Thursday, December 29, 2016

Permata Yang Hilang






Pagi ini tiba-tiba husband send sms gambar kubur anak kami Ahmad Daffa. Husband singgah menziarah kuburnya. Husband kata tiba-tiba teringat dan rindu pada Ahmad Daffa. Sebak teringat kenangan mengandungkan dia. Sebentar cuma dia menghuni rahim ini, tapi cukup membahagiakan. Perginya pun dalam keadaan tidak menyusahkan saya. Lancar dan dipermudahkan. Ketika kehilangan  dia, saya rasa 'KOSONG' - 'KOSONG'. Tiada perkataan yang dapat mengungkapkan kehilangan itu. Semoga engkau anakku, menjadi penerang jalan ibu bapa mu di akhirat, jadi pemberi syafaat dan penyelamat. Engkau adalah permata yang kami sayang. Sedih kehilanganmu tapi kami redha bahawa Allah sebaik-baik perancang. Pergimu menghadap Allah dalam keadaan suci bersih tanpa dosa. Sedih, tapi aku berlapang dada. Engkau pergi dalam sebaik-baik keadaan. 

Saya sedih, bila saya mendengar remark orang mempertikai suami isteri yang sedang bergelut dengan masalah anak, tiada anak, masalah kesuburan dan yang berkaitannya. Saya yang telah mengalami 2 kali mengandung dan keguguran, sangat memahami keinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Janganlah kita memperlekeh atau mempersoal zuriat orang lain, hanya kerana anda bunting pelamin, kahwin 3 tahun anak dah 4 orang berderet-deret. Cukup anda syukuri sahaja rezeki yang Allah bagi itu, dan mendoakan suami isteri yang sedang berusaha memiliki zuriat agar tabah menghadapi ujian hidup mereka dan semoga perjuangan mereka akan membuahkan hasil. Orang yang subur, mudah mengandung mungkin tidak merasa emosi wanita-wanita yang sentiasa menanti berita gembira kehamilan mereka setiap bulan. Setiap bulan itu juga, datang jer period, hancur balik impian. Kemudian, mereka mengharap lagi bulan seterusnya penuh pengharapan. Dan begitulah cyclenya. Ada yang berbelas-belas tahun menghadapi situasi itu setiap bulan. Bayangkan kesedihan.

Itu belum lagi yang melalui pelbagai proses rawatan kesuburan yang namanya sendiri pun saya susah ingat, yang saya ingat ialah seperti IUI dan IVF. Saya rajin jugak lihat blog dan forum mereka yang sedang TTC (try to conceive). Mereka berhabisan berpuluh ribu ringgit, ada yang terpaksa mengulang proses tersebut beberapa kali tanpa kejayaan, tu belum lagi sakit menanggung pelbagai prosedur dan ubatan yang semuanya mempunyai side effects, demi untuk memiliki zuriat! Dari slim melim jadi gedemuks, yang gone through different operations prior to treatments utk buang cysts, endo, dan pelbagai lagi penyakit yang menghalang kesuburan. Kalau rasa mulut tu ringan nak tanya "eh kau ni bila lagi nak pregnant? orang lain anak berderet kau masih berdua, tak sunyi ker?", cuba selami hati mereka dulu, cuba bayangkan anda di tempat mereka. Jangan main sedap cakap. Kita tak tahu berapa banyak dah duit dihabiskan utk menjalani rawatan, berapa banyak masa diluangkan utk bertemu doktor dan pelbagai pakar kesuburan, air mata toksah kira, dan pelbagai lagi usaha lain yang mereka sanggup lakukan. Kita tak nampak jer usaha mereka. Tak bererti mereka tidak berusaha. 

Saya rajin jugak melihat blog-blog dan forum ttg TTC ni sebab ia satu muhasabah kepada diri saya sendiri juga. Bahawa, saya pernah mengandung, pernah ada zuriat walaupun pendek sahaja peluang itu. Ada lagi yang menghadapi ujian lebih besar tapi mereka tidak kenal putus asa dan sentiasa optimistik. Ia sekurang-kurangnya mengekalkan momentum optimistik yg ada dalam diri sendiri, bahawa, kita ini hidup bertuhan. Apa jua, berbalik kepada kehendak yang Esa. Betapa soal zuriat ini adalah 100% dengan keizinanNya. Ia adalah sebahagian rezeki yang Allah tetapkan bagi setiap hambanya. Ada yang sihat kedua-dua pasangan, tiada masalah kesuburan, tapi tetapi tidak dikurniakan anak. Ini semua menyedarkan saya tentang apa tu 'GOD WILLING'. Allah kata belum, maka belumlah. Ada juga yang saya baca, keadaan is isteri adalah 100% ideal utk mengandungkan zuriat yg telah disenyawakan di luar rahim setelah menjalani rawatan kesuburan. Mengikut perkiraan ilmu kedoktoran, keadaan rahim wanita tersebut, memang tiada masalah utk hamil, dgn ketebalan rahim yg ideal, telur yang cukup matang, bergred tinggi dan kualiti sperma yang terbaik. Semua keadaan dah ideal, tapi, tak juga mengandung. See? Dalam keadaan begini, naluri hati kita merasakan, bahawa kecanggihan teknologi tidak dapat mengatasi kehendak Allah. Seorang kenalan pernah berkongsi pengalamannya menjalani rawatan, dia menghadapi keadaan spt yg saya jelaskan di atas, tiada masalah kesuburan, dua-dua pasangan okay, dalam keadaan tip top, menjalani IVF tapi masih gagal. Even, doktor yg bukan beragama Islam itu sendiri mengakui, bahawa ini semua GOD WILLING. Kerdilnya kita ini berbanding kekuasaan Allah. Jadi janganlah kita pertikaikan kekuatan sebuah doa. Mustajabnya sebuah doa dalam membantu kita memperolehi apa jua yg diingini. 

Sebab itu, bila saya baca viral kes Jamal apa ntah tuh yang memperli dato CT mengenai 'air yang tidak subur' itu saya rasa geram. Geram dengan keceluparan mulut seorang makhluk Allah yang lupa pada ketentuan Allah. Mentang-mentang ada anak. Jangan sombong. Anak juga boleh jadi ujian atau rahmat utk kedua ibu bapanya. Belumlah pasti anak-anak ini nanti meletakkan kita ke syurga atau neraka. Jadi jangan bongkak sombong. 

Semoga suami isteri yang sedang berjuang mendapatkan zuriat akan dimakbulkan doa anda satu masa nanti. Sementelah itu,jalani hidup ini seadanya, sepositif yg mungkin, nikmati hari-hari yg ada dengan membahagiakan pasangan kita. Jangan kerana terlalu memikirkan yg tiada, kita melupakan nikmat lain dihadapan mata. Itu juga rezeki, memiliki pasangan adalah rezeki dan satu nikmat dari Allah. Sementara nak tunggu baby tu, kita enjoy dulu!!!

As for myself, tiada istilah putus asa. Saya percaya doa, saya percaya aturan ALlah, saya percaya Allah maha mengetahui, bijaksana, sebaik-baik perancang, maha pemurah. Saya optimistik Allah itu baik. Allah the greatest!!

Monday, December 19, 2016

Hot Meal Bar UKM Bangi

Okay, nak promote sikit satu port makan mee tarik sedap, authentic, genuine dan original, segar dari ladang di China. Ownernya memang dari China, Cina Muslim, bekas pelajar UIA. Tapi serius sedap. Takde fusion-fusion ikut lidah orang Malaysia@Melayu yer, memang kedai ni buat style China tanah besar. Ada banyak menu, tapi antara signature dish yang harus anda cuba ialah mee tarik. Beratur panjang. Tahu tak orang tunggu nak makan mee tarik diorang nih. Sanggup!! Harga pun murah. Original price RM8.00 tapi kalau staff/pelajar UKM, tunjuk kad akan dapat pengurangan jadi RM6.00. PLUS!! Air free okeh. Airnyer boleh pilih air kosong, teh o limau atau teh herba. Boleh refill lagi. Best tak? Dengarnya kedai ni bukak sehingga jam 8.00 malam. So pada yang teringin tu, lepas balik kerja ada beberapa jam untuk singgah di Pusaneka UKM dan cubalah rasa sendiri. Oops, sebelum lupa. Kedai ni feberet kami juga sebab bersih yer, pinggan mangkuk bersih, sudu/garpu dan keadaan kedainya. Dapurnya pun bersih. Jadi bolehlah menikmati mee tarik dengan perasaan aman sejahtera. Paling penting, halal.





Senja Nan Indah di Morib

Nikmati keindahan senja di Morib dari hotel Impian Morib Selangor. Kebetulan cuaca petang hari kejadian cerah selepas hujan lebat seharian. Apa lagi, lepaklah sekejap menikmati keindahan ciptaan tuhan ni. Kadang-kadang manusia ni terlalu disibukkan oleh kehidupan dunia, hingga lupa menikmati nikmat yang ada disekeliling mereka. Sesekali indulge deria kita untuk menikmati ciptaan Allah ini adalah satu kegembiraan dan ketenangan. Antara terbit matahari pagi dan terbenamnya matahari, saya lebih suka matahari terbit. Sebab merasakan, apa jua kesedihan, atau permasalahan yang kita ada, telah menjadi sejarah, telah berlalu, dan pagi itu adalah hari baru, untuk mencipta satu kehidupan baru, ruang baru, peluang baru. Mentari pagi, memberi pengharapan, dan rasa optimistik. Tapi, gambar sunset ini tetap cantik untuk dikongsikan.








Bila tengok gambar sunset ini, tetiba ada soundtrack main dalam kepala, tau saya bayangkan lagu apa? Lagu Broery Marantika, langi petang. Pergh!! Layan...




Hari Keluarga 2016


 Malas pulak nak cerita panjang lebar. Ahaks. Biar kali ini gambar yang berbicara. Hari keluarga pusat kami untuk kali yang terakhir, iaitu sebelum penstrukturan. Ntahlah lepas ni, kalau ada family day agaknya semua ahli fakulti kena jemput, maklumlah penstrukturan baru ini tiada lagi wujud pusat-pusat ni. Kita layan gambar. Lokasi kami kali ini ialah di hotel Impian Morib Selangor. Ini kali kedua kami mengadakan hari keluarga di sini. 











Malam ada perbincangan hala tuju pusat. May the force be with you...!









gigih tak? ahaha











cuaca tak mengizinkan aktiviti diluar, nasib baik ada dewan ini



Kelabu asap pulak gambar nih. Brainstorming idea persembahan MAG tepi swimming pool selepas breakfast. Konon mendapat ilham lebih bombastik. Nasib baik idea tidak melibatkan aktiviti berbikini.














Thursday, December 1, 2016

Bangkit Selepas Tersungkur




Saya seronok berkongsi pengalaman orang-orang sekeliling yang pernah menghadapi satu ujian hebat dalam diri mereka tapi berjaya menghadapinya setelah penuh kesukaran, menjadi lebih kuat dari diri mereka sebelum ini. Seorang rakan pernah menghadapi satu ujian hebat dalam rumahtangga, ketika sedang bertungkus lumus menyiapkan PhDnya. Bukan calang-calang ujian yang melanda dirinya. Saya nampak dia 'jatuh', saya nampak hatinya pecah berderai, saya nampak 'lemah jiwanya' dalam mendepani dugaan itu. Tapi saat itu dia teruskan melangkah..dia melawan rasa itu. 

Now, saya boleh katakan dia jadi insan berjaya. Prolifik dan hidupnya lebih senang, nampak lebih tenang dan bahagia. Ironinya, 'masalah' itu tetap ada, bahkan mungkin akan berterusan sampai bila-bila. Bila saya bertanya sejujurnya, dia berkongsi sesuatu yang saya kira boleh dijadikan panduan yang baik.



1. Kebahagiaan datangnya dari hati sendiri, bukan orang lain. Jika melihat sumber kebahagiaan itu datang dari pasangan kita, orangn lain, maka selagi itu kita tak mampu mengawal kebahagiaan diri sendiri. Kitalah yang menentukannya. Jangan mencari bahagia dan menentukan bahagia dengan cara yang salah. Suami, kata beliau, adalah manusia biasa, dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan. Dia juga hamba Allah. Dan dia mampu melihat suami itu sebagai 'pinjaman', 'ujian' dan akhirnya meletakkan kembali bahagia itu di tempat yang sewajarnya. Jadi tindak tanduk suami bukan lagi satu perkara yang boleh buat dia 'meroyan'.



2. Carilah Allah. Dalam mendepani ribut perasaan, jangan mencari sumber lain selain yang datang dari pencipta. Dan benar, 'ingatlah Allah, hati akan menjadi tenang.' Bermuhasabahlah, bertawaklah, berdoalah, bertahajudlah, mohon hati diberi kekuatan untuk mengharungi ujian hidup ini. Ya, dia adalah contoh yang saya nampak di hadapan mata. Bukan sahaja dia bertambah kuat, tapi hatinya lebih tenang. Malah dia berterima kasih dengan 'ujian' ini kerana mengatakan, hatinya menjadi lebih gembira sekarang berbanding dulu. 



3. Fokus kepada yang positif. Bila hati hanya mahu melihat yang buruk-buruk, lambat laut ia memakan diri sendiri, jiwa jadi negatif, fikiran jadi negatif, tingkah laku jadi negatif. Cabarlah diri untuk melihat yang baik-baik, dari kesekian banyak perkara yang negatif ada dihadapan mata. Bukanlah bererti terus ignore keburukan, tapi cuba melihat kebaikan yang mungkin masih banyak dan tidak terlalu memberi penekanan kepada 1-2 kelemahan dan keburukan yang ada. Mengubah perspektif ke arah yang lebih positif adalah langkah awal memulihkan hati dan perasaan. 



4. Beri masa untuk berduka. Jangan berduka secara berlama-lamaan. Begitu juga dendam dan marah katanya. Ia semua tidak membantu awak untuk jangka masa panjang. Hati awak akan kekal sakit, sedang dunia ini terus berputar, life is moving on, whether you like it or not. Jadi, tidak berbaloi berterusan menjeruk rasa. Ini adalah takdir hidup, tak kiralah jika kita suka atau tidak dengan aturanNya. Belajar untuk terima. Beri masa kepada diri untuk bersedih, bermuram durja. Tapi apabila sampai masanya, bangkit bangun balik dan katakan pada diri 'I will survive this!!"



5. Bina diri. Jangan rosakkan diri dengan harapan orang lain rasa bersalah. Mungkin ia strategi yang berjaya, tapi biasanya ia tidak mendatangkan kesan diingini melainkan diri sendiri yang terlebih rugi.  Awak membuang masa, dan kerosakan yang awak cuba tunjukkan mungkin kesannya berkekalan ke atas diri sendiri dan tiada jalan pulang selepas itu. Jadi, jangan membuang masa untuk itu, tapi fokuslah untuk bangkit dari pengalaman itu dengan menjadi orang yang lebih berjaya. Katakan pada diri, 'peristiwa ini akan membina saya, bukan merosakkan saya'. Jika ada karier, fokus untuk membina karier, jadilah pekerja cemerlang. Ubahlah tenaga 'negatif' itu kepada 'positif'. Tukar tenaga dendam itu kepada bentuk tenaga yang lebih 'mesra alam'. Tenaga matahari pun boleh ditukar menjadi tenaga solar/letrik, so are you. Pelbagaikan kegunaan emosi negatif itu kepada membentuk motivasi yang lebih bertenaga dan berkuasa untuk mencapai apa jua kejayaan. Banyak jer kisah orang yang menggunakan dendam dan marah menjadi inspirasi atau motivasi diri untuk berubah jadi lebih baik. Ini membuktikan bahawa, tenaga negatif itu boleh dichannelkan kepada sesuatu yang lebih baik. 

Akhir nota: Pilihan itu sentiasa ada ditangan kita. Ambil tanggungjawab tersebut. Menyalahkan orang lain, takdir, tidak akan mengubah banyak benda, kerana ia berada di luar kawalan kita. Tapi diri ini, kita mampu mengubahnya. Jadi, mengapa tidak mulakan dengan diri sendiri? Empower yourself. You are the agent of change. Nobody else. Choose to be positive in a world that full of negativity. 






Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...