Wednesday, July 26, 2017

Persediaan akhir menyambut kelahiran






Agak lama jugak gap thread dahulu dengan thread baru. Bulan yang havoc untuk kami di universiti kerana busy mengejar grading pelajar, meeting markah/gred, mengurus kemasukan permohonan baru,  melakukan viva, semakan draf program, dan pelbagai lagi isu kemaslahatan pelajar semester ini dan akan datang. Kira saya cuba jugak full swing and all out untuk bulan Julai ini memandangkan saya pun dah kategori 'sarat' nak bawa perut dan jalan pun dah semakin lambat dan semakin terasa seperti siput sedut. 



In sha allah mulai awal Ogos saya dah mula bercuti sehingga melahirkan. Cuti dah mohon, yeahuu. Tapi berdebar pun ada juga menunggu kelahiran baby yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan. Baby pun dah terasa semakin lasak lately, pergerakan baby yang kadang-kadang mengejutkan, terasa kesenakan dan sengal pula kadang-kadang. Terasa tapak kakinya di tulang rusuk kanan dan sikunya sesekali. Ia, alhamdulillah saya merasai momen seorang ibu hamil. Memang indah. Syukur Allah berikan saya peluang ini. 

Memandangkan saya ni dah 'tunggu hari', maka persediaan sambut bayi dan berpantang pun berada pada tahap puncaknya. Menyemak senarai barang yang perlu dibeli untuk kelengkapan bayi dan diri sendiri. 

Set berpantang

Saya memilih set afiat kerana saya pernah menggunakannya sebelum ini, harga yang berpatutan dan serasi badan. Pada harga RM95, banyak yang saya dapat samada dalam bentuk gel mandian, pembersih wanita, bedung herba, bedak sejuk/pilis, minyak urut afiat, pil bawang putih, makjun, baby balm dan akar kayu (minuman herba). Tapi saya top up juga dengan beberapa barang berpantang lainnya yang ada juga masih berlebihan yang saya pernah gunakan waktu berpantang keguguran dulu seperti minyak panas anugerah, losyen anugerah (saya ada kedua-dua warna pink dan hijau), minyak pilis anugerah, minyak yuyi. Cuma baru-baru ini saya tambah juga minyak urut herbanika, sebab saya baca banyak review yg baik. Ada jugak yang mencadangkan krim herbanika parut khususnya untuk berbengkung nanti. Tapi ni saya hold dulu sebab ntahlah, sebab saya fikir takut set dan barang yang saya telah ada mempunyai fungsi bertindih dengan krim ini, jadi buang duit jer kan. Saya juga ada beli sabun tanamera (brown body soap) satu buku, tak pula beli banyak-banyak sebab set afiat telah ada gel mandian herbanya sendiri. 
  1. set afiat
  2. minyak panas herbanika (hijau)
  3. minyak panas anugerah - guna yang telah ada
  4. minyak pilis anugerah - guna yang telah ada
  5. losyen panas anugerah (hijau + merah) - guna yang telah ada
  6. sabun (brown body soap) - tanamera
Additional to these, saya juga telah meng-order :-) set berpantang shaklee. Saya baca banyak respons positif tentang set berpantang shaklee ini dan paling penting ia sesuai untuk yang bersalin normal dan pembedahan. Kalau set berpantang sedia ada mungkin 70% memfokus kepada luaran, set shaklee lebih memfokus kepada penyembuhan dalaman.
  1. Esp
  2. Vit C
  3. Ostematrix
  4. Alfalfa
  5. Vita lea
  6. Omega guard: epa dha
Dikatakan produk berpantang shaklee ini menjadikan ibu-ibu yang baru melahirkan rasa lebih segar, lebih lawas, penyembuhan luka pembedahan/bersalin yang lebih cepat, penghasilan susu yang banyak. So, worth trying. Apapun tunggu makan dulu baru saya boleh nak reconfirm balik testimoni ini. 



Barang-barang keperluan diri dan bayi di hospital - i could say that almost 80% done. Tinggal beberapa perkara lagi belum settle seperti:

  1. makanan ringan - biskut, air zam-zam, milo 3 in 1, horlicks, kurma
  2. GL 
  3. baju untuk keluar wad nanti
  4. maternity pad - saya beli satu paket, bila tengok balik risau tak cukup, perlu tambah dengan pad overnight biasa untuk cover tempoh berpantang sekali nanti. 
  5. set uri bersalin - siap senang husband uruskan nanti
  6. pump breast 
  7. botol susu - belum masukkan dalam beg
Barang baby untuk dibawa ke hospital dah siap letak dalam kereta. Barang sendiri jer belum lagi. 

Hmm, banyak jugak sebenarnya persediaan untuk bersalin ni. Memang perlu buat list dan ibulah yang paling boleh diharap untuk sediakan senarai ini kerana husband biasanya tukang beli dan tukang teman beli sahaja. Aaha, perkara-perkara details seperti ini rasanya perempuan akan lebih teliti dan reliable kerana lebih memahami apa yg perlu disediakan berbanding suami. 



Selain itu, kami telah pun membeli baby cot untuk baby kami nanti. Ada yg beranggapan sebenarnya baby cot itu optional. Nanti baby akan selalu tidur disebelah ibu berbanding di tempatnya sendiri. Saya pula beranggapan, masa berpantang, sememangnya begitu. Tapi untuk jangka masa panjang, saya berpendapat, lebih elok bayi diasuh awal-awal untuk selesa tidur di tempatnya sendiri. Lebih secure berbanding tidur di katil kelamin. In my case, katil saya tilamnya tinggi, tilamnya pula jenis empuk, jadi kurang sesuai untuk bayi. Risiko jatuh itu lebih tinggi berbanding kalau babyi tidur di baby cot. Lagipun baby cot tu sebelah katil sahaja. Jadi masih lagi berdekatan. 

saat akhir kami tukar beli storage yang bertingkat instead of yg straight saja

Storage box pun telah pun dibeli. Kedua-duanya kami beli di Ikea tempoh hari. Jadi bayi telah ada tempat sendiri untuk meletakkan barang-barang keperluannya. Kebetulan bilik no 3 atas sememangnya kami biarkan kosong, dengan harapan dapat digunakan untuk anak kami nanti. So, inilah masanya kan. 

Keperluan bayi pula boleh dikatakan dah lengkap. Ada pun yang saya beli sekarang lebih kepada extra kepada yang sedia ada sahaja. Baru-baru ini saya beli baby herbal cream jenama tropika. Ini pun saya beli bila baca respons positif untuk menghindari bayi daripada masuk angin selain dari minyak telon. So, untuk baby:
  1. minyak telon
  2. baby herbal cream 
  3. minyak yuyi
  4. baby oil 



List ini senarai minyak-minyak untuk sapuan bayi. Rasanya cukup kot yg asas ini. 

Fuhh..memang perlu kos dan persediaan cukup untuk menyambut kelahiran/berpantang kan. Semoga segalanya berjalan lancar dan semoga ibu-ibu semua juga begitu. Saya doakan yang terbaik untuk kita semua.




Saturday, July 8, 2017

Menjadi 'suara rasional' anak-anak



Topik pos raya ni agak berat, tapi saya kira agak penting untuk saya bebelkan dalam blog saya nih. Orang tak baca tak per, saya bukan mencari viewers, tapi blog adalah medium saya memberi pandangan panjang lebar tentang apa saya lalui dan perhatikan di sekeliling dalam kehidupan seharian. 



Pentingnya menjadi suara rasional anak-anak.

Anak-anak yang sedang membesar, suka explore banyak perkara, melakuan banyak benda. Kalau ikut  ilmu psikologi perkembangan, anak-anak kita tidak terus 'matang' dalam setiap tindak tanduk mereka. Di sini, ibu bapa memainkan peranan penting sebagai mata-mata, pemantau, penasihat kepada anak-anak tentang apa yang patut, harus, sebaiknya, senang cerita the do and the donts. 

Tugas ini berat. Bukan satu tanggungjawab yang mudah bagi ibu bapa menjadi pemantau anak-anak. Semasa kanak-kanak/bayi, mungkin tugas pemantauan ini lebih kepada aspek fizikal dan kurang aspek kognitif, namun menjelang remaja, anak-anak mula mempunyai pemikiran sendiri dalam banyak perkara. Saya kira pada tahap inilah ibu bapa seharusnya lebih kritikal dalam melakukan pemantauan kerana anak-anak punya pandangan tersendiri terhadap sesuatu. Terutamanya remaja, di mana mereka berkecenderungan merasa diri mereka sebenarnya telah matang, tidak perlulah nasihat ibu bapa, seringkali pandangan rakan sebaya lebih dilihat mempengaruhi berbanding ibu bapa. Pada tahap inilah, remaja mudah semberono dalam tindakan, tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan.

Image result for cognitive development in adolescence


Disinilah pentingnya ibu bapa menjadi suara rasional kepada anak-anak. 

Pada tahap ini, kesilapan memang dijangkakan, maklum baru belajar menjadi dewasa. Remaja cenderung melihat mereka betul dalam sesuatu sedang sebagai dewasa, kita tahu tindakan anak kita ini kesudahannya bagaimana. Jadi, ibu bapa, apakah pendirian kita? Adakah kita jenis yang akan mengikut sahaja kehendak anak, demi untuk menjadi favourite, disukai anak-anak sedangkan kita tahu jika kita menuruti kehendak mereka, ia bakal mendatangkan masalah??

Contoh kes:


  1. Pergi melancong ke luar negara namun tidak cukup bajet. Anak ini mengambil keputusan untuk berhutang demi untuk melunaskan hasrat ke luar negara tersebut. 
  2. Ingin mempunyai kereta sendiri pada usia muda, sedang diri sendiri belum bekerja, masih bergantung kewangan dengan ibu bapa. Telah membincangkan hasrat dan ibu bapa telah memberi pandangan untuk menangguhkan. Namun, dalam diam-diam membuat loan kereta juga tanpa pengetahuan ketua rumahtangga. 
Kedua-dua kes ini jika diteruskan mempunyai implikasi negatif yang agak besar kepada remaja tersebut. Namun, sekiranya ibu/bapa membenarkan keadaan ini berlaku, jadi di manakah peranan ibu bapa untuk menjadi suara rasional kepada anak-anak? Yang boleh berperanan mengajak anak berfikir buruk baik sesuatu keputusan sebelum satu-satu tindakan diambil? 

Apakah pendirian kita sebagai ibu bapa? Adakah kita lebih selesa menyebelahi tindak tanduk si anak demi untuk tidak melukai hati mereka, untuk disukai? Atau kita berani mengambil pendirian, mendidik anak kita untuk lebih matang bertindak dengan menggariskan pelbagai perkara yang perlu difikirkan sebelum keputusan diambil?  Dengan melihat buruk baik dan mempertimbangkan yang terbaik untuk jangka masa pendek dan panjang?

Are you willing to play favourite rather than being the right one?

Pada saya besar risiko sekiranya kita juga bersifat melulu dalam menuruti setiap kehendak anak-anak, sedangkan kita tahu dalam jangka masa panjang, tiada kebaikan yang anak kita perolehi darinya. Kita mengajar anak semberono dalam tindakan, dan mendidik anak menjadi tidak sabar dalam mencapai sesuatu, berhutang misalnya sedangkan kesan selepas itu lebih besar.

  1. Anak dapat ke luar negara bercuti bersama kawan-kawan. Namun balik dari melancong, anak kita terpaksa menanggung beban hutang pula untuk membayar kos-kos melancong tersebut. Dia terpaksa mencari kerja sambilan atau berhutang dengan orang lain, atau paling tak pun akan menjadikan ibu bapa sebagai 'penyelamat' untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Alangkah baiknya jika ibu bapa dapat menasihati anak ini untuk bersabar seketika, berkerja sambilan pada cuti sekolah/semester untuk menampung kos percutian dan setelah mencukupi barulah dibenarkan pergi. Balik dalam keadaan happy, tidak terbeban dengan hutang melancong. Dalam situasi ini, kita creates win-win situation utk semua orang. 
  2. Kereta semasa belajar dalam keadaan kewangan tidak stabil, adalah a very risky business to the family. Yang selalu akan 'terbeban' adalah ketua keluarga, kerana sekiranya berlaku kes di mana bayaran bulanan tidak dapat dilangsaikan, ibu bapa lah yang selalu menjadi penyelamat akhirnya. Bagaimana sekiranya ibu bapa juga dalam keadaan cukup-cukup makan? Lalu bagaimana ibu bapa membantu mengatasi keadaan ini? Alangkah baiknya sekiranya si anak ini mendengar suara rasional ibu bapa, mengapa ini bukan waktu sesuai untuk mempunyai kereta sendiri, dalam keadaan tidak bekerja, masih belajar, tiada pendapatan stabil. Apakah mempunyai kereta itu benar-benar satu keperluan? Adakah wujud alternatif lain? JIka hutang kereta tidak mampu dibayar, siapa yang boleh membantu membayarkannya dalam kecemasan?? Adakah dengan mempunyai kereta ini, dapat menyelesaikan banyak perkara, atau menyelesaikan satu perkara tetapi menyebabkan wujudnya 2-3 masalah lain?
Image result for cognitive development in adolescence


Malangnya, saya tekankan, malangnya, ada ibu bapa yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Daripada menjadi suara rasional anak-anak, dia menjadi pendorong anak-anak melakukan 'kesilapan-kesilapan' ini. 

Saya amat berharap, kita menjadi 'suara rasional' anak-anak kerana kitalah yang akan menjadi pendidik dan pembentuk karakter anak-anak kita. Apa yang kita tanam itu yang kita tuai. Ingatlah, selalulah melihat kesan jangka panjang akan setiap yang kita persetujui atas apa yang anak-anak kita lakukan. Kita sebenarnya sedang 'membentuk' acuan karakter dan peribadi anak-anak kita akan menjadi insan dewasa yang bagaimana. 



Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...