Sunday, September 20, 2009

Hari Raya di Melbourne

okaylah, u all layanlah gambar2 raya nie. gambar nie diambik candid jer. si lin dah kenyang makan kat living room, pindah pulak ke 'bar corner' kitaorg panggil coz kat sini lah kami suka lepak2 sambil buat kopi dan borak2. lin syok citer kenangan raya di kampung and si duratun khusyuk jer dgr, maklumlah first time raya di perantauan. okaylah takderlah diaorg nangis2, kira tahan hati jugaklah.

Ingat kan rombongan kitorg yg dtg lewat rupernya kami yg first sekali sampai umah Dr kahar dan kak roziya. tak lama pastu baru family abg tareek dtg pulak, dan famili2 yg lain.

Duratun..meja makan pun nak posing ka? hihi..

Lin dan Sam. nielah yg meramaikan students msia di student village.

sam, rahim and akak tu first time baru nampak. dia duduk area ginifer jugak, kak roziya kenal masa solat raya kat masjid bosnia pagi tu.

abg tareek dan isteri.


borak2 di bar corner. ntahler, dapur tu jugak best kitorg lepak2 sambil menghabiskan biskut simpanan kak roziyah. hihi.

tak cukup biskut kat dlm balang, biskut simpan kat dapur pun habis digodek.


nielah kanak2 riang yg memeriahkan suasana raya kami kali nie..anak dr kahar/kak roziya, abg tareek, and abg hadi.

umah abg tareek. suka tgk living room dia coz ada pintu kaca yg blh nampak frontyard and taman mini, dia kata syok lepak kat dpn time summer. tapi rumah dia mmg sejuk walaupun tak pakai aircon.

budak2 jugak yg best beraya. tak ingat makan, ingat footy jer.



sambil makan sambil tengok netball Australia vs New Zealand. ntahlah kat sini org taksub betul ngan sukan. mcm2 sukan diorg tgk.


sblm berangkat pulang, bergambar dulu dpn umah abg tareek. malam karang sambung lagi umah abg hadi pulak..tapi sure malam nanti pakai jeans and coat jer coz pakai bj kurung siang2 pun dah sejuk.

Malam Menjelang Raya

Nie gambar yg diambil malam semalam, malam sabtu. di rumah inilah (Dr Kahar/Kak Roziah)kami bertarawih setiap seminggu sekali berkumpul dan buat potluck. oleh kerana takder pasar ramadhan, semua makanan kami teringin, kena blajar masak sendiri. dari tak pandai masak, jadi pandai masak, tu antara hikmah blajar tempat org, boleh tajamkan skill memasak.

sbb esok nak raya, takde tarawih maka mlm smlm dihabiskan dgn main bunga api. yg lebihnyer sbnrnya bukan budak2 nie, tapi org2 tua yg blum puas jadik budak kecik hahaha. konon2 nak ajak budak2 nie main tapi sbnrnya sendiri teringin nak main bunga api. cover line konon2nya. pak imam jadi ketua main bunga api. gambar sy tak diuploadkan spy tak dimanipulasi. nanti pecah rahsia, students tengok malu ooo..

Lin dgn muka semangat raya, mencelah di tepi. posa penuh katakan. saper yg excited main bunga api nie sebenarnya? tgk budak2 cute nie cool jer, kanak2 tua jer yg terlebih seronok.



Saturday, September 19, 2009

Akhirnya berjaya

anak abg alwi..kih-kih pandai posing

gathering sblm sambut posa (bbrp hari seblm posa). tangkap gambar tu Lin. baju itam nie abg tarik (phd), sebelah dia pakai cap Sam. Sam & Lin satu course engineering. undergrad duk sama kat student village. nie kat cafe, atas cafe nie library



A Day in Pompeii





Melbourne Library



pantri tuk rehat2 sblh ofis

putera katak, penghias meja di ofis..chup-chup!

kesejukan menanti muzium buka utk tengok exhibition Pompeii


Akhirnya dpt jugak carik software utk SE K810i yg compatible dgn Windows Vista. Laptop baru yg dibeli hari tu guna WV and software yg saya ada tuk install SE k810i compatible utk windows XP sajer. hari tu carik tak jumpa, katanya ms tu blum ada utk WV, after a few months, akhirnya available for download. so blhlah letak gambar raya kat sini nanti. tunggu ya..

gambar2 yg download kat sini, gambar 'takder makner nyer' sajer sajer jer..hehehe

Friday, September 18, 2009

Dari Jauh Ku Pohon Maaf


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN


kepada semua rakan dan taulan di Malaysia dan di mana jua berada. selamat bercuti di hari raya. yang akan balik kampung berhati2 di jalan raya. pandu cermat jiwa selamat dan enjoy your long holiday. eratkan ukhuwah dan silaturrahim. makan sedap2 tolong ingat orang2 lain yang kurang bernasib baik (saya ler tu). pada yg berhari raya di kampung halaman dan tanah air pastinya lagu anuar zain dan halina yg sesuai dgn tema. kami nie, dendang perantau & dari jauh ku pohon maaf (dari jauh ku lihat korang makan sedap2) jer lah..sob-sob!
















~suasana hari raya~




berlalulah sudah ramadhan

sebulan berpuasa

tiba syawal kita rayakan

dengan rasa gembira

anak muda dirantauan

semuanya pulang ke desa

ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga

bertukar senyuman dan salam

ziarah menziarahi

tutur dan kata yg sopan

saling memaafi

suasana hari raya

walau di mana pun jua

memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

kuih dan muih beraneka macam

makanlah jangan hanya dipandang

ketupat rendang sila nikmati kawan

penat memasak malam ke pagi

wajik dan dodol jangan lupakan

peninggalan nenek zaman berzaman

asyik bersembang pak cik dan makcik

hai duit raya lupa nak diberi





















~Dari Jauh Kupohon Maaf ~




Dalam dingin subuh hatiku terusik

Kenang nasib diri di rantauan

Bergema takbir raya menitis air mata

Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali

Pada ayah bonda dan saudara

Tetapi aku harus mencari rezeki

Membela nasib kita bersama


( korus )

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas

Dari jauh kupohonkan ampun maaf

Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama

Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu

Thursday, September 10, 2009

Tiada mampu berdusta

Di dunia ini, manusia yg bijak menipu bisa saja melepaskan dirinya dari kesalahan. Malah keadilan dlm institusi kehakiman itu sendiri boleh dimanipulasi oleh orang2 yg bijak memahami percaturan perjalanan dan proses perbicaraan mahkamah. Berapa byk kes yg pernah didengar di mana seorang yg tidak bersalah dihukum penjara bbrp tahun sblm pesalah sebenar tertangkap, yg bersalah tapi tidak disabitkan kerana tidak cukup bukti dan sebagainya. Sungguh, ini menggambarkan kelemahan kita sbg manusia dlm melakukan pengadilan. Namun, sifat keadilan Pencipta itu sentiasa ada, sungguh mahkamah keadilan akhirat itu seadil2 neraca timbangan, tidak tersembunyi walau sedikit pun dari pengetahuan Allah. Pd saat itu bersaksilah malaikat2 pencatat malah tubuh badan ini sendiri akan menjadi saksi akan segala apa kita perbuat. Bagaimana bisa lagi menipu???

Janji Allah akan pengadilan yg benar:

Dan kami pada hari kiamat akan mengadakan timbangan yg adil, sehingga seseorang tidak akan dirugikan barang sedikit pun, dan kalu ada perbuatan sebesar biji sawi pun, nescaya akan kami kemukakan kepadanya dan cukuplah kami sebagai penimbang. Al-Anbiya ayat 47.

Dan timbangan pada hari itu adalah kebenaran (keadilan), maka siapa yg berat timbangan kebaikannya, maka itulah yg beruntung. dan barangsiapa yg ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang2 yg merugikan diri sendiri, disebabkan mrk selalu mengingkari ayat2 kami. Al-Araaf, ayat 8-9.

Kita sentiasa diperhatikan dan disaksikan:

Bagi manusia ada malaikat2 yg mengikuti bergiliran, di muka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Ar- Rad ayat 13.

Apakah mereka mengira, bahawa kami tidak mendengar rahsia dan bisikan2 mereka? sebenarnya kami mendengar dan utusan-utusan (malaikat) kami selalu mencatat di sisi mereka. Az-Zukhruf ayat 80.

Padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat2 yg mengawasi pekerjaanmu, yg mulia disisi Allah dan mencatat pekerjaan2mu itu. mereka mengetahui apa yg kamu kerjakan. Al Infithaar ayat 10-12.

Setiap kita ada buku rekod:

Inilah kitab (catatan) kami, yg menuturkan kepadamu dgn benar, kerana sesungguhnya kami telah menyuruh mencatat segala perbuatan yg pernah kamu kerjakan. Al-Jatsiyah ayat 29.

Rekod yg tidak menipu: (CCTV blh terlepas pandang, rekod kedatangan blh dipadamkan tapi yang ini..)

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang2 yg bersalah ketakutan terhadap apa yg tertulis dikitab itu; dan mereka akan berkata: aduhai celaka kami! kitab apakah ini? yg tidak meninggalkan yg kecil dan tidak pula yg besar; tetapi ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yg telah mereka kerjakan ada tertulis dan tuhanmu tidak menganiaya seorang pun jua. Al Kahfi ayat 49.

Tidak cukup dgn itu...

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa mereka kerjakan.Al-Fushilat ayat 20.

Dan mereka berkata kepada kulit mereka: mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? kulit mereka menjawab: Allah yg menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai pula berkata, dan dialah yg menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepadaNya lah kamu dikembalikan. Al-Fushilat ayat 21.

Kamu sekali kali tidak dpt bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yg kamu kerjakan. Al-Fushilat ayat 22.

Sungguh manusia tidak mampu berdusta pd hari berlaku pertimbangan yang adil. Allah memang Maha Mengetahui. Muhasabah dipagi hari utk renungan bersama.

Tuesday, September 8, 2009

Penderhakaan Iblis dan Ikrar Menyesatkan Manusia

Dan ketika Allah memutuskan penciptaan manusia:

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kpd para malaikat: sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yg berasal dari lumpur hitam yg diberi bentuk.28

Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah menyempurnakan kejadiannya, dah telah meniupkan ke dalamnya ruh ciptaanku, maka tunduklah kamu kepadanya dgn bersujud.29

Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama. 30

Tapi si Iblis, dengan kesombongannya:

Kecuali iblis. ia enggan ikut sama-sama (malaikat) yg sujud itu.31

Allah berfirman: hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama2 yg sujud itu?32

berkata si iblis: aku tidak sekali-kali akan sujud kepada manusia yg engkau ciptakannya dari tanah liat kering yg berasal dari lumpur hitam yg diberi bentuk.33

Kemurkaan Allah:

Allah berfirman: keluarlah dari syurga, kerana sesungguhnya kamu terkutuk. 34

Dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari kiamat.35

Pemohonan penangguhan si iblis akan balasan penderhakaannya:

berkata iblis: ya tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku samapi hari manusia dibangkitkan.36

Allah berfirman: kalau begitu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang2 yg diberi tangguh.37
sampai hari (suatu) waktu yg telah ditentukan.38

Ikrar menyesatkan manusia:

iblis berkata: ya tuhanku, oleh sbb engkau tlh memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.39

kecuali hamba-hamba engkau yg mukhlis (org2 yg diberi taufik utk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah) di antara mereka.40

Janji Allah melindungi hambanya yang taat:

Allah berfirman: Ini adalah jalan yg lurus, kewajipan akulah menjaganya.41

sesungguhnya hamba2ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang2 yg mengikut kamu, iaitu orang2 yg sesat.42

surah Ibrahim ayat 28-42.

Nota: sayangnya Allah kepada kita. jika direnungkan, segala larangan dan suruhan, tidak lain tidak bukan kerana sayangnya Dia pada hamba2nya. manusia lah yg selalu lalai mengingati ikrar iblis utk menjadikan kita sebahagian penghuni neraka. bukan melayu saja mudah lupa, manusia secara amnya memang mudah lupa, termasuk diri sendiri.

Monday, September 7, 2009

Muhasabah


Hai orang2 beriman, jgnlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang2 yg diluar kalanganmu kerana mereka tidak henti2 menimbulkan kemudaratan bagimu. mereka menyukai apa yg menyusahkan kamu. tlh nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yg disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. sungguh telah kami terangkan kepadamu ayat2 kami, jika kamu memahaminya. Al-Imran ayat 118

Friday, September 4, 2009

My favourite Qari


Sini sy nak share di sini senarai favourite qari saya di You Tube. Sy link kan terus dgn bacaan mrk yg sy rasa adalah terbaik (pada pandangan peribadi sy). Kesemua qari nie dari Timur Tengah. Sebahagian mrk adalh imam2 besar masjid di Kuwait mahupun masjidil haram. Sesungguhnya bacaan yg sempurna itu amat dekat dihati. Kebanyakan mrk Smuda2 belaka. Selain menjadi imam, ada di antara mrk juga yg aktif bernasyid dan mempunyai website sendiri di mana anda blh download mp3 bacaan2 Quran mrk spt Al Afasy dan Al Kandary. salah seorang favourite qari saya di You Tube ialah kanak2.

1. Mishari Rashid Al Afasy (paling suka dgr)

Klik terus utk dgr:

Bacaan Surah Ibrahim
Bacaan surah Al Mulk

nasyid dia yg best

Ella Salati
Talaal Badru Alayna

blh juga dgr azan dia yg merdu (syahdu betul irama seruan mari bersembahyangnya; blh sebak dgr pagi2 hening)

azan al afasy

2. Syed Sadaqat Ali

Bacaan surah Ar Rahman

3. Al Kandary

Bacaan surah At Taubah

4. Hassan Ibn Abdullah (budak kecik)

Bacaan surah Muzammil (very soothing to listen)

5. Yaqub Nassim

Bacaan surah Abasa

nota: Semoga kelunakan suara mrk ini dpt membantu kita utk lebih mendekati dan mendalami maksud surah2.

Antara redha dan pasrah

Ridha berasal dari kata radhiya-yardha yang berarti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, ridha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbagi menjadi dua macam. Yaitu, ridha Allah kepada hamba-Nya dan ridha hamba kepada Allah (Al-Mausu'ah Al-Islamiyyah Al-'Ammah: 698). Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya,

''Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya.'' (QS 98: 8).

Ridha Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan derajat kemuliaannya. Sedangkan ridha seorang hamba kepada Allah mempunyai arti menerima dengan sepenuh hati aturan dan ketetapan Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Dari definisi ridha tersebut terkandung isyarat bahwa ridha bukan berarti menerima begitu saja segala hal yang menimpa kita tanpa ada usaha sedikit pun untuk mengubahnya. Ridha tidak sama dengan pasrah. Ketika sesuatu yang tidak diinginkan datang menimpa, kita dituntut untuk ridha. Dalam artian kita meyakini bahwa apa yang telah menimpa kita itu adalah takdir yang telah Allah tetapkan, namun kita tetap dituntut untuk berusaha. Allah berfirman,

''Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.'' (QS 13: 11).

Hal ini berarti ridha menuntut adanya usaha aktif. Berbeda dengan sikap pasrah yang menerima kenyataan begitu saja tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Walaupun di dalam ridha terdapat makna yang hampir sama dengan pasrah yaitu menerima dengan lapang dada suatu perkara, namun di sana dituntut adanya usaha untuk mencapai suatu target yang diinginkan atau mengubah kondisi yang ada sekiranya itu perkara yang pahit. Karena ridha terhadap aturan Allah seperti perintah mengeluarkan zakat, misalnya, bukan berarti hanya mengakui itu adalah aturan Allah melainkan disertai dengan usaha untuk menunaikannya.

Begitu juga ridha terhadap takdir Allah yang buruk seperti sakit adalah dengan berusaha mencari takdir Allah yang lain, yaitu berobat. Seperti yang dilakukan Khalifah Umar bin Khathab ketika ia lari mencari tempat berteduh dari hujan deras yang turun ketika itu. Ia ditanya,

''Mengapa engkau lari dari takdir Allah, wahai Umar?'' Umar menjawab, ''Saya lari dari takdir Allah yang satu ke takdir Allah yang lain.''

Dengan demikian, tampaklah perbedaan antara makna ridha dan pasrah, yang kebanyakan orang belum mengetahuinya. Dan itu bisa mengakibatkan salah persepsi maupun aplikasi terhadap makna ayat- ayat yang memerintahkan untuk bersikap ridha terhadap segala yang Allah tetapkan. Dengan kata lain pasrah akan melahirkan sikap fatalisme. Sedangkan ridha justru mengajak orang untuk optimistis.

Wallahu a'lam.

sumber: virtualfriends.net

Wednesday, September 2, 2009

Muhasabah


Nota: Rindunyer kat Msia bulan Ramadhan nie. Utk menghilangkan rasa rindu, sempatlah membuang masa sblm tido mencari2 gambar2 utk msk dlm blog sambil mendengar jemaah tarawih dari masjidil haram Makkah di You Tube, sadis betul bunyinyer. Jemaah pun seminggu sekali, rindu sgt utk berjemaah di masjid..rindu sgt..sob-sob! kesiannyer pd diri sendiri..pd kawan2, kamu semua benar2 bertuah. ringankanlah kaki mengimarahkan masjid di bulan mulia nie.

Syurga rumahtangga

 ~ syurga rumahtangga ~
Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tetapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota disinggahsana rasa
Bahagia itu kesabaran
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tak resah
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi&
Isteriku, kaulah permaisuri hati, penyeri Islamku nanti&
Muktamadlah akad sahlah nikah
Denga nama Allah, gerbang perkahwinan pun terserlah
Binalah hudup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Seninya kerana solat
Indahnya kerana munajat
Tapaknya iman
Jalannya syariat
Natijahnya akhlak
Tiga penjamin segalanya
Kunci kebahagia rumahtangga
Dan terciptalah
Setia dan penyayang suami
Cinta dan kasih isteri
Lalu berbuah mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan soleh dan solehah.. 
sumber: virtualfriends.net
Nota: Bulan penuh mulia ini mari kita penuhi dgn ingatan dan pesanan kebaikan. Semoga kita dapat menjadi yg terbaik utk diri sendiri dan orang2 kita kasihi Insya Allah. 

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...