Lama dah tak update blog, saya super duper busy dengan kerja. Jangan ingat, cuti semester pensyarah boleh rehat, rasanya lagi bertambah kerja sebab time nilah macam2 nak buat. Tu baru pensyarah cikai macam saya, kalu tahap Dekan awwww..pastinya lebih sendat dan sempit dada dengan pelbagai urusan kerja. Kurang2 busy saya boleh la jugak membebel dalam blog. Heh, syukur seadanya.
Semalam baru balik dari counseling trip di Tioman. Tiga hari dua malam berkampung, tak sempat nak update gambar, serius takder masa nak upload gambar sini. Itupun bertalu2 students carik sbb depa dah nak antar tesis and pensyarah sorang ni pulak tang itulah nak berprojek di pulau Tioman. Ingat malam-malam di sana boleh saya tengok2 kerja students, tapi rupernya kepenatan sbb sesi kelompok yang saya handle mmg intensif dan tak cukup masa. Balik dah nak tengah malam, esok sambung lagi..ni belum lagi campur aktiviti sukaneka dan snorkling pulak. Part snorkling tu suke sangat.
Ingat nak ambik cuti hari ni sbb penat gi research trip Melaka belum habis, sempat rehat sehari sebelum terus ke Tioman. 1-3hb ni pulak nak ke Kedah pulak..sempat masuk ofis sehari dua jer. Pagi ni pun macam2 emails/surat nak kena respon. Oh, dah kes study viva yang nak kena baca lebih kurang 16 kes. Memang haru biru jadual ku bulan ini. Apapun, cubalah syukur dan senyum dengan ujian. Kurang2 busy saya sebab saya dah bekerja. Ni banyak pulak komplen kan :-)
Bulan puasa pun hampir tiba, rasanya banyak outing kami akan ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadhan dan juga persediaan raya. Cakap pasal persediaan raya, hmm, tak rancang sangat. Macam tahun2 lepas, aper baju kurung siap gue rembat saja!! And tema - ikut suka hati dan availability. Bab ini memang saya tak particular sgt mcm sesetengah orang. Pada saya just enjoy raya and pakai jer lah aper adernya. Yang pasti, tiket flight raya dah tempah. Yippie!!