Di dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan solat melalui pelbagai cara, antaranya:
1) Allah SWT memerintahkan hambaNya agar menunaikan solat ketika menghadapi kesukaran dan kepayahan. FirmanNya:
وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
(bermaksud): “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat ke-cuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Al-Baqarah: 45).
2) Solat menjadikan seorang hamba mampu untuk mencegah kemungkaran dan segala perbuatan yang keji. Firman Allah SWT:
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ
(bermaksud): “Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45).
3) Allah SWT menjelaskan bahawa mengingatNya dengan menunaikan solat adalah cara paling afdhal. Dengan menunaikan solat seorang mukmin itu dapat memberi tumpuan mengi-ngati Allah. FirmanNya:
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي
(bermaksud): “Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.” (Taha: 14).

4) Allah SWT mendedahkan di dalam al-Quran bahawa sifat semula jadi manusia ini ialah sentiasa resah gelisah dan bersifat bakhil di samping sifat sifat keji yang lain lagi. Kecuali orang orang yang mendirikan solat. Firman Allah SWT:
إِنَّ الإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ، إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ، وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ، إِلاَّ الْمُصَلِّينَ ، الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ دَائِمُونَ ، وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ ، لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ ، وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ ، وَالَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ، إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ ، وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ، إِلاَّ عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ، فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ، وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ، وَالَّذِينَ هُم بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ ، وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ يُحَافِظُونَ ، أُوْلَئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُّكْرَمُونَ
(bermaksud): “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah; dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang; iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyang dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum; bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta); dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal amal yang salih sebagai buktinya); dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya; kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seorangpun) merasa aman terhadapnya; dan mereka yang menjaga kehormatannya; kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi); dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan peng-hormatan.” (Al-Ma‘arij: 19-35).
5) Amalan solat membentuk perilaku yang baik dan dapat menghapuskan kejahatan dan kesalahan yang dilakukan seseorang. Firman Allah SWT:
وَأَقِمِ الصَّلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ ، وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
(bermaksud): “Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Hud: 114-115).
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita. Kemudian beliau datang me-ngadap Rasulullah SAW untuk mengadu tentang hal itu. Maka Allah SWT menurunkan ayat di atas yang menegaskan kejahatan itu dapat diampuni Allah dengan melaksanakan solat lima waktu. Kemudian orang itu bertanya: “Apakah ini berlaku untuk orang sekarang sahaja?” Nabi SAW menjawab: “Untuk semua umat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas‘ud).
6) Pengabaian solat boleh menjerumuskan seseorang ke dalam Neraka. Firman Allah SWT:
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ، إِلاَّ مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلاَ يُظْلَمُونَ شَيْئًا
(bermaksud): “Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka); kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun.” (Maryam: 59-60).
7) Solat melengkapkan diri seseorang untuk menerima dan menjalankan tugasan berat. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ ، قُمِ اللَّيْلَ إِلاَّ قَلِيلاً ، نِصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلاً ، أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلاً ثَقِيلاً
(bermaksud): “Wahai orang yang berselimut!. Ba-ngunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah al-Quran dengan Tartil. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu mem-biasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (al-Quran yang me-ngandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).” (Al-Muzzammil: 1-5).
8) Antara perkara yang penting dalam agenda tarbiyah ialah solat. Justeru al-Quran memaparkan antara perkara terpenting pesanan Luqman kepadanya anaknya iaitu solat. Firman Allah SWT mengenainya:
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلاَةَ
(bermaksud): “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang.” (Luqman: 17).
Rasulullah SAW pula bersabda:
مُرُّوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
(bermaksud): “Suruhlah anak kamu mengerjakan solat tatkala mereka berusia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkannya tatkala berusia sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara mereka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Hakim yang mengatakan hadis ini dinilai Sahih mengikut syarat Muslim).
Petikan risalah kempen solat: Solat: Kewajipan & Penghayatan
http://www.geocities.com/jailur_rashied/cover_kempen_solat.jpg