Alhamdulillah selamat jumpa ngan supervisor sblm balik. Dlm kesibukan menguruskan hal nak pergi/thesis submission, dpt jugak jumpa Jill di rumah dia. Dlm gerimis ku redah jugak, sesat2 cari umah dia. last time dtg tak berapa ingat jalan, sampai kena tanya orang. Nak call malu pulak..tulah orang kata, malu bertanya sesat jalan!
Takder aper yg blh dibagi sbg tanda terima kasih atas bimbingan dia selama hampir 4 thn selain dari cenderamata yg last minute ku carik nieh! Mula2 ingat nak bagi pendant/earrings tapi fikir2..jarang nampak dia pakai benda ni semua. tapi dia suka pakai brooch. so teruslah meluru ke swarovski tuk cari brooches. So pilih punya pilih maka satu brooch berbentuk rama2 yg dibeli. atas tu dah siap bungkus. warranty pun sy msukkan sekali dlm kotak present tu. yelah kalu kot2 rosak takderlah meraban nak carik sy pulak.
Tanpa bantuan Jill, mungkin sukar utk saya habiskan PhD nie dlm msa 3 1/2 tahun. Dia terlalu byk menolong. Ader benda supervisor lain tak tolong dia tolongkan. Dia jugak puncanya keje sy mampu dihabiskan dgn cepat, sebab dia pun buat keje sgt cepat. So peranan supervisor sgtlah penting. Sesiapa nak carik supervisor utk PhD harus ingat itu. Selain diri sendiri, karakter dan relationship dgn supervisor jugak memberi impak besar terhadap progres dan gerak kerja dan kualiti phd yg dihasilkan. Sy kiranya anak didik terakhir, sbb bbrp bulan sebelum sy habis, dia telah pun bersara..tapi dia pastikan komitmen dia terhadap sy disudahkan sehingga ke akhirnya.
sbnrnya ini juga bergantung pd soal rezeki. kdg2 diluar kawalan semua nie. ada yg berjaya mempunyai kolaborasi baik dgn supervisor ader yg tidak. itu blum lagi termasuk supervisor yg tua dan sakit lalu mati. baru bbrp hari lepas my friend citer kawan dia, yg tinggal bbrp bulan lagi nak habis, supervisor dia operate jantung, mati di meja bedah. pastu, orang lain ganti, kena RESTRUCTURE the whole thesis because her new supervisor takder kepakaran dlm bidang yg ditulisnyer. so, boleh imagine mcm ner? oh nightmare!
phd memang satu perjuangan yg panjang, perlu komitmen tinggi dan sukar. tapi tak mustahil jika ada usaha..
1 comment:
blog mek baru ( http://dewibidadari.blog.com/ )nk lmk ya mek dah lupak password nk login...hahahhahahaha
Post a Comment