Tuesday, March 31, 2009

Jadual Sekolah Saya

Haaa, jgn marah. Terlebih rajin nak memblogkan diri, 3 sekali thread sy bagi. ahahahaha. makin nak msk final year nie makin rasa kurengnya ilmu di dada. saat2 mcm nielah mcm2 nak msk, thn lepas senyap jer tak joined workshop. tapi kat msia pun kumpul data separuh thn, pastu busy ngan verbatim.

maklumat tak tepat lah, i dtg per workshop bulan 3 penuh. i tak ngular pun. i bukan lagi budak U yg suka ponteng kelas zaman UM dulu =)

nielah rekod2 kedatangan workshop setakat nie. so bulan nie agak busy dgn workshop. mudah2an ilmu lekat dan bermanfaat. amin....


No
Date
From
Time
To
Time
Title
Location
Program For
Max
Seat
Seat
Available
Have I
Attended?
1
Thu 12/03/2009
5:00 PM
7:00 PM
D309, Footscray Park
Staff and Research Students
18
7
Yes
2
Thu 19/03/2009
5:00 PM
7:00 PM
D309 PART TIME STUDENTS, Footscray Park
Staff and Research Students
18
18
No
3
Thu 26/03/2009
2:00 PM
4:00 PM
D309, Footscray Park
Staff and Research Students
19
19
No
4
Wed 1/04/2009
2:00 PM
5:00 PM
D309, Footscray Park
Staff and Research Students
25
25
No
5
Thu 2/04/2009
2:00 PM
5:00 PM
D309, Footscray Park
Staff and Research Students
25
25
No
6
Fri 3/04/2009
10:00 AM
12:00 PM
L112B, Footscray Park
Staff and Research Students
25
25
No
7
Wed 22/04/2009
2:00 PM
5:00 PM
D309, Footscray Park
Staff and Research Students
25
25
No
8
Thu 23/04/2009
2:00 PM
5:00 PM
D309, Footscray Park
Staff and Research Students
25
25
No

Pending...message failed!


Husna punyer latest thread discuss pasal keburukan bertangguh. hmm, mmg betul sgt bertangguh tu menimbulkan byk mslh dari faedahnya. bila dia citer pasal hidup bertangguh nie, teringat citer kat sekolah dulu.

nama sekolah sy SMK Pending. nama yg sangat tak sesuai dgn expectation ibubapa/guru terhadap nilai seorang pelajar sbbnya nama pending tu sgt akrab dgn maksud bertangguh, tertangguh, tergantung, belum mendapat keputusan di dalam BM.

disebabkan itulah maka guru besar pertamanya pun mendapat satu idea bernas dgn memberikan satu cogan kata yg sgt2 sesuai dgn nama sekolah nie..

boleh teka? boleh?

betul -- jangan bertangguh!

kisah betul nie. hahahaha

Aku dah burung hantu: kisah benar



sepanjang rekod 2 tahun lebih kat Melbourne nie, sy pegang title 'sleeping beauty'. jgn salah faham, takder kaitan ngan makan epal beracun atau pun kecantikan luar biasa, tido pun mcm org lain jugak - sleeping ugly. it just that, pemegang title tido paling awal. kul 8-9 mlm dah tido.

tapi skrg nie, penyakit lama dah menyerang semula. penyakit burung hantu: berjaga sampai ke pagi buat keje. mcm pusingan ekonomi dunia jugak, meleset setiap 10 thn, kata org, recycle period. agaknya itulah sy alami. dulu 3 thn study kat UM, ada satu waktu tu, sy start buat keje jam 12 mlm-6 pagi, tido sampai waktu zohor. sbb tu la kalu kelas ada sebelah pagi, mmg susah nampak muka. tanyalah alice and doraline hehehehe. tuang kelas tu mmg biasa.

hilang sekejap timbul balik masa ambik master, lebih kurang mcm tulah. org tido, sy bangun, org bangun sy tido. dan skrg nie penyakit tu dtg balik. dah jadi burung hantu balik dah. biasanya berterusan bbrp bulan. ambik ms nak back to normal. previous experience, kena paksa diri tido awal, pastu sikit2 body akan adjust balik. yang pasti tak suka sbb menentang arus. ofis dah bukak separuh hari, sy baru nak bangun tido. tak patut2, byk urusan tergendala., time rasa lebih pendek.


moga cepat berakhir burung hantu ku ini..

Monday, March 30, 2009

Perahu Kertas dan Profesor


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."


"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pednayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada

kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...


sumber: virtualfriend.net



Sunday, March 29, 2009

Happy Earth Day

Tak sedar rupernya smlm Earth Day bagi seluruh dunia sempena kempen kesedaran pemanasan global. Petang tadi baru tahu, itupun stlh bersms ngan kakak tercinta di Kch. Dia kata semalam black out for about an hour. Sbb dia taip pun guna short form, i was confused, i read it 'earthquake'. Hey Swk pun kena ke Punyerlah perli 'aik, datang dari planet mana?' hahaha. No wonderlah, Sydney jer smlm yg bergelap, kitaorg kat Melbourne business mcm biasa. sampai hati kata adik nan sorang nie makhluk asing. Tapi nak buat mcm ner, baik punyer mahkluk bumi sorang nie. blh tak tahu?? memang layaklah dipanggil makhluk asing, isk-isk


Happy Earth Day.

Saturday, March 28, 2009

manis jangan terus ditelan pahit jangan terus dibuang

tetiba jadi melankolik dgr lagu sudirman nie. teringat kampung halaman yg jauh dimata dekat dihati. bila lihat balik belakang, tak terasa dah 11 tahun sy bergelar anak perantau. terbang dari kuching ke kl, dari kl ke bangi, dari bangi ke australia, lepas nie ke mana lagi, tak tahulah. mcm2 pengalaman dikutip sepanjang perjalanan, suka ada sedih pun ada. tapi sungguh, tak menyesal sedikit pun dgn perjalanan hidup yg tlh tersurat. segala susah payah ditempuh, menjadikan sy sperti hari nie. belajar tentang hidup yg sy dpt dari first hand experience. sungguh, kembara itu membuka fikiran, menjadikan kita lebih terbuka dan bertolak ansur terhadap orang lain dan berani berdikari. walau pahit diawalnya, tapi manis jua akhirnya.

benarlah kata sudirman, manis jgn terus ditelan, pahit jangan terus dibuang...

this song i dedicated to all my friends yg sedang merantau skrg nie..

anak dagang dirantau orang
biar pandai membawa diri
anak dagang dirantau orang
biar pandai membawa diri
-
jaga tutur kata
jaga cermat peribahasa
selalu berbudi tinggi
biar merendah
kata orang jangan dibantah
fikir dahulu sebelum berkata
biar merendah
kata orang jangan dibantah
fikir dahulu sebelum berkata
-
anak dagang negeri orang
jika selalu meninggikan diri
anak dagang negeri orang
jika selalu meninggikan diri
sombong dan iri hati
mementingkan kemahuan sendiri
akhirnya mendapat keji
-
peribahasa
manis jangan terus ditelan
pahit jangan terus dibuang

Friday, March 27, 2009

Look for the other person's point of view

In our interaction with each other, none of us is blameless. No family or group or nation is blameless. We all cause some unfortunate things to happen. We all need to take responsibility for those experiences. We all need to learn from them. Some events will be beyond our control to influence directly. But even there, hasty condemnation is rarely helpful. - (The Universal Heart, Stephanie Dowrick, pp358).

My Report Book


Bulan March mmg bulan busy kerana bulan ini kena complete progress report. Ada dua pulak tu kena settle, Victoria Uni satu and UKM satu, and every one year, kena report pulak kt MOHE. tulah, bila study guna duit rakyat, bukan duit sendiri. Mesti 'guru besar' nak tau, kita nie buang ms ker, membazir duit rakyat ker aper. Kalau dulu, my senior colleagues blh study for PHD 7-8 thn baru balik Msia, skrg..ehem, jgn mimpi. Dia bagi maksimum 4 thn. Jgn ngular pendek kata. Buat betul2 blh siap.

Dulu ms kecik2, yg tengok progres report sy, arwah ayah. sbb perlu tandatangan dia. takut betul time tu, lagi2 kalu ada color merah. nasib baik arwah ayah tak pernah nak marah2. Skrg nie, yg tgk progres report sy, University and majikan pulak.

Dlm hidup nie, sentiasa ada buku report. utk org menilai kita nie maju kedepan ke maju ke belakang. hahaha

Even selepas mati pun, ketika menghadapNya, kita akan diserahkan buku report sepanjang kehidupan kita di dunia. Nie bukan utk naik pangkat atau pengiktirafan, tapi satu PEMBALASAN.

kita usaha buat report book kita kat dunia nie nampak macho dah hebat dgn pelbagai perkara yg membolehkan kita dikatakan maju, tapi mcm mana pula rekod book kita kat DIA? Adakah kita ambik pusing?

Thursday, March 26, 2009

Sila tengok imej baru ku

salam semua,

i dlm proses pengubahsuaian kulit2 template. hobi baru, nak release tension, habis internet ku godek2 dlm usaha mencari templates idaman kalbu, ada bbrp yg best, tapi agak confused nak install. lagi cantik lagi lah payah.

i lost my previous widgets, so i am so sorry, it would take quite sometimes before my blog back to normal (ada link kwn2 etc)

okay tak yg baru ini?

Koleksi Lawak Sengal


Ubat gempa

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa padatepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Pakcik : ??



________________________________________________________________________

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telahterpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pulaawakmenangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

________________________________________________________________________

English is Fun

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya...

Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang.Setiap benda dlmBahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer... ." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?

______________________________________________________

Menghina Mahkamah

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil
. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun
lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguambelakan?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

____________________________________________________________

NAK DENGAR SATU CERITA MENGENAI SEORANG GURU DAN MURID-MURIDNYA.

pada suatu hari seorang cikgu masuk kelas:
murid-murid hari ini kita akan belajar mengenai bunyi binatang.

selepas itu cikgu meneruskan pegajaranya
maka cikgu itu bertanya kepada amy:
amy bunyiayam macam mana,
lalu amy jawap ''kok kok kok kok''


selepas itu cikgu bertanya kepada syafik,
syafik bagaimana bunyi KUCING,
lalu syafik menjawap
''MIOU MIOU''
cikgu berkata MANJANYA



DAN cikgu bertanya lagi,
suhaimi macam mana bunyi buaya,
lalu suhaimi terdiam,
kerana x tahu macam mana bunyinya.


lalu cikgu bertanya kepada semua muridnya bagaiman bunyi BUAYA

salah seorang muridnya menjawap:
saya tahu cikgu bunyi BUAYA macam mana?

ikhwan pun menjawap ''peewiiittt nak berkenalan boleh''

cikgu bertanya dari mana kamu dapat bunyi itu

ihwan pun menjawap ''BUAYA DARAT''

________________________________________________________________________

Calon menantu ikut pekerjaan

Ceritanya begini, suatu hati di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan...

CALON PERAMA:

Pekerjaan : Operator Telefon

"Ala Mak... nih tak syiioookkkk... .dia nih selalu cakap:

SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"

CALON KEDUA:

Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar

Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak syyiiiooookkkk... asyik-asyik

HARAP BERSABAR... BERSABAR"

Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya... lalu dia pon menjemput calon terakhir...

CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit

Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini.Lalu anaknya pun memberitahu... "Hah! mak nih la syyiookkk sikit... kalau cikgu best sikit..pasal diaselalu cakap

ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH... "

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak...

"Bang!!!... .Konduktor bas mini lagi bagus bang... . Diorang selalu cakap... .

"NAIK CEPAT, NAIK CEPAT... MASUK,MASUK... ..

MASUK LAGI, DALAM LAGI... DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,

MASUK BELAKANG... .BELAKANG LAGI,LAGI BELAKANG SANA


sumber: virtualfriend.net






Tuesday, March 24, 2009

Lollipop : claim ur price here




Justify FullI should never make any promise to my love buddy - cute Doraline @ Emon @ Anna the king about the price she could get after she successfully beat the tukang tipu at KL Centre recently. She won 'proton perdana' tipu by gores and menang competition. Luckily, she escaped the ploy. And i accidently said, i will give u lollipop for that. NOw, she insists to claim her price, asking me ' where is my lollipop??" oh dear-oh dear-oh dear


Okaylah, here you go. i didnt say that you can get a real lollipop, it could be anything rite (self excuses, buddy). not necessarily something that u can chew and slurrrrrrrrrrpppp around, it maybe..hmm, something you can't taste but you can see?? (theee)


Okay-okay enough talking, now choose which one you like most? I've got many flavours and it comes from different shapes..pretty-pretty one. this frog lollipop pun sure sedap (or is it doraemon?)
But, i do believe that you will opt for this lollipop, one of the kind (wink-wink)

So? Hurry up..make your choice..tell me huh which one..


Monday, March 23, 2009

Kerana dirimu begitu berharga..

Bunyi mcm iklan komestik Maybeline cuba kali ini bezanya model2 kali nie bukan Supermodel level, tapi wajah2 sebenar pengguna 'komestik dadah' selepas beberapa tahun menggunakannya. Ini kiranya testimoni sebenar, bukan model upahan beribu2 ringgit utk keluar di kaca TV. This is about a real story of drug addicted.

Sila lihat sendiri, apa yang dadah boleh lakukan pada kita. Dari seelok2 manusia, jadi mcm nie?? Dalam tempoh bbrp tahun, wajah dah tak serupa wajah, semua kerana angkara sendiri, mencari yg terlarang. Ntahlah mana nilai kasih dan cinta kita pada diri sendiri??? Kita membunuh jasad yg Allah bagi, kita bunuh 'jiwa' kita sendiri.

Inikah yang dikatakan keseronokan?? kegembiraan? Ia kesengsaraan!!

Tolonglah sayang diri sendiri. Dahlah Allah bagi umur kita nie tak panjang, kita 'sepahkan' dijalanan dgn perkara yg sia2. terlaknat kita dunia akhirat..

Sunday, March 22, 2009

Hak Yang Lain

Menyayangi makhluk Allah lainnya adalah amanah. selain dijadikan mereka sebagai manfaat utk manusia, kita bertanggungjawab menjaga mereka sebaik mungkin, kerana itu adalah tanggungjawab yg Allah bagi, sesuai dgn gelaran manusia sbg makhluk berakal - khalifah di muka bumi.Dari Ibnu Umar diriwayatkan bahwa beliau berkata : ”Rasulullah SAW bersabda : ”Seorang anak perempuan masuk neraka karena mengikat seekor kucing. Lalu kucing itu tidak diberi makan dan tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri”.

Dalam sebuah riwayat : ”Seorang perempuan disiksa karena seekor kucing yang ia kurung sampai mati. Dia mengurung kucing itu dan tidak memberinya makan dan minum. Dia tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan dan minum sendiri”

Manakala di dalam riwayat lainnya diceritakan bagaimana seorang pelacur telah dimasukkan ke dalam syurga kerana budinya memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Dari Ibnu Umar diriwayatkan bahwa dia pernah bertemu pemuda-pemuda Quraisy yang menjadikan seekor burung atau ayam sebagai sasaran latihan memanah, dan mereka menjadikan anak panah yang tidak tepat pada sasarannya sebagai milik orang yang mempunyai burung tersebut. Ketika melihat Ibnu Umar, mereka lari. Lalu Ibnu Umar bertanya : ”Siapakah yang melakukan perbuatan ini? Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknati setiap orang yang menjadikan binatang yang mempunyai ruh sebagai sasaran panahnya”.


Dari Abdullah bin Amr diriwayatkan bahwa Nabi bersabda : ”Siapa pun yang membunuh burung pipit dan binatang-binatang lain yang lebih besar tanpa haknya maka Allah akan menanyakannya pada hari kiamat. Ditanyakan pada beliau : ”Wahai Rasulullah, apakah hak hewan itu? Nabi menjawab : ”Haknya ialah kamu menyembelihnya kemudian kamu makan dan bukan kamu potong kepalanya kemudian kamu buang”.



Kerana itulah agaknya kenapa diharuskan menyembelih binatang dgn cara yg santun. Kerana segala makhluk yg ada, mempunyai hak utk dipelihara. hanya manusia yg selalu bersikap kejam dan lupa diri.

Bagaimana kita memperlakukan makhluk Allah lainnya?


Thursday, March 19, 2009

Wednesday, March 18, 2009

Road Less Travelled

Dah jadi rutin, tuk menjenguk blog, tuk lihat update kawan2 dan juga upload thread sendiri. mcm2 citer ada, citer puding kelapa, citer lawak, citer lawak nak exam, citer sedih pun ada. teman jauh tapi mesra- tak pernah bersua muka kak zana komen, sempat memblog? oh yesssss (senyum lebar nie). as i said, this is the way i ease myself a bit. 2-3 hari dah tak kuar umah buat keje, so this laptop, this blog, the internet line, keep me in touch with the other world, besides PhD yg (penyakit hasad dengki) kata sesetengahnyer, hehehe, or jugak permanent head damaged. walaupun sbnrnya ia cumalah Doctor of Philosophy - mcm grand jer bunyinya kan? hahaha. Inilah dunia ku buat ms ini. aku bercinta dan berkahwin dgn tesis ku utk 3 thn akan dtg ini, like it or not. itulah syurgaku and..hmm racunku (?) teringat dulu kata seorang senior lecturer - PhD is a lonely journey, at certain point, i couldnt agree more.

seronok tgk perkembangan kwn2, mcm2 aktiviti, meaning that, hidup ini berterusan, sy ada ke takder, life goes on (mcmler signifikan sgt diri nie =P ).

tapi jalan kehidupan kita berbeza2. ada yg mudah haluannya, ada yg susah. yg mudah tu alhamdulillah, sy susah tu, kuatkan hati dgn byk bersabar, setiap kesabaran ada kejayaan, setiap kesusahan ada kemudahan. kdg2 yg susah itu, blh dipilih, jarang Allah tinggalkan kita dgn 'no choice at all'. tapi its a matter of choice. pilihan ditangan kita. bila harus memilih, ada yg pilih jalan yg difikirkannya mudah, tapi mudah adakah bererti mudah juga kesudahan. ada yg pilih 'road less travelled' - jalan susah. tak semua org mampu menempuh 'road less travelled'. is like u pilih jalan hutan/denai, instead of highway. tak blh nak lalu jln hutan dgn kancil. kena ada kete yg sesuai - 4 wheel drive barangkali dan well equipped.


the same thing apply dlm keputusan kita ambil. keputusan selalu diatas kesedaran. if you know, u end up with road less travelled, be prepared tuk hadapi ups dan downsnyer. and from my experience, its never been easy. mentally and emotionally challenging experience. kalu tak kuat hati/semangat - u will give up. oh yes, give up. however, if you think, that would be THE BEST way, then be strong, keep strong. tempuhlah keputusan dgn berani. the risk is yours.

gagal/berjaya - it is not you to decide. tapi sbg manusia, kita diharuskan berusaha. tapi akhirnya, lebih baik gagal mencuba dari gagal tak berbuat aper-aper.


bila patut berhenti?? - takder guidelines jelas about it. it's about the way u feel, your instinct. kdg2 after a while, u would ask urself 'is this worth the effort?' selepas setiap kesusahan yg dilalui. bila msh ada keberuntungan, msh wujud kebaikan, mungkin teruskan adalah terbaik. tetapi, sekiranya, hanya kita 'terkorban', 'mengorbankan diri' all along the way, maka pilihlah utk selamatkan diri. you deserve better in urlife. but again, bukan mudah. the complexity of your decision making process, only you can understand.


road less travelled - is exhausted and demands all the best you have;
are you prepare?

Tuesday, March 17, 2009

Perhitungan terakhir


Sangat susah untuk memuaskan hati semua orang. Bila di dalam jiwa seseorang itu kebencian, apa jua kebaikan yang dilakukan, kejahatan jua akan terpandang. Dan bukan mudah, memenuhi semua kehendak2 orang terhadap kita. kadang2 letih menabur jasa, letih menunjuk budi, tohmahan jua kedapatan. Mengorbankan diri utk orang lain, belum pasti dihargai, apalagi dipuji. Pada akhirnya, bukan memuaskan hati semua org itu yg penting, tapi melakukan yg BETUL. Biarlah, selagi lidah manusia berkata2, dia akan terus mencerca, pada akhirnya, yg menilai baik betul tindakan kita ialah yang Esa. Bukan pada mereka dosa atau pahala.

manusia sering tidak munasabah, tidak logikal
dan pentingkan diri sendiri
maafkanlah saja mereka

bilamana padamu kebaikan, mereka mungkin menuduhmu
pentingkan diri sendiri, ada motif terselindung
buatlah saja kebaikan

jika kamu berjaya, kamu juga akan mendapat
sahabat yang salah dan musuh ketat
berjaya sajalah

jika kamu jujur dan berterus terang
kamu mungkin ditipu
jujur dan berterus terang sajalah

apa yg kamu usahakan beberapa tahun
blh dimusnahkan seseorang sekelip mata
bina sajalah

bilamana kamu beroleh kegembiraan dan ketenangan
kamu dicemburui
gembira dan tenang sajalah

kebaikan kamu lakukan hari ini
esok pasti dilupakan orang
baik sajalah

kamu beri yg terbaik utk dunia ini
ia takkan pernah cukup
beri yg terbaik sajalah

kamu tahu?? di perhitungan terakhir
ia antara kamu dan yang Esa
bukan antara kita sesama manusia

(adaptasi Final Analysis)
by
Mother Theresa

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...