangkapnyer walaupun dia buat salah kan kan kan?? dah nasib badan kawan lain lepas dia tak lepas..haaa..tulah jangan dicontohi benda tak elok. Orang lain lepas belum tentu anda pun boleh lepas.

Sunday, October 2, 2011

Smile and relax


What to do on weekend? relax of course...
This week really hectic with fieldwork di Utara. Bila tengok Itinerary 3 hari 2 malam hari tu rasa mcm Mission Impossible jer, but, thank god, we made it. Dalam tempoh tersebut, my research teammates berjaya menjelajah Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Nak carik cases bukannyer senang, dgn maklumat tak lengkap, habislah carik orang2 tua, JKK kampung, cikgu sekolah, even murid sekolah pun kitaorang tanya, let alone penjalan kaki, pekedai runcit sekitar kawasan.

Dah dapat carik tempat, nak interviews lagi..fuh, mmg satu macam jer rasa badan. Semalam dan hari nie mmg takder plan mana2 tapi nak REHAT saja di rumah. Nasib baik workshop Dr Nash postpone next week, kalu tidak, balik dari fieldwork Jumaat petang, semalam terus ke Morib dua hari. KELEPET ler jawabnyer.

Penat mmg penat, tapi i really enjoy the fieldwork. Bila dapat turun padang and tengok sendiri kes byklah yg dapat dipelajari. Memang nak buat kajian kena turun padang, tak syok suruh orang lain dapatkan data utk kita. feelings and knowledge fieldwork tu susah nak diperolehi melainkan pergi ke fieldwork sendiri. Badan pun sakit2 nie ha. Tapi hari nie sepatutnya kena siapkan artikel penuh tuk satu conference. ku tahan gelora hati nak bershopping.

tulis-tulis-tulis artikel!!! cepat!!

Tuesday, September 27, 2011

Tahnniah Graduan 2011


Habis sudah majlis konvokesyen kali ke-39 di UKM. Last year tak sempat pergi tapi alhamdulillah kali nie dapat pergi hari kedua sidang sebelah pagi. Sebab dah byk kali pergi, dah rasa biasa sajer, tapi kalu tgk students and parents, mmg excited semacam, yelah, dah habis blajar, mak bapak pun dah nampak kejayaan dpn mata, so mesti bangga semua kan kan.

tapi sedihnya, ada dua orang pelajar yg pernah sy ajar tahun nie tak sempat menerima ijazah mrk pd hari bersejarah tu. seorang meninggal dunia akibat kanser pada semester akhir, dan yang seorang lagi meninggal dunia bbrp hari sebelum konvokesyen kerana kemalangan jalan raya. baju dah beli pun, mmg sedih tgk ibubapa/wife terima ijazah posthumous dari procanselor.


Dari kiri:
Dr. Suzana, Dr. Zubir, Dr. Fauziah, Dr. Chong, Dr. Suhaimi, Dr. Salina, Dr. Tan & Dr. Nash

Ehehehe ada pun gambar ni bukan gambar students yg konvo. Nie gambar kawan2 sekerja dan sefakulti.  ada pun yg pakai lain sikit tu sbb pakai jubah dari universiti yg mrk perolehi PhD masing. so kami berpakat2 lah tuk beli jubah masing2 thn depan (tengok budget jugak, baju bukan murah, pakai setahun sekali pulak tu).

leganya bila dah betul2 settle semua urusan PhD

aku?? alhamdulilah, sepatutnya konvo this coming Oct 12 jam 3 petang, tapi mintak defer tuk kumpul duit ke Melbourne tahun dpn. AKHIRNYA, perjalanan PhD ini benar2 ke garisan penamat apabila LETTER of COMPLETION secara rasminya diterima. Maknanya disini, genap 4 thn dari saat menjejakkan kaki ke Australia 2007 hinggalah proses kelulusan Senat Victoria University baru2 ini. Fuhhhh..lega2 dan alhamdulilah.

now bolehlah fikirkan masalah lain pulak....erk! hidup mesti terus...

Saturday, September 17, 2011

Edisi hujung minggu terlebih rajin - 2 kali entri

Okay, hujan lebat diluar sana...
Ada kilat petir..ramuan yg cukup untuk digelar hujan lebat
Ada juga jerit pekik budak2 bujang main sepak takraw (time hujan lebat kilat sambar menyambar nie)
Nak berjalan pun tak boleh..
So lepak dirumah..

godeklah Nikon D3000 yg telah lama dibiarkan tak diguna..
sebenarnya beli dah lama tapi tak pernah nak explore betul2, maklumlah busy..

okaylah takder keje, so tangkapler gambar sesuka suki kiter...kalu cerah leh gak kuar buat assignment photography (cewah, pro sangatlah bunyinyer)..

hayatilah gambar-gambar yang diambil ketika kebosanan menyelubungi petang..



telefonku yang sedang menonton tv
 

Dr M yang selalu tersenyum padaku


Satu2nya pokok hidup di ruang tamu
 
 


Movie pilihan minggu ini untuk melepak di rumah



Okay, entri mudah dan simple, buat aper minggu nie? ader yg menggunakan hujung minggu utk beramah mesra di open house. memenuhi jemputan utk makan2. ader gak yg penat berjalan and prefer duduk di rumah sajer. memandangkan chanel tv kureng menarik sikit citer petang2 nie meh kita melayan movie youtube. my weekend movie selection - a walk to remember. sy baca buku novel dia dulu sebelum menonton movie ini di youtube. penulis dia Nicholas Spark. well known author jugakler coz dah bbrp buku dia dijadikan novel.

kalu tgk senarai movies paling romantik, a walk to remember nie salah satu darinya. mmg touching ler kesudahannyer. bagi yg berjiwa sentimental dan ala2 mat bunga, sediakan tisu hingus anda siap2.

okay enjoy. here the link:

A WALK TO REMEMBER

Sorry tak boleh nak embedded code kat sini sbb tlh di - disabled kan oleh pemuat turunnyer.

Happy weekend!

Thursday, September 15, 2011

Jangan Menyerah

Kadang-kadang dalam pengakhiran matlamat itulah pelbagai dugaan muncul. Betapa banyak yang menyerah, tapi tak kurang pula yang sabar dan tak kenal putus asa..ceh..tiru lirik lagu nie. Okay, actually just nak share lagu nie tuk motivasi. Jangan menyerah yer...

lagu2 mcm nie lah best, bukan lagu sedih sebek wek..dengar pun boleh nak rasa DIE! DIE! DIE! KILL! KILL! KILL!..

keagresifan tidak dibenarkan di dalam blog ini..yup


Sunday, September 11, 2011

Who can forget this..

bayangkan jika ini insan kita sayangi

Hari ni genap 10 tahun tragedi September 11. Ingat lagi dulu kejadian ini berlaku ketika sy masih belajar MA di UKM. Mmg tragik dan tak percaya. Tup-tup dah 10 tahun rupernyer, rasa mcm masih lagi baru. Dalam youtube, documentaries 9/11 adalah antara kegemaran sy tuk dilihat sambil makan2 or buat keje. So i share di sini bbrp video dari Youtube yang menarik utk dilihat. AMARAN: ada beberapa rakaman yg mmg tak sanggup nak tengok or dengar. 

moral of the story: Kita kena berbalik kepada kemanusiaan yg membezakan kita dari binatang. Untuk memikirkan kesejahteraan sejagat dan bukan hanya diri kita dan kelompok sahaja. Tak kisahlah pengganas ker, kerajaan dunia ker, ini semua bukan lesen untuk menganiayai orang lain dengan sewenang2nya. Krisis kemanusiaan dan konflik adalah simptoms ketakseimbangan kemanusiaan yang ada pada masa kini. Apa yang berlaku di Palestine, Iraq, Somalia, dan byk lagi tempat adalah cerminan kemanusiaan yang kian hilang. Tak kira apa pun pegangan agama, bangsa dan budaya kita, kita harus bersatu demi kemanusiaan dan menentang kezaliman.

bayangkan jika ini abang, suami, adik, ayah, saudara mara kita








Thursday, September 8, 2011

Apa anda buat dengan balkoni/verandah rumah??

Hmm..(gigit kuku)..apa aku buat dengan balkoni/verandah rumah?? store utk simpan surat khabar lama, kalu bernasib baik, aderlah mak cik cleaner datang naik tuk kutip dan ambik - itupun setelah surat khabar bertimbun tinggi hampir menyamai pokok kelapa dara yg baru nak meninggi paras bahu. aderlah pokok2 ditanam yg statusnya seperti - hidup segan mati tak mau. kalu diview verandah apartment aku ini dari blok sebelah..hmm..horror gak kot.

so i come out with a new idea, to have my own small garden. I know-lah, sbelum nie selalu fikir to have my own garden, BUT IF i have my own ground house - double storey house ker or up sikit dari tu. but apartment to have a garden??? boleh ker?? tapi di mana ada kemahuan disitu ader jalan kan kan?? kecik bukan alasan.

so this would be my new project for the house - to create my own small garden. i dah ader rough idea on how to create my own garden. bwh nie beberapa gambar to stimulate my ideas. i dont dare to post any picture of my current balcony, too horror to put in here. tunggulah bila impian jadi nyata. will post it lah! go green no matter what, sekangkang kera pun ON jerlah.

enjoy the pictures.





this one is soo romantic and cosy..loves it!


Pasca Raya - buah eksotik Sarawak

Salam pasca raya untuk semua..

Memang blog ini sudah sunyi dari entri-entri terkini. Banyaklah sebabnya, busy, takder idea, paling selalu ialah MALAS. Ahaha..lagipun sy mmg agak selektif dlm memilih entri, sy tak berapa gemar entri yang terlalu peribadi/emosional/kontroversial. Walau kadang2 ada byk idea nak dicurahkan utk respon isu2 yg ada, tapi sy msih memikirkan kesan dari penulisan itu kepada diri sendiri dan orang lain. Sy nie low profile dlm dunia tenet nie, salah satu sbb mgp sy takder facebook, people can do anything about your infomation once they get it via internet - for worst or for better. I just play safe, BUT again, there is no guarantee as well even if you are too discreet. in today world, people can easily get information about you if they choose they wanted to isn't it?


Enough with the pointless entry, today i'm gonna talk about something exotic about Sarawak foods/fruits. I know some of you already know some of exotic dishes here in Sarawak, for example - Umai, this dishes is quite popular i belief because i've seen lots of articles in magazines/tv programmes about this unique dishes. Some people equate this unique dishes as to  that of Sushi. I couldnt agree more. I love Umai as well, something i will look for every time i come to Sarawak, specially during Ramadhan. Love the sweet, sour, spicy taste of this dishes. A must try!


Now, for those who still dont know about these two unique fruits of Sarawak, let me introduce you to buah DABEY and buah NGKALAK . These two fruits are very unique as I've never seen these fruits at any places in Peninsular. Maybe you can find these fruits in Borneo - Sabah or Kalimantan. There is a special way to eat Dabey and Ngalak. You definitely cannot eat it raw/just like that. 

I'm not sure if other people have special way to eat buah Dabey, but ever since my mother introduced this Dabey to me, she soaked buah dabey into hot water and leave it for about 15-30 minutes before you can eat it. Very delicious to eat along with nasik putih panas. Alternatively, you can make this dabey like pickles, soaks it in ketchup souce for 1-2 days before you eat it. I love the latter.
Buah dabeyyy




 And below is dabey - also a very unique fruits. Actually i dont know whether it is the correct thing to do to categorise dabey/ngalak as fruits or vegetables. Not so sure. how to eat it?? similar to dabey, soak it in hot water and leave it for few minutes. after that, take away buah ngkalak and sprinkle with salt or ketchup and tadaaa, ready to eat. the taste?? dabey/ngkalak - lemak2 kata orang Melayu. but dont be surprised, even lots of Sarawakian dont know how to eat these two fruits. But if you are a very adventures person, love the challenge and want to taste something different, you can try dabey and ngkalak once in Sarawak. its not difficult to find these fruits, just go to local market like Satok or ordinary wet local market, you can find it with a cheap price.

Buah ngkalak




my only advice - dont eat it raw!


Tuesday, August 16, 2011

Golden Churn Butter tak halal


telah disahkan hari ini bahwa butter yg sangat popular dan seringkali ibu-ibu beli utk membuat biskut dan kek2 rupanya tidak halal kerana mengandungi DNA babi. Hmm, peliknyer dah sekian lama butter nie dlm market kita, sejak kecik lagi sy dah tengok dan familiar dgn butter nie, takder pun siasatan dibuat utk mengenalpasti kehalalan butter ni. terpaksalah menyamak mana yg ada. walaupun ada tulisan jawi/arab kat tin tu tak bererti ia HALAL! sy rasa msalah nie lama dah boleh diselesaikan jika ada ingredients/ramuan dinyatakan di packagingnyer. ms kat AUssie dulu bukan takder pun barang mkn yg tak halal, malah lebih byk tak halal daripada halal tetapi, dgn adernya label ingredients pd makanan dan kepekaan pd nama2 saintifik DNA babi dan bahan2 tak halal lain spt renette haiwan, maka kami boleh membuat pilihan sedar samada nak ambik or tidak.

sy fikir, consumers kat Malaysia nie, selalu diambil mudah oleh peniaga. we need to practice our right. takder problem jika nak produce makanan yg tak halal sekalipun, but make sure ader ketelusan jadi setiap orang mempunyai pilihan nak beli atau tidak. bila tiada fakta tepat pd label makanan, samalah spt kita menipu pengguna yg ada.

Tuesday, August 9, 2011

Tasbih Cinta..

 

Isteri disimbah asid! Suami yang dikahwini atas dasar cinta rupa-rupanya pendera. Ini cerita lama dalam versi baru (dulu ada cerita suami disimbah asid). Semua ini mengingatkan saya pada perbualan dengan seorang wanita suatu ketika dahulu.

"Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi begini. Sepanjang tiga tahun kami bercinta, tidak pula dia menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia panas baran. Semuanya baik dan lembut belaka. Tapi tak sampai lima bulan setelah berkahwin, baru saya tahu dia begitu panas baran orangnya," luah seorang isteri.

"Awak mungkin bercinta, tetapi tak kenal... " ujar saya.

"Tiga tahun bercinta masih tak kenal? Mustahil," balasnya.

"Kenal itu dengan akal dan hati. Mungkin semasa tiga tahun awak berdua bercinta... kurang guna akan dan hati, hanya guna emosi dan nafsu. "

"Akibatnya ini?"

"Ya, akibatnya ini, bercinta tanpa kenal hati budi."

Begitulah antara dialog yang pernah berlaku antara saya dengan seorang isteri yang didera suaminya. Akibat cinta tanpa kenal dia menderita. Secara tabiinya, kita perlu kenal baru cinta tetapi kini sudah ramai yang cinta baru kenal. Akibatnya timbullah penyesalan yang tidak sudah-sudah. Akibat salah pilih, suami atau isteri yang disangka boleh memberi bahagia, rupa-rupanya punca derita!

Tidak mengapa kalau kita berkenal dahulu terus berkahwin dan kemudian cinta. Seperti Siti Khadijah yang kenal kebaikan Rasulullah saw melalui orang kepercayaannya Maisarah dahulu, terus meminang Rasulullah saw, berkahwin dan kemudian baru bercinta. Untuk kenal orang yang baik, perlulah menerusi orang yang baik. Hanya orang baik yang mengenal orang baik yang lain, seperti mana hanya jauhari mengenal manikam.

Tidak mengapa sekiranya perkahwinan tidak dimulakan oleh satu percintaan tetapi ia mesti didahului oleh satu perkenalan. Apa yang perlu kita kenal? Tidak lain tidak bukan, yang paling kita mesti kenal keseriusannya dalam beragama. Bila agama kukuh, ertinya cintakan Allah dalam diri seseorang juga kukuh. Itulah modal untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga.

Cinta Allah itu adalah sumber untuk mencintai segala dan semua. Iman kepada Allah dan kasih-sayang sesama manusia sangat erat keterkaitannya. Ramai pasangan suami isteri yang terlibat dengan perkahwinan yang tidak dimulakan dengan cinta, berjaya juga membina kebahagiaan rumah tangga kerana kekukuhan keduanya mencintai agama. Ini kerana perkahwinan itu sendiri telah memulakan cinta suci mereka.

Cinta itu bukan tujuan, cinta hanya jalan. Bukan hanya ada satu jalan untuk mencapai tujuan... ada berbagai jalan. Hakikat ini bukan menafikan keperluan cinta untuk membina kebahagiaan rumah tangga, tetapi cinta itu bukan yang pertama dan paling utama untuk mencapai rumah tangga yang bahagia.

Menurut ajaran Islam, ada elemen-elemen yang lebih utama daripada cinta yang perlu dititik-beratkan sebelum, semasa dan sepanjang perkahwinan. Perkara-perkara utama ini semuanya dituntut oleh Allah untuk disempurnakan bagi memastikan cinta, kasih-sayang, tanggung jawab, peranan dan tugasan rumah tangga itu sentiasa terbina di atas tapak iman.

Diantara prinsip-prinsip itu ialah niat, matlamat, perlaksanaan, modus operandi dan natijah perkahwinan itu mestilah selaras dengan kehendak Allah. Oleh itu apabila rumah-tangga bergoncang, telitilah semula niat berkahwin dahulu. Apakah masih kerana Allah? Atau sudah tersasar tanpa sedar? Akibat hebatnya cabaran, masalah dan godaan yang telah melanda alam rumah tangga solat lima waktu telah terabai, pembaziran berleluasa, hiburan telah melampau dan pelbagai suruhan dan tegahan Allah sudah dipinggirkan?

Kalau demikian, jangan tunggu lama-lama, kembalilah ke pangkal jalan, katakana pada diri, "wahai diri, kau berkahwin kerana Allah... " Insya-Allah, "talian hayat" perkahwinan kita akan tersambung semula dengan Allah. Hukum-hakam Allah akan berdaulat semula. Insya-Allah, ketenangan akan menjelma semula.

Selama mana prinsip-prinsip itu dipatuhi, selagi itulah Allah menjamin cinta di antara pasangan suami isteri itu pasti tumbuh, subur dan berbunga sekalipun mereka tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Dan bagi yang telah berkahwin pula (tidak kira berapa lama), syariat Allah ini jika dijadikan rujukan bersama antara suami isteri, insya-Allah rumah tangga akan kembali tenang walaupun pasti ada pergolakan. Hati-hati yang mengingati yang SATU akan mudah bersatu!

Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai berkahwin atas pilihan ibu bapa (yang mengenal bakal menantunya) dan perkahwinan itu ternyata berjaya.

Tradisi itu berjalan dengan baik dan teratur kerana pada waktu itu anak-anak sudah dididik dengan asas agama dan akhlak yang teguh serta patuh kepada ibu bapa. Pada waktu itu anak-anak yang baik akan mematuhi perintah ibu-bapa yang baik yang memilih orang yang baik untuk menjadi suami atau isteri anak mereka. Sementara ibu bapa pula memang sedia mewarisi sifat-sifat mulia daripada generasi sebelumnya yang juga mementingkan kepentingan agama dan akhlak.

Kita akan dibantu oleh niat yang tulus sebelum berkahwin dahulu. Jika tulus pasti lurus walaupun kekadang bengkak-bengkok juga di pertengahannya. Tetapi jika awal-awal sudah bengkok, rumah-tangga akan semakin tersasar dan sukar sekali mencari jalan kembali.

Oleh kerana itu, semasa memilih calon suami atau isteri mestilah berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw melalui sabdanya, "Dikahwini wanita itu atas empat perkara: harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan."

Hendak membuat pilihan kita mesti kenal bagaimana tahap beragamanya, bila sudah kenal, berkahwinlah. Insya-Allah, nanti pasti ada cinta. Bukan cinta, kemudian berkahwin selepas itu baru kenal...

Eh, ini pelik? Tidak. Ia praktikal dan realistik dulu, kini dan akan datang. Lihat sahaja gambaran kenal baru cinta dalam filem "Bila Cinta Bertasbih". Jika ia mampu digambarkan melalui filem, ia mampu juga mampu direalisasikan dalam kehidupan. Dalam filem itu jelas digambarkan bagaimana orang yang baik melamar orang yang baik untuk orang yang baik. Sungguh indah bila cinta bertasbih (memuji Allah). Yakni bila cinta tunduk kepada kehendak Allah. Tetapi kini terbalik, masyarakat begitu hodoh jadinya apabila manusia bertasbihkan cinta – kehendak Allah tunduk kepada cinta!

Dalam masyarakat yang sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi, perkahwinan melalui 'orang perantaraan' (match maker) yang juga dipercayai kesolehannya akan mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang dibolehkan dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya seseorang dibolehkan melihat rupa calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang keperibadian dan lain-lain latar belakang calon. Namun fokusnya tetap "mengenal" agama bakal calon.

Itu semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah – sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya, tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan "maklumat" tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan yang melampaui batas. Nanti bukan maklumat yang dapat, tapi maksiat.

Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredaan Allah serta restu ibu bapa dan masyarakatnya. Thrill dan suasana suspens sudah semestinya ada yang mana ini menambahkan lagi keindahan pertemuan pertama.

Dan bagi yang sudah lama berumah tangga tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Justeru dalam perlaksanaan rumah tangga Islam sudah ada tip-tip tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan suasana kemanisannya.

Antaranya, isteri sentiasa mengekalkan perasaan malu di hadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman, pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri, adab serta seni-seni dalam hubungan seks dan lain-lain perkara yang banyak ditulis dalam hadis dan kitab-kitab para ulama muktabar.

Cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan 'lesen' seperti cinta selepas perkahwinan. Ruangnya begitu terhad untuk membuktikan kecintaan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya seperti bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.

Walhal cinta sebelum perkahwinan sangat terdedah kepada perbuatan menghampiri zina sama ada secara lisan atau perbuatan, disengajakan atau kerana tidak mampu menahan godaan. Ketika itulah cinta mula dinodai oleh nafsu. Fitrah hati (cinta dan kasih sayang) sudah bertukar menjadi kehendak biologi (seks) semata-mata.

Apabila seseorang mencintai kekasihnya melebihi cintakan Allah, maka mudah hukum Allah dilanggar. Kerana kekasih, Allah tersisih. Inilah fenomena lumrah dalam masyarakat hari ini terutamanya di kalangan remaja. Maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat rela dipertaruhkan untuk mendapatkan cinta.

Malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu. Yang mana keindahannya sementara dan menipu. Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat dibawa menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan akhirnya berpisah. Namun kajian menunjukkan cinta yang kotor patah di tengah jalan. Tidak sempat bermahtangga cinta telah berkecai.

Dan bagi yang sempat berumah tangga ramai pasangan yang bercerai-berai walaupun mereka telah melalui saat-saat indah di alam percintaan. Tetapi yang paling ramai ialah mereka yang hanya mampu mempertahankan perkahwinan tetapi gagal mengekalkan keindahan cinta di dalamnya. Mereka yang kecewa ini kerap mengungkapkan, perkahwinan adalah pusara percintaan!

Terbukti tidak ada keindahan dengan mengetepikan Tuhan!


Biodata Kolumnis

Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...