Monday, November 27, 2017

Ibu Bekerja dan Shopping Online

Borong satu kotak terus!! 4 packs x 58pc only RM79.90. Murahlah kan. Kalau tak RM100+ jugak
Bila dah ada baby, kaki dah semakin pendek. Dont take literally, maksudnya dah tak sama macam single and belum ada anak. Now, sangat terasa jugalah perubahan tu. Dulu, nak ke mana-mana boleh shoot anytime. Now dah beli barang dapur pun terpaksa tunggu husband. Dulu pergi sama-sama now kena husband pergi seorang. Kesian husband shopping barang sorang-sorang, banyak pulak tuh. Tapi rasanya sementara sahaja. Tunggu baby dah besar sikit, baru boleh on semula shopping bersama-sama. Now belum pun 6 bulan, masih kecik dan saya masih berhati-hati untuk mendedahkan Muaz dengan persekitaran luar dan tempat-tempat awam kerana sistem imun masih rendah dan masih ada banyak round suntikan yang perlu diambil untuk vaksinnya.

Angkut sikit-sikit bawak balik rumah. Now ofis dah jadi store barang baby. Huk huk!

Sebagai alternatifnya, now saya dah mula banyak shopping online. Dulu ada jugak, tapi tak sehebat sekarang. Hehe. Saya biasanya shopping di Lazada, Shoppe, Excessbook & 11street. Ada jugak website lain tapi tak cuba lagi. Saya shopping disini mostly untuk barang baby terutamanya diapers, baby wipes, toys, & books. Jadi jimat dah masa dan wang untuk pergi ke butik baby. Lagipun, barang beli online dapat penjimatan hebat. Contohnya diapers baby boleh beli banyak sekali satu kotak dapat sehingga 30% off. Tu belum lagi kalau ada baby fair macam yang tengah on di Lazada sekarang. So, tak perlu berpanas, buang minyak petrol yang semakin mahal. Click online, shopping, pilih barang, buat payment and tunggu barang sampai kat pejabat. Mudah kan?? 

baby wipes fiffy. saya suka baby wipes fiffy. beli banyak dapat murah. zaman sekarang kena bijak membeli :-)


Sekarang ni kena redha dululah terpaksa bershopping online. Tapi banyak jugak kebaikannya. Cuma kena pilih website yang kita percaya dan bacalah review produk dulu sebelum memutuskan untuk membeli. Pentingnya reviews untuk melihat servis dan kualiti produk yang kita nak beli. So far, setakat barang keperluan baby memang puas hati. Cuma susu untuk baby saya nampak macam tak jauh beza, susah nak diskaun banyak, yelah susu baby kira barang mahal. Jadi beli di supermarket biasa masih tidak merugikan. 

2-3 bulan jugaklah nak menghabiskannya. 

lemon + ginger + madu kelulut. bekal minuman herba ke pejabat pagi ni. slurp!!


Tak sabar tunggu baby besar nak ajak dia shopping :-)


Rutin Mama & Muaz Hari Bekerja





Related image

Salam semua,

Hari ini dah masuk minggu ke-2 Ahmad Muaz ada di taska. Rutin saya bertambah busy pada waktu pagi. Seawal 5 lebih pagi dah kena settle mandi, solat terus dan bersiap dengan baju kerja, make up dulu (ala kadar) dan tudung paling last pakai kat bawah nanti. Lepas tu settlekan baby Muaz. Ini agak mencabar kerana setiap hari berbeza. Ada hari Muaz senang disiapkan, ada hari agak mencabar tengok keadaan dan waktu. Misalnya, kalau dia dah bangun awal, nanti jam 7 pagi time nak mandikan dia dah nak tidur balik, so mencabar nak siapkan dia sebab dia akan mengamuk kita bukak baju, tukar lampin dan sebagainya. Kalau dia bangun agak lewat, then jam 7 pagi waktu siapkan dia, tak banyak karenah. Telinga kena tahan bila dia menangis sedang kita terkocoh-kocoh siapkan diri sendiri and baby.

Kenapa mandikan sendiri sedangkan Muaz boleh mandi di taska? Ye, tempoh hari sewaktu awal-awal menghantar Muaz ke taska, memang owner taska kata, baby akan mandikan di situ kerana pagi-pagi lagi and baby masih tidur. Tapi saya fikir 5 hari seminggu Muaz di taska, pagi petang dia dimandikan siap-siap di taska tinggal jemput jer balik. Memang nampak menyenangkan tapi saya berpendapat bath time baby adalah intimate moment yang bagus untuk bonding anak-ibu. Saya nak pagi-pagi biar saya mandikan Muaz. Biar celiknyer matanya, pagi-pagi saya siapkan dia dah wangi-wangi untuk ke taska. Memang penat, tapi pada saya kepuasan. Cuma sebelah petang saja, tak perlu mandikan Muaz, dia dah boleh balik terus nyusu dan tidur. Muaz saya tidur awal iaitu dalam pukul 6-8 malam dia dah tidur. Bangun pun jam 3 pagi untuk nyusu balik.

Itulah cabaran ibu bekerja. Kita dah hilang banyak waktu-waktu anak-anak membesar. Jadi, saya sedaya upaya memastikan setiap hari saya masih ada ruang untuk memastikan saya dapat meluangkan sebanyak mungkin waktu dengannya. Memandikan adalah salah satunya. Cuma, kadang-kadang memang dilema jugak, eh awalnyer mandikan baby, tak bahaya ker? Saya try jugak cari maklumat - seperti biasa googling!!! And ada pandangan mengatakan sebenarnya its okay nak mandikan baby any time pun as long as, air cukup panas/sesuai untuk baby dan mesti pastikan baby dikeringkan betul-betul selepas itu. Saya akan cuba pastikan saya mandikan Muaz jam 7 pagi, kepala tak basahkan dan pastikan dia betul-betul kering selepas itu. Masa siapkan itu, ha macam-macam minyak yang ada saya lumur [Muaz cukup tak suka ini]. Minyak telon saya sapu satu badan, minyak herba asmak dan juga minyak morhabshi. Pastu, kalau lepas menyusu, saya bagi minum gripe water pulak. Kadang-kadang terfikir jugak eh pasal apa lumur banyak-banyak nih, tapi lepas tu ingat balik, takper, takut baby kembung perut, biar badan rasa panas and minyak2 ni semuanya bagus-bagus baik untuk baby. Gitew. Haha.

Sekarang ni dah jumpa pengasuh yang hendak menjaga Muaz bermula Januari 2018. Tapi saya berpendirian tunggu dan lihat dulu. Sebabnya tengok Muaz nampak okay boleh adapt di taska, dia pun dah okay dengan rutin and some more, taska sekarang ni sangat dekat dengan ofis. Kalau tengok waze dalam 2 km. Memang dekat. Jadi apa-apa rasa boleh shot ke sana dengan segera. And bila bekerja tu hati rasa lega sikit sebab tahu Muaz ada berdekatan. Owner taska pun nampak okay and taska tu pun berdaftar dengan JKM jadi konfiden sikit. Pengasuh ni pulak dekat dengan rumah, tapi kalau ada kecemasan, agak jauh jugaklah menapak balik ke rumah dalam 10 km.

Hope for the best.

Tuesday, November 21, 2017

First day of work after a long maternity leave and taska for Muaz


Muaz and teacher. Bambam!!


Salam Selasa!!

Just a quick entry,

Hari ni dah masuk hari ke dua saya kembali bekerja; dan juga hari ke dua baby Muaz saya hantar ke taska. Bersemangat hendak kembali bekerja, apatah lagi Jumaat ini saya menjadi penilai dalaman untuk tesis PhD. Di tangan sekarang ini ada 3 tesis - 2 tesis PhD dan 1 tesis Master untuk dinilai dalam jangka masa terdekat. Sementelah saya tak mengajar semester ini, baiklah saya pulun baca dan juga, mengalas kembali tanggungjawab sebagai penyelaras program master kaunseling. 

Okay, back to main topic, soal pengasuh. Saya ada nasihat kepada mereka yang perlu menghantar anak ke pengasuh apabila kembali bekerja nanti. Nasihat saya ialah, tolong cari awal-awal!! Ini pengalaman sendiri. Saya ingat, dalam pantang nanti sementara bercuti 3 bulan, saya punya cukup masa untuk mencari pengasuh. Nada!! So, kalau dah pregnant tuh, baiklah awal-awal pergi survey yer. Jangan macam akak nih!! Kesudahnya Muaz saya masukkan ke taska.

Mencari taska pun cabaran jugak. Saya pertimbangkan 2 perkara, kena dekat samada dekat dengan pejabat (UKM) atau dekat dengan rumah. Either way, boleh. And of course, taska tu biarlah berdaftar dengan JKM. Konfiden sikit nak hantar. Ni nak hantar anak, bukan kucing bukan barang. ANAK!! Walaupun dekat dengan rumah tapi kalau takde bawah JKM, saya tak mau ambil risiko. Berhari-hari jugak mencari, akhirnya saya dapat hantar anak ke taska di seksyen 3 tambahan. Sesat barat jugak mula-mula saya dan husband cari taska ni dek kerana waze. Adeh!! Tapi bila dah bercakap dengan ownernya saya rasa yakin dan bila bercakap dengan teacher-teacher yang nak jaga baby kita, saya rasa ada konfiden juga. So tawakal lah. So far dah 2 hari, alhamdulillah nampak okey. Macam semalam, baby balik dari taska pun dah petang, dia main2 kejap ngan mamanya ini, pastu tidur macam rutin biasa. Muaz tidur dalam jam 6-7 petang setiap hari. Harap-harap baby Muaz ku di situ sihat sejahtera. Sentiasa doakan dia dilindungi Allah swt. Cuma semalam, dek kepenatan first day keja kot, tertido sekali dengan Muaz, jam 9 baru terjaga itupun sebab husband call. Kebetulan dia on the way balik rumah. Sejuk hati bila husband cakap 'okay takpe, nanti abang beli makan. penat tuh baru first day kerja and hantar Muaz ke taska".

Cuma semalam first day hantar tu ada kelam kabut sikit sebab nak siapkan baby car seat dia, nak masukkan tilam, barang, siapkan dia kejap, siapkan diri sendiri dan sebagainya. Muaz pulakk menangis dalam tengah kelam kabut nak siapkan barang-barang semua. Tebalkan jerlah telinga sekejap dengar suara dia nangis kuat tuh pastu baru masukkan dia dalam kereta dan gerak ke taska. Nak sampai taska tu saya kena tawaf seksyen 3 dua kali!! Adeh berasap jugak ler, ni semua gara-gara waze nih. Dekat pukul 9 jugak baru jumpa taska tu balik. Ntah ke mana-mana di hantarnya diriku ini. Terpaksa pakai kaedah try and error, cuba ingat jejak kami mula-mula melawat hari tuh, walaupun sesat jugak, tapi try ingat beberapa landmark jalan yang betul. 

Inilah transisi yang saya alami. Takdelah stres, cuma saya anggap ini cabaran yang saya perlu lebih cekap tangani. Of course ada hiccup here and there, but, hey, saya tak expect saya terus sempurna dalam menjalani perubahan ini. So cool sahaja. Bersemangat pun ya jugak. Muaz tu pada saya seperti stopwatch saya. Dia mendorong saya untuk fokus kepada apa yang penting. Saya jadi lebih efisien menggunakan masa. Tak boleh lagha2, nanti kerja tak siap! Bila Muaz tidur, saya berperang di rumah untuk siapkan apa-apa kerja rumah sebelum dia bangun. Bila Muaz bangun perhatian terarah kepada dia sebab dia masih baby lagi dan belum tahu cara nak hiburkan diri sendiri. Kalau tak nampak saya tu dah teriak! Macam tu jugak, saya jadi lebih berhati-hati dengan masa di pejabat sebab kalau saya berlengah, kerja tertangguh, dan saya sukar buat masa ini bawa kerja di rumah kerana ada baby kecil yang perlu perhatian. So, in a away, baby pada saya tak semestinya buat you jadi tak dapat nak buat kerja apa-apa pun. Kalau betul caranya, baby membantu kita menjadi lebih efektif dalam menggunakan masa. 




Wednesday, November 1, 2017

Hair Dryer dan Wanita Berpisah Tiada

Nampak tak plugnyer lain? 2 pin, so memang kena pakai converter plug. Macam iron saya jugak. 


Bulan yang panjang November ni. Saya paling tak suka dapat gaji awal kerana terasa pengurusan wang menjadi agak carca marba. Kadang-kadang terbayar 2kali or terlupa terus!! Bila bulan panjang sebelum gaji akan datang, belanja pun kena berhemah, kalau tak nanti defisit untuk bulan tersebut. Ahaks!

Tapi kan, ada perkara yang diluar jangkaan yang nak tak nak terpaksa mengeluarkan belanja untuknya. Misalnya, bulan ni my hair dryer dah rosak. Seingat saya, dah lama jugak pakai hair dryer tu. Saya beli masa kat Melbourne dulu 2007-2010. So kira macam dah 10 tahun jugak lah!! Wah, tak terasa pulak sepanjang itu hayatnya. Ala sentimental lah pulak. Uhuk. Beli time study. Sebelum tu saya takde hair dryer pun tapi kat sana cuaca kat sejuk, kalau basuh rambut nak tunggu kering sendiri lamalah nak tunggu. Jadi, hair dryer satu keperluan, takdelah kepala lembab, nak cepat pergi kampus, nak pakai tudung semua kan. Tak ingat berapa saya beli dulu, agak besar jugak hair dryer nie, ada snoozer jer, tapi ntah mana pergi. Tamatlah sudah riwayat hair dryer ku yang telah berkhidmat dengan taat setia sejak sekian lama. Jasamu ku kenang. 

Surveylah hair dryer baru kat lazada. Saya beli yang murah saja sebagai ganti. Memandangkan pengalaman guna hair dryer sedia ada, saya perlukan untuk keringkan rambut sahaja, so buat apa beli yang canggih-canggih? Again, bulan panjang, bajet kena beringat. Hehe. Lagi-lagi nak masuk kerja semula, kalau mandi pagi, boleh jimatkan masa nak bersiap. Moga yang ini pun panjang umurnya. Kalau beli boleh pakai sampai 10 tahun, memang berbaloi!

RM39.90 saja kat Lazada 

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...