Tuesday, February 24, 2009

Bila marah semua merah..


ada seorang kenalan bertanya

'adakah okay utk dia mencarut dan memaki hamun bf-nyer? dia geram sgt ngan bf dia dan dia pun *&^%$#@!!!..pendek kata kena laserrrrr..' asal puncanya sbb bf dia buat fitnah kat belakang, so dia hangin satu badan maka terkeluarlah perkataan2 yg selayaknya masuk di dalam 'tong sampah' saja, bukan 'recycle bin'.

hmmm..

pd pandangan sy, nak tahu karekter seseorang tu lihatlah ketika dia sedang marah. org yg paling kuat bukan semestinya org yg rupa fizikalnya spt malek noor or kuat seperti badang, tapi mereka yg dapat menahan marah apabila sedang marah. bukan mudah kan nak mengawal diri ketika marah.

malah kalu ikut Rasul kita, marah ditangani dgn bbrp cara:

ambil wuduk
berdiam diri
jika sedang berdiri, maka duduklah
jika sedang duduk, bangunlah..

jika bangun - berlari (nie tambah sendiri :P ) hehe
pi masuk tido
jalan2 ambil angin
berenang dll

ada org tambah: minum segelas air sejuk/kosong..lebih afdal kalu yg menghulurkan air tu org yg kena marah. ada juga yg menambah - (utk suami isteri saja)- isteri pakai seksi2...hmmm..ok stop!

ada baiknya berdiam diri bila dilanda kemarahan. dikhuatiri, bila time marah, ayat yg keluar dari mulut itu, ikut 'sedap dia jer..'. mmglah boleh buat excuses -' i tgh marah giler tadi, maaflah ya.' tapi bak kata pepatah..

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa; or
telajak perahu blh diundur, telajak kata buruk padahnya. tiada masalah memaafkan, tapi tak mungkin melupakan. kemudian, dia bertanya lagi..'nak terima lagi ke org yg dah kutuk kita teruk2 giler mcm tu?'. saya scr peribadi rasa, sy blh terima org mcm nie sbg kawan, tapi nak buat teman hidup - BIG NO. bila marah, diletaknya kita ditapak kakinya, serendah2 kedudukan. kot ye pun marah, ada byk cara utk kita luahkan, it just a matter of choice. pilihan ditangan kita.

sanggup ke nak tengok balik wajah org yang dah kata bukan2 pada kita? yg dah meletakkan kita ketika marahnya - menjadi sehina2 insan. mulut kata blh maafkan, tapi luka dihati, siapa tahu?? parut tu bawa sampai bila2..takkan lupa.

berpada2lah dlm menunjukkan kemarahan. elakkanlah berkata2 perkataan yg kasar. org yg kita sayang, patut ke kita kata yg bukan2?

doa menghadapi saat2 kemarahan dan emosi:

"aku berlindung kepada Allah dari segala godaan syaitan terkutuk. ya allah ampuni segala dosaku. hilangkan marah dalam hatiku dan peliharalah aku dari godaan syaitan yg terkutuk."

note: jika kita pernah bertindak sedemikian ketika marah, janjilah dlm diri utk lebih rasional di masa2 akan datang, lebih bertimbang rasa ketika meluahkan kemarahan, dan sama2 sentiasa berlapang dada memaafkan. selagi namanya hidup, selagi tu berangin..peringatan tuk diri sendiri.

bagaimana anda marah??

Darah dan Personaliti


Allahualam..

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..


DARAH O


Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.


Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A


Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.


Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


DARAH B


Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.


Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH AB


Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.


Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

sumber: www.virtualfriend.net

Saturday, February 21, 2009

Tak berkesudahan


Kdg2 muak tgk surat khabar tempatan. Sejak pilihanraya thn lepas, tak sudah2 perang parti, lompat parti etc. Segala isu kepartian dan politik dipolitikkan. Lembu yg tak tahu aper2 tu pun termasuk sekali. Aper dah jadi?? Dan lebih banyak fitnah tersebar dari faktanya. Sesungguhnya kita memang bermain dgn api. itu tak termasuk gosip artis lagi. yang jadi pilihan muka depan, kalu bukan org politik, artis. kdg2 kita tak sedar betapa isu yg dipaparkan itu blh mengheret kita membincangkan perkara yg mungkin termasuk dlm kategori fitnah. jadi berhati2lah, sesungguhnya yg menulis itu akan dipertanggungjawab dgn penulisannya, yg tolong menyebarkannya, juga menanggung saham yg sama.
Justify Full
bagi yg terkena fitnah itu -- alhamdulillah, sentiasa dlm rahmat bagi org yg sabar dlm menghadapi fitnah dan berpegang teguh padaNya.

"Sesungguhnya orang-orang yg membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yg dikerjakannya..."

sedang yg menjadi dalang sebaliknya;

"dan siapa diantara mereka yg mengambil bahagian yg terbesar dlm penyiaran berita bohong itu baginya azab yg besar." - surah an nuur, ayat 11.

"sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yg amat keji itu tersiar dikalangan orang2 yg beriman, bagi mereka azab yg pedih di dunia dan di akhirat. dan allah mengetahu sedang kamu tidak mengetahui" - an nuur, ayat 19

moral: berhati2lah dlm berkata-kata dan menyampaikan berita. kita sentiasa dlm penguasaanNya. sometimes it's better to close your mouth.


Friday, February 20, 2009

Muhasabah diri


Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari
yg pada hari itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya
dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapaknya sedikitpun.
sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sesekali
kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula
penipu (syaitan) memperdayakan kamu dlm mentaati Allah.


sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat;
dan Dialah yg menurunkan hujan,
dan mengetahui apa yg ada dalam rahim.
dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui (dengan pasti)
apa yg akan diusahakannya besok*.
dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati;
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

* Maksudnya: manusia itu tidak dapat mengetahui dgn pasati apa yg akan diusahakannya besok atau akan datang akan diperolehinya, namun demikian mereka diwajibkan berusaha.

Surah Luqman: ayat 33-34

Thursday, February 19, 2009

Al kisah hari nie..

Setelah 4 hari tak keluar rumah, akhirnya, keluarlah hari nie utk membeli barang dapur yg dah kehabisan, jugak membayar sewa rumah, jugak check surat2 kat pigeon hole dan menyedut udara segar. hari nie ms nak keluar rumah, misplaced pulak tiket bus, dah lah sebulan punyer tiket, seratus lbh. 3o minit jugak carik dpt jugak akhirnya jumpa, legaaaa...

lauk semalam msh ada lagi, so habiskan, cuma hari nie, buat Greek salad! kalu beli greek salad kat uni kitaorg, satu tupperware $6, Nandos, $9. So, belilah ingredients sendiri, see, siap ada lebih2 lagi, blh 3 kali mkn. i simpan dlm 2 tupperware, yg dlm mangkuk nie, mkn jap lagi, skrg ada dlm peti ais, bagi sejuk sikit. lebih sedap kalu ada grill breast chicken dimasukkan bersama. dressingnyer - greek dressing salad, blh dpt kat market. very healthy i believe..senang jer nak sediakan.

  • sayur-sayuran hijau (yg biasa digunakan utk buat salad, jgn msk yg bukan2 pulak eg pucuk paku, daun keladi, daun kari..nanti jadik lain)
  • tomato - tomato cherry is the best, kalu tak, pakai aper yg ada pun okay
  • olives - i dptkan yg dlm botol. tak semestinya yg segar
  • timun
  • fetta cheese (nie penting) kalu tak der fetta cheese dia akan jadi salad lain.
  • greek salad dressing - carik kat market - carrefour/giant/etc
Simpan separuhnya dlm peti ais :-P (sorry guys, mcm blog resipi pulak).

and gambar kat bwh nie keropok rumpai laut. antara keropok kegemaran. last time ms kat Msia nampak kat farmasi guardian. produk dari singapore and halal. i suka perisa cili pedas, tapi takde, hmm takpelah, try yg nie pulak.


Ms gi market hari nie jumpa ramai betul org Msia. kat student village jumpa student baru nama Sam, budak engineering, kat halal butcher, jumpa Maria. Sam baru sampai 3 minggu lepas, and Maria dah duduk Melbourne 7 thn. Sam ada kat kaunter ofis, dia tengok ajer, mcm nak ckp sesuatu jer, last2 dia pun tanya..'Are u malay?' hmmm..

Wednesday, February 18, 2009

Lawatan sambil belajar and sun churros

Minggu yang lepas, time tgh kecoh Victoria terbakar, sy ke rumah penyelia di Denise. Jauh jugak nak pergi. lepas diberi instruction tu, sy pun pergilah ke Flinders Station and dari situ ke platform 1 ambik train menuju ke Ethelm. Dari Ethelm tu berhenti di station Denise. Takdelah susah sgt nak cari umah dia. Dia ambik sy di station. Kami lunch sama2. Dia siap2 dah kurung anjingnya, tak bagi msk umah. Anjing tu kelakar, mengintai2 balik pintu, pelik naper dia tak dibagi msk. Supervisor i kata dia suka tetamu, dia suka jilat2..errrrrkkkk..okay. kalu tak parah nak samak..tapi mmg kelakar, mcm2 mimik muka dia buat kat dpn cermin pintu/tingkap.

I suka sgt rumah dia. Very simple and humble but yet cossy, selesa. Tenang jer. Dia ada garden kat sblh kiri rumah, and ada balkoni kat luar tuk barbeque. ruang tamu besar, ada meja makan and sofa berbentuk L. Ada jugak rak2 buku dan deretan DVD bertingkat2 penuh dgn movies. Ta berani tangkap gambar sebarangan, takut supervisor tak suka, maklumlah privacy org, nie pun gambar curi..ampunkan daku Jill.

Actually, i like this kind of house, kat luar nampak simple ajer. dan ruang dlm pun praktikal, takde lah benda2 hiasan yg tak munasabah. sederhana sajer. Mcm nielah harap2nya rumah impianku, rumahku syurgaku. taknak bermewah2, hidup secara sederhana tapi menyenangkan, itu lbh penting.








Lupa nama anjingnie, tengok tu, dia nak msk umah, pastu dia jenguk2 kat tingkap, kelakar and cute!




And dlm minggu lepas, 3 kali mkn di San Churros - cafe based on chocolate. Skrg nie addicted ngan makanan/minuman kat situ. tak taulah, lepas makan Nandos kat dpn, mesti singgah sini jugak walaupun utk secangkir hot chocolate semata2. Janji lepas niat..tapi mmg special chocolate drinknyer. my fav - hot thick spanich chocolate. memanglah amat pekat sampai kwn kata 'gileeer, pekat!' :-)



Nie pun i suka, donat Spanish. Dipping @ sos nyer blh dlm 3 pilihan - dark chocolate, milk chocolate or white chocolate. I loved dark chocolate sbg dipping. ada byk menu kat situ, tak cuba semuanya..coming soon..tunggu












Okay - nielah dia hot thick spanish chocolate. Memang pekat..nyum-nyum!





Kebetulan hari nie terbaca kat Utusan Malaysia - Coklat makanan berahi - something like that. Catchy betul tajuknyer. Sy minum bukan tuk tu..hehehehe..i just love chocolate. tapi mungkin betul, lepas minum...rasa happy..senyum..


_______________________________________________ fakta ttg coklat spt dlm UM

Kajian menunjukkan coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac atau penggalak nafsu, manakala phenylethylamine pula adalah kimia yang berkait dengan amphetamina yang meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah, sekali gus menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.

Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat mendapati coklat bukanlah penyebab migrain seperti tanggapan sesetengah orang. Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang menerusi cecair endorphin yang membuat kita rasa gembira.

Tuesday, February 17, 2009

Jangan Bertangguh

There is no easy way to success..

Kejayaan tak pernah mudah dikecapi
Impian tak mudah utk dimiliki
tapi pada orang yg sanggup membelinya - dgn kepayahan, dgn ketekunan, dgn kesungguhan dan kesabaran..
separuh dari kejayaan itu sudah berada dalam genggaman
semalam, jika sudah terbazir utk suatu yg sia-sia, jgn disesalkan sbb dah jadi sejarah - ambil pengajaran
esok yg belum pasti akan jadi milik kita
HARI NI - adalah peluang yang ada, pergunakan sebaik2 mungkin

Jangan bertangguh!

Wednesday, February 11, 2009

Victoria's Bushfires II

Sam, kola yg terselamat dari bushfires.

She suffered burns on her paws and was in a lot of pain but was on the road to recovery.
Sam a world star

A fire heroes -



to watch the breaking news - as it happened on saturday afternoon, use this link (you tube).

http://www.youtube.com/watch?v=7klZ3_F6ekI&feature=related

or for more photos and stories

http://www.heraldsun.com.au

bila lihat mcmner cepatnya api dtg..i bet hanya keajaiban yg dpt menyelamatkan mrk.

Tuesday, February 10, 2009

VIctoria's Bushfires: khabar dari Melbourne

Sorry guys, terasa lama tak update my blog, walaupun blum lagi sampai seminggu. Anyway, i bet most of you tahu apa yg terjadi di Victoria - Melbourne baru2 nie. For those yg ikut my blog mungkin msh ingat, i kept talking about hot weather di Melbourne recently. It was hot, unusually hot, never ever had that kind of hot weather in Msia. It worst. Windy, very dry, and very-very hot. Actually, before disaster nie berlaku mmg ada amaran berjaga2. sbb kepanasan melampau, pokok2 jadi kering mcm kertas, daun tu kalu pegang bersepai, crispy, nak kata punyer panas. And ms tu bomba dah bg amaran kata - Melbourne is ready to burn. so beware. sikit jer terbakar, jadi disaster.
Saturday tu kemuncak panas bila suhu cecah 46-48 celcius. I spent few hours kat shopping mall, just to get some cool air. Petang tu breaking news, Kingdale, Marysville terbakar. And its all started from there..
Bunyi helikopter, bomba, ambulan, kedengaran hampir setiap ms, even in midnite. Last few days, ms kat umah, sy blh cium bau kebakaran. takut jugak, i keliling kwsn rumah, tgk ada apa2 tak. alhamdulllah takde aper2. agaknya bau kebakaran tu dibawa angin ke sini.
This week, weather temperature drop sampai 21 max, mmg sejuk, so dgrnya pihak bomba dan penyelamat cuba yg terbaik guna keadaan nie utk kawal kebakaran. tapi tadi tgk update news, Yea area, dkt dgn Kingsdale diarah berjaga2 sbb mungkin akan terbakar juga. angin kencang blh menerukkan keadaan.
Ini bbrp gambar yg tersiar di Herald Sun newspapers. Ramai yg mati bukan sbb tak bersedia, tapi kebakaran berlaku terlalu pantas sbb angin time tu mmg kencang. ramai tak sempat lari, or lari tapi tak sempat keluar dari kwsn kebakaran. ramai yg mati sekeluarga. ada yg terbakar dlm kereta.
Ada mangsa yg sempat menelefon keluarga dan kawan2, memberitahu tak dapat keluar dari rumah atau takde harapan utk menyelamatkan diri dan mengucapkan selamat tinggal.




Koala nie antara binatang yg bernasib baik terselamat dari kebakaran, sedang diberi minum oleh penyelamat. dia habiskan 3 botol air mineral.
Ni antara gambar mrk yg terkorban, tak dpt nak upload semua, lambat betul. Dua adik beradik nie dari Kingsdale, mati ketika cuba utk menyelamatkan kuda peliharaan keluarga.

Pembaca berita terkenal Australia, antara yg terkorban di dalam kebakaran di Kingsdale.

Kami di Melbourne nie alhamdulillah dlm keadaan baik tapi berhati2 jugak. Agak membimbangkan jugak sbb dijangkakan next week suhu naik lagi. Tapi tak pasti samada mcm last week ke tak. Harap2nya jangan.

Sunday, February 8, 2009

Infithaar (terbelah)

Bismillahirrahmanirahim.

Apabila langit terbelah.

dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan.

dan apabila kuburan-kuburan dibongkar.

maka tiap2 jiwa akan mengetahui apa yg telah dikerjakan dan apa yg dilalaikannya.

hai manusia, apakah yg telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap tuhanmu yg maha pemurah.

yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuhmu) seimbang.

dalam bentuk apa saja yg dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu.

bukan sahaja kamu durhaka, bahkan mendustkan hari pembalasan.

padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat2 yg mengawasi (pekerjaanmu).

yg mulia disis allah dan mencatat pekerjaan-pekerjaanmu.

mereka mengetahui apa yg kamu kerjakan.

sesungguhnya org2 yg byk berbakti benar2 berada dlm syurga penuh kenikmatan.

dan sesungguhnya org2 yg durhaka benar2 berada dlm neraka.

mereka msk ke dalamnya pada hari pembalasan.

dan mereka sekali-kali tidak dpt keluar dari neraka itu.

tahukan kamu apakah hari pembalasa itu?

sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?

(iaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun utk menolong org lain. dan segala urusan pd hari itu dalam kekuasaan allah.

Surah Infithaar (ayat 1-19)

Friday, February 6, 2009

Sehari sebuah buku

One of my favourite thing - membaca buku cerita. baru-baru nie beli 5 buah buku. And kat kedai buku, i blh jadi impulsive buyer, beli ikut sedap hati. Plan awal nak beli 1 buku ajer, but i ended up bought 5 books and it cost me almost a hundred. So, no more book please this month. No more.

Baru habis baca buku the boy in the striped pyjamas. heart renching baca buku nie, sama mcm ms baca buku kite runner dulu. the boy in the striped pyjamas nie berkisar ttg kisah budak kecik umur 9 thn, anak pegawai tinggi tentera Jerman. Nie era holocaust kat Europe dulu. Ayah dia menjadi ketua tentera yg mengawasi salah satu concentration camp yg menempatkan org2 Jewish. Nak cerita, pjg, cumanya, citernya menggambarkan bagaimana kanak2 umur 9 thn cuba utk memahami senario keadaan ms itu, contohnya knp org2 tu dikurung? apa yg sbbkan mrk mcm tu? knp mrk dikatakan sbg 'not human?' dan bagaimana kanak2 terperangkap dlm tindakan orang2 dewasa. citer nie tragic endingnya.


and skrg tgh membaca Mister Pip..msh baru chapter 3, tak byk plot lagi blh dihuraikan kat sini. ntahlah, busy pun ye jugak, tapi sempat lagi nak baca buku citer..mmg nak kena.

ingat dulu ms kecik2, my mum fav ialah kumpul pinggan mangkuk. i pnah ckp ngan dia, nanti bila dah ada rumah sendiri, i akan penuhkan rumah dgn buku2, bukan pinggan mangkuk. and pernah ckp ngan kwn dulu - i nak keje tpt yg ada buku yg byk. tak sangka, perkara yg kita ckp tak serius mana, blh jadi kenyataan. hmmm, be careful what you wish for. ntah2 time tu, dimakbulkan Allah kata2 kita. Kun-fayakun.

happy reading!




Wednesday, February 4, 2009

tik-tok-tik-tok


Justify Fulltime and tide no wait for men - how true it is.

FEBRUARY - adalah bulan yg hectic dlm diari seorang pelajar di Aus. Time nie semester bukak, and time nielah ramai pelajar2 PhD baru dari Msia dtg. and kami2 so called 'senior' nie kena give a helpful hand pada yg baru menjejakkan kaki ke sini and jadi tourist guide jugak penunjuk jalan. despite our busy-ness, kebajikan org yg baru dtg kena jugak diambil kira.

time nie ramailah yg dtg belajar dgn bawa family sekali or dtg single. so kena bantu membantu. sementara nak carik rumah, ada yg settle down kat umah member dulu seminggu dua sampai dpt umah. so, kesediaan membantu itu jadi mcm kemestian. sbb pusingan rodanya macam tulah. dulu org bantu u, skrg u kena bantu org, saling memudahkan.

keluh seorang kawan - susah rupernya nak settle kat negara org nie. hahaha, tau takpe. tapi ia juga pengalaman berguna. menguatkan jiwa dan ketabahan hati. dulu balik sbb mentally tak prepared katanya, now, dia dah prepared, mentally, physically, which is good. otherwise, ada yg balik tak bagi tau, byk berlaku.

tak sangka, akhirnya bergelar senior jugak. itu menunjukkan cepatnya waktu berlalu. nie dah february, and this is my final year. gosh!! time nielah tertanya2 dlm diri, 'adakah waktu dipergunakan seoptima yg mungkin?' masa - pada saat2 begini - memang nilainya lebih dari emas.
Bila tgk segala kerja-kerja yg perlu disiapkan, harus disiapkan, wajib disiapkan..oh byknyer (boleh nervous breakdown dibuatnya)

fokus-fokus! selagi tak habis phd, no honeymoon time.

waktu berjalan - tik-tok-tik-tok

Tuesday, February 3, 2009

Sepetang bersama Nadal_Federer

I bet most of you here knew that Nadal successfully beat Federal in latest competition in Australia Open. Semangat nak tgk, start kul 7.30 pm. Sblm tu, try resipi kek oren kak zana (hello, where are u?) kak zana pesan 'tempek-kan' gambar kek oren yg dah siap kat blog. so, this is what i did. problem ms nak carik ingredients - sini takde sunquick, atau yg serupa dgnnya. cordial drink byklah, tapi mcm tak sesuai, terlalu cair, lama gak carik. last2 tertengok orange drink dlm bentuk serbuk - sapu ajerlah. janji ada rasa oren. takde la lama nak buat, kejap jer, cuma first batch cup cake tu ada yg 'hangit' sikit sbb leka baca newspaper. teksturnyer okay, tp i rasa pakai sunquick lagi sedap kot..

And mlm tu (2 hari lalu) i pun tgklah final Australia Open - Nadal vs Federer. Seronok tgk diorg main. First set nampak Fed nervous, Nadal menang set 1. Msk set 2, tgk lagi tapi dah mamai-mamai. Msk set 3, dah mimpi atas katil..(spt selalu, dah off time tu). Main 5 set, 4 jam lebih. Pagi tu awal2 bukak internet, nak tahu result. Sbb tak favour sesiapa, takdelah rasa aper2 sgt, cuma terharu Fed nangis. He really wants to win this game. Tapi bukan rezeki kot. Sbb tu dia frust sgt.

Jgnlah nangis..sebak tgk.. i know, u still among the greatest tennis player. just dont give up. bak kata serena william (juara australia open kategori wanita) - "if you really put your mind into it, you can achieve anything." cayok!!

kata Nadal pulak - "The rankings show I was the best player in the last year. That's the truth. But I am not the best player, ok." - sangat merendah diri, i like it :-)

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...