Sunday, June 18, 2017

Sweet Cherry Warehouse Sale 2017




Semalam, 2 dalam 1, shopping baju raya and shopping barang bayi. Masa untuk persiapan baby tinggal ada beberapa bulan saja lagi. Bulan Ogos adalah bulan untuk berehat dan bercuti dan menunggu kelahiran bayi. Semoga Allah permudahkan urusan saya sekeluarga. Bulan Ogos dah terlalu sarat untuk ke hulu ke hilir untuk membeli barang baby. Masa tu saya dah plan untuk bercuti lebih awal dan berehat saja. Mana tahu baby nak keluar lebih awal. 



Kebetulan rezeki, ternampak ada warehouse sale dari brand sweet cherry, bagi yang mencari-cari stroller, car seat untuk baby dan playpen, nama sweet cherry sememangnya dikenali. Ketika survey barang-barang bayi terutama stroller, car seat and play pen memang brand SCR ini agak popular dan sering disebut-sebut. Baru tahu rupanya SC tu stands for sweet cherry, cuma R tu tak tahu maksud apa. Ahaks. Kilangnya di Seri Kembangan, Kawasan Perindustrian. Iklan fb mengatakan diskaun barang sehingga 70%?? Retail price yg biasa kita jumpa memang tak dapat harga meletups gitu. Alhamdulillah rezeki juga dapat membeli ketika ada jualan gudang seperti ini. Harga memang berbaloilah. Dua benda besar kami beli semalam di jualan gudang tersebut iaitu:



  • Stroller baby - SCR 6 berharga RM499, retail pricenyer dalam RM900-RM1000 kalau tak silap. Lupa pulak. Dan;
  • Car seat baby - RM 369, retail price lupa pulak. Haish.


Mula-mula tak sure nak beli playpen or baby cot, tapi akhirnya kami sepakat untuk beli baby cot Ikea sahaja nanti. Itu plan selepas raya. Setelah menimbang tara buruk baik baby cot vs playpen, akhirnya kami memilih baby cot sahaja. 



Ramai juga yang datang ke jualan gudang tu, senang jer cari walaupun kami tak pernah ke warehouse tersebut, ini semua berbaloi dengan adanya waze. Hehe, cari saja sweet cherry seri kembangan, in sha allah waze will lead your way. 



Stroller baby mula-mula berkenan juga dengan SCR 12, memang nampak kukuh dan solid, tapi saya rasa bulky sangat. Even SCR 6 ni pun saya rasa bulky, tapi bila fikir kereta alzaku, then lapang sikit dada, pastinya ruang belakang seat ke 3 akan menjadi tempat semayam stroller ini. Cuma kalau kereta husband, bonetnya akan sempit bilamana stroller ini diletakkan di belakang bonet kereta. So, untuk kereta sedan biasa or lebih kecil, kena pertimbangkan betul-betul untuk membeli stroller SCR 6 ini kerana saiz simpanannya. Tapi dari segi praktikaliti, memang baik sebab senang nak bukak dan lipat. Kemungkinan berjalan dengan baby without his father tu ada, so, better pilih yang praktikal sedikit untuk si ibu nak handlekan. Sebab lain pilih SCR 6 ini ialah boleh pakai lama sehingga baby umur 5-6 tahun. Begitu juga dengan car seatnyer. Rakan sepejabat pun rekomen SCR sebab katanya dah 6 tahun pakai still elok. So, ambillah. Begitu juga dengan car seat, memang kami beli untuk jangka masa panjang, iaitu yg sesuai untuk infant hingga toddler umur 5-6 tahun. 




Minggu depan cuti raya so rehat sekejap, fokus nak siapkan kerja-kerja pejabat, marking paper students :-( yang semuanya mengejar datelines. Dengan keadaan keboyotan lagi, memang kena bertahan dalam kepenatan yang Allah saja tau. Minggu ni last untuk persediaan membeli baju raya, walaupun misi membeli barang baby nampaknya berhasil, baju raya diriku ini agak sukar dicapai kerana faktor membeli last minutes, banyak baju berkenan saiz dah habis dan pilihan baju terhad kepada jubah atau dress saja kerana faktor pinggang raya tahun ini tak lepas SIRIM. Haha. Tapi untuk mu baby, mama redha sajalah. Bukan selalu pun. 

Happy shopping uoll. 

Monday, June 12, 2017

Shopping barang baby di Ikea




Masih sequel siri membeli barang baby..ahaks. Semalam ikut plan macam2 tempat nak jengah, tapi bertolak ke Ikea pun dah tengah hari, so kami tak sempat nak ke beberapa tempat di Bangi. Balik pun dah lewat dan sempat balik bersolat di rumah, rehat sekejap pastu sebab dah sampai lewat di rumah, maka beli lauk jerlah siap-siap.

Semalam tema kami ialah makanan sarawak, so kami singgah ke Sg Besi iaitu kedai makan Dayang Sarawak Corner untuk membeli mee kolok, mee laksa sarawak dan abc sarawak. Wah sedap seh!! ABC sarawak tuh memang tak jumpa kat sini, memang lain dari yang lain. Husband pun cakap memang sedap. Tapi tambah lauk semalam dengan membeli air jagung, air kelapa, dan nasik lemak di pasar ramadhan jalan reko sentral (untuk bersahur). Nasik lemak berempah tuh memang sedap tak rugi beli. Makan dengan selera betul masa sahur pagi tadi. 

Hei burung, jangan bertenggek pulak nanti. Penat mesin basuh cuci dan makcik ni menyidai

Hari ini, misi saya ialah laundry barang-barang baby yang dibeli tempoh hari. Sementelah cuaca pun panas gedegik macam nih, hah sesuailah untuk operasi mencuci baju. Tinggal barut lagi nak cuci, pastu bolehlah lipat baju baby and asing-asingkan siap-siap dalam bag. Bila tengok baju baby ni rasa teruja pulak dan rasa macam tak cukup pulak baju baby nih. Saya beli semua new born. Tak pun yang bersaiz 0-3 bulan. Harap2 sempatlah masa pantang nanti membeli baju untuk baby kot-kot NW saiz tu dah tak muat. Sebab rata-rata kawan cakap baby cepat membesar. 

Ini antara barang-barang besar yang kami beli di Ikea. 

Troli kami beli warna putih. Husband nak perabot putih untuk baby. Colorful nanti cam kat tadika katanya.

Baju baby kecik so perlu banyak penyidai jenis ini

Senang nak campak baju kotor untuk dicuci






Kami beli box plastik jenis paling kecik warna putih saja dulu sebab husband nak color putih, takde pulak stok, warna pink, hijau dan hitam adalah. So kami tangguhkan dulu. Maybe second round nanti masa beli baby cot dan frame untuk box tu nanti barulah carik balik storage box putih nih. Hopefully ada.




Image result for baby bath ikea

Sunday, June 11, 2017

Barut bayi - murah dan mengujakan



Salam pagi dan salam puasa,

Hari ni continue hunting for baby products. Just nak share tempat beli barut baby yang sangat berbaloi dan murah harganya. Saya dah beli barut baby dalam 4 helai hari tu kat butik Manjaku dan semasa pergi ke babyfestival putrajaya tempoh hari. Last few days my friend antar sms tanya saya dah cukup barut bayi ke tidak? Saya kata baru ada 4 saya beli, itu pun saya beli banyak tuh sebab saya itu cadangnya nak disumbat ke dalam bag pakaian bayi untuk persediaan ke hospital. Katanya tak cukup tuh, perlu banyak lagi. And kebetulan dia ada urusan di Islamic Relief dan disitu katanya ada dijual barut baby pada harga yang sangat murah RM8 seplastik dalam anggaran 20 barut dalam tuh, tapi warna putih dan sedikit barut warna biru. Apa lagi, cakap kat kawan tuh okay saya nak. Dia kata barut ni besar-besar dan bertali, which is sesuai untuk baby. Saya ambik jer nasihat kawan saya ni yang dah terlebih dahulu ada pengalaman menjaga bayi kecil 2 orang. So kat bawah ini adalah gambar sebenar barut tersebut.



Sila click gambar untuk lihat sendiri harganya. Tak tipu, RM8.00 sahaja satu plastik nih



Saya bentangkan baru itu di atas katil so kita boleh tengok rupa sebenar baru dua warna ini. Tadaaa!!


Saya terlebih rajin pagi ni, try kira berapa semuanya. Okay, total 40 helai barut bayi!!! Banyak kan? Yang color biru corak hello kitty tuh ada 10 helai.


So kepada yang sedang mencari-cari barut bayi dan mahu menjimatkan kos dan tidak risau takut stok barut baby kita kehabisan stok sewaktu berpantang nanti, bolehlah datang ke Islamic Relief dan beli di sana. Pada harga RM8.00 dengan bilangan 40 tali barut, mana-mana butik bayi kat seantero Bangi ini pasti tak jumpa. Huhuhu. 

Silalah serbu...

p/s: Credit kepada kawanku Jana yang bukan saja tolong beli, tapi bagi terus sebagai 'hadiah'. Syukur alhamdulillah..

Saturday, June 10, 2017

Shopping raya - babyfest dewan seri melati putrajaya




 Actually, thread ini agak out dated, sebab berkisar tentang shopping barang baby yang telah berlaku minggu atau tepatnya pada weekend lepas. Seperti mana yg saya dah inform sebelum ini, tahun ini fokus persediaan raya saya ialah untuk menyambut kelahiran bayi yang semakin hampir. Takut kalau ditangguh-tangguh alamatnya bila dah perut memboyot dah tak larat berjalan, maka makin sukar pula nak melakukan urusan membeli belah.





Saya berkesempatan baru-baru ini berkunjung ke babyfest di dewan seri melati putrajaya. Babyfest ini dianjurkan oleh metrojaya rasanya. Barang not bad, banyak pilihan dan alhamdulillah kami dapat membeli belah dengan aman walaupun agak ramai parents yang turut ada membeli belah barang-barang keperluan baby. Nasib baiklah saya sempat membuat checklist barang bayi terutama untuk dimasukkan ke dalam beg hospital. Mamanya ini belum lagi full swing persediaannya, lebih utamakan baby dulu sebab mamanya ini rasanya boleh pakai apa saja yang ada berbanding barang baby yang zero takde langsung nih.



Perasaan? Cakap ngan hubby, rasa agak weird (but in a good way) sebab bershopping barang baby sendiri. Bukan tak pernah shopping barang baby pun, tapi shopping barang baby orang lain, as a present. Bila shopping barang sendiri untuk baby sendiri, perasaan itu rasa macam tak percaya, excited and terujalah. Dalam memilih-milih barang bayi tu saya sempat cakap ngan husband, 'harap baby tak main-main dengan kita ya, ni dah beli baju untuk baby boy, jangan keluar nanti baby girl.' Husband gelak saja. Try my best untuk beli corak/color yang gender neutral, tapi since i have already know my baby's gender, so tendency to buy color that suit baby boy - which is typical blue, tetap mendominasi barang keperluan baby. Ha baby, jangan tipu mama!! Kalau keluar lain dari yg baby tunjuk hari tu, babap pipi yang gedemuks tuh. 



Mengimbau sedikit kenangan sewaktu scan baby di klinik As Salam seksyen 7 bandar baru bangi, doktor tu sempat mengomen kata pipi baby saya tembam, tapi memang betul pun, nampak ketembaman pipinya itu. Hihi, baby tengah tidur time kena scan, sampai doktor goyang-goyangkan perut saya nak bagi baby gerak. Memang dia gerak lepas tu tapi dalam keadaan mamai - my guesslah. Ahaks! Kali kedua, sewaktu scan di kk kajang. Walaupun guna scan 2D saja, doktor sempat kata, oh ini baby boy, nampak tak tadi, dia punyer genital?? And juga tekaan rakan-rakan yang ramai mengatakan saya kemungkinan sedang membawa baby boy memandangkan perut yang agak runcing ke depan. Whatever it is, harapan seorang ibu semestinya agar zuriat ini terpelihara dan selamat dilahirkan dalam keadaan terbaik. 



Esok pun kami plan nak shopping barang baby lagi. Mungkin juga dislotkan dengan membeli barang raya sikit, tapi more to barang baby. Destinasi seterusnya ialah, butik-butik bayi sekitar bandar baru bangi ni seperti - manjaku mall, tateh, kasih ibu dan juga ikea. Ada juga saya ke manjaku mall baru-baru ini untuk membeli beberapa lagi kelengkapan asas bayi seperti pelapik getah, baju bayi lagi 2-3 helai, maternity pads, dan detergent untuk barang bayi.



Bercakap pasal detergent - saya beli brand fifi kalau tak silap, baunyer segar and yang penting hypoallergenic and bebas dari chemical berbahaya dan cukup sensitif untuk baby. Task seterusnya ialah membasuh pakaian bayi yang dibeli sebelum digunakan. 

Barang-barang lebih besar seperti stroller, car seat dan almari/laci untuk barang baby akan diusahakan selepas raya. Now tengah survey brand yang okay dan harga-harganya sambil mencongak bajet, sekali dengan bajet untuk tukang urut bersalin nanti. 

... see?? Persediaan sambut bayi sebenarnya jauh lebih signifikan dalam hidup saya sekarang berbanding tiket balik raya, order biskut raya dan beli baju raya...

happy weekend!!

Wednesday, June 7, 2017

Stretch marks ketika hamil. Ini caraku.

My magical potions, kekononnyer :-)


Salam ramadhan,

Huhu sangat busy lately, maklum dan penghujung semester ini macam-macam nak disettlekan sebelum raya. 

Tesis students
Peperiksaan students
Viva students
Proses kemasukan pelajar baru
...

listnyer panjang dok oh!!

Ada banyak idea nak menulis, tapi kadang-kadang terbantut ditengah jalan dek pelbagai perkara. Termasuklah keadaan hamil ini yang ada ups downnyer. Ada hari rasa bertenaga, ada hari rasa adeh tak laratnyer. Alhamdulillah, setakat ini dengan izin Allah baik-baik aja. Persediaan raya kali ini paling sederhana kerana saya lebih memikirkan persediaan untuk menyambut kelahiran. Lagi pun, takde motivasi nak berlawa-lawa time tengah membuyung nih. Tak banyak choice pun, selesa pakai jubah sahaja. 

Image result for cocoa butter formula

Okay hari ni nak share cara saya menangani stretch marks ketika hamil. Stretch marks tu berlaku akibat regangan kulit yang terjadi akibat perubahan tubuh badan terutamanya dibahagian-bahagian melibatkan pengembangan ketara akibat kehamilan seperti perut, peha, lengan dan sebagainya. Ia boleh berlaku seawal kehamilan terutama yang mengalami pertambahan berat badan secara mendadak. 

Saya risau jugak akan kemunculan stretch marks ini, setakat ini saya rajin juga membelek-belek diri di cermin, alhamdulillah tak jumpa lagi. TAPI, belum pasti lagi selamat kerana bulan-bulan terakhir pun boleh wujudnya stretch marks ini. Saya share sedikit langkah-langkah pencegahan yang saya gunakan untuk menghindari stretch marks sepanjang kehamilan. Kalau akhirnya datang juga stretch marks tuh walaupun saya dah berusaha mencegahnya, maka aku REDHA sajewwww...huhuhu.

Related image
almond milk and honey 

  1. Pil VCO - treenea. Rasanya semua dah tahu khasiat dan manfaat virgin coconut oil ini untuk kesejahteraan fizikal secara keseluruhan. Banyak khasiatnyer. Saya sendiri merasakan perbezaannya. Kulit lebih lembap, mulus, selain kurang mengalami penyakit kencing kotor sejak mengamalkannya. Asbabnya juga, saya sedang merancang hamil ketika saya ambil produk ini, masuk botol ke-2 saya disahkan hamil. Recommended by my friend, dia kata baik untuk mengatur hormon dan kesuburan juga. Saya masih mengamalkan VCO ini ketika hamil untuk menjaga hb dan gula dalam darah, selain pil-pil klinik utk ibu-ibu hamil. Suami juga mengamalkan VCO ini. Sebelum ini, suami kerap diserang gastrik, dan ubat ini katanya membantu mengurangkan gastrik dengan agak ketara. Kira kami berkongsilah makan ubat ini. 
  2. Cocoa butter formula - Palmer. Ini rasanya produk kehamilan untuk stretch marks yang amat di kenali oleh ibu-ibu hamil. Saya beli yang jenis cocoa butter intensive. Ada beberapa jenis sebenarnya seperti lotion, cream and cocoa butter. Berbanding ketiga-tiga range ini, cocoa butter ini saya rasa yang paling likat dan pekat. Lotion tu mungkin light, cream tu moderate and butter paling intensive. Sebab dah beli cocoa butter, maka saya stick ajelah dengan yang ini kerana setakat ini, tiadalah muncul stretch marks, so mungkin juga disebabkan oleh penggunaan cocoa butter formula ini. Risau bila pakai yang jenis lotion and cream kesannya tak sama. Murah harganya berbanding lotion/cream, tak tahu kenapa. 
  3. Almond milk + honey - Body Shop. Saya adalah pengguna tegar body butter body shop. Almond milk and honey ini adalah produk yg agak baru. Sebelum ini saya pakai body butter argan, olive oil, dll. Almond milk + honey sesuai untuk yang berkulit sensitif dan sangat kering. Saya pakai ini kerana baunya yang sweet berlemak (but not overpowering), ada cikit-cikit bau baby (sedap tau), dan kerana saya perlukan extra moisturizer untuk melembapkan kulit bagi mencegah stretch marks tadi tulah. 
  4. Sabun almond milk + honey - Body shop. Saya pernah pakai shower creamnyer, uih, memang heaven!! Tapi sebab mengenangkan husband jarang pakai mandian jenis shower cream, maka saya ambil jenis sabun sahaja. 
  5. Sabun pink grapefruit - Body Shop. Ini saya dapat free sebab dapat vaucer percuma RM15. Tambah RM2 sahaja untuk dapat sabun ini. Saya pilih bau grapefruit kerana ia sangat refreshing, balik kerja mandi dengan sabun ni wah rasa segar semula. Gitew. 

Image result for bodyshop soap bar peach

So, itulah rejim jagaan badan saya yang paling asas sepanjang kehamilan kali ini. Sebenarnya tak banyak berubah pun, cuma ada penambahan cocoa butter tu saja. Yelah, akhir kata, saya berusaha saja selain seronok grooming diri sendiri kan. Mungkin lain orang lain strategi mereka, mungkin ada yang pakai lagi macam-macam. Takper, tak pakai pun still okay. Pilihan masing-masing. Yang penting, kesihatan kita terjaga. 

Update:

Ni dah selamat bersalin dan berpantang, saya nak bagi update sikit pasal strech marks. Alhamdulillah, saya takde stretch marks, tukang urut pun tegur perut cantik and husband pun kata perut cantik takder stretch marks, so boleh dicuba untuk sesiapa yang mencari-cari solusi mengurangkan stretch marks di perut terutamanya semasa hamil. 


Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...