Tuesday, April 24, 2018

Blog bersawang di tahun 2018

Salam 2018 uoll,

Bersawang dah blog saya ini. Huk-huk-huk. Ni nak panggil mak cik cleaner tolong bersihkan semua sesawang alam maya nih :-)

Seriously, motivasi menulis saja-saja out terus kerana kengkangan dengan pelbagai perkara. I know, ya da ya da, alasan semua tuh, tapi memang busy dan tak menang tangan dan waktu. Di pejabat urusan lain, di rumah pulak urusan lain. Jadinya caca marba juga diriku ini. Muaz dah 8 bulan, masih transition period for me as well. Masih cuba mengimbangi waktu dan kesibukan ibu bekerja untuk fokus kepada anak, keluarga dan demand kerja. Most of the time aku BERJAYA  mengimbangi peranan dan tanggungjawab besar ini dengan TIDUR bersama Muaz bila balik kerja. Haha. Malam-malam baru dapat mandi dan makan. Mata yang selama ini ayu, bersinar dah jadi mata panda. Tapi, yup, being a mom. Terimalah seadanya momen ini. Bukan selamanya. Muaz akan besar nanti. 

Tahun ini dimulai dengan beberapa perkara besar dalam keluarga - kematian atuk dan perceraian ahli keluarga terdekat. Dua-duanya menyedihkan tapi saya yakin Allah sebaik-baik perancang. Kita merancang Allah jugak merancang, pastinya perancangan Allah yang terbaik. Jalani hidup ini dengan kekuatan dan kesabaran. Tidak tergopoh-gopoh mencapai sesuatu. Dan selalulah melihat hikmah sebalik semua ini. 

Kematian - padanya ada teladan. bahawa kita bukan muda lagi dalam kehidupan. usia kita semakin hari semakin menambah, bererti due date kita pada kematian pun semakin mendekat. tua juga semakin menjengah dan ketara. sakit badan sana sini, dulu takde sakit lutut now sakit lutut, dulu kawan-kawan sihat, now sorang demi sorang mula mendapat penyakit. ia satu muhasabah bahawa masa kita tidak lama. jadi kita lebih menghargai waktu dan peluang. pedulikan yang remeh temeh, tiada masa mencipta sengketa, tiada ruang untuk membawang, tapi fokus kepada apa lagi lebihan hidup yang kita hendak manfaatkan sementara masih ada sisa kehidupan. pada yg suka mencari pasal, teruskan, bukan saya yang hilang ketenangan, tapi anda. hidup kita tetap terus seadanya.

penceraian - bukan mudah. ia mencukai hati dan emosi, jika tidak kita, anak-anak. perempuan mudah benar berkata pisah, bila dah dicerai baru tahu implikasinya. tapi ada juga yang mana penceraian itu terbaik jalan, bilamana hidup tergantung tanpa tali, dibiar tanpa kata putus. tanggungjawab ke laut, anak terabai, menghilang entah kemana. dalam hal seperti ini, baiklah berpisah. Allah tahu terbaik. penceraian juga bererti kelahiran semula, move on, visi baru, dan dunia baru. dalam kesedihan, ada pengharapan. again, bersangka baik, setelah segala dilakukan utk menyelamat rumahtangga, mungkin Allah mahu memberi peluang kedua.

moga sisa 2018 ini seterusnya ada harapan dan sinar. teruskan kaki melangkah.

Wednesday, December 6, 2017

Azam Baca Lebih Banyak Buku





Bagi yang kenal saya pasti mengetahui saya ni suka buku. Suka baca buku. Dulu waktu single, bujang trang tang tang, especially during my PhD, memang laju jer saya menghabiskan buku. Ia satu terapi yang saya sukai, me time, ada masa sendirian, duduk dalam suasana tenang sunyi sambil pasang muzik instrumental, and mungkin a cup of tea. Ini adalah gambaran waktu senggang yang menggembirakan saya.

Now, dek tuntutan kerja, dan juga penambahan ahli keluarga dalam ruang hidup saya, masa untuk membaca itu semakin terhad. Ironi, pensyarah takkan kurang membaca kot! Eh, saya anggap segala tesis, buku teks pengajaran dan sewaktu dengannya bukanlah dikira sebagai membaca sebenar-benarnya. Faham tak? Saya membaca itu semua kerana tuntutan kerja, meaning that, suka or tak, memang kena hadap semua tu. Sebab ia sebahagian dari kerja. Yang saya maksudkan di sini ialah betul-betul mencari buku yang mungkin tiada kaitan pun dengan kerja you, yang takde kepentingan, tapi you baca juga for leisure. That's what i mean by reading. I know ada orang fikir, eh, baca tesis tu pun kira membaca jugak!! Buku teks tu pun membaca jugak!! Pada saya, buku yang tidak mempunyai kewajipan untuk kita membacanya itulah yang boleh dikira sebagai berapa buah buku dibaca, kerana ia perlukan motivasi dan komitmen untuk membacanya. Kalau gitu, baca laporan bajet dan buku aturcara pun boleh dikira sebagai 'membaca?"

So, resolusi baharu saya ialah membaca lebih banyak buku demi untuk menambah ilmu di dada. Ahaha. Saya membaca kini kerana 2 tujuan besar. Pertama untuk menambah pengetahuan terhadap perkara berkaitan bidang saya. Kedua, untuk terapi dan santai masa lapang. Saya tak balance sekarang ini, maksudnya banyak membaca buku untuk tujuan pertama, dan sangat kurang untuk tujuan kedua. Jadi, saya nak memastikan saya ada masa untuk membaca buku-buku ini. Actually ada banyak juga buku yang saya beli tapi belum dibaca, so saya mulakan dengan mencari balik buku-buku ini dan menghabiskannya. Saya mulakan dengan buku di atas -- The Happiness Project. Baru habis chap 1. Baca last page chap 1 dah termasuk sekali dengan mimpi. Beberapa kali buku tu menghempap mukaku kerana baca waktu nak tidur. Waktu tu jer yang ada untuk rehat, tapi time itu jugalah mata pun dah tak larat buka. Tapi digagahi jua. 

Now, satu lagi kategori buku dah masuk koleksi untuk dibaca. Buku untuk kanak-kanak. Memang Muaz masih terlalu baby untuk faham apa yang saya bacakan, tapi saya nak dia familiar dengan habit membaca. Tapi pandai pulak dia bila saya baca dia macam faham jer, tengok gambar-gambar yang colorful dan mulalah tangan kaki dia menendang-nendang macam faham benar. 

Jangan pelik, umur dah senja tapi baca buku - Maisy goes to the library by Lucy Cousin!!! 

Friday, December 1, 2017

Single-hood, the life that i left behind



Selamat pagi, 

As i write this entry, behind me, sleep soundly, my lovely husband and my baby. Both snoring in their own way, but of course nothing compete my husband snoring - annoying but adorable at the same time. Its mean I have a family, my little happy family. 



I know now dah masuk jam 2 pagi. Actually, balik kerja tadi tidurkan Muaz and I ended up tertidur sekali bersama. Jam 9 malam bangun kelaparan, Muaz sambung tidur. My husband belum balik kerana ada majlis di pejabat. Dengan tak sempat mandi and all. Nasib baik cuti-cuti Malaysia. Bangun, mandi, masak nasi and makan ala kadarnya. Nak masak dah lewat! No wonder I lost so many KG now, some friends asking me what makes me loose weight so fast after giving birth. Besides my metabolism, I think my way of eating pun influence my weight. Selalu skip my dinner. Not healthy, I know...

Kenapa tetiba tulis pasal hidup bujangan nih sedangkan entries kebelakangan ni semua pasal pregnancylah, being a mom, confinementlah, almost all about baby and marriage relationship. I dont know, ntah kenapa di malam hening ini, di kala waktu senyap sunyi ni, sambil dengar muzik instrumental pulak nie terkenang pulak single life dulu-dulu. Maybe jugak semalam berborak dengan bff yang dah duduk Jerman, and still single. Makes me think about my own journey of life. 



Pernah dengar tak orang pernah berkata, kalau you tak happy being single, you tak happy being married? Its not a fact or curse or else, tapi i kind of understand the message behind it. Meaning that, kena berlapang dada dengan apa yang kita punyai masa ini. Kalau hidup hanya penuh dengan ketidakpuasan, komplen every single thing about our life, memang tak kisah pun apa yang kita ada depan mata, kita akan selalu tak puas hati dan mengkritik. 

Sebagai orang yang single lama dalam hidup, saya enjoy dulu being single. Tak terikat sangat, more freedom and i really enjoy ME TIME!! Seriously. Now, being married, happiness itu dah lain sifatnya. Diri kita bukan lagi sepenuhnya diri kita untuk kita, dah terbahagi untuk suami and anak. Penat, tapi ada kepuasan dan kegembiraan. Different kind of happiness i guess. 



Kita kena happy kot dalam melayari kehidupan dan tahap-tahap hidup yang pelbagai ini. Kita kena lalui dengan berlapang dada, enjoy the moment, till it last, and move on to the the next phase of life. Bila kita really into it, kita tak ader regret, kerana kita betul-betul cuba menikmati momen itu, menghargai momen itu sementara masih ada. 



Macam tu jugak sekarang, just go for it, nikmati kehidupan yang ada ini sekarang kerana masa pantas berlalu, tau-tau nanti kita akan ke fasa seterusnya. Hidup ini singkat sebenarnya. Terlalu singkat untuk kita cemari dengan pelbagai perkara negatif dalam hidup. Memang kita tak boleh lari dari elemen negatif dalam hidup, ia tetap datang dan pergi tapi kena belajar untuk minimise negativiti itu. Jangan perbesarkan perkara yang kecil. 

One day, Muaz akan membesar, ada kehidupan sendiri, saya pun akan tua, dan selepas tua tiada destinasi lain melainkan kematian. Samada kita yang pergi dulu atau pasangan kita. Jadi, syukuri hidup ini seadanya sementara berpeluang. Sikit-sikit masalah tu, ignorekan sahaja, kenangkan lebih banyak kebaikan yang ada dalam hidup kita dari terlalu memfokus kepada satu dua masalah. Jangan kerana 1-2 hal itu kita dah tak nampak kebaikan lainnya. Again, hidup ini terlalu bernilai untuk kita jalani dalam keadaan kita kecewa dan merana. We deserve to be happy and we can choose to be happy. 



Apa aku merapu ni pepagi buta...

Okay my point is, malam ni dengan ditemani lampu meja yang samar-samar, bunyi jam berdetik, dan botol susu di atas meja study, juga background sounds (my husband snoring!) aku tetiba rasa syahdu terhadap kehidupan. Kita kadang-kadang overwhelming dengan urusan kesibukan sehingga lupa sejenak nak muhasabah diri tentang diri dan hidup kita. 

Point is - syukuri hidup!! 




Monday, November 27, 2017

Ibu Bekerja dan Shopping Online

Borong satu kotak terus!! 4 packs x 58pc only RM79.90. Murahlah kan. Kalau tak RM100+ jugak
Bila dah ada baby, kaki dah semakin pendek. Dont take literally, maksudnya dah tak sama macam single and belum ada anak. Now, sangat terasa jugalah perubahan tu. Dulu, nak ke mana-mana boleh shoot anytime. Now dah beli barang dapur pun terpaksa tunggu husband. Dulu pergi sama-sama now kena husband pergi seorang. Kesian husband shopping barang sorang-sorang, banyak pulak tuh. Tapi rasanya sementara sahaja. Tunggu baby dah besar sikit, baru boleh on semula shopping bersama-sama. Now belum pun 6 bulan, masih kecik dan saya masih berhati-hati untuk mendedahkan Muaz dengan persekitaran luar dan tempat-tempat awam kerana sistem imun masih rendah dan masih ada banyak round suntikan yang perlu diambil untuk vaksinnya.

Angkut sikit-sikit bawak balik rumah. Now ofis dah jadi store barang baby. Huk huk!

Sebagai alternatifnya, now saya dah mula banyak shopping online. Dulu ada jugak, tapi tak sehebat sekarang. Hehe. Saya biasanya shopping di Lazada, Shoppe, Excessbook & 11street. Ada jugak website lain tapi tak cuba lagi. Saya shopping disini mostly untuk barang baby terutamanya diapers, baby wipes, toys, & books. Jadi jimat dah masa dan wang untuk pergi ke butik baby. Lagipun, barang beli online dapat penjimatan hebat. Contohnya diapers baby boleh beli banyak sekali satu kotak dapat sehingga 30% off. Tu belum lagi kalau ada baby fair macam yang tengah on di Lazada sekarang. So, tak perlu berpanas, buang minyak petrol yang semakin mahal. Click online, shopping, pilih barang, buat payment and tunggu barang sampai kat pejabat. Mudah kan?? 

baby wipes fiffy. saya suka baby wipes fiffy. beli banyak dapat murah. zaman sekarang kena bijak membeli :-)


Sekarang ni kena redha dululah terpaksa bershopping online. Tapi banyak jugak kebaikannya. Cuma kena pilih website yang kita percaya dan bacalah review produk dulu sebelum memutuskan untuk membeli. Pentingnya reviews untuk melihat servis dan kualiti produk yang kita nak beli. So far, setakat barang keperluan baby memang puas hati. Cuma susu untuk baby saya nampak macam tak jauh beza, susah nak diskaun banyak, yelah susu baby kira barang mahal. Jadi beli di supermarket biasa masih tidak merugikan. 

2-3 bulan jugaklah nak menghabiskannya. 

lemon + ginger + madu kelulut. bekal minuman herba ke pejabat pagi ni. slurp!!


Tak sabar tunggu baby besar nak ajak dia shopping :-)


Rutin Mama & Muaz Hari Bekerja





Related image

Salam semua,

Hari ini dah masuk minggu ke-2 Ahmad Muaz ada di taska. Rutin saya bertambah busy pada waktu pagi. Seawal 5 lebih pagi dah kena settle mandi, solat terus dan bersiap dengan baju kerja, make up dulu (ala kadar) dan tudung paling last pakai kat bawah nanti. Lepas tu settlekan baby Muaz. Ini agak mencabar kerana setiap hari berbeza. Ada hari Muaz senang disiapkan, ada hari agak mencabar tengok keadaan dan waktu. Misalnya, kalau dia dah bangun awal, nanti jam 7 pagi time nak mandikan dia dah nak tidur balik, so mencabar nak siapkan dia sebab dia akan mengamuk kita bukak baju, tukar lampin dan sebagainya. Kalau dia bangun agak lewat, then jam 7 pagi waktu siapkan dia, tak banyak karenah. Telinga kena tahan bila dia menangis sedang kita terkocoh-kocoh siapkan diri sendiri and baby.

Kenapa mandikan sendiri sedangkan Muaz boleh mandi di taska? Ye, tempoh hari sewaktu awal-awal menghantar Muaz ke taska, memang owner taska kata, baby akan mandikan di situ kerana pagi-pagi lagi and baby masih tidur. Tapi saya fikir 5 hari seminggu Muaz di taska, pagi petang dia dimandikan siap-siap di taska tinggal jemput jer balik. Memang nampak menyenangkan tapi saya berpendapat bath time baby adalah intimate moment yang bagus untuk bonding anak-ibu. Saya nak pagi-pagi biar saya mandikan Muaz. Biar celiknyer matanya, pagi-pagi saya siapkan dia dah wangi-wangi untuk ke taska. Memang penat, tapi pada saya kepuasan. Cuma sebelah petang saja, tak perlu mandikan Muaz, dia dah boleh balik terus nyusu dan tidur. Muaz saya tidur awal iaitu dalam pukul 6-8 malam dia dah tidur. Bangun pun jam 3 pagi untuk nyusu balik.

Itulah cabaran ibu bekerja. Kita dah hilang banyak waktu-waktu anak-anak membesar. Jadi, saya sedaya upaya memastikan setiap hari saya masih ada ruang untuk memastikan saya dapat meluangkan sebanyak mungkin waktu dengannya. Memandikan adalah salah satunya. Cuma, kadang-kadang memang dilema jugak, eh awalnyer mandikan baby, tak bahaya ker? Saya try jugak cari maklumat - seperti biasa googling!!! And ada pandangan mengatakan sebenarnya its okay nak mandikan baby any time pun as long as, air cukup panas/sesuai untuk baby dan mesti pastikan baby dikeringkan betul-betul selepas itu. Saya akan cuba pastikan saya mandikan Muaz jam 7 pagi, kepala tak basahkan dan pastikan dia betul-betul kering selepas itu. Masa siapkan itu, ha macam-macam minyak yang ada saya lumur [Muaz cukup tak suka ini]. Minyak telon saya sapu satu badan, minyak herba asmak dan juga minyak morhabshi. Pastu, kalau lepas menyusu, saya bagi minum gripe water pulak. Kadang-kadang terfikir jugak eh pasal apa lumur banyak-banyak nih, tapi lepas tu ingat balik, takper, takut baby kembung perut, biar badan rasa panas and minyak2 ni semuanya bagus-bagus baik untuk baby. Gitew. Haha.

Sekarang ni dah jumpa pengasuh yang hendak menjaga Muaz bermula Januari 2018. Tapi saya berpendirian tunggu dan lihat dulu. Sebabnya tengok Muaz nampak okay boleh adapt di taska, dia pun dah okay dengan rutin and some more, taska sekarang ni sangat dekat dengan ofis. Kalau tengok waze dalam 2 km. Memang dekat. Jadi apa-apa rasa boleh shot ke sana dengan segera. And bila bekerja tu hati rasa lega sikit sebab tahu Muaz ada berdekatan. Owner taska pun nampak okay and taska tu pun berdaftar dengan JKM jadi konfiden sikit. Pengasuh ni pulak dekat dengan rumah, tapi kalau ada kecemasan, agak jauh jugaklah menapak balik ke rumah dalam 10 km.

Hope for the best.

Tuesday, November 21, 2017

First day of work after a long maternity leave and taska for Muaz


Muaz and teacher. Bambam!!


Salam Selasa!!

Just a quick entry,

Hari ni dah masuk hari ke dua saya kembali bekerja; dan juga hari ke dua baby Muaz saya hantar ke taska. Bersemangat hendak kembali bekerja, apatah lagi Jumaat ini saya menjadi penilai dalaman untuk tesis PhD. Di tangan sekarang ini ada 3 tesis - 2 tesis PhD dan 1 tesis Master untuk dinilai dalam jangka masa terdekat. Sementelah saya tak mengajar semester ini, baiklah saya pulun baca dan juga, mengalas kembali tanggungjawab sebagai penyelaras program master kaunseling. 

Okay, back to main topic, soal pengasuh. Saya ada nasihat kepada mereka yang perlu menghantar anak ke pengasuh apabila kembali bekerja nanti. Nasihat saya ialah, tolong cari awal-awal!! Ini pengalaman sendiri. Saya ingat, dalam pantang nanti sementara bercuti 3 bulan, saya punya cukup masa untuk mencari pengasuh. Nada!! So, kalau dah pregnant tuh, baiklah awal-awal pergi survey yer. Jangan macam akak nih!! Kesudahnya Muaz saya masukkan ke taska.

Mencari taska pun cabaran jugak. Saya pertimbangkan 2 perkara, kena dekat samada dekat dengan pejabat (UKM) atau dekat dengan rumah. Either way, boleh. And of course, taska tu biarlah berdaftar dengan JKM. Konfiden sikit nak hantar. Ni nak hantar anak, bukan kucing bukan barang. ANAK!! Walaupun dekat dengan rumah tapi kalau takde bawah JKM, saya tak mau ambil risiko. Berhari-hari jugak mencari, akhirnya saya dapat hantar anak ke taska di seksyen 3 tambahan. Sesat barat jugak mula-mula saya dan husband cari taska ni dek kerana waze. Adeh!! Tapi bila dah bercakap dengan ownernya saya rasa yakin dan bila bercakap dengan teacher-teacher yang nak jaga baby kita, saya rasa ada konfiden juga. So tawakal lah. So far dah 2 hari, alhamdulillah nampak okey. Macam semalam, baby balik dari taska pun dah petang, dia main2 kejap ngan mamanya ini, pastu tidur macam rutin biasa. Muaz tidur dalam jam 6-7 petang setiap hari. Harap-harap baby Muaz ku di situ sihat sejahtera. Sentiasa doakan dia dilindungi Allah swt. Cuma semalam, dek kepenatan first day keja kot, tertido sekali dengan Muaz, jam 9 baru terjaga itupun sebab husband call. Kebetulan dia on the way balik rumah. Sejuk hati bila husband cakap 'okay takpe, nanti abang beli makan. penat tuh baru first day kerja and hantar Muaz ke taska".

Cuma semalam first day hantar tu ada kelam kabut sikit sebab nak siapkan baby car seat dia, nak masukkan tilam, barang, siapkan dia kejap, siapkan diri sendiri dan sebagainya. Muaz pulakk menangis dalam tengah kelam kabut nak siapkan barang-barang semua. Tebalkan jerlah telinga sekejap dengar suara dia nangis kuat tuh pastu baru masukkan dia dalam kereta dan gerak ke taska. Nak sampai taska tu saya kena tawaf seksyen 3 dua kali!! Adeh berasap jugak ler, ni semua gara-gara waze nih. Dekat pukul 9 jugak baru jumpa taska tu balik. Ntah ke mana-mana di hantarnya diriku ini. Terpaksa pakai kaedah try and error, cuba ingat jejak kami mula-mula melawat hari tuh, walaupun sesat jugak, tapi try ingat beberapa landmark jalan yang betul. 

Inilah transisi yang saya alami. Takdelah stres, cuma saya anggap ini cabaran yang saya perlu lebih cekap tangani. Of course ada hiccup here and there, but, hey, saya tak expect saya terus sempurna dalam menjalani perubahan ini. So cool sahaja. Bersemangat pun ya jugak. Muaz tu pada saya seperti stopwatch saya. Dia mendorong saya untuk fokus kepada apa yang penting. Saya jadi lebih efisien menggunakan masa. Tak boleh lagha2, nanti kerja tak siap! Bila Muaz tidur, saya berperang di rumah untuk siapkan apa-apa kerja rumah sebelum dia bangun. Bila Muaz bangun perhatian terarah kepada dia sebab dia masih baby lagi dan belum tahu cara nak hiburkan diri sendiri. Kalau tak nampak saya tu dah teriak! Macam tu jugak, saya jadi lebih berhati-hati dengan masa di pejabat sebab kalau saya berlengah, kerja tertangguh, dan saya sukar buat masa ini bawa kerja di rumah kerana ada baby kecil yang perlu perhatian. So, in a away, baby pada saya tak semestinya buat you jadi tak dapat nak buat kerja apa-apa pun. Kalau betul caranya, baby membantu kita menjadi lebih efektif dalam menggunakan masa. 




Wednesday, November 1, 2017

Hair Dryer dan Wanita Berpisah Tiada

Nampak tak plugnyer lain? 2 pin, so memang kena pakai converter plug. Macam iron saya jugak. 


Bulan yang panjang November ni. Saya paling tak suka dapat gaji awal kerana terasa pengurusan wang menjadi agak carca marba. Kadang-kadang terbayar 2kali or terlupa terus!! Bila bulan panjang sebelum gaji akan datang, belanja pun kena berhemah, kalau tak nanti defisit untuk bulan tersebut. Ahaks!

Tapi kan, ada perkara yang diluar jangkaan yang nak tak nak terpaksa mengeluarkan belanja untuknya. Misalnya, bulan ni my hair dryer dah rosak. Seingat saya, dah lama jugak pakai hair dryer tu. Saya beli masa kat Melbourne dulu 2007-2010. So kira macam dah 10 tahun jugak lah!! Wah, tak terasa pulak sepanjang itu hayatnya. Ala sentimental lah pulak. Uhuk. Beli time study. Sebelum tu saya takde hair dryer pun tapi kat sana cuaca kat sejuk, kalau basuh rambut nak tunggu kering sendiri lamalah nak tunggu. Jadi, hair dryer satu keperluan, takdelah kepala lembab, nak cepat pergi kampus, nak pakai tudung semua kan. Tak ingat berapa saya beli dulu, agak besar jugak hair dryer nie, ada snoozer jer, tapi ntah mana pergi. Tamatlah sudah riwayat hair dryer ku yang telah berkhidmat dengan taat setia sejak sekian lama. Jasamu ku kenang. 

Surveylah hair dryer baru kat lazada. Saya beli yang murah saja sebagai ganti. Memandangkan pengalaman guna hair dryer sedia ada, saya perlukan untuk keringkan rambut sahaja, so buat apa beli yang canggih-canggih? Again, bulan panjang, bajet kena beringat. Hehe. Lagi-lagi nak masuk kerja semula, kalau mandi pagi, boleh jimatkan masa nak bersiap. Moga yang ini pun panjang umurnya. Kalau beli boleh pakai sampai 10 tahun, memang berbaloi!

RM39.90 saja kat Lazada 

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...