Saturday, September 24, 2016

Kecurangan siber dan impaknya part 2

Okay bersambung pasal kecurangan siber ini. Saya share beberapa fakta lagi yang saya dapat dari kaji selidik suka-suka yang saya buat baru-baru ini.

7. Medium teknologi perantara untuk berhubung dengan pasangan siber. 

Medium teknologi perantara palng banyak digunakan ialah laman sembang (contoh wechat, whatsapp, telegram, fb messenger). Ini diikuti oleh media sosial (facebook, instagram, twitter dll), selain panggilan telefon dan bersemuka (face to face). 



8. Intimasi kecurangan siber

Soalan seterusnya ialah samada kecurangan siber membawa kepada intimasi fizikal (seperti seks). Majoriti mengatakan tidak, tetapi banyak juga peratusan mengatakan ya iaitu 41.9%. Hampir separuh jugak. Ertinya, risiko itu tetap ada ya, hubungan siber boleh berkesudahan sehingga ke peringkat keintiman fizikal (seks). 


9. Samada pasangan siber anda mempunyai pasangan siber yang lain

Majoriti mengatakan tidak tahu. Mungkin ada spare tayar lain, mungkin tidak ada, sukar dipastikan. Tapi agak besar jugak peratusan yg mengatakan pasangan siber mereka ada spare tayar lain (32.6%) dan 11.6% kata tidak.

10. Kesan kecurangan ke atas hubungan sedia ada

Majoriti mengatakan hubungan seks dengan pasangan sedia ada tidak mengalami perubahan, namun 32.6% mengatakan kecurangan siber menyebabkan hubungan intim dengan pasangan menjadi menurun. Ada yang mengatakan meningkat. Sebab saya ada bagi ruangan 'lain-lain', ada juga responden yg memberi respons yang menarik seperti isteri lagi nak buktikan sapa power. Haha, power rangers!!!



11. Kesan emosi terhadap hubungan sedia ada selepas pendedahan 

Berdasarkan bar chart di bawah ini, saya highlightkan 5 kesan emosi yang paling banyak dilaporkan oleh responden iaitu:


  1. hilangnya kepercayaan
  2. meningkatnya tekanan
  3. masalah komunikasi (e.g. bergaduh, konflik)
  4. penderaann verbal seperti maki hamun, sumpah seranah, perkatan kesat
  5. keyakinan diri menjadi rendah 




12. Komitmen terhadap hubungan sedia ada

Agak menarik bilamana kebanyakan responden mengatakan mereka cuba memperbaiki kelemahan dan kekurangan hubungan sedia ada selepas kecurangan diketahui.  Percentage tak besar tapi mungkin ini yang dikatakan sebagai kadang-kadang apabila berlaku masalah dalam rumahtangga, baru kita sedar bahawa ada yang tidak kena dalam rumahtangga dan ia harus ditangani, atau jika dibiarkan berlarutan, ia membawa kepada perpisahan. Kecurangan sebagai contoh adalah satu 'alarm' yang mengatakan ada yang tidak kena, yang perlu diperbaiki antara pasangan ini. Jika ditangani dengan baik, ia akan memantapkan lagi hubungan tersebut, jika sebaliknya, maka akan membawa kepada rentetan masalah tidak berkesudahan. Ada juga yg mengatakan tiada kesan, ada yang mengakhiri hubungan siber, ada yang mengambil jalan berpisah pun ada.


13. Bagaimana kecurangan siber mempengaruhi persepsi anda terhadap sesebuah perhubungan.

Ini saya tanya secara open ended question. So pelbagai jawapan yang saya perolehi. Ada yang menyesal dengan kecurangan yang dilakukan, Ada yang menjadikan kecurangan pemangkin untuk muhasabah kelemahan diri dan perbaiki hubungan sedia ada, ada yang beranggapan perlunya benteng diri yang kukuh untuk mengelak dari terjebak, perlunya batasan dalam pergaulan. Tapi, ada juga yang mengatakan, "perlu lebih berhati-hati" "ada teman untuk berkongsi/bersembang". Ahaha. Ini, menarik untuk diketahui. "Serial offender" yang nampaknya belum mahu bersara sepenuhnya. Mungkin, ada faktor unfinished business dgn pasangan atau diri sendiri.






Bila tengok balik survey ini ada kelompongan sana sini. Sekadar suka-suka nak cuba google form ini. Tapi sangat appreciate mereka yang menjawab survey pendek saya ini. Tak sangka ada yang jawab. 

Kesimpulan yang saya dapat buat di sini ialah, kecurangan siber sebenarnya adalah satu cabaran besar perkahwinan masa kini, di mana batasan pergaulan tidak lagi dibataskan oleh fizikal, faktor geografi. Kita kini hidup dalam dunia tanpa sempadan. Mungkin serumah dengan suami/isteri, tapi diam-diam ada affair siber dengan orang lain. Duduk elok di rumah belum memastikan apa-apa lagi pada zaman sekarang. Bila ada gadget, segalanya berkemungkinan. Mungkin kita patut berbalik kepada telefon cap ayam. Dewasa ini, meningkatnya kes penceraian disebabkan oleh wechat/whatsapp dll. Bagaimana kita mendefinisikan kecurangan? Ada yg mengatakan, sekadar sembang-sembang tak jadi apa. Tapi ada yg beranggapan, ia juga satu bentuk kecurangan walaupun tidak melibatkan fizikal. Teringat cerita pelajar saya yang mengatakan kes yang beliau handle. Si suami marah isteri kerana isteri 'bersayang-sayang' dalam whatsapp dengan rakan sekerja. Isteri kata 'ala itu biasalah, bukan apa-apa pun. bersayang-sayang tu dalam mesej jer. itu biasa jadi amalan di tempat kerja.' Ha, situlah bahayanya. Bila komunikasi dgn orang lain kita buat sama mcm kita komunikasi dgn suami/isteri. pada anda tiada apa, pada pasangan, belum pasti. 

Jadi berhati-hatilah dalam penggunaan gadget kita. Jangan hanya kerana seketul plastik itu, rumahtangga kita jadi tergadai. Dan, teknologi, jika tidak dikawal, macam-macam boleh berlaku. 

Kecurangan Siber dan Impaknya


Pada masa kini, melakukan soal-selidik boleh dilakukan dalam pelbagai medium. Sebagai penyelidik, saya sendiri terpaksa belajar benda-benda baru, terutama teknologi dan mengambil manfaat daripadanya untuk membuat kajian. Salah satu aplikasi yang saya kira sangat bagus dan berita bagus untuk penyelidik ialah Google Drive ada google forms - boleh buat survey and send survey anda secara online. Of course ada pro and con dari aspek metod kajian, tapi, saya kira masih ada benefits yg banyak, cuma mungkin perlu difikirkan apakah kaedah terbaik untuk penambahbaikan. Kini, kebanyakan kita pandai komputer, mempunyai akses kepada gajet dan internet, jadi ia ada kelebihan tersendiri dalam kemampuan menembusi subjek yang bersesuaian. 

Ok done bagi kuliah free. 

Saya sajer-sajer try menggunakan google forms untuk menjana satu survey pendek yang agak menarik iaitu kecurangan siber. Kenapa topik ini? Kerana, saya ni silent reader di FB Kisah RumahTangga. Sesiapa belum friend KRT silalah yer, ada macam-macam seribu masalah rumahtangga ada kat dalam tuh. Again, as a counsellor and penyelidik, saya selalu try untuk memikir dan menganalisis apa yang saya baca dalam KRT tuh. Salah satu trend baru yang saya nampak dalam isu-isu masalah rumahtangga ialah kecurangan siber. Dulu mak bapak kita datuk nenek kita, takde istilah curang-curang siber nih. Tak wujud pun kecurangan alam maya ni. But nowadays, teknologi baru membawa bersamanya risiko-risiko yang tidak terjangka, dan salah satunya ialah kecurangan siber inilah. 

Tuan-tuan dan puan-puan, 
Jangan anggap bila suami/isteri duduk diam di rumah, segalanya under control. Hmm, sila fikir semula andaian tersebut. Kini, jika pasangan anda ada gajet, spt tablet, komputer, smart phone digabungkan pulak dengan wifi yang laju, aha, itu sudah cukup mencetuskan risiko kecurangan. 

gajet + wifi sudah cukup menjadi punca wujudnya masalah rumahtangga.

Berbalik kepada pembacaan saya terhadap luahan masalah rumahtangga di KRT, campur dengan kes-kes yang saya handle sendiri, juga dengan case study pelajar penyeliaan saya di pusat kaunseling sekitar lembah kelang, kecurangan siber adalah ancaman merbahaya, kerap kali disebut-sebut sebagai punca berlakunya kecurangan, menjadi punca konflik dan pergaduhan suami isteri, yang akhirnya jika tidak ditangani secara baik, membawa kepada penceraian. 

Survey yang saya jalankan secara online berkenaan dengan kecurangan siber ini lebih kepada kerana ingin tahu lebih lanjut, selain nak tengok kadar respons guna online survey macam mana. Saje suka-suki. Di bawah ini saya screenshot kan beberapa hasil dapatan data saya. Okay. Ini paparan muka survey pendek saya. 




Keputusan kajian - saya highlights kan beberapa sahaja yang menarik. 
1. Total responden saya 43 orang. Kira okay untuk saya generate deskriptif analisis. Sbnrnya tak sangka pun akan dapat respons sebanyak ini kerana isu yang saya bawak pun consider sensitif and survey ini ditujukan kepada mereka-mereka pernah curang di alam siber. Tapi survey ini anonymous, meaning that, saya pun tiada maklumat peribadi responden. Berdasarkan data, kebanyakan responden kajian ini menghabiskan masa lebih 6 jam untuk melayari internet bagi tujuan bekerja dan personal. Wow, maksudnya, connection dengan internet itu sentiasa berlaku, untuk tempoh yang lama, mungkin dari awal pagi hingga lewat malam. 


2. Tahap kecekapan menggunakan internet. 
mungkin tak nampak di gambar makna nombor 1-4. Spectrum kecekapan dari 1-4. 1 mewakili tahap kecekapan rendah sehingga 4 mewakili tahap kecekapan tinggi. Majoriti responden berpendapat mereka mempunyai tahap kecekapan sederhana dan tinggi. 

3. Bagaimana kecurangn terbongkar. 

Saya senaraikan list jawapan, namun saya juga memberi ruang untuk responden memberi pilihan jawapan lain melalui ruangan lain-lain. So banyaklah jawapan yang saya terima. Tapi tiga (3) cara paling kerap bagaimana kecurangan ini terbongkar ialah:

terbongkar oleh pasangan
terbongkar oleh ahli keluarga 
terbongkar oleh rakan-rakan/kenalan 

ada juga responden saya mengakui, belum terbongkar lagi. kira masih selamat lah. haha adoi. ada juga yang kata, diri sendiri yang membuat pengakuan tentang kecurangan siber mereka. 

4. Tempoh hubungan siber terjalin 

Majoriti responden mengatakan kecurangan siber mereka berlangsung lebih dari setahun, diikuti beberapa minggu sahaja dan kurang setahun. 

5. Jumlah jam seminggu diperuntukkan untuk berhubung 
Majoriti responden menghabiskan masa sehingga 1-10 jam seminggu untuk berhubung dengan pasangan siber, ada segelintir kecil menghabiskan antara 10-40 jam seminggu untuk berhubung dengan pasangan siber. Maybe inilah yang dikatakan sebagai 'bergayut'. Cuma gayut orang zaman dulu-dulu ada wayar telefon, now gayut takde wayar, tapi mata yang 'bergayut' baca sms, tengok gambar dll. Hmm, harus tukar istilah bergayut itu. 

6. Pernahkah mengenali pasangan siber sebelum ini?


Kebanyakan responden mengatakan tidak mengenali pasangan siber sebelum ini, dan lebih 30% kata kenal sebelum menjalinkan hubungan siber. 

Okay. Saya kena berhenti sekejap. Nak breakfast and doing my laundry. Will be continued. Part 2 menyusul nanti. 

Monday, September 5, 2016

Tip untuk block iklan menjengkelkan di website



Perasan tak kebelakangan ini, kebanyakan websites yang kita layari mempunyai paparan iklan yang annoying??!! Memang annoying!! Macam-macam jenis ada, yang pop up iklan paling menyampah, tengah nak surfing web, tetiba muncul iklan depan paparan, walaupun ada icon X kononnya untuk hapuskan iklan itu, jangan percaya 100%. Biasanya dia terus link ke laman web ntah apa-apa atau kena tekan icon X [closed] tu banyak kali sebelum kita dapat baca artikel dalam laman web berkaitan. Selain itu, tak kalah annoyingnyer ialah bila kita bukan sesuatu laman web itu tetiba ada iklan siap dengan bunyi [sound] yang buat kita confused seketika, mana datangnyer bunyik tu? Itu belum lagi iklan-iklan bersepah-sepah dalam artikel kita baca sehingga menjejaskan kesejahteraan kita nak membaca. Saya tak tahu orang lain, tapi saya sangat annoying dengan iklan2 ini yang pada saya menganggu fokus pembacaan, selain terlalu banyak iklan satu-satu paparan sehingga saya rasa setiap paparan tu maybe 20% jer isi tapi lebihnya iklan. Saya pernah terbaca bahawa ini adalah cara baru pengiklanan di laman web. Huh tak suka, tak suka.

Saya bukan tech savvy sangat, tapi rajin jugak kekadang carik maklumat berkaitan ICT. Bagi yang rasa tension terbaca banyak iklan kat laman web masing-masing saya mencadangkan satu app ini yang saya telah pakai dan setakat ini okay dan berjaya mengurangkan rasa jengkel dan tension saya dengan iklan yang banyak2 ni. Daripada pembacaan, ada banyak jugak aplikasi serupa secara percuma di internet tapi ini antara yang popular dan saya telah ada experience pakai, jadi saya bolehlah recommend kan untuk try. 

Image result for adblock

sedikit overview tentang AdBlock ini:

Used by over 50 million people, a free ad blocker that blocks ALL annoying ads, malware and tracking.
AdBlock. The #1 ad blocker with over 200 million downloads. Blocks YouTube, Facebook and ads everywhere else on the web.

The original AdBlock for Chrome works automatically. Choose to continue seeing unobtrusive ads, whitelist your favorite sites, or block all ads by default. Just click "Add to Chrome," then visit your favorite website and see the ads disappear!

Also available for iPhone, Safari, and Opera from getadblock.com.

NOTE:
* Unobtrusive ads aren't being blocked in order to support websites.
* The notice you see about having access to your history and website data is automatically generated because AdBlock runs on every tab. But it does not actually monitor your browsing history or require your personal information to work properly.

==============================

NEW IN VERSION 2.6: Shows you how many ads have been blocked - watch the total climb like crazy!

- New in version 2.5: Blocks ads in ALL videos and in ALL Flash games across the web!
- New in version 2.4: More than twice as fast, while using less memory per tab!
- New in version 2.3: Adds an optional toolbar button to control AdBlock!
- New in version 2.1: Translated into dozens of languages!
- New in version 2.0: Ads are blocked from downloading, instead of just being removed after the fact!

Bagi handphone pula, saya menggunakan iphone, ada option untuk mengelak dari melihat paparan iklan yang jengkel ini. Boleh tekan icon sebelah kiri paling atas tu and dapat baca artikel penuh tanpa ads. Tapi ada juga saya baca app lain yang boleh digunakan oleh iphone seperti "Crystal" atau "Lifehacker" tapi kena download.

semoga selepas ini, kita semua dapat surfing internet tanpa banyak iklan cekadak yang menyesakkan nafas dan bikin pedih hulu hati.

Sunday, September 4, 2016

Avillion Port Dickson




Siapa tak kenal PD, bagi warga klang valley, inilah a short getaway spot favourite, pantai paling hampir dengan KL, kurang 1 jam perjalanan, deretan hotel-hotel dan tempat makan yang banyak pilihan. Kira, tempat paling cun untuk bercuti sehari dua. Ada banyak hotel boleh dipilih. PD bukan asing pada saya sebab dari dulu lagi banyak program, bengkel yang saya terlibat diadakan di sini. Pernahlah merasa  beberapa jenis hotel di sini, ada yang saya lupa namanya, ada yang saya ingat. Tapi ni saya nak review satu hotel yang best untuk percutian dengan keluarga atau honeymoon. So far, hotel yang paling memberikan kepelbagaian pengalaman yang seronok kerana persekitarannya yang best, banyak fasiliti dan reakreasi yang sesuai untuk seisi keluarga. 

Semalam jer pun bermalam, tapi cukup menarik dan mengujakan. Harga hotel ini boleh check SINI Water chalet antara jenis penginapan yang popular. Kalau nak murah sikit boleh pilih yang jenis bilik biasa. Ada gambar ni yang saya ceduk dari google image. Maklum check in lewat dalam pukul 7 lebih, dah gelap pun. Sebelah siang baru nampak betul-betul hotel ini macam mana. Ohsem la jugak. 


Image result for avillion port dickson


Apa yang bestnyer hotel ini? Pemandangan sekeliling yang menarik, landskap yang menyegarkan, lebih kurang macam Rasa Sayang di Penang. Penuh kehijauan. And ada taman herba-herba dan ada jugak kandang arnab-ayam-kura2 yang mana pengunjung boleh bagi makan dan bermain-main dengan mereka. Uniknya, ada juga burung merak yang dibiarkan berkeliaran bebas di kawasan hotel. Jinak-jinak pulak tu maybe sebab dah biasa dengan manusia.

berangan nak ada tempayan air untuk tanam teratai macam nih.. tapi husband cakap, banyak nyamuk. ok tak jadik







Kolam hotelnyer besar dan menarik. Dua terletak berhampiran kafe/restoran. Satu untuk kanak-kanak dan satu lagi boleh campur kanak-kanak/dewasa. Ada satu lagi kolam agak privacy lokasinya khas untuk dewasa. Bagusnya di sini, kolam mandi open 24 jam!! Tapi kami lupakan hasrat suami isteri untuk mandi manda tengah malam, sebab kolam dewasa itu dikelilingi pokok2 agam yang besar, kalau time siang memang cantik, tapi kalau malam, ada takut sikit lah. Dok terbayang kami berdua lepak dalam air hujung sana, ada pulak 'peneman' duk bersidai hujung nun satu lagi. Naya. Heh.





Bangunan utama kafeteria, akses ke chalets/bilik hotel



Ini bilik garden chalet. Jalan terus untuk ke pantai.

blakang tu water chalet




Lupa nak snap gambar masa check in. Hadap jer lah yer bilik tunggang langgang. Ahahah

King size bedroom, tapi hujung tu ala2 pangkin tepi tingkap overlooking the sea katanya. Tapi sbnrnya boleh jadi satu lagi katil. Syok jugak lepak hujung tuh.

Pintu dan tingkap kaca ini ialah bilik air. Open air yer. Mula2 rasa pelik, tapi pastu best pulak.
Best lepak sini sambil makan durian dan rambutan

shower 5 bintang kami nak bagi. air laju/kuat, and rasa mandi air bah pulak. hihi


mandi sambil tengok langit. tapi memalam ada seram sikit kot. sila terbayang filem seram.


tandas terpisah dari shower and bathtub


Image result for avillion port dickson

view dari check in point







Shower-nyer nak bagi 5 bintang. Jarang rasa kepuasan maksimum bila mandi shower nih. Tapi shower hotel ini memang marbeles. Rasa ada orang curah air sebaldi besar kat kepala kita, gitu puasnyer. Even husband pun cakap, rasa puas mandi air shower macam tuh. konsep bilik air ialah open air. Sebab PD ni sangat dekat dengan airport, memang almost setiap 5-10 minit dengar bunyi kapal terbang. Kalau uoll perasan, bila kita nak landing, memang flight kita dah dekat jaraknya dengan darat and akan pusing PD. Boleh nampak dengan jelas Avillion ni pun dari udara. Husband punyer teori, katanya patutlah pilot suka terbang rendah kat PD ni, boleh skodeng orang mandi sbb bilik air terbuka. Hmm, betul gak. Hehe, jangan marah abam pilot.



Check out tengah hari tu, ada orang tengah main caklempong. Okaylah, terasa identiti Malaysia ada situ. Kalau tak selalu dengar irama bali gitu. Bukan tak best, tapi takde identiti and caklempong ni apa kurangnya, rasa relaks jer dengar. Diaorang main kat tengah2 taman, bawah gazebo dikelilingi pokok2 yang besar dan redup dan menyamankan.


Image result for avillion port dickson
setiap water chalet ada balkoni untuk lepak tengok laut

Yang agak kurang best pulak ialah parking tak cukup! Kena park kat area seberang jalan. Takdelah jauh sangat, dekat jer tapi PD time weekend kan busy, jalan agak sibuk dan saya perasan kereta di sini laju-laju. Ntah kenapa. So agak merbahaya jugaklah. Selain itu, breakfast tidak disediakan yer, kena bayar lebih untuk bfast. Breakfast so-so, rasanya lebih grand breakfast di Rasa Sayang shang ri la. And kena tunggu table kosong, maybe masa pagi tu, hujan lebat, so ramai tunggu hujan reda dan baru pergi breakfast, akibatnya, full house!!




Saya and husband sempatlah, pergi gym lepas breakfast, bagi makan ayam/arnab, kemudian kami main ping pong dalam 30 minit jugak. Percutian yang singkat, tapi seronok sesekali dapat luangkan masa untuk berehat seperti ini. Mudah2an ada rezeki lagi untuk kami menikmati percutian yang menyenangkan seperti ini. In sha Allah.



Image result for avillion port dickson rabbit



Image result for avillion port dickson ping pong

Image result for avillion port dickson ping pong














Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...