Weekend anda bagaimana? Sy berkesempatan menjejaki Pompeii di Melbourne Museum baru2 ini. Appointment dah buat last week tapi atas sebab nak jumpa supervisor last week so ditangguhkan dulu. So, semalam sempatlah menunaikan hajat utk melihat Pompeii. I bet u all familiar with Pompeii?? Pompeii mungkin agak asing, tapi pasti gambar di bawah ini ada pernah melihatnya barangkali?? Inilah yg membuatkan saya mengenali Pompeii dan sedikit sebanyak sejarahnya. Dan, tak sia2 sy dan housemate bersejuk2an di luar museum seawal 9 pagi (museum buka pukul 10 pg) sampai sy terdemam2 dibuatnya. kami dah booked ticket online kerana tak blh masuk serentak. kena tour ikut group. kami booking tuk group kul 10 pagi. so dlm tempoh 1 jam kami disajikan dgn latarbelakang Pompeii, tamadun, budaya, gaya hidup, dll. dlm pada tu melihat artifak2 arkeologi yg dipamerkan. intipatinya sudah pasti saat letusan gunung Vesuvius yg melenyapkan tamadun empayar Roman itu sekelip mata. yg tinggal, pastinya sisa2 kemusnahan dan...gambaran akhir mangsa2 ledakan yg tidak sempat melarikan diri.
saya kagum dgn ketinggian budaya dan civilisation yg ada pd zmn tu. melihat kpd artifak dan kajian arkeologi, sememangnya msykt Pompeii pd ms itu berada dlm puncak kemakmuran mrk. tapi peristiwa subuh 24 Ogos 79 AD melenyapkan terus Pompeii dan penduduknya seramai 10-12 ribu org itu. Pompeii terkubur beribu2 tahun sebelum kajian arkeologi dilakukan. sebelum diekstradisi oleh saintis arkeologi, Pompeii sptnya terkubur dlm kapsul masa. menanti saat utk diselongkar dan dipelajari.
Bagaimana peristiwa tragis Pompeii diketahui? Menurut buku Pompeii yg saya beli, sejarah Pompeii diketahui berdasarkan tulisan sejarah dari kisah Pliny the Younger, survivor Pompeii yg sempat menyelamatkan diri. beliau berusia 18 thn ketika kejadian. fakta ini seterusnya dikembangkan berdasarkan kajian arkeologi semasa. gunung Vesurius sebelum 79AD tidak pernah meletus selama 700 tahun. jadi boleh dibayangkan kekuatan letusannya pd subuh Ogos itu. dikatakan, tlh berlaku bbrp gegaran gempa sblm terjadinya perisitwa hitam itu tapi tidak ramai mengetahui akan perkaitan gempa itu dgn letusan gunung berapi yg bakal berlaku. pengetahuan mrk tentang volcano msh lagi dianggap cetek. yg membunuh kebanyakan msykt Pompeii adalah batu2 yg terhasil dari gempa bumi dan juga debu2 yg begitu tebal (pyroclastic) juga gas2 beracun. batu2 ini menghempap rumah dan memusnahkan kebanyakan bangunan. dikatakan, debu letusan itu setinggi bangunan 2 tingkat, menyukarkan mereka yg terperangkap utk melarikan diri. mereka lemas dgn kepanasan dan kebanjiran debu yg menggelapkan siang di Pompei selama bberapa hari lamanya.
yg membuatkan Pompeii menarik perhatian umum adalah penemuan2 mangsa2 yg seakan2 menceritakan kengerian saat2 kematian mrk. kebanyakan mangsa2 ini dtemui dijalanan, sptnya sedang berusaha melarikan diri. ada juga yg ditemui dirumah2 mreka dlm keadaan berpelukan dan ketakutan. mayat mreka diseliputi debu2 letusan selama berdekad2 lamanya, biarpun mayat mrk mereput, tapi debu yg menyeliputi itu kekal dlm bentuk asalnya. pd thn 1860, arkeologis Giuseppe Fiorelli menyedari bahawa material organik mereput di dasar debu2 lava ini boleh dilihat seandainya cairan plaster dituang ke dalam rongga2 dasar Pompeii. dan ia ternyata memberikan gambaran yg mengejutkan dunia. spt yg kita lihat skrg.
byklah yg dpt dipelajari dari tour ke Museum Melbourne tempoh hari. satu lawatan yg berbaloi. melihat body casts ini, memang blh buat bulu roma meremang..seram..seakan2 terbayang2 kesengsaraan saat2 berhadapan kematian yg menyakitkan. msykt Pompeii pd waktu itu dikatakan hidup dlm penuh kemaksiatan dan kesesatan krn menyembah pelbagai dewa-dewi. belajar ttg perniagaan yg mrk lakukan, ttg struktur bandar, teknologi perubatan, apa mrk makan dan minum, rumah2, kepercayaan agama mrk, pakaian dan perhiasan and akhir sekali body casts inilah. sekiranya anda berpeluang ke Itali, singgahlah di Pompeii, belajarlah ttg Colassium mrk dan juga Pompeii itu sendiri. sejarah, sesungguhnya mengandung banyak pengajaran dan ilmu, pada mrk yg mahu memikirkannya. dan salah andai anda mengatakan sejarah itu tidak penting.
alangkah banyaknya taman2 dan mata2 air yg mereka tinggalkan. ladang2 gandum dan bangunan2 yg megah sekali. dan barang2 mewah yg mereka senangi. begitulah akhirnya, kami wariskan kekayaan itu kepada bangsa lain. langit dan bumi tidak akan meratapi nasib mereka itu. lagi pula mrk tidak diberi tangguh utk bertaubat. ad-dhukan ayat 25-29.
alangkah banyaknya taman2 dan mata2 air yg mereka tinggalkan. ladang2 gandum dan bangunan2 yg megah sekali. dan barang2 mewah yg mereka senangi. begitulah akhirnya, kami wariskan kekayaan itu kepada bangsa lain. langit dan bumi tidak akan meratapi nasib mereka itu. lagi pula mrk tidak diberi tangguh utk bertaubat. ad-dhukan ayat 25-29.
No comments:
Post a Comment