Wednesday, February 18, 2009

Lawatan sambil belajar and sun churros

Minggu yang lepas, time tgh kecoh Victoria terbakar, sy ke rumah penyelia di Denise. Jauh jugak nak pergi. lepas diberi instruction tu, sy pun pergilah ke Flinders Station and dari situ ke platform 1 ambik train menuju ke Ethelm. Dari Ethelm tu berhenti di station Denise. Takdelah susah sgt nak cari umah dia. Dia ambik sy di station. Kami lunch sama2. Dia siap2 dah kurung anjingnya, tak bagi msk umah. Anjing tu kelakar, mengintai2 balik pintu, pelik naper dia tak dibagi msk. Supervisor i kata dia suka tetamu, dia suka jilat2..errrrrkkkk..okay. kalu tak parah nak samak..tapi mmg kelakar, mcm2 mimik muka dia buat kat dpn cermin pintu/tingkap.

I suka sgt rumah dia. Very simple and humble but yet cossy, selesa. Tenang jer. Dia ada garden kat sblh kiri rumah, and ada balkoni kat luar tuk barbeque. ruang tamu besar, ada meja makan and sofa berbentuk L. Ada jugak rak2 buku dan deretan DVD bertingkat2 penuh dgn movies. Ta berani tangkap gambar sebarangan, takut supervisor tak suka, maklumlah privacy org, nie pun gambar curi..ampunkan daku Jill.

Actually, i like this kind of house, kat luar nampak simple ajer. dan ruang dlm pun praktikal, takde lah benda2 hiasan yg tak munasabah. sederhana sajer. Mcm nielah harap2nya rumah impianku, rumahku syurgaku. taknak bermewah2, hidup secara sederhana tapi menyenangkan, itu lbh penting.








Lupa nama anjingnie, tengok tu, dia nak msk umah, pastu dia jenguk2 kat tingkap, kelakar and cute!




And dlm minggu lepas, 3 kali mkn di San Churros - cafe based on chocolate. Skrg nie addicted ngan makanan/minuman kat situ. tak taulah, lepas makan Nandos kat dpn, mesti singgah sini jugak walaupun utk secangkir hot chocolate semata2. Janji lepas niat..tapi mmg special chocolate drinknyer. my fav - hot thick spanich chocolate. memanglah amat pekat sampai kwn kata 'gileeer, pekat!' :-)



Nie pun i suka, donat Spanish. Dipping @ sos nyer blh dlm 3 pilihan - dark chocolate, milk chocolate or white chocolate. I loved dark chocolate sbg dipping. ada byk menu kat situ, tak cuba semuanya..coming soon..tunggu












Okay - nielah dia hot thick spanish chocolate. Memang pekat..nyum-nyum!





Kebetulan hari nie terbaca kat Utusan Malaysia - Coklat makanan berahi - something like that. Catchy betul tajuknyer. Sy minum bukan tuk tu..hehehehe..i just love chocolate. tapi mungkin betul, lepas minum...rasa happy..senyum..


_______________________________________________ fakta ttg coklat spt dlm UM

Kajian menunjukkan coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac atau penggalak nafsu, manakala phenylethylamine pula adalah kimia yang berkait dengan amphetamina yang meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah, sekali gus menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat mendapati coklat bukanlah penyebab migrain seperti tanggapan sesetengah orang. Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang menerusi cecair endorphin yang membuat kita rasa gembira.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...