kepada semua rakan dan taulan di Malaysia dan di mana jua berada. selamat bercuti di hari raya. yang akan balik kampung berhati2 di jalan raya. pandu cermat jiwa selamat dan enjoy your long holiday. eratkan ukhuwah dan silaturrahim. makan sedap2 tolong ingat orang2 lain yang kurang bernasib baik (saya ler tu). pada yg berhari raya di kampung halaman dan tanah air pastinya lagu anuar zain dan halina yg sesuai dgn tema. kami nie, dendang perantau & dari jauh ku pohon maaf (dari jauh ku lihat korang makan sedap2) jer lah..sob-sob!
~suasana hari raya~
berlalulah sudah ramadhan
sebulan berpuasa
tiba syawal kita rayakan
dengan rasa gembira
anak muda dirantauan
semuanya pulang ke desa
ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga
bertukar senyuman dan salam
ziarah menziarahi
tutur dan kata yg sopan
saling memaafi
suasana hari raya
walau di mana pun jua
memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam ke pagi
wajik dan dodol jangan lupakan
peninggalan nenek zaman berzaman
asyik bersembang pak cik dan makcik
hai duit raya lupa nak diberi
~Dari Jauh Kupohon Maaf ~
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama
( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu
2 comments:
akak,
SELAMAT HARI RAYA.....
saya kat sini pun simple2 je kak..semuanya penuh sderhana. Ape-ape pun, selamat hari menyambut kemenangan! Menang berpuasa, menahan nafsu yang pelbagai hehe..
Selamat Hari Raya :)
SELAMAT HARI RAYA KAK LINA..
KITA KAT SINI BERAYA MCM BIASA SIMPLE BUT MERIAH...RINDU NGAN AKAK..MOHAM MAAF ZAHIR BATIN
Post a Comment