Tuesday, November 6, 2018

The Gray Divorce - Bercerai di usia tua @ emas



Salam..

I am burning the midnite oil..huhu..this is the only time i can peacefully read, write and do my things. Also 'me time?' Muaz sudah kedengkuran. Sejak dah jumpa kaki dan alert surrounding, memang agak kepenatan hendak layan. Dulu susah nak faham kenapa kawan-kawan yang demam or penat still nak datang kerja. Rupanya bila ke pejabat, sekurang-kurangnya ada yang tengokkan anak-anak kecil kita, and itulah masa untuk dapat berehat tanpa gangguan. Boleh tidur dan rehat di pejabat. Muahaha!! I salute ibu-ibu sepenuh masa!! And many thanks untuk pengasuh dan taska. Without them, amatlah susah untuk ibu-ibu bekerja mengurus masa dan komitmen kerja. 

Okay, 

Tengah write up my book's chapter. Bagi I merapu sekejap, just to share something worth sharing. Now dah takde masa nak tulis panjang lebar, I guess nowadays people spend like max 5 min to read something. Especially on social media. Always on the go and people rushing for something. Now kat tv pun dah ada ustaz 2 minit. Kau rasa?? I am not talking about ustaz segera :-)

Baru-baru ni terbaca satu artikel tentang trend perceraian dalam kalangan warga tua. Semakin banyak kes yang dilaporkan bukan sahaja di barat tetapi juga di Malaysia. Tanya pejabat agama kalau tak percaya. Percentage comparably still lower than young couples but its increasing. Kenapa?

Masalah perkahwinan tidak berlaku sehari dua. Perceraian adalah indikator bahawa wujud masalah dalam perkahwinan yang tidak diselesaikan dengan baik, atau terlewat untuk diselesaikan. Ia mungkin telah berlaku lama, dan ibarat api dalam sekam, akhirnya membakar sebuah perkahwinan. Tapi kenapa dah tua baru bercerai??

Ada banyak sebab. Reasons yang paling kerap ialah kerana sayangkan anak-anak. Anak-anak masih memerlukan ibu bapa bersama, masih perlukan perhatian. Jadi suami-isteri ini berkorban rasa bahagia demi survival anak-anak. Bila dah besar, alasan itu sendirinya hilang. Jadi, ruang terbentang luas. Anak-anak sudah berjaya, membina kehidupan sendiri dan boleh dijadikan tempat bergantung. Akhirnya, hasrat bercerai direalisasikan. Tapi ketahuilah bahawa berpisah di usia tua adalah satu perubahan signifikan yang besar impaknya. Bukan mudah to start over. Untuk adjust balik kehidupan yang telah menjadi darah daging sejak sekian lama. Dalam keadaan fizikal sudah tidak sekuat mana, dalam keadaan sudah tidak bekerja dan sebagainya. Bagi anak-anak pula, tak kisah ibu bapa bercerai masa kecil atau kita sudah besar, impaknya tetap serius bagi anak-anak. 

What can I say? Salute pasangan yang boleh menunggu dan bersabar hingga ke saat itu..

Tapi kita yakinkah yang stay together in unhappy marriage is better than a divorce? Quoting John Gottmann - "a peaceful divorce is better than a hostile marriage"

Kalau diam-diam tak happy itu lain cerita. Itu konflik dalaman pasangan. Tapi pasangan yang asyik bergaduh dalam satu perkahwinan yang tidak bahagia untuk tempoh lama juga bukan sesuatu yang sihat. Bayangkan anak-anak hendak menghadap ibu bapa yang asyik bertekak dan berkonflik. Rumahtangga pun hilang seri dan tidak aman. Balik rumah rasa gelora dan tidak tenang. Dulu pernah ada klien mengatakan - lebih baik ibu bapanya bercerai daripada bersama. Kerana apa? kerana anak sudah tidak larat menanggung emosi negatif menyaksikan perkahwinan yang tidak bahagia tapi tetap bersama for the sake of children. 

Rumahtangga tak bahagia bukan saja makan jiwa kita, tapi juga kesihatan fizikal kita. Itulah yg menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan tekanan seperti darah tinggi, sakit jantung, dan termasuk penyalahgunaan dadah, arak dan sebagainya. 

moral of the story - bukanlah saya membawa doktrin bahawa tak happy, cerai saja. Untuk memutuskan bercerai atau kekal dalam perkahwinan bermasalah adalah satu dilema yang rumit. Sangat rumit. Namun pada masa yang sama, saya kira perlu dipertimbangkan buruk baik untuk kekal atau pisah. Adakah lebih banyak baik dari buruknya? Dan sabar itu tidak pernah merugikan. Mungkin ada sinar satu hari nanti? Who knows? Jika pun bercerai, usahakanlah bercerai secara aman. Seringkali, pergaduhan selepas berpisah itu satu pengalaman traumatik untuk anak-anak kerana mereka menjadi objek perebutan. Mereka tidak boleh secara terbuka menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa kerana akan melukakan hati ibu/bapa yang seorang lagi. Jika berpisah secara damai, rasanya anak-anak akan lebih sejahtera. 

dalam zaman sekarang apa-apa boleh jadi...dan masa depan bukan kita yang dapat melihatnya. kita hanya dapat mengagak tapi jauh sekali dapat meneka kesudahannya dengan tepat. hanya Allah yg tahu. 

jadi sementara masih ada ruang - hargailah perkahwinan anda yang bahagia itu. ucapkan banyak2 syukur kerana kita pun tak tahu entah esok atau lusa Allah ambil balik pinjaman itu dalam pelbagai cara. 


Tuesday, October 2, 2018

Tiga Asas Keluarga Sejahtera



Salam Selasa,

Bersawang blog ini,

Namun sesekali menjengah juga, sekadar berkongsi satu dua perkara

Melepas gian menulis 'apa-apa saja'

Bukan semata-mata - research articles


Semalam berlangsung konvensyen kaunseling kebangsaan di KPWK Putrajaya. Had a blast day!! Jumpa ramai ex students UKM. Kebanyakan sudah bekerja dan berkarier. Seronok kerana melihat pelajar didik menjadi dan berjaya.

Banyak benda menarik untuk difikirkan oleh saya selepas menghadiri konvensyen itu. Khususnya hala tuju program di pusat kami dan juga next books apa nak tulis!! Muahaha.

Okay.

Semalam Prof Emeritus Dr Amir Awang berkongsi 3 perkara asas keluarga sejahtera berdasarkan pengalaman beliau lebih 40 tahun dalam bidang kaunseling dan telah mengendalikan banyak kes kaunseling keluarga dan juga menyelia pelajar-pelajar kaunseling praktikum. Ilmu itu saya kira wajar untuk dikongsi bersama untuk manfaat kita. Sure enough ada banyak perkara lain yang sama penting, tapi apa kata kita hadam dulu 3 asas ini. Minda manusia ni kalau bagi 10 petua belum tentu ingat kesemuanya. Baiklah kita share ilmu yang ringkas tapi ingat. Paling penting, amalkan.

1. Solat!!
Kebanyakan pasangan dan rumahtangga bermasalah - ada masalah solat dalam keluarganya. Solat tidak dipentingkan, solat diabaikan, terutamanya oleh kepala keluarga. Bak kata Prof Amir Awang, jika kepala keretapi jalan tak betul, apa ingat gerabak belakangnya akan berjalan lurus?? Sukar sekali. Jadi, utamakan solat dalam keluarga. Orang yang membetulkan solatnya sedang membetulkan keseluruhan hidupnya. Usahakan berjemaah setiap hari sekurang-kurangnya sekali. Perkara ini sedang ku hadam sebaiknya. Penat macam mana pun, solat itu utama. Moga Allah beri hati kita kekuatan untuk menyempurnakan rukuk solat yang sempurna zahir dan batin.

2. Makan bersama
Jadikanlah amalan makan bersama itu kemestian. Families who eat together stay together. Jadikan waktu makan adalah waktu bertanya khabar dan berkongsi pengalaman seharian. Namun, elakkanlah bermain dengan hp sewaktu makan. Keluarga zaman sekarang sangatlah busy. Jadi jadikan masa makan itu masa berkumpul bersama.

3. Hubungan baik dengan sekolah/guru
Ibu bapa zaman kini sangat protective kepada anak sehingga ke tahap melampau dan memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang. Anak-anak tidak boleh ditegur walaupun berbuat salah. Kita merasakan anak sentiasa betul dan defensif bila orang cuma menegur kesalahan anak kita. Jalinkan hubungan baik dengan guru di sekolah agar anak kita terjaga di rumah dan di luar. Bayangkan jika kita terlalu protective dan defensive terhadap anak kita, orang tak boleh menegur kesalahan anak kita, dia akan membesar menjadi orang yang besar kepala, hilang hormat kepada orang lain lagi-lagi orang yg memberinya ilmu. Selain itu, jika guru pun dah surrender tak nak tegur, apakah kita sebagai ibu bapa dapat mengawasi anak kita 24 jam? Usahakan datang mesyuarat PIBG. Kaum ibu lebih gigih datang mesyuarat PIBG berbanding si ayah. Wahai si ayah, kenapakah jadi begitu? Ayah di sini sila jawab :-)

So ingat 3 perkara ringkas tapi penting ini dan jom kita amalkan. Berdikit-dikit ke arah kebaikan, moga akhirnya kita menghampiri kepada keluarga sakinah mawaddah warrahmah.

Wednesday, August 8, 2018

Tentang Mati

Salam Rabu,

Bersawang sudah blog ini. Kesibukan atau saje menyibuk.

Ya, hari ini tentang mati..

Lately banyak kes kematian berlaku, buat saya terfikir sendiri tentang ajal sendiri.

Husband pun banyak kali cakap tentang mati. FYI, abang husband meninggal di bulan Ramadhan. I think when someone dearly or close to us died, it makes us think about our own death. About our life, how we lead our life, whether we are satisfied with it and so on.

Lagi-lagi me yang akan menganjak ke siri 4 tak lama lagi, makes me think about death to a new level, i mean seriously thinking about what to do with saki baki hidup. My own observation, purata kita hidup ialah 60+, if you can reach 70+ consider yourselves lucky. So, plus minus if you are in your 40s, you have about 20 more years to live. I would say that 20 more years are not much time left.


terapi diri - melukis


Reorganize life --

People's life begin at 40.

I think this is the age where you reorganize your life again, to prioritize. Sebab dah terasa masa bersisa itu tidak lama, jadi benda benda remeh bukan lagi satu keutamaan. Fikiran memfokus kepada apa yang penting sahaja, misalnya keluarga, membesarkan anak dan enjoy simple things in life. Of course akhirat.

For me:

  • untuk mempunyai sumbangan bermakna dalam dunia akademik. kena tulis lebih banyak buku/jurnal/dedikasi untuk mengajar
  • membesarkan zuriat sebaik mungkin - menjadikan Muaz manusia yg berjaya dunia akhirat. mengasihi dan menyayangi dia sebaik mungkin, cuba menjadikan momen pembesaran Muaz positif dan menjadi memori yg indah untuk dia ingati saya nanti. 
  • enjoy simple things in life - be it with good friends, good foods, vacations, gatherings etc. 
  • spending money on things - point ini ada somebody once told me, buat apa simpan banyak2 konon boleh guna dah tua, tapi rupanya tak sampai tua dah mati/sakit. Jadi duit tersimpan tu tak bermakna dah. jadi rewards urself dengan benda yang you suka and enjoy. hidup ini tak lama. jangan simpan banyak2 dan kedekut utk belanja diri dan keluarga. takut tak sempat.
  • akhirat -- OF COURSE. apa lagi kesudahan bila mati melainkan ke sana jua? Setiap hari adalah perjuangan untuk menjadi baik. 
budak cerdik dan menghiburkan

Hidup ini tidak lama. Anda silap jika memikirkan 50-70 tahun kehidupan adalah lama. Tidak. Anda juga silap jika memikirkan masih punya masa. It is now or never. Kalau tidak berpuas hati dengan kehidupan sekarang, atau menjalani hidup yang buruk, inilah masa untuk berubah. Bukan esok atau lusa, kerana tiada siapa dapat menjamin esok masih bersama kita atau pun tidak. 

Lagi-lagi yang diambang senja ni, bukan saja soal masa semakin suntuk tapi kesihatan juga menurun. Kita tak menua semakin sihat, tapi semakin sakit. Jadi jika memikirkan tahun depan atau masa depan nanti untuk melakukan sesuatu, by that time, mungkin dah sakit kronik dan tak mampu nak melakukannya.

having tea with bff 


cerita terpendek:

sebelum tertidur, ia bermonolog...
"esok ku kan bertaubat."
esok pun tiba..
mentari terbangun...
namun tidak dengannya...

***

Sunday, June 24, 2018

Bila musim exam dan raya bertembung

Raya tahun 2018 kali ini agak challenging sebab bertembung dengan peperiksaan akhir semester. Bayangkan masih struggle sehingga minggu akhir untuk marking exam papers, baca thesis, assignments. Itu belum lagi dengan menguruskan permohonan pelajar baharu. Semuanya perlu usai sejurus selepas cuti raya. Berdoa dengan tuhan supaya dikurniakan kesihatan dan paling penting Muaz sihat lepas balik beraya. Tengok fb ramai budak kecik mula demam selepas raya. Cannot imagine the chaos if anything unexpected happens. Fingers crossed!!!

#Anda ada masa untuk sakit kepala? Ha! Benar sangat iklan panadol ni. Bunyi lucu tapi dalam sesetengah situasi, memang rasa tak mampu nak sakit dek kerana demand kerja yg begitu mendesak hingga rasa nk sakit pun kalau boleh jangan ada. 

Kadang-kadang termenung panjang jugak, adakah ketidakkeruan dan kelam kabut kejar datelines ini disebabkan oleh kemahiran pengurusan masa yg ke laut?? 

Tak juga..

Honestly, memang ada kalanya cuai jgk, tapi workloads yg byk pun menjadi penyebab. No excuse here, try everyday, struggling to cope, to manage, to solve, to complete whatever tasks ahead of me. But sometimes, these never ending work take its toll on me. Exhausted. Dengan baby kecik lagi. OMG. Try my best to be everything in one time. 


Tuesday, June 5, 2018

Raya 2018 - shopping di mana?

Salam Ramadhan,

First of all selamat berpuasa semua. Tinggal berapa minggu jer lagi sebelum menyambut Syawal, sangat cepat waktu berlalu. Meninggalkan kita. Tahun depan yang tiada sesiapa dapat menjamin bertemu lagi atau tidak.

Tahun ni first time juga beraya bersama dengan Ahmad Muaz. Pengalaman beraya dengan anak sendiri. Muaz takde baju Melayu, memandangkan dia belum pun setahun. Saya pentingkan keselesaan dia berbanding gaya Muaz beraya. Kebanyakan baju raya material tidak sesuai dengan bayi. Muaz ni kuat berpeluh kalau panas. Nak bawak berjalan raya kena pastikan pakaian dia cukup selesa. Jadi saya lebih selesa memakaikan dia dengan pakaian dari kain kapas atau material kain yang ringan. Gaya itu takpelah bagi Muaz besar sikit nanti baru pakai baju Melayu sedondon ayahnya. Adalah dalam 8 helai baju baharu kami beli untuk dia berjalan-jalan raya. Dah lebih dari cukup rasanya. 

Cuma nak trim rambut si Muaz ni yang dah jadi semak samun :-) Weekends lepas cuba jugak singgah 2 salon rambut, dua-dua full house! Jadi terpaksalah pergi lain waktu. Nak trim sendiri, nanti horror pulak macam last time. Kesian anak bujang aku rambut. Nanti susah nak ngorat aweks di hari raya. Ahaha.
Absolute tudung - makcik jangok sangat :-)

Done shopping almost 90%. Ni pun tangan still gatal nak surf online webs tuk tengok latest baju raya. OMG. Mengucap panjang, pompuan kan, puasnya sekejap. Dah beli sehari dua jer rasa cukup, pastu mulalah idea shopping datang kembali. Dah 4 pasang baju kurung moden saya beli kali ini. Dah cukuplah kan. Dalam pada tu beli jugak kasual beberapa pasang. Konon sebab lama dah tak membeli. Sejak ada Muaz, lebih banyak shopping baju dia berbanding diri sendiri. Konon, ada excuse lah nak shopping baju raya sakan @ baju kerja. 

Mostly, shopping semua online. Mesti orang fikir, eh duduk Bangi, syurga membeli belah! Takkan shopping online kot?? Eh, ye memang Bangi tempat tumpuan shopping sekarang ye. Dan itulah salah satu faktor kenapa shopping mode saya bertukar jadi online. Sebab, weekends jem tau Bangi ni, orang luar datang shopping kat sini. Baiknya, dah tak pening perlu pergi jauh untuk shopping baju. Buruknya, hujung minggu Bangi jem apa cerita?? Aha, tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan ini memang Bangi jem time nak raya. Lagi-lagi dah ada butik Jakel sini. Sebab lain ialah sebab shopping raya dengan baby agak menyulitkan. Nak menyorong stroller, baby nak tidur dan bersesak dengan orang ramai lagi, adalah pengalaman yang mungkin tak selesa untuk baby. Kesian kita tengah shopping baby nak nyusu, nak tidur dan berak. Kesian baby kepanasan dan tak selesa. Jadi online shopping jelah. Kasut pun online okey.

Untuk tudung, saya selalu shopping di butik Qaira Hijab dan Absolute. Dua butik ini saya suka sebab tudungnya banyak yang double loops dan selesa dipakai. Absolute kali ini ada jual tudung yang sweet sangat sesuai untuk beraya. Harga pun berpatutan, takdelah ratus-ratus. Paling mahal dalam RM60 jer. So affordable lagilah. So pada yang masih shopping barang raya, good luck, jangan lupa ya tarikh akhir order online ialah 7hb kalau nak barang sempat sampai sebelum raya. Kalau tidak, pakai lepas rayalah gamaknya. Ahaks. Jangan kata akak tak payung. 




Tuesday, May 22, 2018

Online Mama - Clinique online review


Salam sahur,

Just a quick review, planned to do this review since last week. I keep postpone my write up. Working and with baby, and husband who frequently travel to work, online is a good alternative for shopping things. I always do the on line shopping nowadays. Maybe I need to wait till Muaz gets older than I can continue my window shopping as usual. Till then, just enjoy the moment, adapt with the situation and be happy. Transition!!

Lazada - i have tried it, twice, i did not received my orders. So i discontinued using this websites for a while. 

Shopee - i think this website i doing their job better than Lazada. I have tried this web  several times now to order Muaz things, so far I am satisfied. I had received all my orders within time frame. 

Last few weeks, I run out my Clinique product. Time tu husband out station (election time) and nak menapak ke IOI mall putrajaya memang susah sebab nak carik parking, stroller and all. So I tried jer order clinique online via Malaysia clinique official website. At first I thought, what a waste, sebab kalau beli direct selalu dapat sample kan. Now beli online, mesti tak dapat. Huhu. Tapi sebab my toner memang dah kehabisan, terpaksa jugaklah order online. 

Products I order online - toner and travel kit. I think  I spent less than RM200 in total. Eh rupanya, at the end of order process tu, still ada samples for free!! Boleh choose nak apa. Mungkin limit cikit compared to pergi sendiri ke kiosk Clinique, but it is still okay than nothing kan. 

ini rupa box yg sampai, barang kecik jer tapi kotak besar


i am impressed with the way they did the packaging 



one box for toner and the other one - travel kit
travel kit - i got extras for a lipstick and mascara 

my toner and 2 samples - eyes serum vit c and clinique compact  powder if i am not mistaken
these are all products I got
Apa yang dapat disimpulkan ialah, order clinique secara online melalui official website adalah lebih credible dan puas hati. Dapat sampel dan juga packaging bagus. Siap boleh bungkus cantik2 sebagai gift. 


Interframe -- dapat 2 barang souvenir dari dua program berbeza tapi dua-dua bagi produk body shop. Nasib dapat berlainan. Ada body shower gels and body butter. I am content!!




Mungkin kali terakhir dapat kot, maklum sekarang ni kan penjawat awam hanya boleh terima bunga dan makanan sebagai cenderamata.

Thursday, May 3, 2018

Agrotek Garden Resort

Agrotek  Garden Resort -- If you guys looking for a place to chill in the hot weather, yg near to KL or Klang Valley, apart of Janda Baik dll, this place is worth going. Especially yg bawa famili or ada aktiviti team building or else. Tempatnya menarik, sejuk dan masakannya pun sedap. Okay tak nak membebel banyak-banyak. I nak belanja gambar sahaja. Enjoy!!

note: gambar tidak disusun secara kronologi. mode nak cepat nak buat kerja lain.

aktiviti kolaj sebelum sesi kelompok


peserta kami yg paling junior - Muaz!! hehe




entrance agrotek garden resort

refreshing view

port mandi yg best especially yang bawak budak kecik

one of the chalet di sini. lake view agaknya. banyak ikan dalam nie, besar-besar. pekerja sini cakap ikan kat sini akan ditangkap setiap setahun sekali utk dimakan. macam-macam ada, talapia, kelah, koi dll

oops!


kehijauan di merata-rata tempat. sejuk mata memandang



Wednesday, May 2, 2018

Bila Muaz demam tumbuh gigi - petua jaga anak demam


Muaz ku sayang

Sakit adalah perkataan yang seram bagi kebanyakan ibu bapa beranak kecil. Memang tidak dinafikan babies kerap sakit kerana imun sistem yang masih rendah dan tidak stabil. Demam malah adalah perkara biasa bagi anak-anak kecil. Tapi ibu bapa kebanyakannya tetap ada kerisauan takut demam yang dianggap biasa itu sebenarnya lebih sekadar demam biasa.

Muaz dah masuk 4 hari demam. Hari ini nampak lebih baik  semalam. Sejak Sabtu suhu badan Muaz tak stabil, makan ubat jer yang okay, kalau tak makan ubat, akan naik 38c dan ke atas. Dengan tak mahu makan, minum dan menyusu. Jem sekejap  mama. Kalau dah panas tinggi sure merengek. Menambah perasa demam Muaz ialah dia tengah tumbuh gigi.  Berganda jadinya. Akibatnya, hari ini terpaksa mohon cuti untuk jaga Muaz. Walhal kalau ikut jadual, sangatlah busy, memandangkan minggu depan tiada kuliah kerana memberi laluan hari mengundi. 

Bila anak sakit, sure mama pun ikut sekali tak lena tidur dan makan pun tak menentu. Mana yang sempat ajer. Now, dah start bersin, agaknya tak cukup rehat dan makan pun tak menentu, penat mungkin. 

Petua saya mungkin dah selalu baca, tapi ini yang saya lakukan untuk mengawal demam panas Muaz.

1. Mandi -- Doc pesan mandi macam biasa. Ini berlawanan dengan petua yg biasa kita dengar dari mak bapak kita iaitu jangan mandi nanti panas terkurung. Tapi melalui pembacaan, mandi ketika demam ada manfaat iaitu membenarkan panas keluar. Terbalikkan? So, saya tetap mandikan Muaz sekurang-kurangnya sekali sehari, sebelah pagi dengan air suam suku. Ini untuk meredakan panas badan sekaligus memberi rasa selesa kepada Muaz. Dia cukup suka mandi. Bila mandi, hingusnya pun keluar banyak. Ini pun saya baca bahawa mandi sebenarnya okay ketika selsema kerana membantu mengeluarkan hingus dengan lebih baik. Kalau tak mandikan, saya make sure Muaz dilap badannnya dengan air suam. 

2. Jaram -- betul ker saya panggil nih? Saya jaram kepala Muaz dengan daun bunga raya dengan yang diramas sehingga mengeluarkan lendir seperti lidah buaya. Jaram dalam 30 minit kemudian bilas. Selain membantu mengurangkan kepanasan badan, ia juga baik untuk rambut. Saya perasan rambut Muaz bertambah lembut dan beralun. Ahaks!

3. Tepid sponging -- bahasa orang kita ialah jaram badan dengan tuala basah terutama di tempat-tempat seperti dahi, ketiak, pelipat tangan dan kaki. Ni saya buat bila terasa panas badan Muaz meningkat mendadak. Selalu saya biarkan saja towel basah di dahi Muaz dan di badannya selepas melakukan tepid sponging nih. Kena buat kerap. Risau baby kena demam tarik. 

4. Sub paracetamol -- saya panggil ubat bontot. This is the must saya kira terutama saat kecemasan. Ia berkesan menurunkan panas dengan cepat. Hari tu doc bagi banyak kerana demam Muaz tinggi. Dua hari pakai ini sahaja. Now selang seli dengan ubat makan paracetamol. Kalau panas tinggi semacam, saya pakai ubat bontot ajer. Mula-mula seriau pandai ke tidak nak letak ubat ni kat bontot Muaz. Tapi kan, ibu ni lain. Demi anaknya, yang tak pandai akan sanggup dipandaikan. hihi. Now dah pro jugaklah. Ayah Muaz tak boleh challenge. Untuk memudahkan proses memasukkan ubat ini, kena guna pelincir yg sesuai. Kebetulan di rumah ada lidah buaya yg saya beli dari farmasi, so pakai ajer itu. 100% alovera, sejuk lagi. Alhamdulillah Muaz okay tak nangis atau meronta2. Tapi 3 kali jugak ubat terbuang sebab lepas masukkan ubat Muaz berakkan balik ubat tu tak sampai sejam. 

5. Air putih -- panas badan ni boleh sebabkan dehidrat. Muaz menolak solid food dan susu pun bila dipaksa. Dengan tak mahu makan dan minum risau dia lagi sakit. Tapi nasib baik dia tak menolak air putih. So kena kerap bagi air putih supaya tidak dehidrat dan melegakan tekak kering akibat batuk. 

6. Baju yg selesa -- Muaz banyak baju berkerawang/berlubang. So memang tak pakai baju tebal. Kalau badannya panas, pakaikan seluar atau baju sahaja dan biarkan dia pakai diaper. 

7. Udara segar -- kalau nak carik segar tahap sawah padi or padang hijau memang lambatlah cerita. Segar ni maksud saya bilik tak berbahang, pengudaraan cukup baik dan suhu selesa. So, bila demam ni berkampung kami anak beranak kat living room. Bawah ni rasa lebih baik pengudaraannya mungkin kerana ruang yg lebih terbuka. Bilik tidur memang ada aircon tapi time demam pakai aircon tak sesuai. 

8. Cukup dos kasih sayang -- muahaha. Pernah bawak Muaz jumpa satu doc ni dulu yg nasihatnya buat saya agak terpinga-pinga. Muaz time tu dengan hidung sumbat dan dada berbunyi kerana kahak yg banyak. Kira nak mintak neb lah kan. Akhirnya kami tiga beranak balik tangan kosong tanpa apa-apa preskripsi ubat. Doc tu cuma cakap biasalah budak demam, awak bagi perhatian lebih jer, bagi kasih sayang banyak2. Aha iyelah doc. Bawak jumpa ni pun sebab kasih sayanglah. Tak sanggup dengar dia merengek tak lena tidur kerana hidung tersumbat dan kahak banyak sampai termuntah2. Kalau dah tahap macam ni, kasih sayang peluk cium tak mencukupi. Kena jugak bantuan ubatan. BTW, time nilah kena beri perhatian lebih, manjakan, peluk cium dan kendong anak agar dia rasa selesa.

Itu saja kot yg saya mostly buat untuk demam Muaz. Bab sapu minyak angin pula memanglah acara wajib. Macam-macam pernah try, tapi saya rasa Muaz serasi ubat minyak angin cap yuyi. 

Tuesday, April 24, 2018

Blog bersawang di tahun 2018

Salam 2018 uoll,

Bersawang dah blog saya ini. Huk-huk-huk. Ni nak panggil mak cik cleaner tolong bersihkan semua sesawang alam maya nih :-)

Seriously, motivasi menulis saja-saja out terus kerana kengkangan dengan pelbagai perkara. I know, ya da ya da, alasan semua tuh, tapi memang busy dan tak menang tangan dan waktu. Di pejabat urusan lain, di rumah pulak urusan lain. Jadinya caca marba juga diriku ini. Muaz dah 8 bulan, masih transition period for me as well. Masih cuba mengimbangi waktu dan kesibukan ibu bekerja untuk fokus kepada anak, keluarga dan demand kerja. Most of the time aku BERJAYA  mengimbangi peranan dan tanggungjawab besar ini dengan TIDUR bersama Muaz bila balik kerja. Haha. Malam-malam baru dapat mandi dan makan. Mata yang selama ini ayu, bersinar dah jadi mata panda. Tapi, yup, being a mom. Terimalah seadanya momen ini. Bukan selamanya. Muaz akan besar nanti. 

Tahun ini dimulai dengan beberapa perkara besar dalam keluarga - kematian atuk dan perceraian ahli keluarga terdekat. Dua-duanya menyedihkan tapi saya yakin Allah sebaik-baik perancang. Kita merancang Allah jugak merancang, pastinya perancangan Allah yang terbaik. Jalani hidup ini dengan kekuatan dan kesabaran. Tidak tergopoh-gopoh mencapai sesuatu. Dan selalulah melihat hikmah sebalik semua ini. 

Kematian - padanya ada teladan. bahawa kita bukan muda lagi dalam kehidupan. usia kita semakin hari semakin menambah, bererti due date kita pada kematian pun semakin mendekat. tua juga semakin menjengah dan ketara. sakit badan sana sini, dulu takde sakit lutut now sakit lutut, dulu kawan-kawan sihat, now sorang demi sorang mula mendapat penyakit. ia satu muhasabah bahawa masa kita tidak lama. jadi kita lebih menghargai waktu dan peluang. pedulikan yang remeh temeh, tiada masa mencipta sengketa, tiada ruang untuk membawang, tapi fokus kepada apa lagi lebihan hidup yang kita hendak manfaatkan sementara masih ada sisa kehidupan. pada yg suka mencari pasal, teruskan, bukan saya yang hilang ketenangan, tapi anda. hidup kita tetap terus seadanya.

penceraian - bukan mudah. ia mencukai hati dan emosi, jika tidak kita, anak-anak. perempuan mudah benar berkata pisah, bila dah dicerai baru tahu implikasinya. tapi ada juga yang mana penceraian itu terbaik jalan, bilamana hidup tergantung tanpa tali, dibiar tanpa kata putus. tanggungjawab ke laut, anak terabai, menghilang entah kemana. dalam hal seperti ini, baiklah berpisah. Allah tahu terbaik. penceraian juga bererti kelahiran semula, move on, visi baru, dan dunia baru. dalam kesedihan, ada pengharapan. again, bersangka baik, setelah segala dilakukan utk menyelamat rumahtangga, mungkin Allah mahu memberi peluang kedua.

moga sisa 2018 ini seterusnya ada harapan dan sinar. teruskan kaki melangkah.

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...