Wednesday, December 3, 2008

In time of need: SOS



Guys,

I may not be able to write this blog for a few weeks or as usual as i have to go back to Malaysia to support my family in need. My brother in law is in critical condition and after some consideration, decided to go home and give my support - whatever the result maybe. But, deep in my heart, i pray for the best..and the best is always in God's hand.

Terbangun awal, after receiving not so good news about his current condition. my family prepared for the best..and so do i (didnt i?). Actually, to be honest, i'm not prepared. My familly has just lost my beloved father a few years back. And i know, we still misses him so much especially my mum. Kesedihan kehilangan tu msh blum sepenuhnya hilang (or mungkin sbnrnya takkan hilang) and now another ujian dtg.

Dalam keadaan spt ini, hari dimana masa selalunya terasa terlalu cepat berlalu jadi mcm 'terlalu panjang dan lama' untuk ditempuhi. Especially for me yang kena travel jauh to be there in Msia.

Sakit/kematian > its never been easy for all of us, i belief.

Dlm keadaan spt ini, i learned that:

singkatnya hidup kita sebenarnya, insan dlm hidup kita yg tuhan pinjamkan..

If you love someone, hargai setiap detik bersama, luahkan rasa sayang, whatever you have, for you may not be able to do that anymore. Hari n ie mungkin ada, esok barangkali...



Tuesday, December 2, 2008

Mimpi kita berbeza




Just wanna share my personal experience about dreams. I dont know about others, but i have this kind of dreams, the same pattern of dreams, different situations, different people, different places, but always about one core phenomenon >>> i'm moving/travelling..always on the go..to other places..dont know where, but i'm moving anyway..travelling..going somewhere..

pelik..kenapa asyik mimpi travelling? selalu dlm keadaan hendak pergi ke satu2 tempat. kdg2 tau nak pergi mana, kdg2 tak tau..tapi dlm perjalanan

agaknya samalah dgn my life skrg..ntah bila akan settle down, asyik 'berjalan' ajer..
or agaknya ada sesuatu dlm hidup nie yg blum lagi ku temui..

Got my house back


Alhamdulillah, I've got my house back. No need to move out, no extra cost for living..and live my life as usual..

At last, keadaan yg spt 'end of the road' akhirnya bertemu jalan penyudah yg menyenangkan. Thank you God. Alhamdulilah..

Saturday, November 29, 2008

I survived the Eureka the edge..

Semalam, menjelajah city of Melbourne, pergi ke Dockland and singgah ke menara Eureka. Eureka nie adalah bangunan kediaman tertinggi di dunia. And orang awam blh naik ke Skydeck tingkat 88 utk melihat view bandar Melbourne. Kaca di tingkat 10 teratas menara Eureka ini diperbuat dari emas 24 karat. Gambar dibawah nie u all blh nampak, golden color kat atas sekali. tulah dia emas 24 karat..



Apa yg lebih menariknya ialah, kalu nak rasa lebih adventure and thrill, u all blh cuba Eureka the edge. The edge ni adalah satu2nya lantai pemerhati di dunia (nie dlm brochure ckp tau, bukan i ckp) yg blh buat u merasai pengalaman berdiri atas lantai kaca dan tengok semuanya pada ketinggian 88 tingkat. U akan msk dlm satu cube, and cube tu akan keluar 3 meter dari bgn dgn u kat dlm. mcm gambar kat dlm nie tunjuk lah..


Mcm nielah rupernya bila observation deck nie keluar.



thrill tak rasa? hmmm, mula2 tu seronok, tapi bila time nak msk kat dlm tube tu rasa nervous pulak. tarik nafas pjg2. sblm msk tu, dia suruh kita pakai sarung kaki, sbb lantainya kaca so kena ambil langkah keselamatan. no camera is allowed. but, dia akan tangkap gambar utk kita. okaylah tu..dah msk tu, nervous sgt. tapi time tu tak nampak aper2 lagi sbb cube tu tak keluar lagi. then, sikit2 dia keluar, tapi still tak nampak aper2 lagi. bbrp saat kemudian, dinding dan lantai kaca tu, tiba2 terbuka and u blh nampak kesemuanya..ohhh..bila pandang kat bwh, rasa nak kena heart attack.



Nie gambar budak2 yg naik the edge yg sempat me and my friend rakam. selamba ajer, bila buka jer kaca tu, diaorg terus meniarap dgn happynyer, sambil lambai2 lagi tangan kat kitaorg.
cool..


sebelum balik ptg tu tangkaplah lagi. mmg nak pergi lagi, sbb kesuntukan waktu, nak kejar waktu tak blh nak betul2 explore Eureka nie. and, rasanya malam view lagi cantik. so next time, i akan pergi malam and msk lagi dlm cube tu sblh malam..pengalaman yg patut dicuba. feeling bila dlm cube tu and u tgk bwh kiri kanan atas melalui cermin kaca mmg pengalaman yg sukar dilupakan. tapi mcm u main roller coaster etc kat fun fair, org yg gayat, ada sakit jantung etc mmg tak digalakkan. but i have fun anyway

Thursday, November 27, 2008

Berehat sebentar


Beli buku lagi hari nie. My ex-housemate dulu selalu komplen, tak suka bc koleksi buku2 i sebab blh buat dia depressed. Mana tak nyer, semua pasal kes2 jenayah berat, buku kisah cinta? hanya ada 1 ajer, itupun sbb dpt free. hehe. Paling byk mengisi koleksi ialah berkaitan jenayah seksual kanak2. based on true story. actually bukan aper, buku nie membantu my research, sbb itulah bidang kajian skrg. bc buku nie dpt membantu lebih faham kompleksiti jenayah seksual kanak2 dgn lebih details. hari nie niat nak lah lari sikit topik, cari buku ringan, yg lawak barangkali, utk release tension kepala tgh buat analisis data, last2 terkantoi lagi dgn buku mcm nie.



tapi setakat nie, 'tuesday with morrie' is one of my favourite book. buku nie international best seller, termasuk dlm 100 buku paling laris di dunia. ini pun based on true story. berkenaan seorang profesor psikologi sosial yg menghidap sejenis penyakit yg tiada ubat melainkan - kematian. saat2 akhirnya tu, dia berjumpa kembali dgn seorang pelajarnya. pelajar nie selalu dtg ke rumah dia setiap hari selasa. dan saat2 akhir kehidupannya dia mengajar pelajarnya ini, the last lectures, bukan ttg ilmu akademik, tetapi ilmu kehidupan, yg kita tak dpt di dewan kuliah, melainkan melalui pengalaman2. suka buku nie sbb dia buat kita reflektif balik ttg cara kita melihat kehidupan. actually, mmg suka buku2 yg blh buat saya termenung panjang selepas tu. hehe..

Enough about books, mcm books reviewer pula..

Well actually, buku tadi tu bukan satu2nya benda yg dibeli hari nie..
Ada sale kat kedai VCD so tgklah. Ada bbrp filem lama yg menarik tuk dibeli, tapi takkan nak rembat semua, so i pilihlah my best friends's wedding. buku tadi dah cukup depress dah, pilihlah movie yg ada lawak2 sikit. tapi yg buat i berminat nak beli movie nie selain lawaknya ialah ada satu scene yg i suka.

satu scene dia dan kwn lelaki dia nie atas kapal sedang menyusuri sungai. bila lelaki nie ckp ngan dia, kalau sukakan seseorang, jgn pendamkan, luahkan apa yg dirasa, kerana mungkin tika itu, saat itu, itulah yg tinggal. barangkali selepas itu, u takkan lagi berpeluang. pergh..

bestnyer mlm nie dpt layan movie..and baca buku..release tension..

Food for Soul


"sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kpd tuhannya."


"sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dgn Allah."

Wednesday, November 26, 2008

My honeymoon pictures

Okay, jgn terkejut. What i mean by my honeymoon kat sini ialah time i belum confirmation lagi dulu and time baru tiba di Melbourne. Time tu byk jugak berjalan2 makan angin, maklumlah tak rasa berat lagi dgn thesis and research. Now, i rasa i dah bersara kot..hahaha..masa dah berlari, tak sempat nak jejalan sesuka hati lagi. Skrg nie my honeymoon dlm rumah, dpn komputer, dan timbunan2 fail jugak journals yg bertimbun perlu dibaca dan dihadam...bila ingat balik, bilalah lagi blh honeymoon nie. Actually gambar2 nie campur2, ada kat Mt Buller, Dandenoong, Great Ocean Road. Tak blh nak upload semua sbb slow sgt..tak larat nak tunggu..so dilain ms i akan upload gambar2 seterusnya. tgklah nanti. sajer mengodek2 gambar2 lama..utk tatapan semua
Ma, tangkap gambar ala-ala profesional cameraman pulak..
Seronok + seriau naik kabel nie..sbb tinggi..
Makan pahlawan..betul2 tgh city of Melbourne. Walaupun Australia nie tak berlaku perang, tapi ramai askarnya berperang utk negara2 lain diseluruh dunia termasuklah di Malaysia. Maklumlah, taat pada queen of England..
Mercu tanda Melbourne..Flinders station yg menghubungkan bus, trams and trains di bandar Melbourne. Bandar Melbourne kecil jer sebenarnya, besar lagi KL...kedai2 pulak, tutup pukul 5 ptg..tak syok shopping..
Ala-ala 3 lelaki Melayu terakhir lah nie..hehehe..i like this picture..

I like the view
Kanggaroos liar..nie i buat closed-up. actually jauh jarak kereta we all dgn kanggaroos nie. tapi besar2 saiznya..kalu dia berdiri dua kaki tu, tinggi sama mcm manusia.
I took this picture sbb ada satu yg istimewa about this 'kiosk'. owner dpn umah nie, jual candies, a very nice one, dia buat sendiri, cantik2 dia bungkuskan, ada mcm2 bentuk. TAPI, takder org jaga, u nak beli, u tinggalkan duit dlm balang tu jer. takder org nak curi...kalau Msia bagaimana ya??
Apollo Bay, my favourite place. Nie tgh2 antara Melbourne and Twelve Apostles.


My housemate, Hafiz and other friends..having a good time..

On d way scenery
Tenang..

Housemate ku lelaki?


Pada yg mengikut blog nie pasti tahu yang my housemate telah pun selamat kembali ke Msia for good. She completed her PhD and now will serve the country pulak. As for me, tinggalkan seorang di rumah nie. Now i have to get ready to accept a new housemate. I've got email from Mary (manager for student village), saying that ada 3 guys (oh ya, lelaki-lelaki...) berminat tuk msk and tgh Q utk msk to become my housemate. Errrkkk!!! Mimpi ngeri utk ku.

Nie lah yang menganggu tidur 2 hari lepas. Oh gosh. Me? living with a guy? Oh...bukan ker itu kira bersekedudukan ker? I pray hard, really2 hard, berilah jalan kepada situasi nie. I dont want end up living with a guy. Bukan muhrim, mat saleh pulak tu, duduk berdua? not an option for me. Actually sbnrnya seorang lagi PhD student from Msia applied for this house. tapi Mary kata dia org ke-4. So, dia kena consider jugak lelaki2 nie yg dah lama menanti. Smlm Mary sent me another email, tanya i free tak utk discuss this matter. I said, i'm looking forward to see her.


Ptg smlm, I called my friend yg menduduki carta no-4 tu and we discussed possibilities yg ada. If Mary decided to put a guy in my house, then i have no choice but move. And dia suggested that apartment near my main campus should be a good option. I surf the website and i booked 2 bedroom apartment for us. just in case. smlm, mengira2 budget. Yup, blh ambik apartment tu, msh dlm budget lagi, $360 per week tak termasuk bil2 lainnyer.

And just this morning, i went to see her. Dia mmg faham my situation. Dia tahu i will not tolerate living with a guy. Mmg ada orang tak kisah, but in my case, i kisah. selagi ada pilihan, duduk dgn lelaki will not become my option. I know, dia cuba nak arrange yg tebaik, to be fair and adil with other people, but at the same time dia pun aware of my situation. Last2 dia ckp, kalau dia mskkan my friend kat rumah tu, akan settle mslh nie, BUT, the guys will get pissed off. tapi the way dia ckp as like ada potential for my friend to be in as i not welcoming a guy. dia akan bagi keputusan this friday. i said to my friend, now, keputusan is beyond our control. Just doa, harap yg terbaik utk kami bersama.

Berbanding ngan apartment yg i booking tu, byk kekurangan dgn rumah nie. I selalu kata rumah nie rumah zmn sblm perang. tapi apa yg paling i suka ialah suasananya, di student village, rumah nie di ujung sekali, paling blakang, di jalan mati. rumah nie antara kwsn student village paling senyap (yg dkt blok tu..selalu ada party..budak2 mat saleh nie ada yg party animal). pastu, sbb paling hujung and byk pokok, hanya suara2 burung jer yg paling jelas kedengaran. sebelum subuh, sebelum maghrib..bunyi burung ajer. and..ada possum and arnab akan dtg setiap awal pagi, dpn umah i. sbb paling senyap dan damai jugaklah, dpt menulis my thesis dan fokus.

This coming friday, akan berlaku penentuan samada i akan remain in this house or not. apartment tu mmg cantik, no doubt about it. lengkap and modern, tapi ada sesuatu pd rumah nie yg buat ia special for me. sbb rumah nie damai...

Itulah antara cabaran duduk di overseas nie. Is whether u kisah or tak kisah ajer. You nak mixed up, who cares anyway? Disitu letaknya jugak kekuatan hati, tuk pertahan nilai yg u percayai. semua atas bahu you. sentiasa ada 2 jalan, keburukan, kebaikan..pilihan ditangan kita.

Berdoa yg terbaik..

Golden Silence

"Silence is at the heart of listening. You don't need to say clever things to be a good listener." - Stephanie Dowrick (2007).

Monday, November 24, 2008

Rahmat disebalik dugaan

Justify FullSebenarnya, I dah berura2 nak turn off my computer sbb jam dah pukul 11 lbh malam. Nie dah melangkaui waktu tidur sepatutnya. Ralat dgn proposal one of my friend, tolong semakkan utk dia, as she needs my comments/suggestions. Tapi sbb blum lagi blogging, gatal jer tangan nak cari blog utk dilihat..accidently, i tertengok satu blog kassim selamat. lagunya terus menangkap telinga..lagu P Ramlee, dimana ku cari ganti..and as i read his blog, I terus terimbau kenangan lama ms praktikum di HKL bbrp tahun dulu.

kassim selamat, as he written on the blog, termasuk golongan OKU, lumpuh separuh badan, pakai wheelchair. dia lumpuh sesudah 40 thn usianya, disebabkan deman denggi. i will not talking much about him, so much u can learn urself by surfing his blog if you have time. apa yg i nak sampaikan ialah, dugaan Allah bagi pada kita nie mcm2; pada harta, kesihatan, jiwa raga, keluarga etc. to be honest, first time i jumpa kes mcm nie, i tak tau nak deal mcm mana. i dont know how to give hope to them, in other word, i sendiri hopeless..helpless. in one incident, ada satu patient nie lumpuh terus dari paras leher ke bawah and he was only 20 years-old at the time. dia hanya blh gerakkan kepala saja. hanya dgn melihat, i blh rasa payahnya melalui apa yg ditempuhinya. apatah lagi doktor time tu kata, mmg 99% will not recover. 1% for miracle?? dan bila dia menangis dpn i, my heart was broken, torn apart..i tahankan diri dari menangis, but menangis di dalam hati. pada usia begitu muda, saat dimana kawan2 sebaya sedang asyik melakar kehidupan dan masa depan, and yet, u are here..lying on the bed. tangisan tu, as like satu ucapan selamat tinggal pada harapan-harapan dan impian yg dia pernah ada. dia berada dlm satu landasan baru yg tak terikir barangkali. menangis kerana takut? menangis kerana kehilangan? sesiapapun, saat sebegitu i pasti akan break down jugak..

i msh ingat lagi mcm ner on d way back ke kajang, dlm komuter, i termenung pjg. try tuk faham kenapa, mengapa, mcm mana. time tu as a student, i pun hidup dlm kepayahan, time tu blajar tak cukup duit. i struggle alot. i rasa hidup dah cukup payah time tu. tapi, pengalaman2 nielah buat i terfikir balik erti syukur dan redha. diberi sedikit ujian pun dah rasa mcm aper. ada org, lebih berat ujian ditanggungnya, tapi msh mampu senyum, fikir positif. i bagi tau diri sendiri 'selagi allah bagi kesihatan mental yg baik, tubuh badan yg sihat, bersyukurlah. itu bererti peluang u tuk mengubah sesuatu dan mencapai sesuatu masih wujud.' kalau allah kurniakan u kedua2nya selalulah bersyukur, jgn mudah mengeluh akan sedikit ujian pada kehilangan harta (contohnya). harta blh dicari, tapi diri sendiri, hanya bila kita kehilangannya baru kita tahu betapa tinggi nilainya.

bagi yg diuji dgn ujian lebh berat spt kehilangan keupayaan dll, itu tandanya anda insan terpilih. tertusuk duri pun hamba allah mendapat pahala dan ampunan dosa, apatah lagi ujian yg sebegitu. dan betapa kehilangan itu, akan selalu seiring dgn penemuan baru dlm kehidupan. itulah barangkali rahmat sebalik dugaan. spt blogger yg i rujuk di awal tadi, dia jadi akrab dgn penanya. fizikal mungkin terbatas, tapi fikirannya jauh lebih tajam dan peka sebelumnya. penanya bisa saja menyentuh hati kerana dia menulis dgn hati dan perasaan.

i teringat kata-kata; jika nak belajar erti syukur, jgn pandang ke atas, pdglah kebawah, sbb pandangan atas itu akan selalu membuat kita rasa ketak cukupan, sedang pandangan ke bawah itu mengajar kita erti kesyukuran dan keredhaan. dan..

bila ditutupkan satu pintu utkmu, akan dibukakan pintu2 yg lain. pentingnya ada fikiran positif.

sekeras mana pun dicuba utk memahami, hanya yg melaluinya benar2 mengerti...

'tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan tlh tertulis dalam kitab luh mahfuzh sebelum kami menciptakannya. sesungguhnya demikian itu adalah mudah bagi allah.'

'kami jelaskan sedemikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yg luput dari kamu, dan supaya kamu jgn terlalu gembira terhadap apa yg diberinya kepadamu. dan allah tidak menyukai setiap orang yg sombong lagi membangga diri.' surah al hadid (besi) ayat 22-23.

'dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya kehidupan akhirat itu sebenar2nya kehidupan, kalau mereka mengetahui.'- an-kabut ayat 64.




Saturday, November 22, 2008

Hujan Emas Negeri Orang

Merancangnya cukup lama, ada saja halangan. Kadang2 Chong free I tak free, kdg2 I dah free Chong pulak ada hal. Akhirnya, setelah tertunda, bbrp kali (dan bbrp bulan), dapat jugak kami set kan tarikh tuk berjumpa Sarah di Preston.

Ptg sblmnya Chong called "Iena, u bertolak dari Footscray pukul brp?"
'Pukul 9 lebih?'
"Haiya too early..'
Setelah tambah tolak bahagi darab, kami setuju utk bertemu di Flinders Station, Platform 1 dan ambik train ke Epping tepat 10.28 pg (setelah melihat online jadual waktu). I pun check train dari Footscray ke Flinders, okay, ader pukul 10.00 pagi ke Flinders. Maksudnya sempatlah 'tan gkap' train 10.28 pagi. Tram dari umah..hmmm, check, okay, blh ambik yg pukul 9.28 pagi, so budget sampai footscray dlm kul 10 atau lebih awal..so sempat.

Pentingnya merancang perjalanan. Nasib baiklah ada online schedules and time public transport pulak tepat, jadi mudahlah nak merancang perjalanan. Hehehe, akhirnya, tetap dgn plan asal kena keluar rumah jam 9 lebih. Aiya Chong, terpaksalah bangun awal..hehe.

Pagi2 bangun dah hujan lebat, suhu turun cepat, terasa sejuk ke tulang hitam. What a day, baik punyer plan. Byk2 hari, hari nie nak pergi, hari di saat forecast kata ada thunderstorm dan ujan lebat. Patut duduk rumah, msk dlm selimut, pasang heater dan relaks jer kat rumah. Tapi, bila lagi?? Hmm..proceed ajerlah. Dah takdir ke Preston time macam nie. Keluar jer dari rumah, ujan dah start turun. Sejuk betul rasanya, walaupun pakai kot tebal. Mulut pun dah keluar asap. Aper punyer summer-lah. Patut panas, nie aper hal pulak sejuk mcm winter. Melbourne-melbourne, memang sukar diramalkan.

Teruskan perjalanan, tram station kat depan. Tangkap jerlah gambar, semata2 nak mskkan dlm blog. Hari ini di Melbourne..Nie dpn rumah, about 5 minutes walking distance. Mmg dekat, Highpoint Shopping Mall, jalan jer terus ke depan, tambah 5 minit lagi sampailah...tak payah naik bus.
Sampai jer kat tram station, ada 2 budak Cina, tgh tunggu tram. Inilah tramnyer, tram no 82 Moone Ponds ke Footscray. Tgk jam kat tgn, patut kejap lagi tram akan sampai, almost 9.28 am. Okay, on time sampai. Sejuk bukan main, kasut pun dah lembap..abislah kesejukan hari nie..
Sampai jer di Flinderst Station, hujan pun turun selebat2nya. Jarang hujan lebat kat Melbourne nie. Sekali turun, berdenting2 bunyi, pelik jugak mula2. Naper bunyi bising sgt, Flinderst Station nie pakai zink ker?? Oh, bila tgk bbrp mat saleh tangkap gambar kat luar baru terperasan, HUJAN BATU. Okay, tangkaplah jugak, walaupun batu tu tak nampak kat sini...Chong tak nampak lagi kelibatnya. Ms dlm tram agaknya. Okay, keluar rumah tadi tak sempat nak breakfast, kejar tram punyer pasal. Belilah hot chocolate and 2 keping donat sambil menunggu amoi Chong nie. Last2 train ke Epping sampai, Chong pulak msh tak nampak, so masuklah dulu. Rupernya Chong msh dlm tram. So plan tunggu dia di Preston station ajer.

Tunggu pun rasa seksa. Sejuk!! Tgh tunggu tu sekali lagi ujan lebat turun. Sekali lagi disimbahi dgn hujan batu. Dlm menunggu tu, sempatlah ambik gambar ujan tu..maybe tak clear sgt, maklum camera hp. tapi kalu tgk betul2 byk bintik2 putih..itulah dia ujan batu. sempatlah jugak tadah tangan. bulat-bulat dan kecil-kecil jer. teringat terus dgn kata pepatah 'hujan emas dinegeri org hujan batu dinegeri sendiri..' hmmm, sape kata ujan emas? gambar nie sah2 tunjukkan hujan batu..
Shopping time kat market Preston. Jumpa Sara dan hubbynyer di sini. Sempatlah kami plan nak msk aper. Lepas jer shopping kat market, kami terus ke rumah Sara. Kenyang perut mkn and borak2. Lama tak jumpa, mcm2 bincang. But mostly about our own study progress and pasal Sara pregnancy. Terkebil2 jugalah biji mata dgr pengalaman dia buat medical check up and segala macam proses dia to be a mum. Chong tgk I..'Iena, kita bila lagi?'

Balik dari umah Sara jam 4 petang. Chong ikut I balik Footscray nak pergi ke Little Saigon, Asian Market, yg dah jadi mcm landmark for Footscray nie. Mcm2 Chong beli, sampai tak muat tgnnyer. Keluar jer dari market dia kata 'Iena, I tamak, semua I nak beli. Murahlahhh...'. Haha, Chong, tau takper. Berpisah dgn dia di tram station. Berjanji utk bertemu lagi. Kali nie di rumah dia pulak. "u must come." "Okay I will".

Okaylah, hujan pun msh lebat, ntah malam nie akan berpanjangan sampai esoknya. Nak buat bubur durian sambil relaxkan kaki yg dah berlari kesana kemari mengejar public transport.

Friday, November 21, 2008

My dreams house - no thank you

Justify FullDpt email dari member, ada satu association kat Korea buat rumah ala -'toilet shaped house'. Mmg exactly toilet shaped house. Certainly not my type/not my kind of dreams house. Anyshape yg relevant will do, but not jamban punyer type. I belief, tak kira mcm mana cantik pun nama rumah tu u bagi, org tetap refer rumah tu nanti as 'rumah jamban'..hahaha..silap2 org salah faham, 'tandas awam'.

Just for Anna d King: I rasa u mesti suka this type of house. Hahahahaha...





Menghadapi Fitnah



Personal Notes: Pagi nie terbaca berita utama Utusan Malaysia berkaitan press conference yg dibuat Razak Baginda semalam. I lost track of time a bit, busy ada guest kat umah and urusan peribadi. But as i read the front news paper ttg Razak Baginda and his statements as well as released statement yg dia beri kpd wartawan, terus teringat petikan-petikan surah yg pernah dibaca and terdetik nak mskkan dlm blog. As peringatan peribadi juga buat panduan kita bersama. Antara tanda akhir zaman adalah byknya fitnah bermaharajalela sehingga manusia dah tak blh bezakan apa yg benar apa yg salah, sbb yg salah kelihatan begitu benar sedang kebenaran itu mengambil ms begitu lama utk terungkai. dlm sesetengah keadaan, bila dah terlewat. tapi firman Allah dlm quran al-taghabuun ayat 11 (kalau tak silap) bahwa tiada berlaku musibah tanpa pengetahuanNya dan Allah beri petunjuk kpd orang-orang beriman. Kdg2 berita yg sampai, adalah secondary news/information, meaning that kita bukan the first person yg menjadi saksi kepada suatu kejadian tu. justeru ada kebarangkalian cerita itu blh ditokok tambah sehingga lari dari yg sebenar. Dan dlm hal nie jgk (my personal belief); bukanlah manusia tempatnya kita bergantung harap melainkan Allah yg tahu kebenaran. Insya Allah, hati yg selalu tawakal pd Allah akan diberi pentunjuk sesudahnya. Tempat akhirnya pd Allah juga. Kita blh berdusta sesama kita manusia tapi tiada yg luput dari pengetahuanNya. Ada satu lagi petikan surah, tak ingat, tapi ada mengatakan bahwa sebaik2 keadaan utk menghadapi berita yg kita tak tau ujung pangkal ialah berdiam diri. Allah dah bagi panduan lama dah bagaimana caranya kita menghadapi fitnah akhir zaman. Sama2lah kita berpesan-pesan pada kebaikan. My 2 cent opinion...
__________________________________________________________________


"Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu."

"Dan ketahuilah olehmu bahawa dikalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauan kamu dlm bbrp urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."

"Hai orang-orang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yg diolok-olokkan itu lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan wanita lain kerana blh jadi wanita-wanita yg diperolok-olokkan itu lebih baik dari wanita yg mengolok-olokkan dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yg buruk. seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yg tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yg zalim."

"Hai orang-orang yg beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian orang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? maka tentukanlah kamu berasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang."

Surah Al-Hujuraat (Kamar-kamar) ayat 6, 7, 11 & 12.



"Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya." - Shakespeare

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...