Sunday, October 20, 2019

Salah Asuhan: Kerana Kau Ibu, Rosak Anak

Salam,

Ini thread serius. 

Ini kisah benar yang saya perhatikan, berlaku dekat dengan diri saya dan membuatkan saya termenung panjang mengenangkan bagaimana boleh sampai ke tahap yang begitu kritikal dan serius.

Ia bermula dengan ibu bapa mendapat tahu anak lelaki berusia 21 tahun meminjam duit along, bukan seorang dua tetapi 8 orang! Ini keputusan sendiri yang tidak merujuk ibu bapa dan terjerumus dalam hutang along sehingga di luar kawalan. Akhirnya buntu dan membuat pengakuan. Kesian ibu ayah bersengkang mata, stres memikirkan hutang RM20K yang dibuat anak. Dalam keadaan berdikit-dikit hendak mengurus kewangan, anak-anak yang masih dibawah tanggungan, ibarat sekelepuk beban di bahu dalam keadaan terkejut dan tanpa rela. 

Saya lihat keadaan ini dari beberapa aspek:

1. Sikap yang suka berhutang
2. Lalai atau sikap ibu yang terlalu berlembut
3. Dendam

Dari kecil, sudah nampak ciri-ciri ini dalam diri anak ini tetapi sayangnya tidak dibendung dari awal. Sejak dari sekolah menengah sudah nampak ciri-ciri ini namun sayangnya, ibu tidak melakukan apa-apa. Malah membenarkan dan memperkukuhkan sikap ini pula. Kenapa saya kata memperkukuh sikap buruk?

1. Membenarkan anak bercuti di luar negara dalam keadaan berhutang. Pergi pula ketika si ayah out station. Tanpa pengetahuan. Bagaimana seorang ibu boleh benarkan anak keluar negara bercuti dalam keadaan berhutang?? Sepatutnya, boleh mencadangkan si anak tangguh dulu, kumpul duit dan pergilah bercuti dalam keadaan tak berhutang dengan sesiapa. Pergi bercuti pun hati senang. Tapi ini tidak berlaku. Ini kesilapan yang pada saya besar.

2. Membenarkan anak membeli kereta dalam keadaan tidak mempunyai pendapatan, kerjaya, masih belajar. Ini pun dilakukan tanpa kebenaran dan pengetahuan ayah. Ayah hanya tahu kemudian. Ini juga kesilapan besar. Dua kesilapan ini saya kira sangat besar dan secara tidak langsung seperti membenarkan perbuatan kurang cerdik anak. Bagaimana ibu boleh membenarkan anak berhutang dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan masih belajar untuk berhutang kereta yang agak mahal harganya? 

Seharusnya ibu/bapa menjadi orang pertama merasionalkan anak. Kita tahu risiko yang anak lakukan, tapi ada tak kita membetulkan kesilapan itu? Dalam kes ini tidak. Implikasi kepada anak tersebut ialah dia mula berani bertindak sendiri mencari hutang lebih besar iaitu along. Akhirnya satu keluarga terkesan. Dalam usia 21 tahun, sudah ada 20K hutang along. 

Pengajaran juga dalam kes ini ialah susahnya mentadbir keluarga apabila ada 2 nakhoda kapal, yg tidak sehati sejiwa bila mendidik anak. Seorang cuba mendisiplinkan anak, tapi seorang lagi sebaliknya. 

Dendam - sikap tidak puas hati, adakah membuat keadaan bertambah baik? TIDAK. Yang merana jelas di sini ialah individu itu sendiri. Rosak binasa. Apa yang kita dapat bila segala tindak tanduk berdasarkan perasaan dendam?? Yg lebih binasa adalah diri sendiri. Agaknya berbaloi tak menyimpan dendam?


Tuesday, August 13, 2019

Lipbalm Kiehl's & Egg Cream Mask Untuk Ibu Sibuk Tetap Cantik

Salam,

Wah panjang tak tajuk entry hari ini? 😝

Lama dah tak berblog, nak lepas gian kejap. Sejak dua menjak nih, jarang nak upload thread ilmiah. Thread kecantikan jer banyak. Bukan per, energy dah banyak dilaburkan utk menulis buku, jurnal artikel, baca tesis students 😵 jadi blog menjadi platform membawang perkara yang tidak berkaitan dengan dunia akademik. Mungkin akan datang.

Okay hari ini nak review sedikit pasal lipbalm dan masker muka. Saya ada mentioned before saya pakai lipbalm by Kiehl's nih. Harga boleh tahan mahal dalam RM80. Saya dah pakai beberapa bulan and masih belum habis lagi. Maybe 2-3 bulan lagi kot baru habis. By the way, so far lip balm or lip treatment ini memang best sekali untuk bibir yang kering dan perlulah kelembapan. Sebelum ni saya pakai brand Nivea and Mentolethum dari Watson. Tapi this one yang paling moist saya pernah cuba. Selain itu, ada hint of color jugak, first time pakai my husband tegur dulu : cantik warna lipstik. Tapi bukan lipstik pun, lipbalm ajer. Saya pakai warna pink, dia ada 2 lagi kot kalu tak silap, nude and merah. Kalau ada bajet lebih boleh try yang ini, insha allah puas hati. Tapi kalau takde bajet, boleh try vaseline petroleum jelly, yang ni memang lejen, harga murah dan gerenti best. 



Semalam singgah ke Watson beli barang sikit. Seperti selalu saya sambar masker sheet di Watson. Okay ni first time saya beli brand ni ye - too cool for school. Selalu nampak tapi hati belum datang seru. Haha. Baru semalam tergerak hati eh nak try lah. Sebab harganya slightly expensive compared to other brands kat Watson. Everage price for most face masks kat Watson dalam RM7-9. But this one, RM13 per piece. Mahal la tu kan. Beli ni tanpa baca review apa-apa. For the sake of trying! Balik rumah semalam petang so i pun try egg cream mask for pore tightening ni. My first impression, terasa likat dan penuh kelembapan sheetnyer. Memang rasa slightly ticker than usual mask sheet, even Inisfree  (betulker eja ni) punyer brand. And sheetnyer pun lebih tebal dari brand Watson. Tepek di muka dalam 30 minit sambil mengacah-ngacah Muaz. Dia sengih jer nampak muka saya putih setepek. Lari-lari ayam nampak saya cuba mendekat. Bila letak tangan Muaz ke muka, dia buat muka geli.



Tapi resultnyer --- boleh tahanlah! Nampak kecil dengan ketara pori-pori wajahku. Terus tengok review kat hp. Oh, rupanya ramai yang cakap perkara yang sama. So definitely akan repurchased lagi di masa akan datang. Egg cream mask for hydration tu yang tak cuba lagi.

Okay! Sesiapa yang nak bibir mungil segar warna seakan-akan pink dan kulit muka yang mulus boleh try barang yang saya telah cuba ini. Happy shopping.

Sunday, April 28, 2019

Review Produk Kiehl's Selepas Sebulan



Salam hujung minggu,

Okay, rasanya sudah sebulan sejak saya overhaul skincare product saya dari Clinique ke Kiehl's. Hari tu saya just review apa yang saya beli dan pengalaman pakai beberapa hari, now dah sebulan. So apa progres?


koleksi baru produk kiehls saya, ada yang takde dalam nih
 Maaf saya tak sertakan pic sendiri. Tapi ini adalah review jujur saya. Terpulang untuk percaya atau sebaliknya. Well, dah sebulan pakai, apa yang saya boleh katakan ialah saya berpuas hati dengan produk Kiehl's untuk membantu memperbaiki keadaan wajah saya secara keseluruhannya. Memang puas hati. Kalau tak, takkan saya menambah lagi produk kiehls yang saya beli sebulan dulu :-) lihat gambar atas, itu adalah penambahan produk yg saya beli.

Sampel untuk oil face daily reviving oil tu masih ada lagi, walaupun sampel kecik saja tapi bertahan jugak tu hampir sebulan. Saya dah beli yang baru tapi belum pakai, tunggu sampel tu habis baru saya pakai ini. daily reviving oil ni fungsinya berbeza dengan midnite recovery oil tu. dua ni ibarat kembar, ibarat siang dan malam kekdahnya. daily reviving oil ni fungsinya mempertahankan kulit waktu siang yang terdedah kepada pelbagai unsur tekanan dan pencemaran. kulit secara kejadiannya apabila waktu siang, ia berada dalam mood pertahanan dan melindungi kulit. seperti saya beritahu dulu, saya sukakan baunya yang refreshing, sebab ada ginger. selalunya akan hidu dulu baunya sebelum sapu. so kind of therapeutic jugaklah. langsung tak melekit ya, cuma mula-mula apply tu nampak berminyak sikit, so bagi beberapa ketika untuk kulit serap sepenuhnya. teksturnya ringan sahaja. memang sesuailah untuk waktu siang.

midnite recovery ceoncentrate, this one memang kegemaran ramai. saya tengok walaupun ramai yang pakai brand skincare berbeza, when it comes to face oil, ramai yg opted for this one. my first time pakai dulu memang nampak beza kulit kita, lebih sekata, lembap dan nampak sihat bila bangun paginya. sebab tu ada orang cakap, pakai minyak ini nanti muka macam dah cukup tidur 8 jam walaupun tak sukup tidur sebenarnya. fungsi minyak ini lebih kepada pemulihan sebab kulit waktu malam menukar mood dari pertahanan kepada pemulihan, so minyak ini membantu proses penyembuhan kulit yang bekerja keras pada siang harinya. 

okay, sebenarnya ada 3 serum saya pakai serentak okay. mula-mula rasa macam nak pakai 1 sahaja tapi bila saya baca kat internet, setiap serum/face oil ia mempunyai fungsi spesifik, dia tak boleh cover semua fungsi untuk kulit kita dan kulit kita boleh terima 3 jenis serum sekaligus. so saya pakai 3 jenis serum sekarang nih:

Siang
1. vitamin c serum. 
2. daily reviving concentrate
3. daily corrective dark spot solution

dalam gambar di atas, ia botol transparent. ini fokus untuk memperbaiki tona kulit tidak sekata dan juga parut jerawata dan pigmentasi. sesuai orang macam saya yang kulitnya ada pigmentasi dan parut jerawat lama. so far, memang nampak berkurangan pigmentasi dan parut jerawat diwajah menjadi lebih pudar dan lebih pleasant lah muka ni jika dipandang. hihi. bohong lah kalau saya cakap parut dan pigmentasi hilang terus!!! Tapi memang serum ini menjalankan fungsinya dengan baik. 

Malam
1. vitamin c serum
2. daily corrective dark spot solution
3. midnite recovery concentrate

Hanya daily reviving dan midnite recovery concentrate saja yang berubah. dua serum lagi tu sama. serum/concentrate/face oil merujuk kepada benda yang sama ya. walaupun kategori minyak, tapi ia macam serum dan dipakai selepas toner>>essense barulah pakai eye cream>>moisturiser 

Image result for kiehls ultra facial cream

moisturiser

Okay bab moisturiser saya ini tamak sikit :-P tamak yang tidak dirancang actually!! ada cerita sebaliknya...

first hari tu saya beli moisturiser utk wrinkle and pore, tapi teksturnya pekat dan berminyak yer. walaupun ikut SA boleh pakai siang>>malam. so muka ni berminyak jadinya siang hari. dipendekkan cerita, saya pun beli yang satu lagi tu, multi corrective botol purple, teksturnya agak ringan berbanding for wrinkle and pore tu, but masih juga kulit saya nampak berminyak bila pakai. ini pun SA dan kalau baca instruction pun kata boleh pakai siang>>malam. kalau baca reviews pun ramai jer yang pakai siang-malam. akhirnya kesimpulan saya ialah, berbalik kepada kondisi wajah kita sendiri, kena sesuaikan dengan keadaan kulit muka kita pada akhirnya. saya kan kulit kombinasi berminyak. reviews sesuai pakai siang malam tu maybe ramai dari kategori kulit kering dan tinggal dalam cuaca 4 musim yang sejuk dan memanglah mereka perlukan lebih hidrasi dan dua moisturiser ini memang dapat melembapkan kulit yang kering akibat cuaca sejuk. 

akhirnya saya beli jar kecil ultra light cream mereka yang ramai orang suka sangat tuh. lepas pakai moisturiser ini waktu siang barulah nampak kulit saya lebih elok tak bersinar-sinar dek minyak. teksturnya ringan saja, tak berbau dan melembap kulit secara tidak berlebihan. sesuai untuk yang berkulit berminyak macam saya. keputusannya, saya pakai moisturiser ini waktu siang dan malam saya tukar-tukar pakai for wrinkle/pore atau multi corrective cream. malam takpe pakai pelembap yang lebih likat. dan sememangnya krim malam pun kebanyakannya tekstur lebih likat. actually saya ada lagi satu moisturiser from clinique. ahahaha. so ada 3 krim malam!!! ini saya pakai berganti-gantilah. 

Image result for kiehls turmeric mask

masker

Saya now ada beberapa jenis masker. clay maskter, oat masker (exfoliator), hidration masker, overnight masker, brightening masker, antioxidant masker, face sheet masker. ni semua saya pakai selang sehari atau beberapa hari berganti-ganti sebab fungsinya pelbagai. cuma saya tak pakai exfoliator setiap hari kerana tak sesuai. thats why ada banyak jenis, so setiap hari saya pakai masker yang pelbagai ini. hari ni pakai yg brightening, esok pakai untuk pori, lusa exfoliator gitu. masker ni membantu untuk boost kulit kita supaya lebih sihat. saya terbaca rutin artis korea, mereka pakai masker setiap hari ye. saya tak berangan utk menjadi seperti artis korea tu tapi memandangkan usia pun dah meningkat tua ni, jadi kena ambil berat lebih kepada kesihatan kulit keseluruhan. lagipun saya memang penggemar masker sejak dulu, memang selalu jer ada stok face sheet masker saya di pejabat dan di rumah. selalu beli di watson, guardian dan innisfree. 

eye treatment

dulu saya tak tengok pun eye treatment ni. seriously, selalu jer dapat sampel dari clinique dulu, tapi itulah yang saya let go awal-awal. tapi rupanya penting eye treatment ni, sebab kulit bawah mata yang paling halus dan paling awal menampakkan tanda penuaan. sepatutnya awal-awal dah jaga kulit sekitar mata, but, better late then never kan. eye treatmen kiehls ni diperbuat dari minyak avocado, saya pakai siang malam. takdelah mata saya jadi bersinar tapi saya rasa membantu mata panda dan lebam bawah mata yang muncul sejak ada anak nih. ye, kerap bangun malam dan kurang tidur malam kerana menjaga anak kecil telah menyebabkan mata ni mula ada mata panda. itu proses normal seorang ibu saya rasa, takdelah nak marahkan muaz sebab mataku berpanda, tapi beli eye treatment ajerlah.

Image result for kiehls butterstick simply rose

lip treatment

saya pakai kiehl's lip balm jenis stick tu. memang luxurious rasanya penuh kelembapan dan and hint warna jugak. sejak pakai lip balm ni saya tak pakai lipstik dah. sangat melembapkan ye, dah takde isu bibir merekah dah. cuma kena rajin sapu beberapa kali, maklumlah lip balm, bila makan minum dan sebagainya, hilanglah. tapi saya tak melihat ini sebagai isu besar. 

waktu persediaan selepas mandi itu jadi bertambahlah sedikit, siang mahupun malam. tapi honestly, for me this process sangat therapeutic tau. saya sukakan proses-prosesnya. maybe ikut preference orang, ada orang tak suka rasa leceh dan remeh, but for me, inilah me time saya. malam especially, sebelum tidur bila dapat buat rutin penjagaan wajah rasa sedapnya tidur lepas tuh. so, ia membantu saya destress jugak. 

akhir penutup, tiada jalan singkat untuk mendapat kulit yang sihat. dan usia matang tak bererti takde peluang untuk mendapat kulit yang sihat semula. 

Sunday, March 24, 2019

Kiehl's VS Clinique: Yang Mana Pilihan Hati?





Salam 2019,

Lamanyer tak menjenguk blog ini. Kesibukan kerja seharian dan juga menjaga si Muaz menjadikan segala waktu yang ada padat dan sentiasa terisi. Seriously komitmen kerja dan keluarga buat saya tak punya banyak masa untuk menulis secara konsisten untuk blog. Tapi saya tetap ada sentimental value dengan blog ini kerana blog ini adalah terapi saya masa buat PhD dan ada banyak kenangan di dalamnya.

Straight to the point! Saya nak bagi review pasal produk yang baru saja saya gunakan. Ada cerita sebaliknya. Agak panjang, kalau ada banyak masa sila baca sampai habis, kalau rasa saya terlebih bebel, sila skip sahaja :-)

Ceritanya bermula dengan kebelakangan ini saya menyedari kulit muka saya menjadi lebih kering daripada biasa. Selain faktor mungkin kurang minum air, kekeringan pada kulit muka juga disebabkan oleh faktor ketuaan. I admit, now di ambang senja, jadi mengalami dehidrasi adalah tipikal situasi yang sering dialami oleh wanita-wanita termasuk diriku ini. Hehe. Bagi yang mengikuti blog ku ini secara tak sengaja pasti tahu bahawa saya adalah pengguna tegar produk Clinique sejak sekian lama. Rasanya since 2010 saya mula menggunakan produk ini till now so do your math how many years...9 years and counting. 

Namun kondisi kulit muka sepanjang tempoh itu telah berubah lately, moisturizer Clinique rasa dah macam tak cukup untuk mengatasi kekeringan kulit. Walaupun saya pakai pelembap Moisture Surge 72 hour auto replenishing hydrator dan juga Dramatically Different Moisturizing Gel. Sebelum ini saya juga pernah try serum Clinique smart custom repair serum yang boleh menyebabkan menangis masa nak bayar tu, still rasanya tak banyak yang berubah. Three step products Clinique memang regularly pakai dan to be honest, saya jadi customer loyal kerana ini satu-satunya produk yang kulit saya tidak ada reaksi negatif eg breakout. Saya mempunyai kulit muka sensitif, bukan sebarangan produk boleh saya pakai dan kena berhati-hati.  

Satu lagi yang mencetuskan kebimbangan saya lately selain kulit kering ialah banyaknya white head. Saya tidak menyalahkan produk Clinique kerana sebelum ini saya tiada masalah itu. Sebaliknya saya rasa ini disebabkan oleh bedak muka elianto yang saya pakai iaitu 3D cushion tu. Memang superb sebab semua dalam tu, jadi tak perlu pakai foundation/bb cream. Tapi, saya lupa bahawa produk ini non comedogenic. Dulu pakai bedak Clinique tapi sebab dah lama sangat pakai produk sama dan dengar pulak review best pasal bedak elianto tu maka cubalah. Again, kulit muka sensitif macam saya kena carik bedak yang 'non comedogenic' ni. 

so..

Saya pun fikir kenalah carik krim malam utk top up kulit yang kering dan mengalami dehidrasi ini. Ye, saya tak pakai krim malam, saya pakai 2 krim Clinique yg saya cakap tadi. So, didorong oleh rasa ingin mencuba sesuatu yang baru maka saya pun try lah carik di google list krim malam yang bagus. Banyak jugak websites and blog saya jelajah, ramai yang mentioned satu krim ni yang namanya ialah Ultra Facial Cream daripada Kiehls. Krim malam Clinique memang dalam list saya tapi nak jugak carik yang lain berdasarkan reviews pengguna dan pakar kulit. Bila dah banyak kali orang mentioned this facial cream, saya pun curiouslah. Tapi masa tu rasa macam nak order online jer sebab boleh order online. Dipendekkan cerita, satu hari singgah sekejap di IOI mall putrajaya untuk beli krim malam Clinique. 



Masa keluar dari kedai Clinique ternampaklah perkataan Kiehls ni kat depan kedai Clinique, kedai dia lebih besar. Well, memang kedai tu saya perasan lama dah, sebelah bodyshop tapi tak pernah nak singgah sebab rasa like - high end sangat! Tapi tetiba sel otakku berhubung KIEHLS?? Eh ni bukan brand facial cream yang best tu ker?? Barulah saya like ... "oooo..ni ker??" So tanpa berlengah saya pun masuk dalam tu and jumpa SA tanya pasal produk mereka and apa yang saya carik. First produk saya beli ialah Ultra Wrinkle and Pore Reducing Cream sebab my concern ialah nak yg lebih moisturise and kurangkan pori-pori hidung yg banyak whitehead itu. Sebelum balik tu, SA bagi saya banyak sampel utk dicuba. 

My first impression kat kedai tuh..wow weeee!! Banyak betul produk skin care diaorang, ada macam-macam!!! Kira kalau first time masuk situ tanpa single knowledge about their products, memang you lost i tell you. Suddenly semuanya you rasa nak dan perlu. Ha gitu perasaannya. Tambah lagi saya dengar banyak review positif pasal Kiehls ni lagilah macam nak mencuba everything. Balik tu saya tengok betul-betul websites Kiehls dan saya baca testimoni dan reviews pengguna tentang produk ini. i could tell that most people are really satisfied with the products, high end category, pricey but yet worth every penny, gitulah main points yg saya dapat dari reviews. Saya pun sempat terfikir, kenapa tak sedar kewujudan produk ini yer? sedangkan dah wujud since 1851 kalau tak silap dan memang establish and has good reputation. Bila dah godek2 tu, maka dapatlah saya identify apa yang saya perlu dan produk2 Kiehls yang top ten. Tapi malam tu saya cuba sampel yang diberikan. Banyak sample yg saya dapat. Bila pakai malam tu memang rasa lembut dan lembap kulit muka. For the first time, in a long time, saya nampak muka saya lebih anjal dan bercahaya (hehe ayat dahsyat) dan lembap yang ketara. Maka ketika itu saya terfikir, its time to add Kiehls products into my beauty regime. But doesnt mean that i tolak terus produk Clinique. I will mix and match sesuai dengan keadaan, lagipun masih ada lagi produk Clinique yang saya baru beli sebelum tu. 

So apa produk Kiehls yang saya jadikan my beauty regime? Check this out. 


Ha, agak banyak jugaklah kan. Tengok sampel saya dapat tuh, memang banyak dan boleh lah try nanti-nanti, ada serum, cream untuk muka dan mata, masker, bb cream dan sunblock. Boleh bawak travel sekali. 

Related image


#1 Calendula Deep Cleansing Foaming Face Wash (best seller)
Ni antara killer produk Kiehls. Sesuai untuk kulit kering dan berminyak. Sebelum terlupa, memang kulit saya kombinasi, tapi lebih kepada ke arah kering dengan minyak di T zone. Setakat ini saya pakai puas hati, tak rasa mengeringkan, and ada efek terapeutik ketika mencuci muka dengan produk ini sebab baunya yang sedap. Bila cuci muka dengan pencuci ni terus teringat air kotak chrysanthemum.  Actually, ia diperbuat dari bunga Calendula. 


Related image



#2 Calendula Herbal Extract Toner (best seller)

Bertindak sebagai toner. Sama seperti pencuci tadi, bau bunga ni menusuk hidung. Boleh pakai kapas atau tangan sahaja untuk menyapu toner ini ke muka. Kalau nak jimat, baik pakai tangan jer, so toner ini dapat dioptimakan dan tidak dibazirkan oleh kapas muka dengan syarat tangan tu biar bersih. Pengalaman saya, memang terasa segar dan tidak mengeringkan langsung, toner ini tidak mengeringkan kulit muka dan tiada langsung rasa menyengat yg biasanya kita rasakan kalau toner itu mengandungi alkohol. Istimewanya, toner ini boleh nampak kelopak bunga Calendula dalam botol ini yang Kiehls nyatakan 'still inserted by hand'. How cool is that? 

Image result for kiehl's treatment essence



#3 Iris Extract Activating Treatment Essense

Essense penting untuk menyediakan kulit menerima apa jua produk yang kita pakai selepas mencuci muka. Essense ni seringkali dianggap tidak penting dan orang skip. Fungsi utama ialah melembapkan kulit, memberi hidrasi, mengurangkan kedutan dan memperbaiki tekstur kulit wajah. Bila pakai ni mula-mula kita sapu kat muka rasa melekit tapi sekejap sahaja, lepas tu kulit cepat serap essense ini dan tadaaa..rasa lembut okay. Even tapak tangan pun terasa lembut dan lembap. 

Image result for kiehl's vitamin c concentrate


#4 Powerful Strength Line Reducing Concentrate (best seller)

Serum ini kaya dengan vitamin c. Fungsi utamanya ialah untuk mengurangkan garisan dan kedutan pada wajah, menjadikan wajah lebih cerah berseri, memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan pori-pori wajah. Penggunaan berterusan akan menghaluskan kulit wajah. Sesuai untuk semua kulit termasuk kulit sensitif. First sapu serum ini memang akan terasa sensasi hangat. Terasa bahannya meresap ke kulit wajah. Saya pakai serum ini waktu siang selepas menggunakan essense. 


Image result for kiehl's midnight recovery oil

#5 Midnight recovery concentrate (best seller)

Ada 3 bahan utama serum ini iaitu minyak lavender, evening primrose oil dan minyak zaitun. Lavender memberikan kesan aromaterapi dan menenangkan, dicadangkan kita hidu dulu bau minyak ini ditangan sebelum menyapunya ke muka. Membantu untuk rasa relaks. Primrose oil pula memang terkenal untuk mengekalkan hidrasi dan keanjalan kulit. Minyak zaitun pula terkenal dengan fungsinya untuk melembapkan kulit. Malam adalah waktu penting untuk kulit berehat dan pulih, jadi rutin malam adalah agak penting. 


Image result for kiehl's daily reviving oil

#6 Daily Reviving Concentrate (best seller)

Sesuai untuk semua jenis kulit. Bahan utama ialah ginger, sunflower oil, tanamu oil. Fungsi utama ialah memberi kesegaran kepada kulit, membantu kulit untuk lebih segar dan berseri, mempertahankan kulit daripada radikal bebas, antioksida dan non comedogenic. Minyak ini sesuai dipakai waktu siang. Mula-mula nak beli ini sekali tapi dah ada midnight recovery oil untuk malam, last2 saya tukar kepada serum #4. Lucky me, SA bagi saya sample 15ml untuk minyak ini. Saya guna sebelah pagi dan saya sangat sukakan rasanya pada kulit. Terasa lebih segar dan berseri kulit wajah kita. Ni sudah pasti dalam senarai untuk beli tapi habiskan dulu sample yang saya dapat. 

Image result for kiehl's earth deep pore mask


#7 Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque (best seller)

Ini pun favourite ramai dan best seller. Sebenarnya ada beberapa lagi masker Kiehls yang teruja nak cuba tapi saya ambik ni dulu sebab ramai sangat rekomen masker ini dan sesuai dengan objektif saya untuk menghilangkan whitehead and mengecilkan pori-pori muka. Dah pakai sekali, buat lapisan nipis sahaja dan terasa ada sensasi panas dan terasa ia meresap ke dalam kulit muka. Pakai ini 1-2 kali seminggu sahaja. Kiehls mengatakan masker ini membantu menanggalkan minyak berlebihan dan kulit mati yang menyumbat pori wajah. Just what i need. Walaupun lepas mencuci wajah, kulit tidak kering dan terasa lembut mungkin kerana adanya alovera sebagai bahan utama selain tanah liat Amazon ini. 

Image result for kiehl's cucumber face wash


# Cucumber Herbal Conditioning Cleanser

Sebelum mencuba Calendula face wash, saya terlebih dahulu telah mencuba pencuci muka ini. Sukakannya dan kulit rasa segar dan tidak mengeringkan kulit. Ia juga sesuai untuk membersihkan make-up dan boleh digunakan oleh individu berkulit sensitif. Bahan utama ialah ekstrak timun dan glycerin. 


Kesimpulan;

Well, memang saya boleh katakan ada perubahan kulit wajah yang signifikan bila saya guna semua produk di atas. Stepsnya lebih banyak dari Clinique yang saya pakai iaitu 3 steps skin system. Ada essense dan serum. Bila bangun pagi hari kulit lebih sihat, pori lebih kecil dan plump. Kulit nampak happy dan tidak kusam. Actually tak sure mana satu yang paling berkesan, semuanya saya suka dan saya rasa kombinasi kesemua produk ini dan prosesnya yang menyebabkan kulit saya lebih sihat :-)

Invest make up or skin care?? I choose skin care. Honestly banyak jugak saya spent untuk beli semua produk ini tapi saya melihatnya sebagai investment jangka panjang, kena lebih menjaga kulit wajah. Jika kulit muka kita sihat, make up yg simple sahaja dan memadaikan. Wajah yang sihat itu lebih baik dari make up tebal utk melindungi cela. Ini pandangan saya. Jika mampu go for both. 


Fuh!! Panjang kan saya punya review.Hopefully pembaca yg sedang mencari produk wajah sesuai dapat sedikit gambaran tentang produk kiehls yang saya pakai ini. Saya masih memakai produk Clinique mengikut keperluan semasa. Cuma saya nak beri peluang kepada kiehls untuk menunjukkan keberkesanan produk mereka utk mengatasi kulit wajah saya yang kering, ada whitehead dan pori terbuka. And saya juga mungkin berhenti guna produk 3D cushion elianto tu. Inilah culprit yang menyebabkan whitehead di muka saya. 

Happy weekend all. 





Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...