Salam Ramadhan,
First of all selamat berpuasa semua. Tinggal berapa minggu jer lagi sebelum menyambut Syawal, sangat cepat waktu berlalu. Meninggalkan kita. Tahun depan yang tiada sesiapa dapat menjamin bertemu lagi atau tidak.
Tahun ni first time juga beraya bersama dengan Ahmad Muaz. Pengalaman beraya dengan anak sendiri. Muaz takde baju Melayu, memandangkan dia belum pun setahun. Saya pentingkan keselesaan dia berbanding gaya Muaz beraya. Kebanyakan baju raya material tidak sesuai dengan bayi. Muaz ni kuat berpeluh kalau panas. Nak bawak berjalan raya kena pastikan pakaian dia cukup selesa. Jadi saya lebih selesa memakaikan dia dengan pakaian dari kain kapas atau material kain yang ringan. Gaya itu takpelah bagi Muaz besar sikit nanti baru pakai baju Melayu sedondon ayahnya. Adalah dalam 8 helai baju baharu kami beli untuk dia berjalan-jalan raya. Dah lebih dari cukup rasanya.
Cuma nak trim rambut si Muaz ni yang dah jadi semak samun :-) Weekends lepas cuba jugak singgah 2 salon rambut, dua-dua full house! Jadi terpaksalah pergi lain waktu. Nak trim sendiri, nanti horror pulak macam last time. Kesian anak bujang aku rambut. Nanti susah nak ngorat aweks di hari raya. Ahaha.
|
Absolute tudung - makcik jangok sangat :-) |
Done shopping almost 90%. Ni pun tangan still gatal nak surf online webs tuk tengok latest baju raya. OMG. Mengucap panjang, pompuan kan, puasnya sekejap. Dah beli sehari dua jer rasa cukup, pastu mulalah idea shopping datang kembali. Dah 4 pasang baju kurung moden saya beli kali ini. Dah cukuplah kan. Dalam pada tu beli jugak kasual beberapa pasang. Konon sebab lama dah tak membeli. Sejak ada Muaz, lebih banyak shopping baju dia berbanding diri sendiri. Konon, ada excuse lah nak shopping baju raya sakan @ baju kerja.
Mostly, shopping semua online. Mesti orang fikir, eh duduk Bangi, syurga membeli belah! Takkan shopping online kot?? Eh, ye memang Bangi tempat tumpuan shopping sekarang ye. Dan itulah salah satu faktor kenapa shopping mode saya bertukar jadi online. Sebab, weekends jem tau Bangi ni, orang luar datang shopping kat sini. Baiknya, dah tak pening perlu pergi jauh untuk shopping baju. Buruknya, hujung minggu Bangi jem apa cerita?? Aha, tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan ini memang Bangi jem time nak raya. Lagi-lagi dah ada butik Jakel sini. Sebab lain ialah sebab shopping raya dengan baby agak menyulitkan. Nak menyorong stroller, baby nak tidur dan bersesak dengan orang ramai lagi, adalah pengalaman yang mungkin tak selesa untuk baby. Kesian kita tengah shopping baby nak nyusu, nak tidur dan berak. Kesian baby kepanasan dan tak selesa. Jadi online shopping jelah. Kasut pun online okey.
Untuk tudung, saya selalu shopping di butik Qaira Hijab dan Absolute. Dua butik ini saya suka sebab tudungnya banyak yang double loops dan selesa dipakai. Absolute kali ini ada jual tudung yang sweet sangat sesuai untuk beraya. Harga pun berpatutan, takdelah ratus-ratus. Paling mahal dalam RM60 jer. So affordable lagilah. So pada yang masih shopping barang raya, good luck, jangan lupa ya tarikh akhir order online ialah 7hb kalau nak barang sempat sampai sebelum raya. Kalau tidak, pakai lepas rayalah gamaknya. Ahaks. Jangan kata akak tak payung.