Friday, November 18, 2016

UPSR 2016: Antara Airmata Gembira dan Duka



Rasanya tsunami perasaan sedang melanda dengan hebat ibu bapa dan para pelajar ketika mengambil peperiksaan UPSR masing-masing pagi tadi. Pengharapan yang setinggi gunung Everest telah berkecai dengan bilangan pelajar mendapat straight As mengalami penurunan pada kadar yang mengecutkan. Berikut intipati keputusan UPSR 2016:
_____________________________________________________

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2016 @ 9:49 AM UPSR 2016: 4,896 calon peroleh semua A PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu. Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E. Gred Purata Nasional ialah 2.96.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu. "Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). "Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D. "Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini hari ini. DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77. DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85. DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu. DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil. DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A. DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29. DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus. DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini. DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI PULAU PINANG, seramai 399 calon UPSR 2016 di Pulau Pinang berjaya mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.



_______________________________________

Rasanya ramai anak-anak UPSR kali ini yang bermuram durja. Bukan mereka sahaja yang terkejut dan trauma dengan keputusan kali ini, ibu bapa dan cikgu-cikgu sekolah pun ikut terkujat. Rata-rata gambar kali ini lebih banyak menyaksikan drama air mata kesedihan berbanding air mata gembira. 



Hmm, dunia belum berakhir. Saya kira kita kena lihat dari aspek positif. KBAT adalah perkara baru. Kini, pengukuran adalah berbeza, lebih cekap/tepat dalam menilai kebolehan pemikiran pelajar dalam memahami sesuatu isu. KBAT membezakan dua jenis pelajar, yang memahami apa yang dipelajari, dan yang menghafal apa yang dipelajari. Saya kira, jangan kita membandingkan yang hampir 40,000 dulu yang straight As itu, kerana saya pasti kali ini yang 1% itu mungkin jauh lebih berkualiti. Dan, dalam masa yang sama, ia juga menunjukkan sesuatu, A, B, dan C juga adalah hebat.  

Kerana diperingkat universiti juga, saya dapat melihat perbezaan ketara ini. Peralihan sistem persekolahan ke universiti bagi segelintir pelajar cemerlang adalah sukar. Bila tengok transkrip kami pun ngeri bercampur kagum sebab CGPA masing-masing bombastik i tell you, dengan rata-rata CGPA 3.5 ke atas. Bukan susah nak jumpa yang 4 flat pun. Tapi, bila masuk ke peperiksaan peringkat universiti, ada kalangan yang cemerlang ini tidak perform pun, bila tengok CGPA tinggi, buat kami tertanya2, mengapa? Antara jawapan yang pernah saya dapat daripada pelajar-pelajar ini ialah:

"Dr, kami menghafal. Saya boleh hafal buku teks dari kulit depan ke kulit belakang. Kami belajar strategi menjawab soalan, strategi meramal soalan dan sebagainya. Kami muntahkan balik jer. Tapi bila di universiti, pembelajarannya tak sama. Teknik menghafal sudah tidak relevan, pensyarah minta kami fikir kritikal, which is sesuatu yang jarang dibuat. Nak menghafal buku teks?? Pensyarah senaraikan lebih kurang 10 buku teks rujukan utama!!! Nak hafal macam mana?" Then, kualiti A itu, akhirnya dipersoal kembali. 




Jadi, anggaplah apa jua keputusan hari ini sebagai pembakar semangat untuk ujian-ujian mendatang. Perjalanan masih jauh, ada banyak lagi "UJIAN" yang perlu dilepasi. Dapat straight As pun belum menjaminkan kepastian sebuah kejayaan, kerana kehidupan ini adalah aturan Allah yang penuh berhikmah. Ada banyak elemen-elemen lain yang mempengaruhi selain dari peperiksaan semata-mata. Jadi chill saja. 

Ini juga mungkin satu ruang untuk ibu bapa melihat semula potensi anak. Jangan jadikan anak mangsa untuk melunaskan impian anda yang tidak tercapai. Dia punya kemampuan dan keupayaan sendiri, mulakan dari mengenalpasti potensi tersebut. Berlapang dada jika ia bukan dalam ruang lingkup bidang harapan anda sebagai ibu bapa. Kerana Allah lahirkan anak dengan pelbagai kelebihan, ada yang otaknya, ada yang bakat/kemahirannya. Raikan kedua-dua kelebihan itu, jangan dilihat satu sebagai lebih superior dari yang lainnya. Berapa banyak kejayaan tokoh masyarakat masa kini yang terlahir dari bakat/kemahiran dan bukannya akademik?? Jangan meletakkan tuntutan yang tidak realistik ke atas keupayaan anak-anak. 




Respons ibu bapa dan guru juga sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan dan emosi anak-anak UPSR hari ini. So, ibu bapa, dan guru-guru, tenang-tenang, berikan kata-kata positif, peluklah anak-anak ini apapun keputusan mereka. Berikan mereka kata-kata semangat. Jika kita sebagai ibu bapa/cikgu pun down giler dan menangis and terlalu kecewa, bayangkan perasaan anak yang memandangnya. Lagilah dia rasa down. Janganlah mematahkan semangat mereka. Ini ujian besar yang pertama, jangan biar mereka berasa trauma dengan pengalaman ini disebabkan oleh penerimaan kita selaku orang dewasa. 



Sukses dan kegagalan itu sesungguhnya lumrah. Bukanlah kehidupan jika tanpa kegagalan dan kejayaan. Ia berlaku seiring. Kedua-duanya bisa sahaja menjadikan kita lebih berjaya, namun bergantung bagaimana interpretasi ke atasnya. So, CHILL!! I WILL SURVIVE!!








Wednesday, November 16, 2016

Tiada Yang Sempurna




Satu perkara yang saya suka mengenai profesion kaunselor ialah peluang dan ruang mendengar keluhan dan permasalahan orang lain. Pada saya, ada banyak hikmah tersembunyi untuk diri kaunselor juga. Paling utama ialah, peluang untuk selalu muhasabah diri, memperbaiki diri dan belajar daripada pengalaman orang lain. Yang baik-baik kita contohi, yang tidak baik, kita jadikan pengajaran, jangan buat kesilapan serupa. Kita juga jadi matang kerana pengalaman klien-klien kita. Kita dengar macam-macam. Jadi, secara tidak langsung, ia mendidik hati untuk lebih tabah kot menghadapi ujian peribadi. Kerana selalu ada bisikan positif pada diri seperti: 

"Jangan mengharap hidup ini indah2 belaka. Kerana sepanjang hidup dan profesion kaunselor ini, tiada manusia tanpa masalah!"

Jika hidup kita ini ada gelak tawa, disulami sedih, kecewa, pahit manis...itulah sesungguhnya lumrah kehidupan seorang manusia. Tidaklah saya bertemu klien yang hidupnya indah-indah belaka melainkan datanglah juga ujian ke atasnya, dan tidaklah seseorang klien itu berendam air mata sepanjang hayat, tanpa ada sedetik juga saat-saat menggembirakan. Nah, cuma jenis ujian yang kita dapat sahaja berbeza-beza. 

Saya melihat diri saya juga turut mengalami perubahan sedikit, iaitu dari aspek kecenderungan minat untuk mengkaji kes. Misalnya, saya kini lebih terbuka untuk mendalami kaunseling perkahwinan. Mungkin juga fasa hidup saya berubah sejak beberapa tahun ini, terutamanya fasa perkahwinan dan rumahtangga, menjadikan isu rumahtangga semakin dekat di hati. 

Bagi seorang kaunselor, yang kerap berhadapan dengan pelbagai kes-kes klien, kita boleh nampak pattern atau corak yang konsisten dalam satu-satu kes. Itulah namanya pengalaman. Pengalaman memberi pengetahuan dan kemahiran. Misalnya, bila bercakap tentang perkahwinan, apa yang boleh saya katakan ialah tiada perkahwinan yang sempurna. Setiap pasangan dalam sesuatu perkahwinan datang bersamanya kelemahan dan kelebihan. Kita kena realistik dalam jangkaan. Jangan terlalu mengidealiskan apa itu perkahwinan dengan begitu banyak pengharapan 'SEHARUSNYA, SEPATUTNYA, MESTI MACAM NI...' kerana jangkaan-jangkaan seperti inilah kerap kali akan mengundang kecewa. Kecewa yang mengundang rasa tidak puas hati, yang kemudian mengundang pula marah. 



Pentingnya penerimaan seadanya. Jika ada kelemahan, niatkan dalam hati, sama-sama untuk berubah dan mengubah. Biarlah berdikit-dikit, asal ada usaha dan kemajuan, syukur alhamdulilah. Siapa kita untuk mengharap berkahwin dengan manusia seperti malaikat? Sedang diri sendiri pun masih culas sana sini, tapi kita meminta suami/isteri kita jadi seorang yang sempurna. Stresnya kalau kita diminta jadi sempurna. Meminta kesempurnaan senang, tapi memenuhi kesempurnaan bukan mudah. 



Jika ada kelemahan sikit-sikit itu, janganlah perbesarkan. Kompromi. Ada lagi baiknya dalam aspek-aspek yang lain. Namun ada pengecualian juga, misalnya ada risiko jika kita memilih pasangan yang kita tahu ada masalah besar seperti panas baran, menghisap dadah, kaki perempuan, dan suka berhibur di luar. Perkara-perkara seperti ini memerlukan pertimbangan serius sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Mengapa? Pengalaman kes-kes yang saya kendalikan, kebanyakan tabiat-tabiat ini tidak terhenti dengan berkahwin. Jadi, kena fikir panjang-panjang untuk teruskan. Jangan nanti kita dipersoal balik oleh ibu bapa:

"kau dah tahu dia tu panas baran tak hingat..yang kau nak jugak kahwin dengan dia tu kenapa? Dulu bukan aku dah pernah warning kau ker? Tulah, ikut sangat hati..cintalah sangat."

Tapi kalau ada kelemahan seperti suami jenis pendiam, pemalu, introvert, tak romantik, rasanya boleh lah lagi dikompromi. Mungkin itu kelemahannya, tapi kalau bab-bab tanggungjawab dia tak culas, maka bersyukurlah, masih ada banyak lagi kebaikan pasangan berbanding kelemahannya. Tiada perkahwinan yang sempurna. Tapi, setiap hari adalah perjuangan untuk menjadikan perkahwinan itu sesempurna mungkin. Syukuri yang kecil, kita akan lebih menghargai nikmat yang lebih besar.

Saturday, November 12, 2016

Road Tour Kedah and Penang



Kedah antara negeri yang saya seronok datang. Saya suka pemandangan negeri Kedah yang menghijau dengan sawah padi, bersih juga dan banyak tempat makan best. Ada banyak tempat juga untuk dilawati. Alhamdulillah banyak kali juga tahun ini berpeluang ke sana. Antara tempat wajib saya dan husband pergi apabila berada di Kedah ialah Pasar Pekan Rabu, dan Kuew Tiaw Iman. Kami juga pernah cuba makan ABC salju. Baru-baru ini, kami panjangkan sedikit langkah hingga ke Tanjung Dawai, adalah dalam 45 minit perjalanan. Tanjung Dawai terkenal dengan destinasi nelayan dan banyak dijual produk berasaskan makanan laut. Time pergi dah agak petang, sekali dengan hujan lebatnya. Huhu, memang agak mencabar jugak. Tapi bila tengok produk makanan laut kat situ, terubat jugalah rasa hati. Sempat singgah sebentar makan ABC sebelum balik ke hotel di Alor Setar. Kelakarnya, sampai jer dibilik masing-masing kepenatan. Ingat nak baring sekejap jer, rupanya sampai ke pagi tertido. Penat punyer pasal. 

Ni barangan jualan di Pekan Rabu

Pekan Rabu

Kali ini kami cuba kelainan mencari tempat makan. Kami try restoran ala-ala hipster untuk makan western food. Okaylah kedai nih. Makan okay, harga berpatutan and konsep kedai menarik. Air minuman dalam mug besar. Lemas nak menghabiskan airnya. Ahaha.

Lupa nak snap gambar kedai tuh. Snap gambar air jer. 

Hari last tu kami lunch di sini - Restoran Top Alor Setar. Fuh, memang sedaplah. Bagi yang mencari-cari tempat makan luas, selesa, harga murah, berangin, hipster, antik dan makanan kampung yang sedap, sila datang sini. Lokasi jangan tanya saya, al maklumlah jadi co-pilot nih, tau jelah. Lagipun banyak dibantu oleh waze semata-mata. Husband yang bawak ke sini, katanya tempat ni makan best.


kecur pulak air liur tengok gambar ni balik. cis.





TANJUNG DAWAI

Sampai je ke sini, hujan turun dengan lebatnya. Tapi nasib baik dah sampai ke kompleks jualan, jadi boleh cuci mata sambil tunggu hujan sidang. Banyak juga kami memborong, belacan, ikan bilis, keropok dan sebagainya. Kompleks ini betul-betul tepi kuala. Angin dan ombak agak kuat ketika itu, maklumlah hujan lebat. Risau jugak. Tapi alhamdulillah takde apa-apa pun. 





Tetiba ada adegan 'gusti teman tapi mesra' antara dua ekor biawak besar di kala hujan lebat mencurah-curah

besar tau biawak nih..silap2 kita boleh sangka ini buaya

PULAU PINANG

Balik tu kami singgah ke Pulau Pinang, demi mencari pulut panggang paling sedap di Penang, kedai tu dekat jer dengan hotel kami pernah duduk - Shang Ri La - Rasa Sayang Spa and Resort. Pondok gerai makcik ni betul-betul depan roundabout. Makcik akan mula membuka kedainya jam 2 petang. Memang orang dah datang siap-siap tunggu. Luckily, kami sampai agak awal, pesan 25 biji pulut panggang, makan tak hingat sepanjang perjalanan hingga ke Bangi. Heeee...



Singgah bersolat di masjid tepi laut di Penang. Tak ingat nama masjid ini.






Konvokesyen UKM 2016

Tahniah buat pelajar-pelajar UKM dan seluruh Malaysia yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing pada tahun ini. Bagi sesetengah pelajar, tamat sudah dunia kampus, bagi yang lain, mungkin akan mengorak langkah seterusnya untuk mencapai tingkat pengajian lebih tinggi. Apa yang penting, hala tuju perlu ditentukan, langkah perlu diorak. Zaman kini adalah zaman mencabar untuk graduan semua. Dengan keadaan ekonomi semasa, peluang pekerjaan terhad, persaingan sengit. Tapi yakin satu sahaja, berusahalah sebaik mungkin, dan serahkan rezeki kita pada Allah swt. Sebagai kakitangan akademik, saban tahun, menjadi rutin untuk memakai jubah akademik. Walaupun setiap tahun kami ada perarakan akademik, setiap tahun itu kami tunggu dengan perasaan teruja dan gembira. Pertama, sebab meraikan pelajar yang kami telah ajar dan berjaya. Kedua, itulah waktunya melaram jubah masing-masing. Yelah bila lagi nak pakai jubah besar gedabak bersama topi penyek tu kan? Jubah akademik biasanya dipakai untuk majlis-majlis khas sahaja. Memang rarelah. Belum ada yang pakai jubah akademik pergi keje/meeting. Ahaha, ada students gelar topi PhD tu sebagai topi penyek. Apa-apa ajelah. Saya antara pensyarah yang tidak membeli jubah sendiri. Belum ada motivasi nak beli. Mungkin nanti. Now, just enjoy pakai jubah akademik yang UKM sediakan. 






Pelajar yang menerima hadiah dan pingat peringkat universiti pada Majlis Konvokesyen 2016 kali ini: 



Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...