Wednesday, July 29, 2009

Poligami: Pro Barat atau Islam



Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang.

Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.

Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau mistress adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan mistress bukanlah satu keganjilan. Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu. Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita. Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.

Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar. Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi. Sementara seorang mistress yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan. Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?

Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu. Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.

Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya. Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerena tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.

Ramai isteri yang menghantar e-mail kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun. Apabila Allah dan rasul-Nya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin. Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.

Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan disakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya. Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat. Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata. Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.

Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.

Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita. Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.

Sumber: Dr. Maza kolumnis Utusan Melayu

Tuesday, July 28, 2009

cawat oh cawat

Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata: ''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas." Sumber: Utusan Malaysia online

__________________________________________________________________
note: Oohoho..mind ur language. hmmm...saper tak pernah pakai cawat? I ngaku..pakai cawat ms kecik2 dulu. semua kita pernah pakai cawat. takder pulak terus pakai korset. ahahaha.

Saturday, July 25, 2009

a beautiful suicide

Opps, jgn salah faham. sy menentang keras org bunuh diri ni. sajer nak share ngan u all gambar bunuh diri yg dikatakan sbg the most beautiful suicide photo ever taken. accidently terjumpa gambar nie. i googling nak tahu lanjut siapa perempuan yg mati penuh dgn gaya elegan. penuh gaya,_____ dan keunggulan. 'mutu' sengaja dihilangkan krn 'mutu' kematian spt ini diragui. at least thats what i believe. ia dikatakan the most beautiful suicide photo krn biasanya org commited suicide dgn terjun dr bangunan tinggi akan bersepai, tersepai dan penyek mcm pisang penyek. tapi perempuan ini, still intact lagi, sptnya dia bukan mati, tapi sedang nyenyak lena di dalam tidurnya diatas tilam yg empuk; walau hakikatnya selimut hitam itu tidak lebih dari sebuah kereta limosin yg renyuk. cantik landing. lihatlah wajahnya dan gayanya..anggun sekali. sebelah tangannya spt memegang erat rantai dilehernya.

empunya diri ialah Evelyn McHale, umur 23 thn. dia membunuh diri pd 1 May 1947 dgn terjunan nekad dari tingkat 86 Empire State Building US. Dia membunuh diri sejurus selepas break off dgn tunanngya. dia sempat menulis nota berbunyi - saya tidak akan dpt menjadi isteri yg baik utk sesiapa jua. jurufoto ini ialah seorang pelajar fotografi yg secara kebetulan berada di tempat kejadian. Robert Wiles namanya. maklumat lain yg sy dpt ialah kalangan keluarga rapat mengatakan Evelyn seorang yg sensitif dan mudah murung.

didalam Islam, bunuh diri tidak dibenarkan spt dlm surah An Nisa: "Dan janganlah kamu membunuh dirimu. sesungguhnya Allah amat penyayang kepadamu." (4:29) Ia juga tertulis di dalam hadis tulen. antara lain menyebut barangsiapa membunuh dirinya, dia akan mengulangi perkara yg sama di akhirat nanti. kalu terjun tingkat 86, maka itulah akan dilakukannya berulang2 kali. sampai bila Allahualam.

Nota: Jgn tiru aksi ini.

Friday, July 24, 2009

Jumaat dah..

Salam all,
maaf, rasanya dah bbrp hari tak upload blog. fikiran dan perhatian 'telah tercuri' ketempat lain. mcm2 fikir, tapi yg pasti fasal writing nieh and analysis. satu perjuangan yg panjang dan berat. and masa sptnya berlari (dah byk kali rasanya sy mentioned nie - tapi takpe ckp lagi). dah jumaat pun hari nie, ujung bulan pulak tu?? eeerrrkk..seram. tapi aper pun sempat jugak main2..kdg2 dah tepu rasanya, walaupun fizikal hadir di dpn meja, tangan menaip, tapi...minda merewang kemana2. agaknya dah burnout kepala nie..

oleh itu, plan minggu dpn selasa mlm gi tengok wayang...citer belum diputuskan. mudah2an dpt memujuk kepala ini utk fokus semula.

and berita gembira - hujung bulan nie scholarship msk..and blhlah start booking tiket flight balik msia.

dah bbrp hari tak kuar rumah. adalah dlm 5 hari..

cepatnya waktu berlalu...

sy ada 2 video menarik nak kongsi pd u all semua:

1. christian the lion - kisah benar 2 lelaki membela singa pd thn 70-an dulu. mula2 baby lagi pastu bila dah bsr tak muat umah. diorg pun plan antar dia balik africa, tpt sepatutnya dia berada. menarik psl lion nie - very cheeky lion and bila reunion balik setahun kemudian, dia msh ingat lagi 2 lelaki nie. moment jumpa tu very touching that it becomes you tube phenomenon. see for urself here.

2. the bridge - full documentary ttg the golden gate bridge san francisco. doc thn 2006. eric nie, pengarah doc nie merakam gambar video di jambatan ini selama setahun utk mengkaji fenomena bunuh diri yg selalu berlaku di jambatan itu. sepanjang tempoh itu, dia berjaya merakamkan 24 jumper suicide. anda blh lihat sendiri. ia juga ada interview org2 yg berjaya selamatkan individu yg cuba terjun dijambatan itu and saksi2 juga keluarga mangsa. survivor pun dia ada interview. amaran: video ini mungkin blh menyebabkan gangguan perasaan..sbb real jumper suicide anda lihat live. klik sini

adios!

Tuesday, July 21, 2009

Muhasabah

(12) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. Al-Mulk: 12

Monday, July 20, 2009

Koleksi lawak 2

Barang berharga

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: !!! !!!

__________________________________________________

Tipah tertelan duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."




_______________________________________________________________________________

Dialog dalam tandas

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di SAcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah...

"Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah camna,akhirnya aku balas juga "Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??"

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata "Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

wakakakakaka

___________________________________________________________

Gua Ajaib


Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh…."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT


_______________________________________________________

Bapa mithali

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan

untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."

_______________________________________________

Kaset lagu

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam
sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia
menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur.
Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a
halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang,
agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang
pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah
malam.

Siwarder penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi
satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap
telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu
side A, meniarap tu side B la bodoh

hahahahahaha... ... ..rupa2nye masih guna 'cassette'... ... ingatkan dah
advance... guna CD!

note: moga terhibur. ceria2 selalu.

sumber: virtualfriends.net

Tonsilitis

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Apa itu radangan tonsil ?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.

Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Kanak kanak yang mengalami radang tonsil selalunya tidak sihat
Dia akan mengalami :-

  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak

Kelenjar tekak akan kelihatan

  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.

Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

Acute tonsilitis
Acute tonsillitis

Bagaimana rawatan radang tonsil ?
Perawatan yang dapat membantu adalah

  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria

Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITISkanak.php

Sunday, July 19, 2009

Katakan tidak pada skim cepat kaya

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. —-ini contoh syarikat penternakan lembu

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

———————————————————————————————–
Apa kesimpulan yang dapat dibuat daripada berita diatas? Saya bercakap bohong atau siapa yang bercakap bohong.

(Terdapat beberapa komen dalam pos saya pada 16 Jun yang mempertahankan skim cepat kaya dalam penternakan yang tidak dapat saya siarkan kerana terlalu kasar)

Saya sebenarnya sudah bosan dan lali apabila orang yang menceburi skim-skim sebegini mempertikaikan saya kerana beranggapan saya budak mentah dan tidak tahu apa-apa. Sehinggakan ada penyokong skim sebegini yang menyuruh saya bersumpah atas nama Allah bahawa saya bercakap benar.

Saya tidak perlu pun bersumpah seperti mana Anwar Ibrahim sendiri tidak lakukan, kerana saya bercakap atas fakta dan belajar daripada orang yang lama dalam dunia perniagaan dan kewangan.

Saya tidak perlu menunggu skim sebegini diserbu barulah saya tersedar bahawa saya ditipu. Sejak dari mula lagi saya sudah menangkap perkara ini dan tulisan saya pada 16 Jun lalu kini dibuktikan benar.

Bagi yang masih mempertikaikan saya, biarlah saya beritahu, antara mentor saya dalam perniagaan adalah bapa saya sendiri yang berpengalaman berbelas tahun dalam dunia kewangan dan seorang saudara saya iaitu Dato’ Salleh (bekas pengerusi KFC Holding).

Malah saya pernah bertanya pada Dato’ Salleh pengalaman beliau menguruskan KFC, beliau katakan sedangkan KFC yang menternak ayam secara besar-besaran (kontrak farming) pun mencatatkan keuntungan yang sederhana, bagaimana orang yang baru menceburkan diri dalam penternakan boleh memberi dividen kepada pelabur sehingga 10 peratus setiap bulan atau 120 peratus setahun?!!!

Ini bermaksud jika dividen pun sudah 120 peratus setahun, berapa nilai keuntungan sebenar mereka? Mesti lebih 120 peratus setahun dan bagaimana syarikat yang baru begini begitu hebat boleh memberikan pulangan sedemikian ditambah dengan keadaan ekonomi semasa sekarang yang lesu.

Sehingga tahap ini, masih ada lagi orang yang mempertahankan syarikat penipu sebegini hanya kerana syarikat ini berlindung disebalik operasi perniagaan yang sah. Bukan sahaja penternakan, ada juga skim cepat kaya yang berselindung di sebalik operasi pelancongan dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda juga, sepupu dan bapa saudara saya mempunyai syarikat agensi pelancongan iaitu Yaskin Travel & Tours Sdn Bhd dan Maslin Travel & Tours Sdn Bhd. Mereka sendiri memberitahu saya dalam agensi pelancongan yang melibatkan bisnes servis, kadar keuntungan paling tinggi pun 15 peratus. Dan bisnes pelancongan amat bergantung pada keadaan ekonomi semasa dan politik.

Sepupu saya sendiri memberitahu walaupun syarikatnya mendapat tempahan oleh agensi kerajaan, tetapi dizaman harga kegawatan ekonomi ketika ini, kerajaan mengawal bajet dengan ketat dan beliau tidak boleh bergantung semata-mata pada kontrak kerajaan.

Jadi, saya hairan dan masih kecewa kerana terdapat segelintir orang masih yakin dan percaya akan skim sebegini. Pada mereka, janji selepas mereka melabur mereka merasa yakin dan semua pendapat orang lain diketepikan. Memanglah mereka boleh memberitahu saya,


“Kalau benar tipu, kenapa tiada tindakan pun diambil kerajaan?”
“Kalau tipu, mengapa saya masih mendapat bayaran?”.
“Ini bukan Swiscash, mereka mempunyai perniagaan yang nampak dan jelas!”

Dan saya ingin menjawab, memang tiada tindakan diambil kerajaan selagi tiada laporan dibuat. Macam kalau saya merompak rumah anda, tetapi anda tidak membuat laporan polis. Adakah pihak polis akan mengambil tindakan?

Masalahnya sama dengan skim sebegini, mereka merompak wang anda secara terhormat dan dengan keizinan anda. Pada zaman ini, orang yang pergi merompak bank dan memecah rumah adalah perompak yang yang ketinggalan zaman, sedangkan cara paling senang ketika ini adalah dengan merompak melalui skim cepat kaya.

Sesungguhnya, skim cepat kaya mana yang tidak membayar ahlinya. Kalau tidak, awal-awal lagi sudah lingkup. Ia bukan berkaitan masa sama ada ia membayar selama sebulan, dua bulan, setahun, ia berkaitan wang tersebut yang tidakpun dilaburkan dalam perniagaan. Ia hanya berputar-putar dan bergerak dalam satu tempat. No value added!

Akhirnya mereka akan tumbang juga. Itu sahaja. Kesannya, pelabur juga yang bakal merana.

Percayalah, perompak zaman moden seperti Skim Cepat Kaya tidak akan terpekik-pekik dan melolong mengatakan mereka sedang merompak wang anda. Apa yang mereka perlukan adalah sedikit kepandaian dan juga tarikan yang mampu menghilangkan waras orang ramai.

Dahulu memang kita popular dengan skim seperti Swisscash, dan sekarang pun skim tersebut tetap sama, cuma ditukar modus operandi dengan bersembunyi di belakang perniagaan yang sah seperti penternakan lembu dan sebagainya.

Sebenarnya anda tidak perlu menunggu skim sebegini diserbu barulah ingin tersedar. Jika ada yang mengatakan kepada anda, “Ala, ini 4 syarikat sahaja tidak betul,sebab tu keluar paper, syarikat XXXX lain, mereka benar, tengoklah hanya 4 syarikat dalam berita diatas sahaja diserbu, syarikat XXXX tidak pun diserbu”.

Jawapannya mudah sahaja, “Modus operandi sama sahaja tidak kiralah jika syarikat XXXX itu tidak diserbu. Apakah anda mahu menunggu sehingga habis wang simpanan dikorek barulah hendak tersedar. Berhentilah bangun dari lamunan.”

Cukuplah sekali ditipu. Kata orang, jika kita dipatuk ular oleh lubang yang sama 2,3 kali, itu petanda yang amat buruk sekali.

W.M.Syazwan

sumber: http://www.saifulsham.com/


Saturday, July 18, 2009

Koleksi lawak II

Barang berharga

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai ! sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.

Hakim: !!! !!!

__________________________________________________

Tipah tertelan duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."




_______________________________________________________________________________

Dialog dalam tandas

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di SAcc.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah...

"Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.

Ntah camna,akhirnya aku balas juga "Ok gak ler"

Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??"

Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit"

Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??"

Aku selamba jer kata "Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la".

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

wakakakakaka

___________________________________________________________

Gua Ajaib


Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh…."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT


_______________________________________________________

Bapa mithali

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anakperempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang siibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kreta Ferrari merah berhenti didepan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.

Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan

untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah banglo dan wang tunis RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata,

"Kalau camtu hang cuba le lagi."

_______________________________________________

Kaset lagu

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam
sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia
menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur.
Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a
halim, L ramle. Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang,
agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang
pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah
malam.

Siwarder penjaga hospital ni rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi
satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap
telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu
side A, meniarap tu side B la bodoh

hahahahahaha... ... ..rupa2nye masih guna 'cassette'... ... ingatkan dah
advance... guna CD!

note: moga terhibur. ceria2 selalu.

sumber: virtualfriends.net

kisah suami isteri

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami... jadinya kena selalu berfikiran positif... barulah tercipta rumahku shurgaku.

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.


Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".


Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.


Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang... ..


Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang... ..


BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. *&^%$#@!!!!



======================================

wakakakkakaka pempuan mmg komplikated


sumber: virtualfriends.net

Thursday, July 16, 2009

5 tanda amaran MLM skim piramid

1. Memerlukan pengambilan donwline baru sepanjang masa tanpa henti

tanya: adakah pengambilan downline baru tanpa had dibenarkan, dan adakah mrk yg baru menjadi downline ditawarkan insentif spt barang, bonus, advancement, komisen dll sbg ganjaran mengambil downline baru seterusnya dibwh mrk? ini memberi persepsi bahawa psrn itu sdg berada pd tahap tepu (saturated) dan program harus berpindah ke lokasi yg lain atau memperkenalkan produk lain utk kesinambungan mrk. peluang utk setiap downline baru mendapat pulangan wang akan menjadi semakin mengecil sejajar dgn pengembangan system piramid yg semakin melebar ke bawah.

2. Peluang naik hierarki berdasarkan brp banyak downline baru berjaya direkrut berbanding perlantikan pangkat secara berlantik.

tanya: apakah uplline yg terlibat dpt advance position dlm hirarki (dan juga income mrk) berdasarkan keupayaan merekruit downline dibwh mrk? sekiranya satu2nya cara utk mendapat kenaikan pangkat dan income ialah dgn cara merekruit org baru, ia sangat2 memberi indikasi bwh sistem itu ialah sistem piramid.

3. Downline baru harus bermula dgn membuat pembelian pd kadar yg ditetapkan
tanya: adakah downline baru masuk perlu membuat pembelian pd harga tertentu? adakah mrk dipujuk utk membuat pembelian insentif sbg cara utk mengambil peluang perniagaan dan sebagai kesinambungan cara utk melayakkan seseorg utk memperolehi kenaikan pangkat dlm MLM? sila berhati2 terhadap terhadap kuantiti minimum pembelian dikenakan ke atas anda - di mana anda 'must pay to play' the game. minimum pembayaran itu utk melayakkan anda mendapat advancement or commissions. berjaga2 skiranya anda dikehendaki membeli barang secara berterusan/maintain pembelian setiap bulan misalnya. bisnes biasa tidak memaksa anda membuat pembelian sedemikian. anda hanya membeli apabila adanya keperluan/kadang2. target pembelian berterusan mungkin satu 'penyamaran' pelaburan barangan berdasarkan skim piramid. hanya segelintir kecil saja yg mendapat komisen mencukupi utk cover cost perbelanjaan mrk.

4. company membayar komisen atau bonus lebih dari 5 level distributors

tanya: adakah company membayar komisen atau bonus kpd distributor dlm hirarki melebihi level yg dijustifikasikan? (5 misalnya). malah company besar yg menguasai psrn seluruh dunia pun ada 5 level sales management saja - branch, district, regional, national and internationals sale managers. membayar komisen n bonus keatas lebih 5 level dlm MLM program akan mengkayakan mrk yg berada di atas takhta piramid. anda perlu bijak utk menghindari program yg melibatkan lebih 5 level ini. ia akan menjadi satu system compensation yg sgt memanipulasi kerana anda membayar kepada keseluruhan peserta kumpulan anda, bukan hanya individu. keadaan ini menyebabkan kerugian pd tahap serius, kecuali mrk yg berada dlm kelompok 'top of a mega pyramid of pyramids.


5. Rekruit org baru lebih dipentingkan daripada produk diniagakan
tanya: adakah donwline yg beli barang itu mendapat sedikit saja pulangan hasil jualannya (less than total payout) kerana total payout diagihkan pd upline yg tiada kene mengena dgn jualan anda lakukan? jika ya, ini menunjukkan upline anda mendapat komisen dari setiap sale anda lakukan (downline). keadaan ini adalah 'syurga' bagi upline person tetapi suatu nightmares utk org yg menjaul produk itu. elakkan company MLM menggunakan sistem ini.

anda juga harus berhati2 sekiranya MLM promoter mengajak anda memilih 2 pilhan or tracks - satu utk mereka menjual product dan satu lagi track utk mrk yg serius mahu 'building the business'. sekiranya incentive sgt2 bergantung kpd recruiting, company ini wajar diragui.

kajian terbaru menunjukkan, sekiranya kelima2 ciri ini wujud di dalam MLM anda, peratusan utk semua peserta kehilangan wang ialah hampir 99.9%. - iaitu jauh lebih teruk dari 87.5%-93.3% kadar kerugian utk bisnes biasa spt skim produk bukan piramid; mahupun peluang menang 'judi' di Las Vegas. adalah lebih baik menjual pensil di tepi jalan.

(terjemah dari tulisan Dr. Jon Taylor)

artikel ini diedit dan diterjemah dari www.mlm-thetruth.com


note: terlalu ramai org mly tertipu oleh skim MLM (tak semua, tapi kebanyakan), skrg ada pulak dgrnya forex (Tun Mahathir ada sentuh nie dlm blog, katanya gambling) and niaga emas. dari aspek syariah, perniagaan ini diragui status halal haramnya. tengoklah sapa yg set up bisnes tu, ada ker dia fikir halal haram utk kita? kena ingat sendirilah. sy dgr byk dah kisah 'tipah tertipu' nie. berhutang berpuluh2 ribu, apa takder. utang bank kena langsai jugak 15 thn. dan rasanya satu tanggungjawab bersama saling mengingati dan berkongsi ilmu. terpulanglah selepas itu jika masih hendak teruskan niat. tanggungjawab menyebarkan yg sepatutnya dah lepas.

spt kata seorang komentar, bila downline tak berjaya, kata downline pemalas, tak kuat berusaha dll, tapi logiknya kalu ikut sistem piramid, dah org tu terkebawah sekali dlm piramid, dia usaha mcm nak gila pun, dia susah nak berjaya kerana sistem dah mcm tu. kerana itu, ada benarnya org yg set up bisnes nie dan CEO2 kat atasnyer tu ajer yg akan kenyang kaya tapi bukan org bwh. justeru itu penting utk anda tahu...anda org ke berapa?? adakah anda org 1000 terawal? atau yg ke 1,000,000?

1000 yang kaya, 1,000,000 terpedaya

Sunday, July 12, 2009

MLM: selidik sebelum melabur

semuanya bermula dari satu 'pengakuan terbuka' seorang lelaki melabur 20k utk MLM. berhutang dgn bank 10 thn utk join MLM dgn harapan blh kaya dlm setahun. tapi mlgnya, ia pelaburan paling merugikan pernah dibuat katanya. thread nie mendapat respon ramai ahli. kebanyakannya menceritakan kisah malang tertipu dsbnya.

byk tips and panduan berguna sy perolehi dari 'debat' hangat pasal MLM nie. antaranya sy baru menyedari bahawa ada MLM yg jatuh haram dari perspektif syariah. utk lebih lanjut klik disini.

sy copy paste bbrp komentar ahli yg sy fikir bermanfaat bagi sesiapa yg berminat menjalankan MLM. peringatan penting sy kira ialah: jgn mudah digula2kan dgn kekayaan, kereta besar yg flashy dan rumah2 agam indah itu. prospektor lebih suka fokus benda nie kerana barangkali itulah yg blh menarik ramai org utk join. tapi sptnya menyembunyikan hal2 penting yg wajar diketahui spt system company yg digunakan kerana system yg digunakan blh memberi jawapan ttg kekuatan dan akauntabiliti business. jadi jgn dgr pdgn prospektor saja, pastinya yg indah2. cari maklumat, buat research, tanya org lain yg pakar MLM yg beri pdgn objektif sblm meletakkan duit anda di dalamnya. ini bagi mengelakkan anda tertipu.

_____________________________________________________________

How to pick the right MLM business?

MLM adalah bisnes. tetapi seperti juga bisnes lain, MLM juga boleh digunakan untuk jalan pintas kepada kekayaan. Hampir setiap tahun ada syarikat MLM baru dibuka dengan membawa konsep dan sistem masing-masing. Tapi sebagai orang yang mahu menceburi bisnes MLM ini, adakah anda mengkaji syarikat MLM mana yang bertapak dan memberi faedah kepada ahli dalam jangkapanjang dan menguntung semua pihak.

Anda perlu melihat kepada sistem. terdapat beberapa sistem yg diamalkan didalam MLM iaitu step-up, matrix, binary, uni-level, sponsor, traditional dll. Inilah yang tidak ramai tahu tentang MLM compensaton plan.

Pada pendapat saya, untuk melihat satu company yg baik adalah melihat compensation yang dibayar melalui penjualan dan bukannya banyak datang daripada sponsoratau recruitment ahli baru. Apa jua bisnes di dunia, keuntungan datang daripada jualan. Inim bermaksud, banyak jualan maka banyak keuntungan. Apabila sesuatu system memperlihatkan keuntungan diperoleh daripada potongan komisen daripada yuran orang lain,maka anda perlu berhati-hati. Boleh jadi anda kaya kerana duit orang lain, atau anda hanya memayar untuk mengkayakan orang lain.

Saya amat menggalakkan saudara mara dan rakan-rakan yang mahu menceburi bidang MLM tetapi selalu berpesan, lihat pada compensation plan atau pelan pembayaran, seandainya keuntungan lebih banyak dapat daripada nilaii jualan, maka teruskan, sekiranya lebih mempromosi kepada membesarkan networking dan recruitment, saya akan menasihatkan utk menghindarinya. Ia lebih mirip kepada sistem sindiket tikus (piramid) dan pak man telo. Saya juga hairan mengapa kerajaan tidak mmandang serius dalam memantau sistem2 MLM yang baru.

Untuk pengetahuan anda, mana2 sistem binary kebanyakannya dicipta utk satu tempoh tertentu. Sampai disatu tahap apabila mencapai target, kebanyakan tauke akan bungkus dan tutup syarikat. Elakkan daripada menyertai MLM yg menggunakan sistem binary.

Dan satu perkara yang amat penting untuk anda tahu, kebanyakan MLM mengatakan dengan MLM anda mempunyai masa dan wang tetapi sebenarnya tidak sepenuhnya, apabila anda menceburi MLM anda perlu menghabiskan banyak masa untuknya khussnya diperingkat permulaan. Even anda sudah berjaya, anda masih perlu bergerak kesana sini untuk menyelenggara network tetapi tidaklah seteruk diperingkat permulaan.

Janganlah mudah digula-gulakan dengan impian kekayaan. BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, TAPI SENANG NAK JADI SUSAH. sekiranya ada MLM yang mengatakan mudah untuk jadi kaya, please consider about it b4 u join.

my 2 cents view ... ...

________________________________________________

1- Boleh anda mention dari statement mana saya mengatakan menolak sistem downline? sila copy dan paste mana2 statement saya yg mengatakan menolak sistem downline.

2- Saya tidak pernah menyebut nama *** dalam posting saya yg lalu. Sekiranya anda terasa bahawa *** tergolong dalam kategori 'penggantungan kepada networking/recruitment', perlulah anda menerima hakikat. Saya menyentuh secara general. Bukan ****sahaja yang menjalankan kaedah sebegini tetapi ada juga syarikat lain yang menggunakan kaedah yang sama.

3- Soal ada 200 atau 2000 jutawan sekalipun, ia tak akan merubah fakta tenang sistem. apabila anda hendak belajar tentang MLM,jangan semata2 tanya upli APA ITU MLM? Upline tidak tahu apa itu MLM. Mereka hanya tahu apa itu *** ataupun syarikat masing2. Baca posting saya yang lallu betul2 dan anda akan tahu serba sedikit apa itu Multi Level Marketing dan compensation plan yang digunapakai oleh syarikat MLM diseluruh dunia.

4- Untuk mengira effectiveness compesation plan, anda perlu membuat nisbah dan perkadaran bagi maklumat pendapatan Dari Jumlah ahli/jumlah jutawan/jumlah pendapatan. Anda tak boleh simply mengatakan 200 jutawan yang wujud membuktikan syarikat ini mempunyai sistem yang berkesan. Saya sendiri pernah membantu setup sebuah syarikat MLM tempatan menggunakan binary. Syarikat tersebut menghasilkan hampir 100 jutawan dalam 3 tahun operasi. Tahun keenam hampir 300 jutawan dan syarikat itu ditutup. Ahli keseluruhan berdaftar 270K+. So, ini bukti 300 jutawan yg wujud tidak menjanjikan sistem MLM sesebuah company tersebut betul dan mantap.

5- Hakikat: Sebenarnya sesiapa sahaja boleh buka MLM sendiri. Ramai sudah orang buka MLM dan menjual product kerana a menjimatkan kos. Lebih 300 syarikat MLM baru dibuka diMalaysia setiap tahun. Ia bukanlah sistem pemasaran yang menipu tetapi sistem compensation MLM itu yang selalu menipu dan menguntungkan pihak tertentu sahaja. Kebanyakan yang mempelopori atau memiliki syarikat MLM ini adalah dari bangsa cina kerana mereka dapat melihat betapa mudah pendapatan mereka dijana oleh orang lain tanpa dibayar gaji.

my 2 cents view ... .

_____________________________________________

Nak tahu product MLM mana yang bagus, Dengar kata Konsumer dan bukannya kata salesman.

Contoh yang saya boleh beri MLM yang bagus ialah Tupperware, avon, Mary Kay, Amway, Cosway and few more.

Tupperware contohnya kalau ditanya orang kampung, semua bekas plastik dipanggil tupperware dan memang diakui tupperware kualitinya bagus.

Avon sungguhpun compensation plannya tidak mengkayakan ahli tetapi ia lebih menguntungkan pelanggan dan produknya mempunyai quality level tersendiri. Sesuai untuk pendapatan kecil kecilan.

Amway ramai yg katakan mahal tapi siapa tak kenal amway MLM paling lama bertapak di Malaysia. Sistem MLMnya yang banyak ditiru company MLM baru tapi masih tak boleh nak lawan. Productnya pun high class sesuai denganharga.

Usana walaupun bukan orang lama tapi quality product sudah diiktiraf untuk kegunaan phamaceutical awam.

Inilah contoh company MLM yang boleh anda yakin sebab mereka deliver kemampuan mereka dalam product, company strength dan manfaat pelanggan.

Tinggalkanlah niat uk cepat kaya ni. Memang ada insan yang bernasib baik kaya cepat dalam MLM tapi itu 1 dalam seribu. Kita 'think big' tapi jangan 'big hope' sebba nanti kecewa merana jiwa.

berwasatiah dalam kehidupan, insyallah dipenuhi keberkatan.

my 2 cents view ... ..

____________________________________________________________
Cerita2 kecewa:

masa aku keje kat ambank dulu, ramai giler a customer aku buat loan kat ambank semata2 nak join **** ni... kdg2 bila aku prepare dorg punyer cheque, rasa cam nak nangis... yelah, 20 30 ribu senang2 je dorg pinjam semata2 konon2 nak kaya cepat... yg datang tu ada yg keje posmen, nurse yg gaji pun xla seberapa, beban tu nak bayar utang... yg aku peliknya, knapa sumer org melayu je? ntah la ek... dorg x pkir kot... memg melayu mudah lupa... .

di sebabkan MLM la,
aku kene tinggal dek bakal tunang yg dah gian nak cr donwline...
kunun nak kaya..
tp makin kayap ada la
ikut event sana sini
mcm bodoh pun ada aku nengok
huuuhaaaa je lebeh
tp untung sikit pun x nmpk
event dah la mahal nak mati...

duit join lain
duit reg lain
duit lanje org supaya join lain
duit event lain
(x pk sume tu, tau nak dpt prospek je)

x pasal2 aku lak kene tinggal
kita duk la sokong dia, doakan dia supaya leh berjaya...
last2 jd camni lak
kunun stress la apa la

@@)(%&(&(@&^!^$!_$)&(!$_)&(!_$&_++&$^^#!

so, MLM mmg x jnj leh kaya la..
dlm 10 org blum tentu sorg pun leh dpt kete canggih dipoyokan tu..
kalo ko keje smp lebam bawah mata pun,
blum tentu ko leh cover duit loan bank tu... .

member ofis aku ada juga terkena nak suruh bt loan bank.,member aku x nak bt siap antar sms ugut2 nak cari member aku.,member aku takut siap bt report polis.,ada ke patut bisnes mcm ni org x nak join duk ugut2 pula.

aku pn nyaris2 nak msk hr 2, tp x jd. borang ahli je dh isi, siap nak setelkn borang loan aku lg.. diaorg kata loan gerenti setel... ada pak sdare la, makcik la,, mcm2... .. 30 RIBU plak modal. gila betul... 15 tahun aku nak tgg hutang 2. Kwn aku yg msk, mula2 ok la. pas 2 kete pn jual smula... dah la 2, diaorg pakat plak nak bhenti keje sbb income dh byk msk.. diaorg xpe la dh lame.. 5,6 kali tpn pas 2 aku wat x lyn je... tp diorg pya pjuk mmg gila la. 5,6 org plak 2. pendapat aku, kalu nak wat ape2 pn kna tya org.. HIDUP JGN DIKABURI DGN WANG RINGGIT YANG BELUM PASTI ADA DEPAN MATA...

**** ni memang aku dengar ramai da yg terkena..majority yg aku dengar org gov yg kena..coz mudah buat loan kot..membe aku joint ngan buat loan 20k atas nama husband dia..ke hulu-ke hilir cari downline..last2 ape pun takde..skg ni husband dia suruh dia jual **** tu untuk buat belanja..coz peruntukan duit poket dia.husband dia da buat bayar loan.aku rasa mana-mana MLM ni sama je..myb kita bole buat site income dengan MLM ni.tapi nak kaya tu memang sorang dalam 1000 kot..so..sebelum terpengaruh..fikir la betul-betul...

p/s: semoga info ini memberi manfaat bersama.

Wednesday, July 8, 2009

RIP Micheal Jackson

Live show di Australia dari LA US sempena majlis memperingati MJ. show started at 2.30 am, and i woke up at 5. Almost missed it. Tapi sepanjang hari nie semua tribute show about MJ di tv jadi tak rugi siapa yg terlepas, byk ulangan cuma edited versionlah, bukan live. i dont want to ulas about how they 'say good bye' to MJ, that's their way, i respect that. i just wanna share moment that relly touched me so deeply that i cried everytime i see it on tv. really, setiap kali tgk scene tu menangis, meleleh air mata. bukanlah sbb MJ tu my idola ke aper, tapi, sbb anak dia Paris Blanket. dia tak dijangka berucap tapi ms penutup tu dia insist nak berckp, so org bagi dia peluang, tapi dia tak dpt ckp byk pun coz dia menangis bila dia citer pasal ayah dia, yg buat sy pun menangis sob-sob sama. tak malu nak ngaku nangis setiap kali tgk scene nie sbb sy rasa dia genuine dgn aper dia ckp and i blh rasa connection and feeling mcm ner kerana sy pun dah takder ayah. sy dpt merasakan mcm ner. seseorang yg pergi takkan dtg sampai bila2. kematian adalah perpisahan yg menyakitkan utk ditempuh. sy harap anak2 dia akan kuat.

Tuesday, July 7, 2009

Peribahasa moden


1. Dahulu: Bagai Air Dicurah Ke Daun Keladi

Moden: Bagai Air Disiram Ke Daun Plastik (pokok hiasan)

2. Dahulu: Bagai Telur Dihujung Tanduk

Moden: Bagai Handphone Dihujung Antena Kereta

3. Dahulu: Bagai Aur Dengan Tebing

Moden: Bagai Guard Rail (pagar) Dengan Rubble Wall (tebing konkrit)

4.Dahulu: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Moden: Berat masuk lori, ringan lu angkat lah sendiri

5. Dahulu: Genggam bara api, biar sampai jadi arang

Moden: Genggam kotak rokok, biar sampai jadi barah

6. Dahulu: Seperti lembu dicucuk hidung

Moden: Seperi Mat Punk dicucuk hidung

7. Dahulu: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian

Moden: Berjetski-jetski ke hulu, berpapan luncur ketepian

8. Dahulu: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

Moden: Masuk kelab Disco breakdance, masuk kelab dangdut bergelek

Cukupler setakat 8 contoh yg aku dah beri ni, dan ingatlah cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa, jgn biarkan anak kita belajar bahasa melayu menggunakan sistem bahasa inggeris seperti yg telah terjadi dlm matematik dan sains... sekian...

Takkan Melayu Hilang Di Malaysia (Dunia)

sumber: virtualfriends.net

Hahahaha..kelakar lah


Monday, July 6, 2009

Menolak cinta dengan hikmah

“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.

Kasihan.

Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.

“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.

“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.

“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil.

“Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya.

“Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah.

Ya.

Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan.

Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan proses ijab dan kabul, tanda menerima perhubungan itu secara sedar dan penuh tanggungjawab. Segala-galanya harus jelas. Apabila perkahwinan tidak lagi dapat dipertahankan, maka kaedah memutuskan ikatan yang telah dibina oleh ijab kabul itu, turut dilakukan dengan ijab kabul yang jelas juga.

Segalanya jelas.

“Aku terima nikahnya,” kata pengantin lelaki.

Ya, hubungan itu ialah sebuah pernikahan. Maka tanggungjawab, kasih sayang dan segala yang timbul tenggelam dalam perkahwinan itu dikendalikan oleh sebuah sistem bernama pernikahan.

Tetapi jika seorang lelaki dan perempuan itu ‘kawan-kawan dulu’, ‘teman tapi mesra’, ‘lebih hangat daripada biasa’ dan entah apa-apa lagi status rekaan seperti ini, atas dasar apakah garis panduan perhubungan itu mahu diuruskan? Melainkan serabutlah jiwa dan raga manusia yang terbabit dengan perhubungan seperti ini, dan ‘tiada Allah untuk membantu mereka’.

Itu soal menerima.

Soal memutuskan hubungan juga sama.

“Aku ceraikan engkau… dengan talak pertama” kata seorang suami.

Ungkapannya jelas. Bahawa ia bernama sebuah penceraian. Pemisahnya adalah talak. Justeru segala tanggungjawab, batas hubungan dan lain-lain, diuruskan oleh sebuah sistem bernama ‘penceraian’.

Tidak sekali-kali sebuah penceraian dibuat dengan ungkapan yang tidak jelas.

Ungkapan, “engkau tiada lagi di dalam hidupku” atau “mulai hari ini kita sudah tidak lagi boleh bersama” atau “pulanglah engkau ke rumah ibumu dan jangan kembali lagi” atau “engkau dan aku seperti anak panah yang sudah meninggalkan busarnya”, semua itu adalah ungkapan-ungkapan kinayah yang menyusahkan. Ia memerlukan kepada penyiasatan dan padanan contoh bagi mencari maksud apakah sang suami itu menceraikan isterinya, atau apa?

Maka permulaan perkahwinan adalah dengan ikatan yang jelas. Penyudah perkahwinan juga adalah dengan kenyataan yang jelas. Tiada samar-samar di dalamnya.

“Habis, apa yang patut saya buat?” tanya anak muda itu dengan wajah yang sudah agak cerah berbanding sebelumnya.

“Berikan perkataan yang jelas kepada perempuan itu” saya memberikannya cadangan.

“Aku ceraikan dikau?” soalnya sambil ketawa.

“Sudah aku terima nikahnya kah? Cuba anta sebutkan perkataan yang jelas. Ustaz nilaikan” saya menyoalnya pula.

“Saya tidak mahu bercinta dengan awak atau dengan sesiapa. Saya takut Allah. Lupakan saya. Lima tahun akan datang, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, pun tak mengapa” katanya, mencontohkan sebuah ‘talak’ untuk perhubungan di luar perkahwinan.

“Err… bahagian pertama lulus. Bahagian kedua, tak perlu” saya mengomen.

“Maksud ustaz?” tanya anak muda itu.

“Sebutkan sahaja yang anta takutkan Allah dan tidak mahu terbabit dengan cinta. Full stop. Bab kalau ada jodoh ke tak ada jodoh tu, tak payah sebut” saya menyambung cerita.

“Tapi macam kejam sangat bunyinya nanti, ustaz” kata anak muda itu.

“Ya, apalah sangat kejam pada menolaknya sekarang, berbanding kejamnya pilihan kalian menyertai kemurkaan Allah!” saya cuba menyudahkan perbualan.

“Hmm… I got the point. Thanks ustaz!” beliau tersenyum. Berfikir barangkali.

No sweat… Selamat menduda kerana-Nya” saya menghulurkan salam.

“Lepas buku AKU TERIMA NIKAHNYA, tulislah buku AKU CERAIKAN DIKAU pula, ustaz!” katanya.

Horrornya cadangan anta!” saya ketawa.

“Apalah sangat horror mengajar orang bercerai cara betul, berbanding horror membiarkan kami-kami ini kebingungan dalam kemurkaan Allah!” katanya, meniru ayat saya tadi.

“Amboi, pulang paku buah keras nampak!” saya tersenyum.

“Ustaz juga yang ajar!” jawab beliau, disambut dengan tawa kami semua.

Ya, andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari Barat dengan firman-Nya:

17_32“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang amat jahat” [al-Israa' 17: 32]

Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin.

Bala… bala!

sumber: saifulislam.com

Sunday, July 5, 2009

kebahagiaan yang sesaat

Maaf kalau gambar yang tertera ini mengganggu ketenteraman kalian. Sy sendiri sukakan yang indah2 utk tatapan mata tapi hati ini terpanggil2 mahu sekali menguploadkan gambar2 ini. bukanlah utk hiburan hati tapi sebagai peringatan bersama.

sejujurnya, senak dada sy menatap gambar2 nie, mengalir air mata tak terasa. tersentuh benar rasanya. apa dah jadi?? sy msh ingat pengalaman melawat rumah kanak2 thn lepas. masih jelas di mata saya anak2 terbuang ini, begitu ramai bilangan mereka. comel2 belaka, dgn wajah sayu mengharap minta dipeluk. sempat jugak sy meluangkan sekejap masa bercakap2 dan bermain2 dgn mereka. tapi hati ini tuhan sajer yg tahu. orang lain ada keluarga sempurna yg menjaga mereka, tapi ini? yang ada dirumah kanak2 itu antara yg bernasib baik, sempat ditemui ketika masih hidup. tapi betapa ramai lagi yg tak bernasib baik seperti itu. tong2 sampah, tandas, halaman rumah orang, station bus dll menjadi 'rumah' mereka. seperti sampah lagaknya.

apakah yang pincang dalam masyarakat kita hari nie?? atau ini sememangnya petunjuk dunia ini telah sampai ke penghujungnya? menanti tika dan saat cuma??

sempat sy membaca komen seorang blogger ttg isu ini. kebetulan dia seorang penceramah, memberi ceramah di depan 40 khalayak pegawai2 kerajaan; semuanya golongan professional. bila dia utarakan isu ini katanya, ramailah yang mengucap 'cicak'. berhamburan segala amarah. tak lupa kutukan.

tapi bila ditanya, jika ada seorang gadis dtg kepada anda, dgn membawa kandungannya atau anak kecilnya, setakat mana anda mahu menolong. 'cicak' yang banyak tadi terus terdiam. barangkali sifat yg suka benar menghukum menjadikan mrk2 ini mengambil jalan singkat: buang saja lebih senang dari menjadi mangsa kutukan sampai bila2. generasi muda dlm kegawatan jiwa, perlu bimbingan. cabaran membesar zmn kini pastinya sgt berbeza dgn zmn 10-20 thn dulu. ibubapa kita perlu ilmu lebih hebat dlm membesarkan anak2. tapi ilmu sekular saja tidak cukup. pastinya tanpa tunjang agama, tanpa menunjukkan contoh teladan yg baik, tidak akan mencukupi. yg nyata, bukan sedikit cabaran membesarkan anak zmn skrg. sy yg tak ada anak ini pun kerap benar bimbang dgn anak2 saudara. agaknya punya anak sendiri nanti lebih hebat perasaan bimbangnya.

hubungan lelaki-wanita hubungan paling indah Allah ciptakan di dunia ini. dgnnya kasih sayang dan tanggungjawab terpelihara, atas nama cinta. diutuhkan hubungan dgn nama perkahwinan; didalamnya terlindung segala hak dan jaminan keadilan. tapi bilamana kita mencari yg diluarnya itulah segala permasalahan yg ada kini wujud. kebahagiaan sesaat cuma, deritanya berpanjangan.

sy bukanlah sempurna utk berckp hal ini semua, sy bukan manusia lepas dari segala dosa. tapi sy benar2 berharap, saya mampu menempuh cabaran di luar sana. mudah2an saya mampu dan tak berputus asa utk menjalani kehidupan ini dgn sebaik2 iman dan amal. insya allah.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...