Monday, March 3, 2008

Perjalanan Mencari Ilahi


Bertafakur aku
Seorang
Dalam pengembaraan ini
Dalam permusafiran ini
Dalam mencari
Keyakinan yg satu
Pada Illahi
Perjalanan ini sunyi (ya tuhanku)
Aku seorang (rintihku)
Spt insan kegelapan
Atau barangkali seperti insan yg buta kedua matanya
Meraba-raba
Mencari dahan kukuh utk ku berpaut
Mencari kepastian
Mencari kebenaran
Penciptaan ku
Kejadian ku
Ditengah-tengah kota metropolitan ini
Aku tertanya-tanya sendiri
Bila mana diriku dipertanggungjawabkan utk setiap apa aku lakukan
Siapa menasihatimu saat kau keliru (tiada..bisikku..)
Siapa menegurmu bila kau tersalah langkah (tiada..bisikku)
Siapa memarahimu bila kau tertinggal solatmu (tiada..bisikku)
Siapa mencegahmu bila kau mahu melakukan maksiat..(tiada..rintihku)
Aku menangis..
Dan ku buka Quran itu
Aku bertanya pada diri
Islamku
Amalan ku
Apakah kerana aku mengikut khalayak?
Atau kerana keyakinan ku memang pada yang SATU?
Yang maha mengetahui..
Apa aku katakan, apa aku sembunyikan? (masyaallah)
khayalak, sudah tiada..aku tak perlu berpura-pura lagi
Solat untuk dipuji
Solat untuk dinilai tinggi..
Sini tiada siapa peduli..
Dan aku bertanya pada diri
Lantas..apa pendirian mu?
Aku mencari-cari lagi
Kerana aku pernah berjanji
Tiadalah guna permusafiran ini jika aku semakin jauh dari penciptaKu
Dan..
Aku seperti menyedari..
Hati ini terbimbing
Semakin yakin
Bahawa lafaz syahadahku (insya allah)
Iman dan akhlakku (insya allah)
Adalah kerana aku yakin padaNya..
Bukan kerana aku takut pandangan sesiapa..
Alhamdulillah..ya allah, tak kau sesatkan aku di bumi tandus ini
Bila mana azan tiada kedengaran
BIla mana suara melagukan quran hanya pada komputer ku
Dan diriku
Bila mana haram itu lebih banyak dari yang halal
Bila kejahilan itu lebih banyak dari kebenaran
Kau masih memeliharaku dlm rahmatMu..
Demi waktu dhuha,
[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Benarlah spt mana firmanmu..
Carilah kebenaran..
Kau akan ditunjuki jalan
Apa lagi harus kulafazkan?
Melainkan kesyukuran ku pada mu






No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...