Tuesday, May 26, 2020

Review Overnight Reset Oil in Serum (Immortelle Reset) dan Skin Oil Amande dari LOCCITANE

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua,

Lama dah tak review produk. Walaupun saya bukan influencer, jauh sekali dibayar untuk review, produk, sememangnya saya gemar jugak berkongsi pengalaman menggunakan sesetengah produk kecantikan muka dan badan yang saya sendiri berpengalaman memakainya. So, hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang produk baharu yang saya baru berjinak-jinak nak pakai. Bila sebut namanya, beauty junkies macam saya pastinya kenal brand ini - LOCCITANE. Nama gah, produknya ada reputasi yang bagus dan ada jugak yang mengkategorikan produk ini sebagai produk untuk golongan have-have. Have-have sebab harganya kot yang boleh tahan mahal. Honestly, saya tak pernah pakai produk ini selain dari hand lotionnyer sahaja. Thats it!! Tengok harga, saya teguk air liur sahaja and masih selesa dengan produk Bodyshop saya. Cuma baru-baru ini ada rezeki lebih untuk reward diri sendiri nak memanjakan diri dengan produk LOCCITANE ini. 

Sebelum tu,

Sedikit perkongsian jiwa berkenaan tentang belajar menerima keadaan yang tidak kita sukai. Dalam kehidupan ini, tidak semua perkara kita hendak atau suka kita akan dapat. Ada yang kita dapat, ada yang kita tak dapat. Kadang-kadang yang kita hendak sangat-sangat kita tak dapat, yang kita tak suka itu pulak yang kita perolehi. Macam PKP inilah, saya pasti setiap dari kita ada struggle masing-masing. Ada yang hilang kerja, bisnes bermasalah, konflik keluarga, stres duduk rumah, kena hadap norma baharu yang begitu asing, kena adapt situasi baharu. Ini bukan perkara mudah. Itulah pentingnya untuk kita mempunyai pemikiran yang positif untuk melihat sisi baik dari keadaan yang tidak menyenangkan hati kita. Setiap kesulitan, sama seperti kesenangan, bersifat sementara. Jika sedang bersenang lenang oleh nikmat kehidupan, banyakkan bersyukur pada Allah kerana kita orang terpilih saat orang lain mungkin struggle untuk meneruskan kehidupan seharian. Banyakkan juga bersedekah walaupun sedikit, sebagai tanda kesyukuran. Bahagian rezeki kita mungkin sebahagiannya untuk yang memerlukan. Bila ditimpa musibah pula, kenalah kita banyakkan bersabar. Jangan mudah putus asa dan lemah semangat. tanamkan dalam diri pengharapan, bahawa kesulitan ini pasti ada jalan keluar dan akan berakhir. Kita mungkin tak dapat mengawal semua kejadian yang berlaku di sekeliling kita, tapi kita sentiasa boleh mengawal emosi dan cara kita melihat sesuatu. Maka usahalah dan latih diri melihat setiap kesulitan dengan pandangan dan harapan positif. 

Okay done sharing :-) 

Back to main topic,

Actually yang memotivasikan saya untuk beli 2 produk LOCCITANE ini ialah kerana membaca reviews yang sangatlah positif tentang best seller serum mereka iaitu Immortelle Reset - Overnight Reset Oil in Serum. Selalu jugaklah review produk ni lalu kat socmed saya. Kebetulan pulak, bila PKP ini kita tak boleh bershopping seperti biasa, makanya 2 serum Kiehls saya telah kehabisan. Maka masa untuk membeli yang baru (dan alasan untuk mencuba yang baru jugak hehe). Saya pun beranggapan, eh tak salah cuba serum Loccitane nih. Pastu digoda pulak oleh reviews yang rata-ratanya positif. Tapi mostly produk wajah saya masih Kiehls lagi. Cuma saya mix and match jugak dengan produk Clinique yang masih lagi bersisa. Kadang-kadang saya bersiap di bawah, kadang-kadang di atas. Rasa tak convenient nak angkut pencuci muka atas bawah setiap kali mandi. So saya letak pencuci muka, toner dan pelembab muka clinique di bawah. Kat atas saya pakai Kiehls. Gitew. 

So saya pun menetapkan misi untuk membeli serum tersebut. Pergi shopping time PKP ni memang leceh sikit sebab nak kena log in data dan ambik suhu badan. So saya takdelah masa nak window shopping bagai. Lagipun saya ditemani Muaz dan suami. Mereka tunggu dalam kereta, so saya fokus siap-siap apa nak beli, kedai mana nak pergi. So within 1 hour misi shopping ini selesai. 

Immortelle Reset (RM269)

Cadangan awal nak beli Immortelle Reset and Immortelle Divine Youth Oil sekali tapi salesgirl yang melayan saya bagi tau, first time nak cuba better ambil Immortelle Reset dulu and lihat kesannya. Immortelle Reset ni adalah pre serum sebelum serum sebenar digunakan. Tapi katanya boleh stand alone juga. And Immortelle Reset memang paling ramai beli katanya. So aku pun terpengaruh dengan bisikan itu. Haha. Fikir-fikir logik jugak. Sebab kan tetiba tak rasi, manalah tau sayalah yang 10% yang tak dapat apa-apa kesan magik serum ini kan rugi. Lagi pun ini pre serum, kat rumah ada 3 serum Kiehls berbeza, so why wasting?? Bukan dapat tepek semua pun. Muka kita boleh terima 3 serum sekali pakai, ini yang salesgirl Kiehls pernah bagi tahu saya. 

Gambar ni tangkap guna Iphone Pro -sajer cuba potrait mode. Rugi pulak tak cuba :-)


Mulanya nak beli serum sahaja, oleh sebab tak jadi beli satu lagi serum tadi tu, maka saya pun mencari-cari produk untuk badan, memandangkan lotion butter yang saya pakai sepanjang pregnant ini dah habis. Saya baca review baik juga mengenai supple skin oil Loccitane ini so saya fikir bolehlah try. Harga dalam RM198 kalau tak silap. Gulp! Mahal juga jika dibandingkan dengan lotion saya yang dah habis tu. Tapi tulah godaan shaiton!!! So hasil pembelian itu maka saya terus register jadi member and dapat pulak body beauty kit mereka berserta beg comel dua warna seperti gambar di atas.

Kotak kosong ajer nih. Botolnyer seperti gambar yang pertama


Baru pakai beberapa hari guys, so apa yang saya boleh bagi tau ialah serum ini memang tak sticky langsung, macam air jer and terus meresap baik ke kulit wajah kita. So, walaupun namanya ada oil, tapi tak oily langsung. Dulu mungkin saya mengelak produk oil based sebab zaman muda dulu kulit berminyak jerawat banyak. Now dah aging ni kulit berubah jadi kering, so saya berjinak-jinak menggunakan produk muka yang boleh memberi hidrasi dan kelembapan yang diperlukan. Serum Loccitane ni setakat ini harmoni dengan serum Kiehls saya guna. So kiranya kalau anda cuba serum ini, jangan pulak beranggapan kena buang semua produk anda sedia ada and tukar satu set produk Loccitane. Tidak salah untuk kita gabungkan produk-produk yang berkesan untuk kita gunakan bersama. Ramai ajer yang melakukan perkara yang sama. Kalau dah beberapa bulan pakai nanti saya update lagi bagaimana kesan menggunakan serum yang digilai ramai ini. So, far bagi kulit sensitif macam saya, produk yang tidak menimbulkan sebarang reaksi alahan adalah sesuatu yang cukup baik!

Bagi supple skin oil ni, saya kira ini juga pembelian yang berbaloi! Bau dia sangat sedap, long lasting macam saya ni pakai perfume atau lotion wangi pulak. Bau dia buttery, macam almond punya bau but subtle yet you boleh perasan, bukan bau kuat yang annoying tau. Bau dia rasa macam terapi, warm and menenangkan. And memang kali pertama sapu satu badan, terasa lembutnya kulit ku!! So dapat ku bayangkan nanti berpantang dengan bau-bau seperti ini. Salah satu cara yang berbaloi untuk memanjakan diri anda. Kalau ada rezeki bolehlah beli shower oil and lotionnya pulak. Till then, just happy gabung and pakai bersama dengan lotion lain yang masih ada. 

Produk Loccitane ni saya nampak tak sebanyak produk Kiehls, jadi takdelah berpinar bijik mata nak beli semua. Tapi saya kira, produk ini wajar diberi perhatian especially produk untuk badan. Serum Loccitane setakat ini yang paling menonjol berbanding produk wajah mereka yang lain. Loccitane lebih terkenal kerana produk untuk badan. Bagi yang masih mencari-cari serum dan body oil yang berbaloi, Loccitane produk yang saya highlightkan ini patut menjadi produk yang perlu dicuba. Kalau rajin, pergi sendiri ke butik terhampir dan minta sampel. Jangan jadi macam saya, bukan jenis sabar nak cuba sample cenonet tu dan terus ambik risiko beli saja. 

Selamat berhari raya!!


Friday, May 22, 2020

WFH Bagi Seorang Wanita Mempunyai Anak Kecil

Salam Sejahtera 

Salam COVID-19 semua,

Diam tak diam dah hampir 3 bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan mudah untuk menjalani PKP bagi kebanyakan kita yang rata-ratanya merupakan pengalaman pertama. Saya tak terkecuali. Ketika mendapat perkhabaran kami di pejabat perlu work from home dan semua P&P berlangsung secara online, ramai yang rasa teruja.

Teruja sebab dapat WFH, heaven kot dapat WFH. Tak perlu pening nak fikir bersiap ke pejabat, dapat buat kerja dalam rumah dengan lebih selesa, tak perlu sibuk nak pakai baju kerja, cukup pakai baju kelawar kek dahnya sambil pakai bedak sejuk kat muka and buka laptop sahaja. Selama ni merasakan WFH adalah sesuatu yang cool, banyak dah dipraktiskan di luar negara, now its time untuk merasai pengalaman itu sendiri.

Heaven..!

Not so heaven after all..

I mean, if you have small kids arounds ... and some more, you are heavily pregnant like me and a husband as a frontliner during this PKP. 

Struggle is real...

Agak mencabar sebenarnya untuk handle kerja dan rumahtangga pada masa yang sama. Tiada boundaries jelas di antara kerja pejabat yang perlu diselesaikan dan melaksanakan tugas-tugas rutin rumahtangga seperti memasak, membasuh baju, menyediakan makanan dan sebagainya. Plus, bila ada anak kecil, yang berumur bawah 5 tahun, lagi terasa struggle tu.

Muaz anak sulung, tiada teman bermain. Jadi most of the time, dia perlukan teman untuk bermain. Kadang-kadang dia okay bermain seorang, most of the time dia perlukan teman, and i mean ME sebagai teman bermain. So, kejap2 dia panggil mintak duduk sebelah dia tengok dia bermain. Kadang-kadang timing tu just not right, masa tu nak kena reply email/kejar deadlines pejabat. Kadang-kadang termarah dia jugak bila sepertinya dia tak faham mamanya ni tengah struggle handle sorang-sorang di rumah and kerja dari rumah lagi. But, eventually rasa bodohnya nak marah dia yang baru 2 tahun lebih. Apa yang dia faham dengan WFH? Apa yang dia faham tentang deadlines tugas mamanya nih? Akhirnya rasa bersalah sendiri. Aku yang tak faham. Aku yang stres sebenarnya. Hmm. 

Lagi-lagi sekarang, P&P semuanya perlu dilaksanakan sepenuhnya secara ONLINE. Kami diberi waktu untuk mempersiapkan diri dengan P&P sepenuhnya online. Sebelum ini memang blended learning diamalkan namun tidak secara total. Bila segalanya perlu diubah kepada online, maka segalanya perlu diubah dari proforma, bentuk penilaian, pengajaran dan sebagainya. Kebanyakan mode pengajaran sebelum ini ialah konvensional, apabila tiba-tiba perlu sepenuhnya online memang terasa juga nak adapt dengan situasi itu. Tak sempat nak refleks apa yang berlaku, it just happened, experiencing and learning at the same time. Masa nilah baru benar-benar kena hadam apa itu platform webinar - zoom, microsoft teams, google meet, google classroom, ukmfolio, whatsapp, telegram bla-bla yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Masa ini barulah kena benar-benar hadam pembelajaran segerak dan tak segerak and belajar cara untuk rakam kuliah dan ppt untuk dimuatkan ke dalam ukmfolio.

Apabila WFH, sudah tidak jelas waktu bekerjanya. Especially di awal tempoh PKP ini. weekend pun dapat email keje, weekend pun kena respons pasal kerja, which is rare dulunya. So, hilang sudah angan-angan makcik pakai baju kelawar sambil gelak dengan bahagianya bekerja dari rumah. Baru terasa wow!! Stresnyer lain macam. Some more, workstation di rumah berbeza dengan di pejabat. Ruangan pejabat seperti memberi mood dan persediaan mental dan fizikal untuk bekerja sepenuhnya fokus. Tak diganggu dengan urusan rumahtangga. And, awal2 tu rasa stres sebab menghadap laptop/dekstop untuk tempoh yang lama dan lebih banyak masa dihabiskan membalas msg kerja. Ini semua kebiasaan baharu yang terpaksa dipelajari dan diadaptasi.

So my kesimpulan ialah, WFH ada baik buruknya jugak. Ada cabaran2 tertentu bagi segelintir orang, maybe WFH not for everybody. But, satu aspek lain ialah WFH ini berlaku semasa PKP. I think kalau situasi berbeza, tanpa PKP mungkin WFH menjadi lebih mudah dan membahagiakan sebab dapat hantar anak ke taska and kita ada masa sendiri untuk fokus kerja di rumah. But now semuanya berkumpul di rumah. Cannot imagine mereka yang ada lebih ramai anak semasa WFH masa PKP ini. Jika semuanya perlu dibuat sendiri tanpa ada orang gaji dan pasangan untuk membantu, memang haru biru.

Apapun, hidup harus diteruskan. Kena belajar untuk resilien and keep looking for solutions. 

Good luck untuk semua mama yang WFH dan ada anak kecil untuk dijaga. 




Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...